Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, May 20, 2011

PENIPU MENIPU PENIPU?

Sumber n Kredit [tukartiub]

Macam-macam hal. Bila ada pendedahan begini, akan timbul pelbagai persepsi. Namun, aku yakin dan percaya yang budaya SubKon dan suap kroni ni memang berleluasa oleh parti yang memerintah jadi kerajaan, lalu mengakibatkan badan-badan kerajaan menjadi huru-hara, kacau-bilau.

a. Projek jadi 'gajah putih'. Ini tak siap, itu lama lagi nak siap.. Dekat hari memangkah, umum itu ini. Menjelang hari memangkah, baru buat sikit-sikit projek yang sepatutnya sudah lama siap bertahun-tahun yang lalu. Projek 'mee segera'.

Paling selalu+ramai kena tipu bulat-bulat ialah di Sabah. Surung tung gas [walaupun rumah tu sebenarnya jauh di pedalaman, jauh dari kedai dan lori jual gas, pakai kayu api], terus pangkah dacing alias timbangan.

Ini bahana kurangnya kesedaran memikirkan tentang kepentingan politik. Muda-mudi yang kata sh*t, fu*k anti dsb bila sebut pasal politik, inilah calon-calon pewaris mereka yang senang diperbodoh-bodohkan macam generasi terdahulu. Hahaha!

b. Bajet RM1000, bayar lebih-lebih untuk kroni. Hasilnya, rekod bajet negara saban tahun defisit?

c. Bajet RM1000, kualiti projek RM100 sebab kena sub sub sub. Hasilnya, runtuh-rantah?

Jangan tanya dengan orang swasta atau makan gaji sendiri-sendiri, tapi tanyalah orang yang menjadi penjawat awam seperti guru, kastam, polis, tentera, dan lain-lain. Bolehkah kita tidak bermenterikan seorang ahli politik yang elit dalam parti? Kurang-kurang, yang ahli biasa kah. Hahaha!

Skandal PKFZ, yang rugi berbillion-billion adalah RAKYAT! Penjenayah, kalaupun dihukum, sudah kaya-raya. Bayar denda, sign cek ja bah. Masuk penjara, boleh dapat bilik 5 bintang punya. No problem. Alang-alang menipu, biar tipu juta-juta duit kertas. Muahua3!

Baca lagi di sini.


Nota: Teringat pula kata-kata hikmah di majalah Politik Kedai Kopi yang aku beli sekitar tahun 2002-2003 yang lalu; "Kartun boleh menjatuhkan ahli politik. Tetapi, ahli politik tidak dapat menjatuhkan kartun". Paling-paling, guna KDN sajalahh. Kalau pelukis mahukan imuniti yang superb, bekerjalah di Utusan Meloya Malaysia. Muahua3!

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!