Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, May 20, 2011

PETANG TADI AKU IKUT DEMO, AHAKS!

KAMI BANTAH PROJEK LYAKNAT


Seperti yang aku bagi tahu sebelum ini, aku ada janji temu hari ini, jam 2 petang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur atau dalam bahasa asingnya, KLCC. Kenapa nama KLCC bukan PKKL? Mungkin betul kata sang Menteri, kita malu sangat nak pakai Bahasa Melayu [BM] jadi pertuturan rasmi dan digunakan secara meluas dalam negara kita. KLCC, KL Tower, UMNO, DAP dan banyak lagi. Kalau serius nak martabat dan daulatkan BM, sila ubah nama-nama gergasi alias imej Malaysia ini terlebih dahulu. Malang jika hanya Matematik dan Sains sahaja yang 'di-BM-kan' semula. Haha!

Berbalik kepada tajuk, sebenarnya, bukan jasadku yang telah menginjak sendiri secara nyatanya di sana tetapi jiwa dan fikrahku melayang-layang berterbangan menunjukkan solidariti dari negeri di utara Tanah Besar Borneo. Bak kata orang bercinta-berjiwang; Jauh di mata, dekat di mata-mata. Oupsss, maaf. Silap. Jauh di mata, dekat di hati. Hah ini baru betul. Ehe.

Cukuplah aku bercakap dengan tangan ni. Penat weh. Besok, insya Allah tangan ini diperlukan untuk membuat libasan smash. Pukul bulu-bulu yang liat berterbangan di segenap medan pertarungan. Jadi, aku perlu simpan tenaga zahir dan batin. Risau nanti krem, tak sempat main urut-urut, ahaks!

Aku sajikan kepada semua gambar-gambar yang dirakam secara langsung dari teman-teman seperjuangan di sana. MAAF pakcik tukartiub, budak hingusan ni pau gambar-gambar tanpa izin lisan atau bertulis. Cuma, budak hingusan ni yakin ianya telah dibenarkan melalui interaksi fikrah yang memfokus agenda yang sama, ehe.

Jom layan gambar-gambar yang mungkin sampai kiamat tidak akan anda nampak di TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian, KOSMO!, Harian Metro, apatah lagi di Mastika, Mangga, Beautiful Nara dan se-spesies dengannya. Muahua3!












Nota : Sumber dan Kredit untuk semua gambar di atas; [tukartiub]

Nota II : Sudah baca berita pasal kucing mata satu di Tawau, Sabah? Kalau projek kilang radioaktif ni berleluasa di Malaysia, macam-macam benda pelik akan muncul sepelik kucing tadi. Mungkinkah bayi manusia macam dalam gambar bawah ni?

Source n Credit : [sysx.org]

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!