Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, May 23, 2011

PPA FIREFOX 5 BETA UNTUK UBUNTU

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera. 

PPA [Personal Package Archive] Firefox 5 versi Beta khusus buat pengguna Ubuntu telah disediakan sejak 20hb Mei yang lalu.

Untuk makluman buat peminat dan pengguna tegar browser Firefox atau nama penuhnya Mozilla Firefox, browser ini akan mempunyai, aku namakan sebagai, 'Kitar Versi' bermula Firefox 4.0 hingga yang seterusnya. Kitar versi ini bermaksud, setelah melalui suatu tempoh, Firefox versi stabil yang baharu [terkini] akan dilepaskan kepada pengguna akhir. Ini bermaksud, ada jadual pelepasannya.

Contohnya seperti Ubuntu, kitar versinya ialah setiap 6 bulan sekali. Sekarang, versi Ubuntu ialah 11.04 di mana nombor belakang kod itu menunjukkan bulan ia dilepaskan. Maka 6 bulan [5 kalau ikut perkiraan bulan semasa pos ni ditulis] dari sekarang, versi terbaharu Ubuntu ialah 11.10 di mana 10 menunjukkan bulan ia bakal dilepaskan ialah Oktober.

Source n Credits : web upd8


Sempena pembaharuan ini, beberapa Channel atau saluran untuk versi Firefox diwujudkan. Channel-channel itu ialah:

a. Aurora : Versi ini mempunyai semua ciri terbaharu tetapi tidak cukup stabil berbanding versi Beta dan versi Release [ikut perkataan English ya supaya salah-faham dapat dielak],

b. Beta : Versi ini mempunyai ciri yang telah melepasi tahap Aurora dan telah atau sedang diuji untuk menjadikannya lebih stabil, dan

c. Release : Versi ini ialah versi muktamad [Final Release bagi Firefox tersebut] yang telah diuji dan dicuba oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia.


Pengguna Ubuntu yang berminat untuk mencuba Firefox 5 versi Beta ini [sekarang Firefox 5b2 sudah], bolehlah mengikut langkah yang ditunjukkan oleh Andrew. Aku cuma tukang sampai berita dalam Bahasa Melayu ja ;-)

Bacaan lanjut mengenai Firefox 5, sila lihat [01] dan juga [02].

Selamat mencuba!


MSS: Browser utama aku sekarang ialah Chromium [kembar Google Chrome]. Weblog ku ini tampak sakti dan anggun jika pembaca menggunakan browser Chromium atau Google Chrome. Tak caya? Cuba dan alami perbezaannya! =D

Special Thanks to Andrew for the news! =D

2 comments:

  1. Uii langsung aku x fhm apa kau cakap hahaha ketara la buta IT bahhh

    ReplyDelete
  2. @Cinoi
    Adei, mau English mengkali aku pakai baru kau faham.. Muahua3! Nda bah tu kau buta IT. Cuma masih rabun2 sket pasal ni, ehe. Aku pun faham sket2 ja bah pasal teknologi browser ni, ehe.. ^^,

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!