Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Tuesday, May 17, 2011

SS: Fakta Blog Aku [01]

Aku sebenarnya ingin memilih perkataan 'segmen' bagi tajuk di atas. Namun, memandangkan fenomena 'segmen' di kalangan blogger dewasa ini selalu dimonopoli menjuruskan kepada blogger-blogger terkenal, maka aku membantutkan hasrat tadi. Aku pilih 'Siri-siri Skema [SS]' sebab projek ini hasil idea dan usaha aku sendiri. Bangga gilak aku jadi diri sendiri, muahua3!

Aku rasa, agak jarang blogger menulis sesuatu yang berbentuk fakta tentang blog yang mereka kendalikan selama ini. Lagi jarang yang buat penulisan kritikal dan kandungannya berada di tahap yang 'abnormal'. Muahua3! Sebagai contoh, "5 fakta sejarah yang wajib anda tahu tentang blog MSS" dan banyak lagi contoh ayat. Aku sukakan sejarah dan aku tidak jemu untuk mempelajari dan membaca bacaan yang berbentuk fakta sejarah. Minat ini dipupuk sedari kecil bermula dengan subjek Kajian Tempatan.

Baik, tanpa membuang masa marilah aku mulakan. Kali ini, aku ingin kongsikan lima fakta sejarah tentang blogku ini. Aku sukakan angka 5 sebab aku ada kenangan yang manis dengan angka ini. Apapun, semoga bermanfaat!


01. Aku mula berkecimpung dengan dunia blog di Blogger sekitar penghujung tahun 2007. Mula mendaftar secara rasmi pada Disember 2007, dan menerbitkan tulisan yang pertama di Blogger pada 16 Disember 2008. Waduh, setahun tu lamanya...!





02. Blog yang kamu tatap sekarang ni bukanlah blog yang pertama aku bina. Blog pertamaku ada di Friendster. Masih boleh dilihat di sini.

Tiada lama, tiadalah yang baru...


03. Blog ini telah bertukar Template lebih kurang lapan [8] kali tidak termasuk 'babak eksperimen'. Maksudnya, kelapan-lapan Template tadi dipakai dalam tempoh yang agak lama. Tahun ni ja, macam ada empat kali aku tukar Template. Ini yang aku ingat-ingatlah. Maklumlah, short-term memory kan.... X>


04. Template yang paling lama aku gunakan ialah..... Eh lupa eh.. Arghh! Tengok gambar bawah ni ja lah bah..! Muahua3! XD

Ni tema dari Wordpress. Serius aku lupa dokumentasikan yang ni..


05. Alamat asal blog aku ini ialah http://msslawliet.blogspot.com di mana 'mss' merupakan akronim bagi nama penuhku, dan 'lawliet' merupakan nama watak komik dari Jepun yang terkenal di seluruh dunia iaitu komik Death Note. Nama penuh Lawliet ialah Lawliet Teuzaki dan dalam Death Note, dia dikenali sebagai 'L' - Penyiasat misteri tahap lagenda. Super-reasoning man. Sounds like me, lol xp

Sumber : MSS LaWLiET


Mengenali diri sendiri, akan menemukan kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri. Maka begitu jugalah blog. Mengenalinya akan membantu blogger memperbaiki tahap pencapaian dan mampu mengoptimumkan potensi yang tersembunyi. Jumpa lagi!


Nota: Kalau ada siapa-siapa Follower yang ada buat post macam ni juga, jangan lupa maklumkan pada aku ya. Bagi link post okay. Alaa, ShoutBox tu kan ada, ehe3. Boleh juga aku ziarah nanti, yeahh! =D

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!