Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, May 27, 2011

TERIMA KASIH! 200+ ORANG 'LIKE' KAMI!

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Bertemu kembali.. Keghairahan untuk mengemas kini weblog kesayangan ini semakin meluap-luap pabila loceng - yang menandakan cuti sekolah telah bermula - dibunyikan. Ini membawa petanda bahawa masa untuk fokus sepuas-puasnya di dunia maya-blog ini sudah sampai.

Baik, kali ni aku mahu bercerita pasal "Kelab Peminat MSS". Ehh kejap, sejak bila kelab ni ada? Serius meh kelab yang betul-betul punya? Hahaha. Relaks. Sebenarnya aku sengaja mensensasikannya. Hal itu ialah mengenai butang Like / Recommend Facebook. Mereka yang memiliki akaun Facebook, bila masuk ke blogku ini, boleh klik Like Button tu. Ini sebagai tanda sokongan moral kepada pengendali blog.

Aku tidak ingat bila tarikh aku mula pasang butang Like ni. Apa yang boleh aku ceritakan, butang ni aku pasang sekitar penghujung tahun 2009 hingga awal tahun 2010. Masa tu, butang Like ni antara 'plugin' Facebook yang terawal yang boleh dipasang di mana-mana medium yang menyokong kod skrip [HTML/PHP/etc]. Bila tengok butang Like sekarang ni, macam naik taraf yang ke-4 sudah sejak yang mula-mula aku pakai. Sekarang, bila Like, boleh buat komen sekali, ehe. Gambar butang yang aku pakai masa mula-mula boleh tengok di sini.

Sekarang boleh kata sudah setahun lebih, barulah jumlah Like tu melepasi angka 200. Aku pun tak ingat bila capai 100 sebab tidak sempat ambil gambar, uhu.

Jadi di kesempatan ini, aku ucapkan bebanyak terima kasih buat mereka yang sudi klik Like tu sebagai sokongan kepada aku berblog. Aku tidak tahu statistik siapa orang yang ke-100, ke-200 tu tapi yang pasti aku orang yang pertama yang Like lah, ehe.

Jom layan gambar yang dipaparkan oleh Mozilla Firefox 5 versi Beta 2 ini..! =D

[1/2]
Tengok cursor ya. Ni snap masa tengah malam semalam. Cun-cun 200 orang termasuk aku, ehe..

[2/2]
Ni pula aku snap tadi jam 3 petang. Kurang 24 jam, bertambah 10 orang..! =D


Okay, yang belum klik tu, jangan malu-malu untuk klik ya. Kalau rasa kamu suka / kagum / tergoda / tertarik dan menarik blogku ini, nah kliklah. Automatik kamu jadi "Ahli Seumur Hidup Kelab Peminat MSS".. Muahua3! XD

Kalau kita sudah Friend di Facebook, gambar+nama kamu akan aku dapat lihat dan begitu juga kamu bila kamu masuk melawat lagi. Ada pusingan gambar mana yang terpapar. Kalau kita tidak Friend di Facebook, maka gambar+nama kamu tidak akan dapat aku lihat. Jadi, jangan risau lah ya..

Nota : Kalau sudi, Follow lah bah sekali weblogku ni kalau sudah klik Like. Nda kamu kesian tengok Follower ku; Dari Google = 281 orang jak dan dari Facebook = 24 orang jak. Kesian kan, nda pemes.. Muahua3! X>


u/p : Adakah demam tonsil? Aku demam + pening sikit-sikit dan yang paling nda selesa ialah sakit tekak lepas menyanyi sakan kelmarin. Apa aktiviti kelmarin? Tungguuu di pos yang seterusnya..! =D

2 comments:

  1. wah banyak tu 200 yang like ..uhuh banyak peminat owh

    ReplyDelete
  2. @beaty

    Iya, kira ramai juga tu, ehe.. Boleh2 lah juga ada ramai peminat, muahua3! XD

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!