Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, May 22, 2011

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI MADRASAH AT-TAQWA, SELANGOR

Sumber n Kredit : Berita Harian

TAKZIAH dan al-Fatihah buat semua mangsa yang tlibat dengan tragedi ini. Terbaru menurut laporan Malaysiakini, 16 orang terbunuh dan 9 lagi selamat.

Juga menyedihkan bila ada seorang Menteri membangkitkan isu status asrama ini yang dikatakannya tidak berdaftar dengan kementeriannya dalam situasi sekarang.

Patut cakap-cakap sekarang adalah yang memfokuskan usaha bantuan dan khairat kepada semua yang terlibat. Apa kalau tidak berdaftar, tak mau beri bantuanlah ye?

Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan kepada mangsa tanah runtuh di mana Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban.

Turut aku puji dan lahirkan rasa gembira ialah bila Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak yang sedang berada dalam rangka lawatan di luar negara akan balik segera ke Malaysia. Uniknya, pengumuman ini diberitakan melalui isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor. Semoga Datin Seri terbuka hati untuk mendermakan sebahagian daripada peruntukan projek PERMATA kepada Institusi Pendidikan atau ilmu seperti Asrama Anak Yatim ini yang dikatakan tidak berdaftar di bawah Kementerian Wanita, Kebajikan dan Masyarakat. Begitu juga Sekolah Agama Rakyat [SAR] dan lain-lain yang saban tahun hauskan suntikan kewangan dan terbabit dengan isu status pendaftaran.


Nota : Lihat koleksi gambar tragedi di Berita Harian.

Kemasan terkini [23.05.2011] : Gambar kenangan penghuni sebelum kejadian.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!