Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, May 16, 2011

Utusan Malaysia, Perkasa dan Perang Salib [Bahagian 1]

Nota: Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya para pembaca mengalami sindrom sakit kepala seperti pening atau migrain. Secara mudah; dengan meneruskan pembacaan tulisan ini, maka pembaca bersetuju bahawa membaca tulisan ini adalah atas risiko sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca!

Organ tidak rasmi parti United Malays National Organization atau akronimnya UMNO - Utusan Malaysia - kembali mencuri tumpuan umum di Malaysia. Akhbar yang dahulunya dikenali sebagai Utusan Melayu ini pada era pasca kemerdekaan Tanah Melayu sehingga terbentuk atau wujudnya Persekutuan Malaysia [melalui penggabungan Brunei, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura  pada masa itu] merupakan akhbar yang paling hadapan dalam memperjuangkan sesuatu isu, dalam kerangka etika kewartawanan yang unggul. Apakah agenda utama yang diperjuangkan oleh Utusan Melayu? Semestinya nasib dan masa hadapan bangsa Melayu-Islam. Ianya sudah terpancar melalui nama akhbar ini sendiri.

Sumber n Kredit : Wikipedia


Utusan Melayu

Namun, hari-hari gemilang akhbar ini tidak se-gah pada era awal kemunculannya sehinggalah menerima 'undangan khas' Perdana Menteri Persekutuan Malaysia yang pertama - Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Apakah undangan khas itu? Aku memberi peluang kepada para pembaca untuk mengkaji dengan cara sendiri tentang isu undangan khas ini.

Sudah menjadi lumrah, sesuatu itu ada jatuh-bangunnya, ada susah-senangnya, ada bahagia-deritanya. Tidak dinafikan, dominasi akhbar ini dalam arus akhbar perdana sememangnya kukuh sehinggalah kemunculan media baru sempena kedatangan millenium baru. Pada era kegemilangan Utusan Melayu, wujud dan muncul juga media-media alternatif yang lebih kepada penerbitan akhbar dan majalah berkala ekoran keterbatasan yang biasanya berpunca daripada sekatan pihak pemerintah, gangguan, atau sumber dari pihak penerbit itu sendiri. Bagaimana tidak menjadi 'gergasi' jika kala penerbitannya adalah setiap hari, malah berskala besar pula kesan 'undangan khas' yang aku sentuh sebelum ini.

Sejujurnya, aku tidak tekun menelaah kandungan akhbar ini sejak aku mula boleh membaca. Sampailah sekarang. Pernah juga aku membacanya tetapi tidak memfokuskan kepada Headline atau Berita Utama akhbar ini. Waktu itu, aku hanya suka membaca beberapa potong berita sahaja seperti hal-hal sains, agama, sukan, dan juga sedikit isu semasa yang menarik perhatian. Namun, isu semasa tadi bukanlah berbaur politik. Masih belum timbul kesedaranku tentang kepentingan politik.

Antara Utusan dan Berita Harian, aku lebih mudah bertemu dengan Berita Harian dan ya, aku tertarik dengan beberapa kandungannya yang menyentuh hal-hal yang aku sebutkan tadi.

Utusan Melayu / Malaysia tidak popular di Sabah. Itu reaksi spontan perasaanku.

Sumber n Kredit : Wikipedia


Perkasa [I]

Aku masih belum mengkaji lanjut sejarah Perkasa atau nama penuhnya Pertubuhan Pribumi Perkasa ini. Namun syukur, melalui bantuan Prof. Google, aku berjaya ditemukan dengan fakta yang diidamkan. Walaupun sekelumit dan belum cukup mendalam, keyakinanku sedikit terbukti dengan apa yang aku temui. Perkasa merupakan antara 'benda' yang wujud selepas berlakunya pengharaman UMNO. Pengharaman UMNO membawa kesan yang mendalam kepada ahli-ahli UMNO yang terpecah semasa proses pemilihan Presiden UMNO. Kesannya, lahirlah UMNO Team A dan UMNO Team B yang mana Team B ini menggelarkan diri mereka sebagai Semangat 46 [Parti Semangat 46] yang masih tulen dan asli perjuangannya sebagaimana UMNO yang diasaskan dahulu. Babak ini berakhir dengan penyatuan Team A dan Team B yang membentuk kembali 'UMNO Baru'. Maka, bolehlah ditimbang-timbang apakah UMNO sekarang [selepas perpecahan] ini sama alaminya seperti UMNO yang mula-mula diasaskan dahulu?

Babak pengharaman UMNO ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menajamkan minda dalam permainan Catur. Episod UMNO - atau singkatannya dalam Bahasa Melayu ialah PEKEMBAR - diharamkan memperlihatkan kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam membuat percaturan membuatkan aku memasang angan dan hajat untuk mengetahui latar belakang Bapa Pemodenan Malaysia ini. Seperti biasa, pengkaji semestinya akan mengkaji latar belakang keluarga [sebelah Bapa, sebelah Ibu..], pendidikan, pekerjaan dan lain-lain hal yang berkaitan. Apakah kebijaksanaan yang telah beliau tonjolkan? Apakah 'Perlawanan Catur' itu? Jawapannya tiada dalam buku "A Doctor In The House".

Sumber n Kredit : MSS LaWLiET

Nota: Bersambung di Bahagian II.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!