Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, May 21, 2011

UTUSAN MALAYSIA, PERKASA DAN PERANG SALIB [#2]

Nota : Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya para pembaca mengalami sindrom sakit kepala seperti pening atau migrain. Secara mudah; dengan meneruskan pembacaan tulisan ini, maka pembaca bersetuju bahawa membaca tulisan ini adalah atas risiko sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca!

Sumber n Kredit : [Kelab Greenboc]


Perkasa [II]

Perkasa aku lihat baru sahaja menempah populariti dan 'kepedulian' bila ia semakin lantang bersuara selepas pasca Pilihan Raya Umum yang Ke-12, Mac 2008 yang lalu. Lebih-lebih lagi bila pertubuhan ini mengadakan Mesyuarat Agung Pertama mereka tahun lalu, 2010. Jelas, Perkasa baru sahaja berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan [ROS]. Semasa mesyuarat agung tersebut, Presiden Perkasa merangkap Ahli Parlimen [Bebas] Pasir Mas, Ibrahim Ali, menjulang dengan penuh semangat keris yang menjadi simbolik budaya Melayu. Perilaku ini seakan-akan sama di Perhimpunan Agung Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu [PEKEMBAR] alias UMNO dalam bahasa asingnya.

Sumber n Kredit : [Addin]

Perkasa bergerak sebagai sebuah NGO yang dilihat mesra UMNO dan UMNO yang memegang Kerajaan Persekutuan Malaysia. Musuh utama Perkasa ialah Parti Tindakan Demokratik atau dalam bahasa asingnya Democratic Action Party [DAP] yang membawa ideologi Malaysian Malaysia. Ideologi ini dilihat seteru bagi 'mazhab' Ketuanan Melayu yang sentiasa hangat dinyalakan Perkasa. Bagai Aur dan Tebing, begitulah intimnya Perkasa dan PEKEMBAR. Bagai Anjing dengan Kucing, begitulah tabiat penganut mazhab Ketuanan Melayu bila bertembung dengan pendokong+penyokong ideologi Malaysian Malaysia.


Utusan Malaysia; 1Melayu, 1Bumi

Tahun 2011 membawa pelbagai kejutan dari Utusan Malaysia. Umpama sang juri ternanti-nanti apakah persembahan yang bakal diaksikan oleh sang pelawak di atas pentas setiap Jumaat malam, begitulah juga rakyat apabila melihat dan disajikan berita yang dilihat mencetuskan ketegangan yang memudaratkan. Ini semua berlaku selepas selesainya Pilihan Raya Negeri Sarawak. Apabila DAP yang hampir menyapu bersih [menang dengan majoriti undi] kesemua kerusi yang dipertandingkan, maka puak-puak UMNO selaku Ketua di dalam Barisan Nasional [BN] pun mendendangkan lagu bahawa pengundi cina telah bersatu; cina dengan cinanya, menolak konsep perpaduan 1Malaysia dan yang lebih teruk mereka dikatakan tidak berterima kasih dan bersyukur kepada kerajaan sedia ada yang telah banyak menyumbang itu ini demi rakyat, kononnya. Lantas, dengan pantas dan tangkasnya Utusan Malaysia mengeluarkan berita yang berbunyi; "Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi!" sebagai menyahut lolongan puak-puak UMNO tadi yang menghina pengundi-pengundi cina kerana mengundi pembangkang. Jelas prinsip dan amalan demokrasi yang sihat dengan wewenangnya di-democrazy-kan oleh juak-juak UMNO-BN bila keadaan tidak memihak mereka.

Mari kita selidiki sedikit situasi ini. Puak-puak UMNO-BN mengatakan bahawa orang-orang cina telah bersatu melalui DAP. Maka di sini, puak-puak UMNO-BN tadi cuba mengolah persetujuan ramai [rakyat] khususnya Melayu dan Bumiputera bahawa orang Melayu dan Bumiputera perlu juga bersatu dan membentuk kesatuan yang ampuh sebagaimana yang telah dilakukan oleh orang-orang cina yang memenangkan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat.

Sumber n Kredit : [Addin]


Apa yang lawaknya seperti lawak Maharaja Lawak ialah, lawan calon DAP yang menang tadi ialah calon parti yang dominan oleh bangsa cina [ahli komponen BN] malah calon mereka juga berbangsa cina*! Justeru, apa asasnya dicanangkan bahawa orang-orang cina telah bersatu sesama mereka melalui DAP? Bagaimana jika bukan DAP yang menang? Apakah sebenarnya simbolik yang ditunjukkan oleh pengundi cina tadi yang memenangkan calon DAP dari Pakatan Rakyat?

Jawapannya mudah; Orang cina di kawasan tersebut MENOLAK [calon] orang cina dari parti komponen BN dan meletakkan Harapan Baru kepada orang cina yang bukan dari BN.

Bagi mereka yang lemah kekuatan membacanya akan agak mudah terpukau oleh slogan kolumnis Utusan Malaysia tadi yang cuba memujuk Melayu dan Bumiputera supaya terus memeluk kuat UMNO. Kerana, juak-juak UMNO tadi sememangnya amat khuatir jika ada Melayu atau Bumiputera yang cerdiknya secerdik orang cina yang memenangkan calon cina dari DAP tadi.

Mereka gundah-gulana jika Melayu atau Bumiputera tadi berfikiran begini; "Cukup-cukuplah tu UMNO-BN. Sudah puluhan tahun kami mengundi kamu, begini-begini juga kami. Walaupun ada beberapa perubahan di sepanjang era kamu berkuasa, masalah pada setiap era adalah berlainan dan perlukan solusi yang berlainan. Cukuplah, sekarang kami ingin lihat dan nilai prestasi pendatang baru yang membawa Harapan Baru. Kalau kami boleh bagi kamu tempoh lebih daripada 50 tahun memerintah, kenapa tidak boleh kami berikan tempoh sekurang-kurangnya lima tahun untuk mencuba pemerintahan di bawah kerajaan Pakatan Rakyat?"

Jika ayat ini terngiang di telinga sang gerombolan, maka aku yakin mereka sang gerombolan pasti tidak akan mimpi basah lagi kerana mungkin kain basah juga, tetapi oleh kencing kerana mengalami mimpi yang maha dahsyat. Siapa sangka UMNO-BN hampir-hampir dimuziumkan pada PRU-12 yang lalu?


*Rujukan lanjut: yusufultraman

Nota : Bersambung di Bahagian III. Baca Bahagian I di sini.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!