Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, May 16, 2011

Word Verification di Blogger

Word Verification [WV] di Blogger merupakan antara 'benteng' yang mencegah atau mengurangkan risiko serangan SPAM. Di sesetengah tempat, WV ni disebut sebagai Captcha. Secara mudah, aplikasi ini bertujuan untuk mengesahkan bahawa pengguna atau pelanggan yang sedang berurusan itu benar-benar manusia dan bukannya robot.

Di sesetengah blog Blogger, ada yang menggunakan WV ini secara suka-suka atau untuk menapis komen yang tidak menyenangkan penulis atau awam. Sebenarnya bagiku, penggunaan WV ini bergantung dengan suasana.

a) Katakan anda tidak pernah diserang dengan dahsyatnya oleh SPAM atau dikutuk dimaki hamun secukup rasa di blog, maka sewajarnya WV ini dimatikan.

b) Sekiranya pernah diserang oleh SPAM dan pengutuk tidak profesional, maka blogger tadi boleh memilih tetapan "Who Can Comment" itu sebagai Registered User atau Users with Google Account.


Alternatif lain, boleh set tetapan Comment Moderation itu kepada Always.

Secara peribadi bagi aspek sistem komen ini, aku sukakan blog yang mempunyai sistem komen yang mesra-pengguna. Sebagai contoh, tidak menggunakan WV, komen terus dipamer [published], dan tidak loading balik-balik. Penggunaan Pop-up Window bagi Comment Form Placement sangat-sangat digalakkan.

Apa pentingnya komen? Banyak komen secara umum menunjukkan blog dan tulisan itu menarik perhatian audien. Ini jauh lebih penting berbanding jumlah trafik yang datang. Ada interaksi dan peluang yang cerah untuk membina perhubungan secara jangka masa panjang. Sebaiknya, kita skor supaya pelawat yang datang itu adalah pelawat yang berkualiti. Bukan setakat baca atau download apa-apa tanpa langsung tidak mengucapkan salam, Hai, atau terima kasih. Muahua3!


Nota: Jangan salahkan aku kalau aku macam nda pernah datang blog kamu wahai Followers ku. Sebenarnya, aku ada datang. Cuma kadang malas mahu tinggalkan jejak melalui komen sebab tetapan komen kamu menyusahkan..? Ada juga yang malas aku datang lagi sebab asyik kita ja yang datang ke sana komen, tempat kita sepi. Muahua3!

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!