Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, June 30, 2011

BIASALAH TU.. FIRST TIME KOT..

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

MAAF, ini bukan iklan kanak-kanak Ribena okay. Amaran! XD



BERSIH 2.0 SABAH [RASMI]

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Berita gembira buat penyokong dan pendukung Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang berada di Sabah, satu acara rasmi sempena Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 akan diadakan di Kota Kinabalu, 9 Julai [Ahad] 2011, bermula jam 2 hingga 4 petang. Bawah ni aku copy-paste maklumat yang ada setakat jam 8:02 pagi tadi. [Sumber]

'Jum Hibuh [aramaiti] II' kini di Kota Kinabalu!

What is Bersih?
Solidarity walk in support of the Bersih 2.0 Rally in Malaysia on Saturday the 9th of July 2011 for free and fair elections in Malaysia.



Klik imej di atas untuk koleksi video


The 8 Demands of Bersih:
1. Clean the electoral roll
2. Reform postal ballot
3. Use of indelible ink
4. Minimum 21 days campaign period
5. Free and fair access to media
6. Strengthen public institutions
7. Stop corruption
8. Stop dirty politics

Initial plan: Suggestion
- Come to Kota Kinabalu with your friends
- Assemble at the Kg.Air Park beside the high court building
- Hang out a while at Gaya Street, gather our crowd before starting the walk. We could take a longer route around downtown before reaching the consulate.
- Put on your Yellow Bersih 2.0 T-shirt and march in the area of Padang Merdeka.
- End the walk at the TYT Residence to hand over the memorandum.
- March back to Padang Merdeka and disperse. Take off you Yellow Bersih 2.0 T-shirt and head back to Gaya Street to have food & drinks & chit chat with your friends.

The goals of our operation:
1. Create awareness among fellow Sabahans of the objectives of Bersih, and the situations in Malaysia.
2. Create curiosity of onlookers on what we are trying to do.
3. Attract international media attention, and hopefully to get some coverage on international media.
4. Document the whole process of gathering, walk and handing over of memo. The photos and videos recorded will be passed over to Bersih Malaysia so that they can distribute on their sites about the involvement of Bersih 2.0 Sabah.

Preparations:
Yellow t-shirt (will try to make)
Banners / placards / leaflets
Distribute leaflets / posters to local Malaysian restaurant and shops
Memo / petition signed by all attendees

Please share this event with your family and friends in Sabah, Thanks!

For those who cannot make it-
PLEASE WEAR YELLOW at anywhere on July 09, 2011
CHANGE YOUR FB PROFILE TO YELLOW right now
LISTEN TO BERSIH THEME SONG 'FREEDOM'


Okay aku tahu macam mana situasi 'perang psikologi' antara pihak yang menyokong, yang membantah dan juga golongan buat dunno. Terpulang kepada semua untuk jadi golongan mana. Kalau bantah, dok diam-diam di rumah makan pop-corn atau jagung manis rebus. Nda payah datang tempat acara sebab kompom orang macam tu lah yang buat kecoh dan huru-hara. Contoh, 'ngauman amaran' dari Presiden Perkasa dan juga Mahaguru Silat Lincah. Yang buat dunno, teruskan buat dunno. Aku ada koleksi Maharaja Lawak untuk kamu tengok kalau bosan di rumah, hahaha XD

Layan dan nilai video di bawah.. Tengok siapa sebenarnya yang cetuskan huru-hara... Mukhabarat!














Aku mungkin nda dapat datang. Apapun, aku sudah lama menyatakan sokongan terhadap agenda ini. Walaupun masih ada beberapa kelemahan dari segi penganjuran [Bukan senang urus beribu-ribu orang yang sukarela datang. Tapi lagi bida' kalau paksa rela macam penjawat awam yang selalu kena, kan kan kan..]. 9 Julai nanti, aku akan pakai t-shirt kuning Yonex. Kalau ada serbuan, aku ada di Dewan Tun Mustapha, Lembaga Bandaran Kudat. Lama sudah nda tengok main bubut-bubut ni, muahua3!

MURNIKAN DEMOKRASI!

Nota : Aku harap bukan Cybertrooper geng gerombolan lah tu, keh3.. XD

Update: Perubahan tentatif [KLIK]

Sumber n Kredit : Bahan Sejarah

Wednesday, June 29, 2011

SALAM ISRAK DAN MIKRAJ 1432 HIJRAH

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera. 

Samizul Dot Net mengambil kesempatan sempena Hari Kebesaran Umat Islam -- Peristiwa Israk dan Mikraj, mengucapkan "Selamat Menyambut Israk dan Mikraj" [sambutan sempena peristiwa Israk dan Mikraj] yang disambut setiap tanggal 27 Rejab saban tahun kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. Sebagai perkongsian bersama dan bersempena peristiwa ini, saya bawakan satu artikel khas dari iluvislam buat garapan bersama. Semoga bermanfaat!

Sumber dan Kredit : iluvislam

ANGRY BIRDS PUN SOKONG BERSIH 2.0?

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Aku jadi peminat tegar permainan Angry Birds bila aku dapat bermain dengan permainan popular lagi digilai ramai ini. Alaa, main di Chrome ja, ehe. Teringat pula masa-masa gemilang dan kemuncak bersama Half-Life, Counter-Strike dan Warcraft [termasuklah Defense of The Ancient tu, ehe]. Oh Chess pun masuk senarai juga tapi tu sampai sekarang main lah.. Muahua3!

Okay, jom tengok gambar Angry Birds. Setahu aku, Rovio tiada keluarkan gambar ni. Jadi, ini memang kerja 'photo manipulator', haha.

Sumber n Kredit : tukartiub

Comel kan? Memang ketawalah bila aku nampak ni. Kalau aku ada kemahiran 'photo-manipulation' ni, memang banyak sudah gambar-gambar yang umphhh aku kasi tayang sini. Tapi sayangnya, aku malas. Masih malas, huahua XD

Kalau mahu tengok lagi gambar-gambar kartun, klik pautan atas tu ataupun klik [sini].

Ketawalah sepuas-puasnya sebelum ketawa di-akta-kan / di-haram-kan. Sedutlah oksigen puas-puas sebelum udara di-bil-kan, MUAHUA3! XD

Tuesday, June 28, 2011

UNGGUN BERSIH - A. SAMAD SAID, 2011

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mencipta senjata dari pena berbentuk puisi sempena Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang awal-awal lagi sudah dilabel haram oleh sebahagian besar pihak dan pihak berkuasa seperti Polis. Kalau dari gerombolan United Malays National Organization tu, aku nda hairanlah. Tapi ada hairan juga sebab tetiba Ketua Pemuda United Malays National Organization - yang semasa BERSIH 1.0 tahun 2007 dulu melabel para demonstran sebagai 'seperti beruk-beruk di jalan raya' - telah menyatakan hasrat untuk turut sama berhimpun pada tarikh, tempat dan waktu yang sama dengan aturcara BERSIH 2.0. Entah apa agenda sebenar beliau. Mungkin 'insaf' sudah. Apapun, jom kita jadi 'beruk-beruk di jalan raya' ya, hahaha! XD

Tajuk puisi ini ialah Unggun Bersih. Penyampaian dan mesejnya jelas; tanpa memerlukan 'pengaktifan khas' otak bahagian kanan anda. Jom hayati bersama... d(^^,)


  Unggun Bersih by A Samad Said



Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Release date: Jun 27, 2011

Sumber dan Kredit [Lagu dan Lirik] : soundcloud


u/p: Cuba teka, kenapa aku ada buat garis-garis di atas? Jeng3... X)

Samizul Dot Net MENYOKONG Agenda BERSIH. Murnikan Demokrasi!

Sebelum ni, ada dilaporkan seorang pemuda dihalau keluar oleh AJK Masjid Bandaraya Kota Kinabalu kerana memakai baju kuning dengan tulisan 'BERSIH'. Pak Samad juga dipanggil polis untuk siasatan [bawah Akta Hasutan] sejurus selepas puisi ini menyinari langit dan tanah Malaysia. Tangkapan kepada orang awam yang berpakaian kuning juga sedang 'rancak'. Mungkinkah giliran blogger yang meletak banner kuning juga akan di-ISA-kan?

Aku bersedia atas segala kemungkinan. Aku pun nak buktikan aku anak jantan juga, ahaks! XD

SUMBU #04 JULAI DITERBITKAN!

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Tim Majalah Sumber Terbuka Malaysia - SUMBU - telah menerbitkan edisi Julai majalah tersebut yang merupakan edisi keluaran keempat. Edisi Julai telah diumumkan secara rasmi oleh Komuniti Jom Linux di sini

Antara topik utama yang diketengahkan dalam edisi ini ialah:-

Wacana
01. Sumbu Maju Setapak Ke Hadapan
02. Lightbox Javascript. Ada Anda Kesah?

Tip n Trik
03. Domain Olok-Olok
04. Dokumentasi Pada Linux

Tutorial
05. Menetapkan Virtual Host 
06. C++ Dalam Linux Siri 2
07. Prolog Bah.1

Bebas
08. A Technician In The House
09. Operasi Rivolta

Permainan
10. Revenge Of Titans


Sila klik imej di bawah untuk memulakan muat turun. Jom!

Sumber n Kredit Imej = jomlinux@gumuu

Tim Sumbu dengan kerjasama Jom Linux telah mengumumkan bahawa majalah SUMBU ini telahpun mempunyai laman webnya sendiri di pautan www.sumbu.org Semua siri majalah ini boleh diakses didalamnya. Malah, ruang perbincangan juga disediakan.

Lama web rasmi majalah SUMBU kini sedia untuk dilawati. Jom lawat!


Nota : Dokumen ini telah dikongsi untuk Koleksi Download-Upload [KDU] di sini. SUMBU Edisi Sulung dan yang seterusnya masing-masing sedang dan akan dipaparkan di KDU. Selamat membaca!

AKU DAN CATUR: PYCHESS 0.10 [BLITZ] #3 REKOD!

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera. 

Pusingan pilihan yang seterusnya dengan PyChess di gelanggang Blitz kali ini ialah yang terbaekkk punya setakat ini. REKOD! Yaa, aku berjaya mencipta rekod sendiri mencatat masa terpantas untuk mengalahkan PyChess! \(^_^)/ Masih dalam minit tu yau, muahua3! Nda caya? Jom tonton rakaman di bawah! ;D




Ini merupakan video yang direkod bukan secara Live. Semua video yang sebelum-sebelum ni pun. Insya Allah yang #4 nanti aku akan tayangkan rakaman Live punya. Bukan siaran langsung okay, ehe. Sudah aku muat naik di YouTube. Tinggal tayang promosi sini lagi, ehe.  


White Side
Player = PyChess 0.10 [Computer]
Level = 8 [Highest]
Rating = Unknown yet [Perhaps below than 2100 of Blitz ELO Rating]
Opening = I don't know, haha
Time Left = 2 minutes 0 second

Black Side
Player = MSS LaWLiET [It's me!]
Level = N/A
Rating = N/A
Opening = I don't know, haha
Time Left = 1 minute 22 seconds

Game Setting
Type = Blitz
Time Control = 5 minutes + 0 second/move
Touch-and-Move = Not Applied [means Undo is offered]
Move History = On [Showed]
Comments = Off
Opening Book = Off

Result
MSS LaWLiET won

Chess Engines Wiki : [here]

Nota : Siapa-siapa yang tahu jenis Opening tu, kongsi-kongsi ilmu lah ya.. XD

Monday, June 27, 2011

FOLLOWER KE-300: SANG PENCINTA YANG DILAMUN CINTA?

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam sedar dan kadangkala buat-buat nda sedar, rupanya angka Follower ku bertambah juga satu demi satu. Sebenarnya, aku sudah lama mahu membuang Widget Follower ni sejak ada masalah di Google Friend Connect hari tu. Tapi, terbantut bila tiba-tiba ramai pula datang Follow. Emm, serba-salah jadinya, haha.

Sesi Promosi Khas kali ni, aku mahu maklumkan siapakah Follower ku yang ke-300. Atas permintaan Bro tu juga, haha. Sebab, dia sengaja tunggu dekat-dekat 300, supaya dia dapat jadi Follower yang ke-300. Macam ni baru lahh walaupun tiada aku promo atau bagi apa-apa hadiah. Bagus, bagus, ehe3.

Jadi, perkenalkan siapakah gerangan Follower ku yang ke-300, yeyeah! \(^_^)/

Jom FOLLOW ramai-ramai terutamanya yang Wasaber tu, haha

Sedikit pandangan peribadi pasal blog Aku Sang Pencinta [ASP] ni, pada mulanya aku fikir dia ni seorang perempuan. Apa ndanya bila ada pos baru, mesti ada gambar minah DLSR. Maklumlah, aku pun baru juga Follow dia ni, haha. Kalau kamu seorang yang berjiwa seni dan layannn karya sastera yang santai dan bersahaja, maka blog ASP ni sesuai untuk kamu kunjungi bila rasa bosan membaca blog yang sudah jadi macam portal berita daa kita tengok. Tajuk dan isi pun dalam 80-100% sama, fuhhh. Blog skema macam aku punya ni pun 5x2, selalu buat orang blur atau mati kutu [tu nda ramai Follower, ahaks!].

Okay cukup bagi komen pasal blog ASP ni. Buat bro ASP, teruskan berkarya. Salah satu ciri karya yang bertambah baik ialah apabila pengkarya dapat mengambil pengajaran [pembetulan] dari kelemahan, kesilapan karya-karya yang lalu. Jadi utamakan pembaca atau pengomen yang selalu memberikan input dan fokus terhadap tulisan/karya kamu ya!


Seskema-skema blogku ni, dapat juga lepas angka 300 orang.. Kelab Peminat pula, dalam 230 sudah Ahli Seumur Hidupnya, ahaks!

Apapun, aku bersyukur sebab dalam kalangan Follower ni lah yang banyak memberikan sokongan dan dorongan terhadap apa-apa usaha yang aku dan blog ini lakukan. Aku mungkin bukanlah seorang Follower yang baik dan berkualiti tinggi tetapi insya Allah aku akan jadi pengomen yang berkualiti untuk tulisan atau karya yang kamu kongsikan. Kepada sebilangan Follower yang aku balas kunjungan Blogwalking, aku rasa rugi kalau singgah blog kamu tanpa meninggalkan komen terutamanya yang rajin tinggalkan komen. Komen di tulisan [post] okay, bukan yang rajinnya hanya di ShoutBox tu. [<--- kejam gilak ayat]

Muahua3! XD

Sunday, June 26, 2011

PENUTUP YANG INDAH [04]: SAYONARA! [#1]

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Suatu pertemuan biasanya dimulakan oleh suatu perpisahan. Uniknya, dihujung pertemuan tadi kita akan bertemu semula dengan suatu perpisahan juga.

Begitu juga apabila menyentuh tentang perpisahan; dimulakan oleh pertemuan, dan pengakhirannya akan ada suatu pertemuan.

Babak, Episod dan Kisah

Episod dibentuk oleh himpunan babak. Himpunan episod pula akan melengkapkan sebuah jalan cerita atau kisah.

Pengalaman berada jauh dari tempat asal sudah sebati dalam jiwaku sejak memasuki sekolah menengah [2000]. Kota Belud -- Labuan -- Kota Kinabalu -- Tenom adalah tempat di dalam episod Belajar dan Bekerja yang aku lalui sekarang. Tahun 2001 menyaksikan aku sebenarnya seorang yang tidak homesick. Ini ibarat babak 'Topi memilih kau kelas apa' dalam filem Harry Potter. Maaf, aku tidak tahu apa ayat yang tepat untuk menamakan babak ini.

Jadi, sekiranya aku berjauhan dengan yang tercinta, aku tidak akan down atau lemah semangat akibat penangan rindu dan lain-lain perasaan yang menimpa pengidap homesick.

Tenom menjadi daerah pertama untuk aku mencurahkan segala kemampuan diri setelah selesai Ijazah Pertama pada tahun 2009. Namun, pekerjaan ini bukanlah yang pertama untukku. Aku mula bekerja mengambil upah sejurus selepas tamat SPM.

Kepelbagaian pengalaman bekerja banyak membantu aku berada di tempat kerja yang berlainan 'urusniaganya'. Kepelbagaian itu, jika dimanfaatkan, akan membentuk nilai 'mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran' kerana pengalaman tempat kerja yang berlainan. Pengalaman yang dimanfaatkan akan meningkatkan bukan sahaja tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu tetapi juga kematangan.

Sumber n kredit : Album


SK. Paguokon dan Tenom [i]

Apabila aku menerima panggilan yang aku dipanggil untuk lapor diri di BTPN Penampang kerana terpilih untuk menjadi Fasilitator SchoolNet [FS], perkataan 'Paguokon' itu begitu asing dihalwaku. Aku tulis 'Pagoukon' dan 'Pagokon'. Bila mendengar nama Tenom, aku terbayang andaikata sekolah ini jauh dari pekan, memang backup plan akan dikitar semula di fikiran, haha.

Namun, sangkaanku meleset. Lebih kurang dua bulan selepas mula bertugas, aku menjadi antara FS yang paling bertuah; tinggal di sekolah menumpang rumah Guru Besar sebab Guru Besar jadi 'orang bujang' bila tinggal di rumah khas ini. Jadi, tiada isu pengangkutan, sewa rumah, dan masa kerja, ehe.

Babak seterusnya dalam episod menjadi FS ini menjadi sesuatu yang menarik. Aku teruja!

SK. Paguokon dan Tenom [ii]

Hari diganti minggu, minggu diganti bulan. Sibuk punya sibuk, akhirnya penghujung tahun semakin hampir. Rupanya mahu setahun sudah aku menimba pengalaman dan belajar tentang 'dunia sekolah' dengan lebih intim.

Sejak aku mula tiba di SK. Paguokon, banyak perubahan yang berlaku sama ada dari aspek fizikal mahupun bukan fizikal [dalaman] ke arah suasana yang lebih baik dan kondusif. Aku merasa gembira kerana serba sedikit, aku ada bersama mereka melalui detik-detik penting dan bersejarah. Sebagai contoh, bangunan khas ruang rehat warga sekolah [yang lebih berfungsi sebagai kantin, ehe], kelas kabin, dan tidak dilupakan kelas ICT yang aku kendali bersama jiran FS terdekat, Sharif Asri yang bertugas di SK. Mandalom. Seorang lagi rakan ialah Aizam, FS SJKC Chung Hwa. Kami bertiga kekal di Tenom sehingga kontrak FS tamat.

Terlalu banyak lembaran yang ingin dicoret di sini jika satu-persatu babak aku sampaikan. Aku simpulkan secara mudah, 98% pengalaman yang aku lalui di sini adalah kenangan indah dan terindah, manakala bakinya 2% adalah pengalaman yang ada kureng sket; 1% untuk isu pengangkutan awam Pekan Tenom <---> Lagud Sebrang, dan 1% lagi ialah hal-hal kecil seperti selalu hujan [hilang semangat membasuh sebab pakaian akan berbau tak cukup kering, haha] dan blackout.

Buat Warga SK. Paguokon, Masjid al-Fath dan Lagud Sebrang, Tenom

Aku terhutang budi dan jasa yang tidak terhingga dengan semua warga SK. Paguokon, masjid al-Fath dan Lagud Sebrang, Tenom umumnya. Jutaan, Billion, dan Trillion TERIMA KASIH tidak cukup untuk menggambarkan betapa manisnya episod pengalaman di sini. Infiniti.

Walaupun aku berasal nun jauh dari Utara Sabah, aku tetap dilayan dengan begitu baik selama berada di sini. Sebab itu aku berusaha selama yang boleh, mengoptimumkan tempoh keberadaan aku di sini untuk terus bersama dengan warga SK. Paguokon dan sekitarnya.

Namun, sudah lumrah manusia biasa lagi kerdil ini, aku tidak terlepas dari melakukan salah-silap sama ada kecil atau besar, sengaja atau tidak, dan sedar atau tidak. Aku dapat rasa banyak kelemahan yang berpunca dariku dan kelompangan yang tercetus oleh kenaifanku. Rasa sedih bila ada masalah yang timbul yang berkait dengan diriku, tidak dapat aku bantu untuk menyelesaikannya. Pengetahuanku tentang dunia guru, murid, sekolah dan ICT [skop kerja] agak terhad.

Apapun, aku cuba melaluinya sebaik yang mungkin kerana aku menetapkan [set] diri aku dalam mod 'belajar'. Pengalaman mendewasakan.

Ku pohon kemaafan dari semua atas salah-silap, kelemahan dan kenaifan yang aku lakukan.

Terima kasih kepada semua atas tunjuk-ajar yang diberikan, bantuan yang dihulurkan, kegembiraan yang berpanjangan, teguran yang membina, nasihat yang berguna, pengalaman yang mendewasakan, dan kenangan yang terindah... Tidak terbalas jasa dan bakti kalian olehku.. Apa yang aku mampu ialah memberikan yang terbaik, yang termampu dari diriku di samping terus mendoakan juga yang terbaik untuk kalian dan keluarga. Semoga Allah s.w.t membalas budi dan amalan kalian dengan balasan yang jauh lebih baik.

Ampun dan maaf dipohon sekali lagi.. 0-0 ya! =D

Semoga kita semua berjumpa lagi di ruang dan peluang yang lain. Moga panjang umur, murah rezeki dan kesihatan yang baik..

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

SELAMAT MAJU JAYA SEMUA! ;D


Sumber n Kredit : Album


Nota: Koleksi gambar kenangan sepanjang bertugas di SK. Paguokon, Tenom akan dimuatkan pada siri yang terakhir [#05]. Tu kerja pertama bila sampai di Kudat nanti.. Episod baharu menanti untuk muncul dengan rasminya... ^^,


Koleksi Episod FS:

Selamat Datang ke Tenom!

Fasilitator SchoolNet: Ceritaku [01], [02], [03]

Kelas TMK SKPT: Monolog Skema [01], [02], [03]

Selamat Tinggal FS [01], [02]

Penutup Yang Indah [01], [02], [03], [04], [05]

Lain-lain [01], [02], [03], [04], [05]

Saturday, June 25, 2011

HARGA MINYAK GAS MAHAL?

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Petang tadi, aku menghiburkan diri dengan berjalan-jalan menikmati petang di pekan Tenom. Ada dua tujuan utama aku turun outing buat kali terakhir di sini; Beli tiket flight bas ekspres dan dating berjumpa buat kali terakhir dengan dua orang wanita, oupsss, gadis yang bukan orang Tenom. Hahaha. Jangan lompat fikiran kamu ke perkara yang bukan-bukan. Mereka berdua sebenarnya mempunyai ikatan kekeluargaan dengan aku. Sebelah bapa. Dekat-dekat sudah aku mahu balik ke Utara Sabah, jumpa pula keluarga sini. Satu tahun [tahun lalu] aku bertugas selaku FS, nda pula terjumpa mana-mana keluarga di sini. Tu lah asyik dengan komputer, internet, komputer, internet X)

Okay cukup. Identiti dua orang sumandak tu biarlah misteri. Kalau kamu dua baca tulisanku ni, aku ucapkan terima kasih lagi ya sebab ada kesempatan untuk jumpa sekejap. Jangan sedih-sedih, lain ruang dan peluang kita jumpa lagi.. XD

Berbalik ke tajuk asal, aku ingin membeli minyak gas. Rasanya semua tahu kan minyak gas ni apa. Nama sainsnya kerosin, kan. Itu yang aku tahu sekarang ni lah. Mana tahu ada perubahan nama kah macam Natrium [Na] jadi Sodium dalam bahasa inggeris, ehe. Beli dalam 1 liter, untuk tujuan aktiviti 'open burning' [apa punya environmentalist ni, oho].

Aku pun pergi ke Shell yang berdekatan. Sebelum masuk berjumpa dengan pekerja, aku ternampak mesin yang pam minyak kerosin tu tidak dihidupkan. Off. Aku pun terus masuk untuk bertanya dengan pekerja di situ. Ada dua orang, lelaki, dan kemungkinan berbangsa Timur / Om. Dengan pakej rupa 'macam orang Semenanjung' [yang orang selalu cakaplah], aku pun bertanya menggunakan bahasa melayu 'standard';

"Sini ada jual kerosin?"


"Tidak ada. Kami tidak jual sudah. Mahal. Di Keningau ada.."


"Hah, tiada minyak gas...?!" [<--- kantoi]


"Iya. Mahal sudah harganya.. Kami tidak jual.."


"Stesen minyak yang lain, ada?" [<--- soalan bonus]


"Tiada juga..."

Selepas mengucapkan terima kasih, aku pun keluar. Wawh, boleh-boleh juga bahasa melayu pekerja ni. Tidak dirojakkan gitu, ehe. Kemungkinan besar dia lahir di sini ataupun sejak kecil menetap di sini.

Ada lagi stesen minyak yang berdekatan iaitu Esso. Tapi aku kesuntukan masa. Aku kena balik cepat sebab kalau melepas kereta balik ke rumah, kemungkinan besar dua helai not Ringgit Malaysia berwarna merah akan bertukar poket. Nilai itu lebih dari cukup untuk hidangan Dinner Plate + Cheesy Wedges. Jadi aku membatalkan niat untuk ke Esso mencari minyak gas.

Sepanjang dalam perjalanan balik, aku sempat lagi mengelamun pasal minyak gas tadi. Sebabnya, mahal. Aku hairan, bila masa pula harga minyak gas ni naik mendadak sampai tidak lagi dijual. Yang aku tahu, minyak Ron yang ada kenaikan. Tu pun posen-posen ja.

Aku rasa tidak percaya pula dengan cakap pekerja tadi. Kalau mahal, stesen minyak lagi banyak untung. Yang terbeban marhaen. Tapi ada kemungkinan juga minyak gas tu sudah tidak lagi laku kalau terlalu mahal. Tapi kemungkinan yang ini rasa nda signifikan juga. Entahlah, sama ada pekerja tu terpaksa menipu ['cover line', yang sebenarnya stesen tu kehabisan stok] atau dia kurang mendapat input maklumat situasi yang sebenar, sama seperti aku yang kehairanan bila mendengar minyak gas ni sudah mahal harganya.

Cukup setakat ini, aku mahu mengemas barang-barang dulu. Insya Allah esok Penutup Yang Indah siri #4 akan diterbitkan. Berdebar-debar pula aku, ahaks! XD

Friday, June 24, 2011

AKU DAN CATUR: PYCHESS 0.10 [BLITZ] #2

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Okay, kali ni sambungan Pusingan aku bermain catur dengan PyChess 0.10. Ni bukan nama pura okay. Ni nama Chess Engine ni, ehe. Sebenarnya, ada banyak pusingan tapi yang aku tayang minta perhatian sini ni kira pusingan yang aku rasa ada skil atau taktik yang bukan terlalu biasa-biasa. Sekadar perkongsian peribadi. Kalau pro atau yang sudah ada Rating tu, mungkin pandang sebelah mata sepet ja permainan kami ni, haha!

Okay, cukuplah bebelan. Jom layan! ;D





Black Side
Player = PyChess 0.10 [Computer]
Level = 8 [Highest]
Rating = Unknown yet [Perhaps below than 2100 of ELO Rating of Blitz]
Opening = I don't know, haha
Time Left = 1 minute 47 seconds

White Side
Player = MSS LaWLiET [It's me!]
Level = N/A
Rating = N/A
Opening = I don't know, haha
Time Left = -20 seconds

Game Setting
Type = Blitz
Time Control = 5 minutes + 0 second/move
Touch-and-Move = Not Applied [means Undo is offered]
Move History = On [Showed]
Comments = Off
Opening Book = Off

Result
PyChess 0.10 won

Nota : Siapa-siapa yang tahu jenis Opening tu, kongsi-kongsi ilmu lah ya.. XD

YANG BAKAL PUPUS DI BIBIR DAN TANGAN

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Apa yang bakal pupus ni?

1) Saya, Aku

2) Awak, Anda, Kamu

3) Jadi, Justeru

4) Menarik

5) ..... [menyusul selepas ini]

#Rehat-Dengan-Tenang

Spesies baru telah muncul akibat evolusi. Selamat Datang ke perbendaharaan Bahasa Melayu!

1) I, Me

2) You

3) So

4) Best

5) ..... [menyusul selepas ini]


Nota : Sedang diancam kepupusan [tahap kritikal] ---> Bahasa Ibunda

Thursday, June 23, 2011

SELF-HOSTED SERANG BLOGSPOT?

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Blog yang menggunakan perkhidmatan pengehosan percuma dari Google iaitu Blogspot kembali dilanda masalah. Kali ini, imej yang telah dimuat naik tidak dapat diletakkan di ruangan pos tulisan. Maksudnya, 'Add Selected' tu tidak berfungsi dengan normal. Bagi aku, masalah ini masalah minor berbanding masalah beberapa waktu lalu yang membuatkan semua pengguna pengehosan Blogspot 'berpuasa' dari melakukan rutin harian mereka.

Aku masih ingat, ketika blog yang hos di Blogspot tu tidak dapat diakses, maka blog-blog yang bukan hos di blogspot menjadi tumpuan para kaki blogwalking tegar. Aku tidak pasti kalau blog blogger terkenal seMalaysia seperti Abang Ben alias Bro Ben boleh diakses atau tidak. Seingat-ingat aku, kali terakhir aku masuk ke blog Bro Ben ialah penghujung tahun lalu.

Aku pun blogwalking juga. Maka, terjumpalah aku beberapa tulisan atau artikel dari blogger yang menggunakan pakej pengehosan sendiri [berbayar], berbicara tentang 'masa depan' blogger yang menggunakan perkhidmatan Blogspot.

Secara ringkas, isi-isi utama bicara 'masa depan' mereka itu berkisar tentang beberapa 'tema' seperti;

Bayangkan...
1) Entri anda sudah beratus-ratus tapi hilang sebab masalah Blogspot ni. Backup pula, tak sempat.
2) Bayangkan Blogspot 'terbuang' atau 'terpadam' blog kamu yang comel-lote, segak-bergaya dengan ribuan Follower, komen, trafik dan $$$ tu... 
3) Bayangkan, Blogspot caj kamu tapi masih terhad tweak sini-sananya..
4) .....dan lain-lain.

Tiada Kebebasan...
1) Kalau Blogspot, apa pun tak boleh...! [<--- peminat Maharaja Lawak pasti tersenyum..]
2) Bosanlah, nafsu kita untuk coding sana, coding sini hilang bila lama-lama dengan Blogspot ni..
3) Google boleh buat suka hati.. Kalau self-hosted, bagai dunia kita yang punya! [Walhal sewa ja pun, oho]
4) .....dan lain-lain.

Kepuasan Batin dan Zahir...
1) Blogspot sudah tak mampu memuaskan keinginan itu ini.. Balik-balik down.. 
2) Self-hosted baru nampak profesional, bergaya, macho, mesra SEO, tarik trafik organik dan mesra pelawat dengan macam-macam Plugin yang malatop!
3) .....dan lain-lain.

HAHAHA. Aku terketawa bila selesai membaca tulisan mamat-mamat blogger tu. Boleh tahan juga hujahnya. Memang betul. Geng Mamat ni dapat menonjolkan kelebihan self-hosted dan dalam masa yang sama menunjukkan kekurangan free hosting seperti Blogspot dengan baik sekali.

Aku tidak meninggalkan komen ditulisan itu walaupun 'nafsu hitam' tidak putus-putus memberi semangat supaya tinggalkan komen 'menyerang' mamat-mamat itu tadi. Aku tidak mahu memburukkan lagi suasana perang dingin antara blogger Blogspot dan Self-hosted [Wordpress] di Malaysia ini.

Jawapanku, mudah sahaja.

Kebebasan yang ada pada Blogspot dan Self-hosted mempunyai justifikasi yang berlainan bagi perspektif setiap individu. Jadi, setiap orang mempunyai pilihan masing-masing, dengan sebab yang tersendiri. Kenapa perlu mempromosi hingga ke tahap menghasut dan menimbulkan tohmahan yang bukan-bukan? Apalah maknanya kalau blog tampil profesional sebab self-hosted, tetapi pengendalinya...?

Dua, apa sebenarnya tujuan atau niat kita berblog ini? Adakah sekadar untuk tunjuk dan tampil hebat? Atau, membanding-banding kehebatan antara pihak A dengan pihak B dengan niat dan cara yang serong?

Tentunya, masing-masing mempunyai niat dan sebab untuk berblog. Bagi mereka yang hanya untuk tunjuk lagak hebat, kejar duit kertas, suka buat onar dan kejahatan lain, itu terpulang dengan diri masing-masing.

Kita mempunyai had kemampuan masing-masing. Kalau kamu boleh coding sampai tahap langit ke-7, ada rezeki melimpah-limpah, ada keperluan mendesak, silalah pilih pilihan yang bijak dan laksanalah pilihan tadi dengan baik.

Kamu mampu belajar ke luar negara, dan aku hanya setakat di negeri sendiri. Maka marilah kita masing-masing pergi belajar. Terus belajar itu penting, tapi ada lagi yang lebih utama. Apa dia? Yang utama ialah persoalan "Di mana kita selepas sekarang ini?" Adakah berjaya menempa kejayaan dan menjadi orang berguna, atau hanya setakat berjaya tapi tahap 'bergunanya' itu hanya pada skala kecil? Penting dan utama adalah dua benda yang bukan sama 'kelasnya'.

Begitu juga dengan isu self-hosted dan free hosting ini. Bergeraklah atas kapasiti dan ruang yang kita mampu, yang terbaik, berdasarkan keperluan diri. Anda mampu, anda layak, buatlah. Tidak buat, nanti rugi. Jangan membazir. Bagi yang kurang mampu, rasa belum layak, maka bersabarlah. Pasang niat dan berusahalah jika mahu mampu, mahu layak.

Kesimpulannya, berhentilah bergelumang dengan isu remeh-temeh ini. Kita generasi muda masih ada banyak tanggungjawab dan peranan lain yang maha berat bukan sahaja di alam maya, tetapi yang utama ialah di alam nyata.

Sunday, June 19, 2011

SUDAH NAIK TARAF YAHOO MAIL ANDA?

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Perhatian buat pengguna Yahoo Mail, anda semua dijemput untuk menaik taraf [upgrade] versi Yahoo Mail anda sekarang. Salah satu tujuan naik taraf ini ialah untuk perlindungan Spam yang lebih berkesan dan juga mencadangkan supaya pengguna yang sudah laaama tidak mendaftar masuk supaya masuk mendaftar [login] lalu menukar kata laluan [password]. Ini dapat mengurangkan risiko rakan-rakan dalam senarai akaun emel anda [contact] menerima emel yang bukan-bukan dari anda walhal bukan anda yang mengirimkannya. Ada emel yang mempromosi viagra lah, dildo lah, dan macam-macam lagi lah yang bukan sahaja menyemakkan peti mel [inbox] yang dikirim, tetapi juga mampu memburukkan imej kita.

Okay seperti biasa, aku nda akan bercakap panjang. Jom layan gambar-gambar yang sempat aku tangkap.

Paparan Jemputan. Warna Ungu tu cukup menggoda, ahaks!

Sila baca Term of Service, Privacy Policy dan Learn more untuk meningkatkan kefahaman.
Jika bersetuju, klik I Accept

Tadaa! Inilah paparan antaramuka pengguna yang baharu! Tadi guna memang rasa laju lah. Zappp!

Anda boleh melakukan naik taraf setelah mendaftar masuk ke akaun emel anda. Di situ akan ada makluman tentang naik taraf ini. Selamat mencuba! [Klik untuk ke laman Yahoo Malaysia]


Nota : Versi ini boleh digunakan oleh pengguna yang menggunakan OS Ubuntu [seperti aku]. Kalau sebelum ni, hanya boleh guna Yahoo Mail Classic ja. Yang Beta Version tu, nda dapat. Yang versi stabil ni syukurlah dapat merasa juga, ehe.

MAKLUMAN [09 JUN]: TARIKH KONVO UMS 2011

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Mungkin sudah ramai yang tahu pasal ni, tapi aku kongsikan semula di sini sebab mana tahu ada yang melepas atau lupa, ehe. Okay jom layan dan take note bagi yang berkenaan ya..

Sumber n Kredit : EKSAH UMS

SENI PENGORBANAN [THE SUPREME SACRIFICE]

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Rasanya, kemungkinan besar ni adalah tulisanku yang terpanjang, setakat ini, pasal Catur alias Chess di weblog ini. Selalu [walhal jarang juga pun, ehe] pos video ja. Embed dari YouTube. Kira rajin juga aku muat naik video kenangan aku bermain lawan komputer di sana. Sudah muat naik, aku akan klik Like supaya dapat Kongsi di Facebook. Biarlah kurang Views sana. Aku buat begitu sebab untuk tatapan masa dan generasi akan datang.. ;-)

Okay untuk tulisan kali ini, rasanya aku belum bersedia untuk menulis pengalaman dan pengetahuan peribadi mengenai permainan catur ni. Maksud aku, pengenalan, cara main, skil, taktik dan lain-lain lagilah. Segan juga sebab aku ni cuma salah seorang yang hanya tahu bermain sahaja. Bukan ada Ranking pun diperingkat mana-mana. Ikut pertandingan yang ada prestij pun nda pernah. Cuma sekarang ni aku berusaha untuk menjadi salah seorang ahli dalam Persatuan Catur Sabah atau SCA. Dari tahun lalu lagi aku mau ikut [Catur Terbuka UMS sempena Konvo 2010] pertandingan anjuran SCA tapi nda juga kesampaian. Kadang faktor masa, kadang faktor duit pula. Adoi, hua2.Walaupun, kalau ikut perkiraan usia ni kira aku sudah lambatlah ni. Biasa yang masuk adalah umur peringkat remaja muda supaya dapat asah bakat jadi pencatur elit.

Bah cukup sudah tu, ehe. Apa tajuk kali ni maksudkan? Aku sengaja pilih ayat 'The Supreme Sacrifice' tu sebab rasanya itulah antara ayat yang tepat untuk menggambarkan perlawanan antara aku dengan Chess Engine yang bernama PyChess 0.10 ni. Jom tengok! XD


White Side
Player = PyChess 0.10 [Computer]
Level = 8 [Highest]
Rating = Unknown yet [Perhaps below than 2100 of Blitz ELO Rating]
Opening = I don't know, haha
Time Left = 1 Minute 31 seconds

Black Side
Player = MSS [It's me!]
Level = N/A
Rating = N/A
Opening = I don't know, haha
Time Left = 9.2 Seconds

Game Setting
Type = Blitz
Time Control = 5 minutes + 0 seconds
Touch-and-Move = Not Applied [means Undo is offered]
Move History = On [Showed]
Comments = Off
Opening Book = Off

Result
MSS won

Aku belum mahir membuat analisis permainan macam yang penganalisis profesional buat. Secara umum, White pun ada juga mengorbankan [sacrificed] di babak-babak terakhir [Bishop dan Queen] tapi akhirnya tidak juga mampu mempertahankan White King dari Checkmate, haha. Black pula mengorbankan Knight dengan tujuan untuk menggoda White Queen supaya turun memberikan Check kepada Black King. Jadi maksud Supreme Sacrifice tu ada dikedua-dua pihak lah, ehe.

Aku semangat betul tulis ni panjang-panjang sebab, aku teruja aku menang Blitz ni lawan PyChess 0.10 buat pertama kali sebelum kehabisan masa! Sebelum ni pernah juga menang tapi masa tu negatif sudah. Kalau player tu Human, memang sudah panggil Arbiter tu, muahua3!

Tahniah MSS! ;D

Saturday, June 18, 2011

INIKAH KELEBIHAN [KEWANGAN] SEORANG MENTERI?

~SALIN-DAN-TAMPAL TAPI BUKAN UNTUK TUJUAN RM & UNTUNG~

Sumber n Kredit = tukartiub


1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara 
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit. 


2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 


3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 


4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 


5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00 


6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma. (Perdana sebagai kereta rasmi semata-mata) 


7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut. 


8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00 


9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Apa pandangan pembaca sekalian? Ada siapa-siapa yang ingin menafikan mana-mana isi di atas atau berkongsi sumber untuk rujukan? Jom kongsi maklumat!

Nota : Baca tulisan asal di [sini]

Friday, June 17, 2011

PENUTUP YANG INDAH [03]

Assalamua'alaikum dan Salam Sejahtera.

Agak lama cerita 'Penutup Yang Indah' ini tidak disambung. Bukan apa, aku menunggu detik yang paling sesuai untuk menyambung cerita ini. Nah, akhirnya tarikh dan hari ini telah dipilih sekali gus sebagai suatu kesempatan dariNya kepadaku untuk terus berkongsi cerita. Alhamdulillah.

Sejujurnya, aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan cerita yang ini. Berat hati menyimpan, berat lagi tangan menulis. Sebabnya, terasa cerita ini masih terlalu awal untuk aku sampaikan. Fikir punya fikir, aku memutuskan untuk bercerita mengenainya dengan kadar 40% sahaja. Selebihnya, simpan untuk minggu hadapan. Muahua3!

Pokok cerita ialah, hari ini rasmilah sudah aku berpisah dengan 'dunia sekolah'. Maksud dunia sekolah di situ ialah, tempat aku bertugas. Mungkin ada yang kehairanan, maka izinkan aku untuk meneruskan perenggan yang seterusnya.

Dunia FS

Sejak bergraduan pada Oktober 2009, aku memulakan episod kerjaya [sambungan sejak tamat SPM] dalam dunia pekerjaan pada Januari 2010. Ada rakan-rakan yang lebih bernasib baik - belum grade sudah dapat kerja yang menarik perhatian. Ini sesuatu yang indah. Aku tumpang gembira dengan pengalaman indah mereka itu.

Episod kerjayaku bermula sebagai Fasilitator SchoolNet [FS] di SK. Paguokon, Tenom [SKPT].

Skop kerja selaku FS ini sangat mencabar sebab ia bakal [waktu tu] memberikan tahap pengalaman yang berbeza dengan skop yang aku pelajari sewaktu bergelar mahasiswa program Sains Sekitaran [SS]. Skop tugasan FS berkait rapat dengan hal-ehwal Teknologi Maklumat dan Komunikasi [ICT]. Skop tugasan budak SS pula ialah mengenai Sains Alam Sekitar.

Aku teruja+berdebar-debar untuk bertugas menjadi FS, lebih-lebih lagi bila mendapat tahu bahawa tempat aku bertugas itu adalah tempat yang tidak pernah pun aku dengar, apatah lagi sampai. Walaupun masa induksi di BTPN Sabah tu aku ada ikut sama memohon pertukaran daerah, aku tahu ianya sukar kerana bilangan kami [ambilan kedua bagi tahun 2010] adalah kurang berbanding bilangan yang diperlukan sepatutnya. Kira mohon tukar tu pok-pok dapatlah. Asal Kudat, minta tukar ke Kota Marudu ja bah. Supaya dekat sikit. Muahua3!

Status jawatan kami ialah kontrak untuk perkhidmatan [contract for service]. Kontrak kami tamat secara rasmi pada 31/12/2010.



Kontrak Tamat

Apabila kontrak tamat, ramai geng FS membawa haluan baru masing-masing. Aku memilih haluan untuk terus tinggal di SKPT dan bertugas selaku sukarelawan. Aku rasa masih tidak puas untuk menikmati pengalaman di sini. Jadi, aku memutuskan supaya aku berusaha untuk mengoptimumkan tempoh keberadaan aku di sini. Kiranya, selama mana yang aku boleh lah, ehe.

Berbekalkan gaji [RM2331] untuk bulan Disember yang masuk pada pertengahan Januari, aku meneruskan epsiod baru dalam dunia kerjaya - sebagai seorang sukarelawan. Secara separa sedar, mungkin aku salah seorang dari kalangan FS yang masih bertahan di sekolah lama walaupun kontrak sudah tamat. Satu lagi rekod peribadi dicatat, ehe.

Mungkin sudah rezeki dari Allah s.w.t, aku dapat menambahkan lagi tempoh aku lepak-lepak di sini dengan menjadi seorang Guru Ganti Sementara pada penghujung April, menggantikan seorang cikgu yang sedang cuti bersalin. Alhamdulillah, aku berpeluang untuk masuk ke kelas mengajar subjek-subjek. Dulu selalu duduk di pejabat ja sebab makmal komputer masih belum selamat untuk didiami manusia.

Guru dan Kelas

Pengalaman menjadi guru, walaupun tidak terlatih [masuk IPG dsb] dan hanya sekejap sahaja, cukup berharga. Cerita tentang pengalaman ini, mungkin boleh sambung di tulisan yang akan datang.

Cuma mungkin apa yang boleh aku sebut sekarang ialah; bila menjadi guru dan masuk ke kelas, ia mengingatkan tentang episod kenangan lalu terutamanya semasa di sekolah rendah. Tentang kenakalan, kerja rumah, denda, permainan, jawapan ujian/peperiksaan dan macam-macam lagi. Kadang, aku tersenyum sendiri bila melihat babak ini di depan mata. Senyum selalu dalam hati ja bila depan murid. Guru Matematik kan biasanya garang. Ya, subjek utama yang aku ajar ialah Matematik [Tahun 3 & 4].

Sempat juga psiko murid-murid terutamanya pasal hafal sifir. "Kamu tahu dulu cikgu masa baru Tahun 2 atau 3 ja sudah boleh hafal sifir sampai sifir 24. Macam mana boleh dapat? Kami kena suruh berdiri atas kerusi ramai-ramai dan siapa yang tidak dapat hafal sifir yang ditanya oleh cikgu, dia tidak boleh duduk sampai habis masa. Kamu mahu cikgu buat macam tu? Sekolah kita ada padang yang luas ni.."

Yang aku rasa lucu sendiri ialah bila mengajar Dunia Seni [Tahun 2 & 3] dan Dunia Muzik [Tahun 2]. Hahaha. Aku juga dapat merasa pengalaman menjadi Guru Kelas. Memang umphhh lebih-lebih lagi bila Mei ialah bulan peperiksaan semester. Muahua3!

Inilah serba-serbi pengalaman yang dapat aku nikmati selama lebih kurang setahun setengah berada di SKPT ini.

Aku ada masa lebih kurang seminggu lagi di sini. Baki masa yang ada tu rasanya cukup untuk aku memastikan pokok-pokok buah yang ditanam oleh murid Tahun 6 tahun lalu di sekitar bangunan makmal komputer, kekal subur. Pokok-pokok buah di kawasan ini aku fikir adalah sebagai simbolik; "Kenangan bersama Sigu Samijul" [<--- nama manja XD].

Insya Allah aku akan datang memetik buahnya nanti.

Wednesday, June 15, 2011

DAA MILZUL CODE : CIPTA DAN PECAH [#1]

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa belum pernah tengok filem Da Vinci Code? Okay, pass. Sentiki dulu kita. Kita geng - belum lagi tengok filem Da Vinci Code yang entah bila mula muncul dipanggung-panggung wayang tu [kes lupa ni]. Kesian kan, hahaha!


Rahsia dan Misteri

Rahsia mempunyai hubungan yang intim dengan dunia penyiasatan. Di mana ada misteri, di situ ada rahsia yang tersembunyi. Ianya misteri kerana rahsianya belum kita ketahui. Bila rahsia itu berjaya dicungkil, maka kabut misteri akan hilang sedikit demi sedikit. Semakin banyak rahsia yang kita tahu, semakin sedikit misteri yang menyelubungi sesuatu perkara atau kejadian itu.

Oleh itu, rahsia perlu dikutip dan diteliti untuk memahami misteri. Bak kata pepatah Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Memecahkan rahsia untuk memahami misteri merupakan aktiviti yang sangat mencabar minda. Ada juga cabaran fizikalnya tetapi skala pembahagiannya tidak sama. Secara peribadi, 'terjemahannya' dalam bentuk peratus ialah 80% minda dan 20% fizikal.

Ada banyak contoh individu yang kekuatan mindanya ditahap superb tetapi keadaan fizikalnya di kategori 'Kelainan Upaya'.

Aktiviti memecahkan rahsia* memerlukan pengetahuan yang sekurang-kurangnya adalah mencukupi. Lebih baik jika ianya luas dan mendalam. Tetapi, ini belum memadai untuk menjadi jaminan kerana kita perlu menguasai beberapa kemahiran dalaman yang amat amat amat penting. Salah satunya ialah kemahiran logik.

*Memecahkan rahsia di sini bukan bermaksud seperti apa yang pepatah "Biar pecah dimulut, jangan pecah dimulut" atau simpulan bahasa 'Mulut Tempayan' maksudkan. Ada persamaan dan [juga] perbezaan kerana konteks isu adalah berlainan.


Pengetahuan tanpa Logik atau Logik tanpa Pengetahuan?


Kemahiran Logik

Secara mudah, aspek kemahiran logik yang diperlukan untuk memecahkan rahsia ada dua iaitu membina hubung kait dan membuat pertimbangan.

Membina hubung kait umumnya mendahului aspek membuat pertimbangan. Maksud mendahului di sini ialah kita berfikir mengenai perkaitan [hubung kait] yang ada, atau mungkin ada, dengan rahsia [atau hal-hal lain] terlebih dahulu sebelum mengerah fikiran untuk membuat satu-satu keputusan [membuat pertimbangan].

Hubung kait atau perkaitan akan timbul setelah kita melakukan aktiviti mengajukan persoalan. Umumnya, konsep 4  Wives and 1 Husband [4W 1H Questions] sesuai menjadi panduan asas untuk persoalan-persoalan tadi.


Detektif Mizul

Katakan, aku seorang detektif persendirian yang diupah untuk menyiasat kematian seorang model kereta lumba yang hadir menyertai acara sempena berlangsungnya Pesta Belon Gergasi. Dalam pesta ini, ada aktiviti pameran kereta lumba. Mangsa mati dalam bilik yang terkunci rapat dan tiada tanda-tanda pencerobohan ke atas bilik mangsa. Tanda-tanda pergelutan juga tiada. Pintu berkunci dari dalam dan tingkap pula seperti jeriji penjara yang terletak tinggi menghampiri siling. Berdasarkan keadaan mayat, kematian adalah disebabkan kesukaran bernafas atau sesak nafas. Ini disokong oleh hasil dan keputusan bedah siasat. Rekod perubatan menunjukkan mangsa ada tanda-tanda pengidap asma dan telah mengambil ubat asma beberapa jam sebelum jam kematian pada waktu malam [ramalan]. Tiada tanda-tanda aktiviti reaksi bahan kimia yang lain pada mangsa.

Apakah persoalan asas yang boleh kita timbulkan?

What? - Apa fakta-fakta yang berkaitan dengan mangsa yang boleh dikumpulkan? 
When? - Bila mangsa dibunuh, kali terakhir dilihat dsb?
Who? - Siapa yang ada hubungan dengan mangsa?
How? - Bagaimana mangsa dibunuh? Dying Message?
Why? - Kenapa mangsa dibunuh? Motif pembunuhan?

Soalan Why itu juga boleh menjadi kipas utama untuk meniup pergi kabut misteri yang menyelimuti sesuatu kejadian. Dari soalan Why, motif pembunuhan dikenal pasti dan 'pemangsa' atau dalang di sebalik kejadian pembunuhan ini akan dirobek topeng penjenayahannya.

Mungkin model tersebut dibunuh kerana terlibat dengan perjanjian sulit antara penjual dan pembeli kereta lumba yang mana didapati bahawa kereta lumba itu sebenarnya tidak dapat [tidak layak] dibawa berlumba [masuk pertandingan lumba kereta]. Mungkin juga kerana motif-motif lain seperti, sebagai contoh, sengaja membeli kereta selam yang ada masalah untuk tenggelam. Ini merupakan 'hentian misteri' yang seterusnya bagi seorang penyiasat yang bersifat selaku seorang pejuang kebenaran.

Bersambung di bahagian #2


Nota : Tulisan ini hanyalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan secara peribadi mengenai skop tajuk. Bagi tujuan dan maksud rasmi seperti rujukan kajian ilmiah dsb, sila dapatkan konsultasi atau bantuan daripada profesional yang bertauliah. 


Nota ii : Ada idea atau tekaan bagaimana model dalam contoh di atas tadi dibunuh? Jom teka! Jawapan teka-teki santai ini akan aku beritahu di bahagian #2 nanti, yeahhh! =D

Monday, June 13, 2011

"ABANG MIJUL, @#$%^&* TU APA EK?"

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Selepas menulis pasal kredit fon dimakan jembalang, beberapa persoalan menyerang dipundak ku. Sebabnya, ada perkataan @#$%^&* yang muncul dalam tulisan itu tadi. Alamak, ini pun boleh jadi suatu pertanyaan juga. Haha. Mari layan soalan-soalan yang ada dari beberapa jenis individu yang terpilih:

"Astaghfirullah al'azim... Apa maksudnya tu? Ini akan menimbulkan fitnah tau tak kalau tak cakap baik-baik.."

"Apa yang kau mengarut ni hah? Apa maksud simbol-simbol tu? Kau nak sampaikan mesej macam ala-ala Illuminati / Freemason kah?"

"Lu cakap macam ini, gua tau lu punya pikiran memang sudah buntu. Lu guna Ubuntu kan, kan, kan...?"

"Awak, awak ni lucu lah.. Kita suka tau.. Pandai awak buat kita gelak.. Tapi, apa maksudnya tu aa? Menyampah ek? Ehe.."

"Sabar, sabar.. Walaupun marah, jangan biar apa yang kita tulis tu jadi punca kemarahan orang juga. Kau tulis macam ni, apa maksudnya? Macam nak cari gaduh ja.."

Ok cukup dengan bentuk-bentuk soalan tadi. Bentuk berbeza, maksud sama. Semuanya tanya apa maksud @#$%^&* tu.

Muahua3!

Pembaca yang lain, pun tentu mau tau apa maksudnya juga kan?

Baik, sebenarnya simbol-simbol tu membawa maksud.... Ini... [cepat, cepat tengok gambar..!]

Source and Credits : seoconsultants


Boleh tangkap? Apa, nda faham lagi? Alaa, senang ja bah... Cuba tengok balik. Tengok sambil fikir baik-baik ya...


Jeng3! Amacam, ada siapa-siapa yang sudah dapat teka?

Okay kalau sudah teka, ni jawapannya untuk kamu semak. Serius punya jawapan ni. Tapi jawapan ni kena sembunyi lagi dari pandangan kasar. Ada cara untuk 'menyerlahkannya', ehe3.. X>


Jawapan: @#$%^&* membawa maksud, aktiviti menekan butang Shift + 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 8 secara berturutan. Makna perbuatan ini ialah, penulis berasa geram + menyampah + menggerutu sendiri-sendiri! Ahaks! XD 

Sunday, June 12, 2011

ELAKKAN KREDIT TELEFON DIMAKAN JEMBALANG

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Mesej Spam bukan sahaja menyerang emel dan komen diblog, tetapi semakin canggih untuk meloloskan diri masuk ke dalam telefon bimbit. Sudahlah masuk tanpa izin [PATI], kredit telefon habis ghaib ditelan malaon ini. Ini betul-betul menyakitkan hati. Masakan tidak, tiada dijemput, malaon-malaon ini datang juga dengan mesej ntah-apa-apa-ntah. Bikini lah, parti basah lah, tudung comel lah, koleksi peribadi artis sekian sekian dan macam-macam lagilah yang mengganggu. Bayangkan perasaan rasa berbunga-bunga menanti balasan mesej dari si dia, bila buka, terbaca mesej ajak ke parti basah. Potong stim betul. @#$%^&*

Sumber n Kredit : bharian


Fon aku baru-baru ni diserang oleh Spam ini. Kalau aku topup RM5, RM4 kompom hilang dalam masa lebih kurang 24 jam. 2x kena telan. RM2 sekali. Itu kalau aku tiada guna Credit Advance. Kalau ada guna, sekali yang kena ngap. Tinggallah RM1 untuk bertelefon dan bermesej. Mana puas, haha. Kalau aku topup RM10, lagi kerap dia ngappp.

Sumber n Kredit : Xor@sYok


Aku belum cuba cara di atas. Insya Allah lepas dari pekan nanti aku cuba. Di sini kalau beli topup RM5, harga jadi RM5.50. Beli RM10 baru bayar RM10. Ini isu lain. Ada sumber dan datang rajin aku untuk menyiasat dan buat laporan, siaplah buat aduan. Kalau yang menjual tu jaaaaauuhh di saaaaanna ceruk kampung, bolehlah juga timbang-rasa. Ini di pekan beb. Tamak sungguh.

Saturday, June 11, 2011

JAWAPAN UNTUK ISU KATAK-SARDIN, CACING-MINUMAN COKLAT

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Kembali ke segmen sesi Backlink-Trackback MSS, ehe. Sesi ini bakal aku masukkan secara rasmi dalam projek Siri-siri Skema yang mana bila aku jadi malas untuk mengulas pasal sesuatu isu, aku akan buat macam yang sekarang ini lah. Lagipun, ini cara aku untuk menghargai dan menyebarkan maklumat yang aku rasa mempunyai kewajaran yang tinggi untuk dikongsi dari alam blogger.

Selamat Membaca!

Sumber n Kredit : jiwemude

Nota : "Wordless Saturday" edisi malam Ahad..? Hahaha

Friday, June 10, 2011

MENGAWAL SENTIMEN KENEGERIAN: PATI DI SABAH

PATI DI SABAH


Nota : Tulisan ini bersifat umum. Jika ingin memberikan komen atau pandangan, sila cermat, bertanggungjawab dan persembahkannya dengan cara yang terhormat. Terima kasih.


Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Di Sabah, wujud pelbagai bangsa atau kaum termasuklah suku-sukunya. Bangsa atau kaum ini dipanggil sebagai Bumiputera dan bukannya Melayu. Uniknya, di semenanjung ada pelbagai 'suku Melayu' dan juga kelompok yang dipanggil sebagai bangsa Orang Asal [dahulunya disebut 'Orang Asli']. Ada Orang Asal / Asli. Maka secara logik mudah, bangsa atau kaum yang selain Orang Asal / Asli ini ialah bangsa 'Orang Luar' atau tidak berapa asli lagi. Lucu bukan? Hahaha.

Di Sabah, wujudkah golongan orang Asal? Jika tiada, bangsa apakah yang paling asal di wilayah Sabah ini? Wilayah Sabah ini, wujudnya bila? Apakah tamadun yang mula-mula muncul di wilayah Sabah [seperti pada masa sekarang] berdasarkan rekod tertua yang sahih dan lebih absah?

Jujurnya, aku tidak tahu. Mereka yang ada latar belakang akademik sosiologi, antropologi atau sejarah harap dapat berkongsi pengetahuan.


Naik Taraf Status?

Jika suatu bangsa atau kaum itu mendapat anugerah 'pribumi' atau 'bumiputera' kerana bangsa itu telah beratus atau beribu-ribu tahun menghuni sesebuah tempat, maka bagaimana dengan status warganegara kaum Cina dan India di Malaysia ini pada tahun 3030 atau 4040 jika dunia ini masih diizinkanNya bernyawa? Bolehkah status 'pribumi' tadi itu diberikan kepada mereka?

Bagaimana jika aku ajukan bahawa semua bangsa di Malaysia ini tiada yang 'ori' melainkan Orang Asal kerana semuanya pernah berpindah-randah dari tempat yang jauh lalu menjadi pemastautin dan membina sebuah kerajaan / tamadun dalam wilayah yang ada dalam negara yang dipanggil Malaysia ini?

Ini persoalan-persoalan.

Persoalan-persoalan ini aku tujukan khusus kepada mereka yang selalu menganggap bahawa bangsa mereka secara semulajadi adalah termulia berbanding bangsa yang lain, lalu memandang rendah dan hina bangsa lain tadi. Apa yang aku tahu, sikap sebegini adalah sikap bangsa Yahudi yang dahulunya dimuliakan Allah s.w.t

Sumber n Kredit : mutalibmd

Sabah dan PATI

Kita lihat realiti semasa. Sabah masih bergelumang dengan masalah Pendatang Asing Tanpa Izin atau akronimnya PATI / PTI. Tanpa izin bermaksud, kedatangan mereka ke wilayah ini adalah melalui proses dan prosedur yang mengkhianati atau menyalahi undang-undang Malaysia. Ada beza 'mengkhianati' dan 'menyalahi' dalam konteks isu ini.

Sebahagian besar PATI ini datangnya dari wilayah Indonesia, Filipina, Pakistan, India dan lain-lain. Sudahlah Tanpa Izin, PATI-PATI ini pula ada yang kerap membuat onar dan kejahatan. Bukan sedikit, tapi semakin menjadi-jadi. Maka, rakyat di Sabah ini mula memandang dengan pandangan yang tidak adil terhadap bangsa PATI ini.

Kalau diteliti, bangsa PATI ini majoriti besar adalah bangsa yang berasal dari wilayah Filipina yang ada sekarang, khususnya bangsa Suluk dan Bajau. Satu persoalan, bilakah nama Filipina ini digunakan oleh Filipina? Adakah sejurus selepas kematian Jose Rizal? Sabah pula?

Kita fokuskan lagi. PATI yang ramai di sebelah utara Sabah seperti Banggi, Kudat dan Sandakan ialah dari bangsa Bajau dan Suluk. Kalau bahagian selatan [bawah] seperti Tawau, Keningau dan Tenom, PATI yang bangsanya berasal dari Indonesia seperti Banjar, Om dan lain-lain.

Maka, apabila golongan-golongan pelampau ini bersuara mengenai masalah PATI, mereka selalu mengeluarkan kata-kata nista bahawa Bajau, Suluk, Banjar dan lain-lain tadi sebagai bangsa pendatang. Walaupun bangsa-bangsa tadi telah dikategorikan sebagai Bumiputera oleh peruntukan undang-undang Malaysia, mereka tetap bersikap curiga kerana berasa bangsa-bangsa tadi 'tidak ori' seperti mereka. Lebih  malang, PATI-PATI ini dibela oleh orang yang sebangsa dengan mereka, atau orang tertentu yang berkuasa, yang memiliki status warganegara.

Sekali lagi, apakah bangsa yang paling original untuk dianggap sebagai Pribumi / Bumiputera di muka bumi Sabah sejak dahulu hingga kini? Bagaimana kalau aku ajukan bahawa kita semua sebenarnya adalah pendatang?

Aku anti PATI, aku anti Pilak bukan dengan memandang bangsa dan asal-usul mereka tetapi aku anti, aku tentang kerana kesalahan yang mereka telah dan sedang lakukan.


Anti Rasis Yang Menjadi Rasis

Sikap-sikap sebegini mendukacitakan. Ketika gagasan 1Malaysia mula menjadi bualan dan slogan muluk untuk perpaduan, Sabah menjadi contoh terbaik untuk konsep 1Malaysia itu di mana kita yang berbilang bangsa dan suku di Sabah telah lama hidup bersama-sama dengan sebaiknya. Rakyat Sabah bangga. Memang patut dibanggakan. Tapi bila jumpa golongan yang berapi-api dan menebal sentimen kenegeriannya terhadap Sabah dengan begitu taksub sekali, rasa 'bangga' aku terhadap Sabah contoh terbaik simbol perpaduan yang utuh hampir-hampir runtuh.

Kelompok pelampau ini bukan sahaja 'curiga' dengan pribumi Sabah yang lain, tetapi juga menunjukkan sikap 'anti Malaya' yang bermaksud tidak sukakan orang dari semenanjung berada di Sabah apatah lagi bila memegang jawatan tertentu. Dari situ, jangkitan ini mula merebak hingga menjadi anti kepada parti-parti yang berasal dari semenanjung. Pendek kata, asal semenanjung, semuanya tak boleh dipercayai lagi.

Kerana taksub dengan sikap anti rasis, akhirnya mereka sendiri yang menjadi rasis. Individu-individu dengan sikap dan ciri-ciri sebegini akan menjadi liabiliti bukan sahaja kepada Sabah, tetapi rakyat Sabah yang lain yang mahukan pembaharuan melalui penilaian yang lebih realistik dan berkepentingan umum.

Bagi aku, aku lebih suka 'menyerang' imej susuk individu berbanding terus 'menghukum' imej bangsa. Sebagai contoh, jika ada seorang dari semenanjung yang bertanya kepadaku, "Orang Sabah masih tinggal atas pokok ke?" atau soalan "Di Sabah ade jual bantal, baldi dan gayung tak?", aku masih mampu bersabar dan jauh untuk melenting. Aku tidak salahkan polan itu kerana dia dari semenanjung, tapi aku berasa kasihan, naif dengan mentaliti dan pengetahuan mereka sendiri. Sama ada betul-betul tidak tahu, atau sengaja bodoh sombong. Teruk juga kalau betul-betul tidak tahu. Kasihannn, hahaha!