Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, June 09, 2011

BERITA SEDIH BUAT KAKI MUAT TURUN?

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Kalau aku senyap dan nyah aktif di Facebook, maka jawapannya ada lima; 1) Baca portal berita, 2) Baca blog orang [blogwalking], 3) Layan YouTube / Video-video, 4) Main Catur / Games, dan 5) Offline lahh. Hahaha.

Okay, kembali ke tajuk utama. Aku jumpa satu tulisan dalam blog pasal SKMM [Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia] yang telah mengeluarkan arahan kepada ISP [Internet Services Provider] supaya menghalang [block] beberapa laman web yang terkenal dengan perkongsian fail multimedia, dokumen dan lain-lain. Jom tengok gambar di bawah. Butiran lanjut, sila klik pautan Sumber dan Kredit di bawah gambar. Derma backlink untuk trackback, ehe.

Sumber n Kredit : cikgumanstation


Apa yang aku sedikit musykil, laman web macam Megaupload, Filestube, Fileserve, dan Duckload tu biasanya payah untuk muat turun bagi pengguna pelawat [Guest User] melainkan telah menjadi ahli premium [berbayar]. Kalau Thepiratebay tu, nama pun sudah cukup berani. Pernah juga aku masuk web thepiratebay ni melalui BitTorrent [Ubuntu]. Jangan tanya apa yang aku buat masuk di sana, hahaha. Aku nda pasti nasib Rapidshare dan lain-lain yang lebih umphh. Lagi satu, surat ni dilabel Sulit [Confidential]. Tengok dari hasil Scan ni, macam sudah kena Photostat. Jeng3..


Nota : Aku ahli istimewa 4Shared [klikdan selalu muat turun melalui Mediafire. Dua-dua ni yang paling aku suka. Masih aku ingat pernah laaama dulu aku bagi cadangan kat Fuad@Syok supaya guna Mediafire sebab prestasinya aku rasa lebih baik. Pengalaman seorang 'Guest User', ehe3. Alhamdulillah, ia kekal sampai sekarang. Fuhhh, naseb nda masuk dalam senarai dua-dua web ni, hua3..

Nota ii : Jangan lupa klik +1 / Like / Share tulisan ini ya.. d(^^,)

7 comments:

  1. salam mijul. ya, offline jak tu. haha. memanglah susah btl mo contact ko ni. haha. di takdirkan plak no hp ko hilang dr hp aku. adeei. sori ar kuar tajuk. haha. (buku ko dalam tawanan aku ni)

    alamak, dahla aku ni kuat downlaod2. haha. thanks. nice post!

    ReplyDelete
  2. @Nurul Hamimi Awang Japilan

    Wsalam.. Hai Mimi, muahua3.. Online bah juga.. Chat FB ja tu yg offline, hua2. Cuma jarang terlayan Notification di FB tu. Kadang lambat, ehe.

    Aikk, macam mana boleh hilang ni. Kau tukar nombor / fon / padam? Hua2. Masih nombor yang sama? Oo balik kampung sudah pula kau. Deii, nda nampak pun status di FB. Haha.

    Iyakan, buku tu. Aku hampir2 lupa. Sudah kau habis baca? Bacalah dulu. Nanti tiada lagi peluangmu membacanya kalau sudah ditanganku. Sana simpan di Mini-Library, hua2.

    Oho, kaki download ni.. Kau tu rajin di scribd, docstoc n slideshare ja.. XD

    ReplyDelete
  3. Fuuh, nasib baik 4shared sama mediafire teda dalam list. Kalau nda, buntu eh. Buntu.

    # orang lain buat salah, orang lain terima akibatnya #

    ReplyDelete
  4. @Fadzmie Mohamad
    Siap sedia juga kalau bakal... Rapidshare yang ada macam2 tu.. Muahua3

    ReplyDelete
  5. bingung sa mencari d mana catat ulasan dia.. haha.. Hm,Bos,10 ni ja durang mo block?? Ketawa ja sa tingu oh.. Hahaha.. Sama juga.. durang ingat 1 source ja ka?? Hm,sa nampak ni surat di post beberapa hari lalu.. yang pigi mencadangkan ni pun,sa lupa sudah ni.. ada memorandum ni durang buat.. Hahaha..

    ReplyDelete
  6. @Aki
    Aik macam nda besa komen Blogger ni camna, hua2. Iya, 10 ja rujuk dari surat tu lah. Aik, siapa yang mencadangkan? Cadang supaya block tu? Memorandum untuk apa? Ehe..

    ReplyDelete
  7. @samizul.net
    c Aki lupa sudah,tapi kalau tia silap,ada la orang2 di LOWYAT yang telibat dalam tu surat.. teda bisnes mangkali durang.. hahaha.. nanti c Aki cari balik..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!