Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, June 15, 2011

DAA MILZUL CODE : CIPTA DAN PECAH [#1]

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa belum pernah tengok filem Da Vinci Code? Okay, pass. Sentiki dulu kita. Kita geng - belum lagi tengok filem Da Vinci Code yang entah bila mula muncul dipanggung-panggung wayang tu [kes lupa ni]. Kesian kan, hahaha!


Rahsia dan Misteri

Rahsia mempunyai hubungan yang intim dengan dunia penyiasatan. Di mana ada misteri, di situ ada rahsia yang tersembunyi. Ianya misteri kerana rahsianya belum kita ketahui. Bila rahsia itu berjaya dicungkil, maka kabut misteri akan hilang sedikit demi sedikit. Semakin banyak rahsia yang kita tahu, semakin sedikit misteri yang menyelubungi sesuatu perkara atau kejadian itu.

Oleh itu, rahsia perlu dikutip dan diteliti untuk memahami misteri. Bak kata pepatah Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Memecahkan rahsia untuk memahami misteri merupakan aktiviti yang sangat mencabar minda. Ada juga cabaran fizikalnya tetapi skala pembahagiannya tidak sama. Secara peribadi, 'terjemahannya' dalam bentuk peratus ialah 80% minda dan 20% fizikal.

Ada banyak contoh individu yang kekuatan mindanya ditahap superb tetapi keadaan fizikalnya di kategori 'Kelainan Upaya'.

Aktiviti memecahkan rahsia* memerlukan pengetahuan yang sekurang-kurangnya adalah mencukupi. Lebih baik jika ianya luas dan mendalam. Tetapi, ini belum memadai untuk menjadi jaminan kerana kita perlu menguasai beberapa kemahiran dalaman yang amat amat amat penting. Salah satunya ialah kemahiran logik.

*Memecahkan rahsia di sini bukan bermaksud seperti apa yang pepatah "Biar pecah dimulut, jangan pecah dimulut" atau simpulan bahasa 'Mulut Tempayan' maksudkan. Ada persamaan dan [juga] perbezaan kerana konteks isu adalah berlainan.


Pengetahuan tanpa Logik atau Logik tanpa Pengetahuan?


Kemahiran Logik

Secara mudah, aspek kemahiran logik yang diperlukan untuk memecahkan rahsia ada dua iaitu membina hubung kait dan membuat pertimbangan.

Membina hubung kait umumnya mendahului aspek membuat pertimbangan. Maksud mendahului di sini ialah kita berfikir mengenai perkaitan [hubung kait] yang ada, atau mungkin ada, dengan rahsia [atau hal-hal lain] terlebih dahulu sebelum mengerah fikiran untuk membuat satu-satu keputusan [membuat pertimbangan].

Hubung kait atau perkaitan akan timbul setelah kita melakukan aktiviti mengajukan persoalan. Umumnya, konsep 4  Wives and 1 Husband [4W 1H Questions] sesuai menjadi panduan asas untuk persoalan-persoalan tadi.


Detektif Mizul

Katakan, aku seorang detektif persendirian yang diupah untuk menyiasat kematian seorang model kereta lumba yang hadir menyertai acara sempena berlangsungnya Pesta Belon Gergasi. Dalam pesta ini, ada aktiviti pameran kereta lumba. Mangsa mati dalam bilik yang terkunci rapat dan tiada tanda-tanda pencerobohan ke atas bilik mangsa. Tanda-tanda pergelutan juga tiada. Pintu berkunci dari dalam dan tingkap pula seperti jeriji penjara yang terletak tinggi menghampiri siling. Berdasarkan keadaan mayat, kematian adalah disebabkan kesukaran bernafas atau sesak nafas. Ini disokong oleh hasil dan keputusan bedah siasat. Rekod perubatan menunjukkan mangsa ada tanda-tanda pengidap asma dan telah mengambil ubat asma beberapa jam sebelum jam kematian pada waktu malam [ramalan]. Tiada tanda-tanda aktiviti reaksi bahan kimia yang lain pada mangsa.

Apakah persoalan asas yang boleh kita timbulkan?

What? - Apa fakta-fakta yang berkaitan dengan mangsa yang boleh dikumpulkan? 
When? - Bila mangsa dibunuh, kali terakhir dilihat dsb?
Who? - Siapa yang ada hubungan dengan mangsa?
How? - Bagaimana mangsa dibunuh? Dying Message?
Why? - Kenapa mangsa dibunuh? Motif pembunuhan?

Soalan Why itu juga boleh menjadi kipas utama untuk meniup pergi kabut misteri yang menyelimuti sesuatu kejadian. Dari soalan Why, motif pembunuhan dikenal pasti dan 'pemangsa' atau dalang di sebalik kejadian pembunuhan ini akan dirobek topeng penjenayahannya.

Mungkin model tersebut dibunuh kerana terlibat dengan perjanjian sulit antara penjual dan pembeli kereta lumba yang mana didapati bahawa kereta lumba itu sebenarnya tidak dapat [tidak layak] dibawa berlumba [masuk pertandingan lumba kereta]. Mungkin juga kerana motif-motif lain seperti, sebagai contoh, sengaja membeli kereta selam yang ada masalah untuk tenggelam. Ini merupakan 'hentian misteri' yang seterusnya bagi seorang penyiasat yang bersifat selaku seorang pejuang kebenaran.

Bersambung di bahagian #2


Nota : Tulisan ini hanyalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan secara peribadi mengenai skop tajuk. Bagi tujuan dan maksud rasmi seperti rujukan kajian ilmiah dsb, sila dapatkan konsultasi atau bantuan daripada profesional yang bertauliah. 


Nota ii : Ada idea atau tekaan bagaimana model dalam contoh di atas tadi dibunuh? Jom teka! Jawapan teka-teki santai ini akan aku beritahu di bahagian #2 nanti, yeahhh! =D

2 comments:

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!