Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, June 10, 2011

FIREFOX 5.0 DAN CHROMIUM 12 DILEPASKAN

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Awal pagi tadi, bila aku klik Update Manager di Ubuntu ku ini, ada update untuk browser. Akhirnya, Firefox 5.0 muncul di sini. Kalau aku nda silap, kurang 3 bulan Firefox 4.0 dilepaskan, versi baharu ini muncul. Menyusul sebelum update Firefox ini ialah Chromium, iaitu 'kembar' bagi Google Chrome yang sudah menginjak ke versi 12. Jom layan gambar-gambar yang ada;

Chromium 12 untuk Ubuntu 11.04. Perubahan yang aku perasan setakat ni ialah 'default favicon' = bentuk glob


Ni yang aku pelik. Upgrade ke versi terbaru tapi paparan ni tunjuk tahap Beta? Haha


Di menu About Firefox pula, tiada tertera versi Beta. Sebelum ni, di situ ada fungsi untuk switch channel [Release, Beta dll]


Okay ini antara Add-ons aku yang masih belum serasi [incompatible] dengan Firefox 5 ni. 


Untuk Firefox 5 ni, aku rasa ia lebih laju berbanding Firefox 4. Butir skor yang lain, aku nda pasti pula, ehe. Aku nda pasti bagi pengguna Windows. Boleh cek lepas ni kalau ada update sudah untuk browser ni.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!