Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, June 25, 2011

HARGA MINYAK GAS MAHAL?

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Petang tadi, aku menghiburkan diri dengan berjalan-jalan menikmati petang di pekan Tenom. Ada dua tujuan utama aku turun outing buat kali terakhir di sini; Beli tiket flight bas ekspres dan dating berjumpa buat kali terakhir dengan dua orang wanita, oupsss, gadis yang bukan orang Tenom. Hahaha. Jangan lompat fikiran kamu ke perkara yang bukan-bukan. Mereka berdua sebenarnya mempunyai ikatan kekeluargaan dengan aku. Sebelah bapa. Dekat-dekat sudah aku mahu balik ke Utara Sabah, jumpa pula keluarga sini. Satu tahun [tahun lalu] aku bertugas selaku FS, nda pula terjumpa mana-mana keluarga di sini. Tu lah asyik dengan komputer, internet, komputer, internet X)

Okay cukup. Identiti dua orang sumandak tu biarlah misteri. Kalau kamu dua baca tulisanku ni, aku ucapkan terima kasih lagi ya sebab ada kesempatan untuk jumpa sekejap. Jangan sedih-sedih, lain ruang dan peluang kita jumpa lagi.. XD

Berbalik ke tajuk asal, aku ingin membeli minyak gas. Rasanya semua tahu kan minyak gas ni apa. Nama sainsnya kerosin, kan. Itu yang aku tahu sekarang ni lah. Mana tahu ada perubahan nama kah macam Natrium [Na] jadi Sodium dalam bahasa inggeris, ehe. Beli dalam 1 liter, untuk tujuan aktiviti 'open burning' [apa punya environmentalist ni, oho].

Aku pun pergi ke Shell yang berdekatan. Sebelum masuk berjumpa dengan pekerja, aku ternampak mesin yang pam minyak kerosin tu tidak dihidupkan. Off. Aku pun terus masuk untuk bertanya dengan pekerja di situ. Ada dua orang, lelaki, dan kemungkinan berbangsa Timur / Om. Dengan pakej rupa 'macam orang Semenanjung' [yang orang selalu cakaplah], aku pun bertanya menggunakan bahasa melayu 'standard';

"Sini ada jual kerosin?"


"Tidak ada. Kami tidak jual sudah. Mahal. Di Keningau ada.."


"Hah, tiada minyak gas...?!" [<--- kantoi]


"Iya. Mahal sudah harganya.. Kami tidak jual.."


"Stesen minyak yang lain, ada?" [<--- soalan bonus]


"Tiada juga..."

Selepas mengucapkan terima kasih, aku pun keluar. Wawh, boleh-boleh juga bahasa melayu pekerja ni. Tidak dirojakkan gitu, ehe. Kemungkinan besar dia lahir di sini ataupun sejak kecil menetap di sini.

Ada lagi stesen minyak yang berdekatan iaitu Esso. Tapi aku kesuntukan masa. Aku kena balik cepat sebab kalau melepas kereta balik ke rumah, kemungkinan besar dua helai not Ringgit Malaysia berwarna merah akan bertukar poket. Nilai itu lebih dari cukup untuk hidangan Dinner Plate + Cheesy Wedges. Jadi aku membatalkan niat untuk ke Esso mencari minyak gas.

Sepanjang dalam perjalanan balik, aku sempat lagi mengelamun pasal minyak gas tadi. Sebabnya, mahal. Aku hairan, bila masa pula harga minyak gas ni naik mendadak sampai tidak lagi dijual. Yang aku tahu, minyak Ron yang ada kenaikan. Tu pun posen-posen ja.

Aku rasa tidak percaya pula dengan cakap pekerja tadi. Kalau mahal, stesen minyak lagi banyak untung. Yang terbeban marhaen. Tapi ada kemungkinan juga minyak gas tu sudah tidak lagi laku kalau terlalu mahal. Tapi kemungkinan yang ini rasa nda signifikan juga. Entahlah, sama ada pekerja tu terpaksa menipu ['cover line', yang sebenarnya stesen tu kehabisan stok] atau dia kurang mendapat input maklumat situasi yang sebenar, sama seperti aku yang kehairanan bila mendengar minyak gas ni sudah mahal harganya.

Cukup setakat ini, aku mahu mengemas barang-barang dulu. Insya Allah esok Penutup Yang Indah siri #4 akan diterbitkan. Berdebar-debar pula aku, ahaks! XD

2 comments:

  1. Pakai petrol pun boleh membakar juga tu. Kerosin banyak tempat nda jual sudah, sebab tidak ramai yang beli. Haha.

    # macam mana nak handle a self-centered person #

    ReplyDelete
  2. @Fadzmie Mohamad
    Bahaya kalau petrol ni bikin bakar2.. Bau lagi kuat, kan.. Nda pula aku perasan yang minyak gas ni pun stok kurang macam minyak masak juga, hua3..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!