Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, June 18, 2011

INIKAH KELEBIHAN [KEWANGAN] SEORANG MENTERI?

~SALIN-DAN-TAMPAL TAPI BUKAN UNTUK TUJUAN RM & UNTUNG~

Sumber n Kredit = tukartiub


1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara 
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit. 


2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 


3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 


4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 


5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00 


6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma. (Perdana sebagai kereta rasmi semata-mata) 


7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut. 


8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00 


9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Apa pandangan pembaca sekalian? Ada siapa-siapa yang ingin menafikan mana-mana isi di atas atau berkongsi sumber untuk rujukan? Jom kongsi maklumat!

Nota : Baca tulisan asal di [sini]

20 comments:

  1. urgh!!aku mo jadi bini menteri!

    ReplyDelete
  2. gila kaya. smua duit rakyat p tpt dorg. org miskin dpt apa? sigh~

    ReplyDelete
  3. Yg aku x fhm kenapa mesti ada elaun parking?ggrrr terus marah ni.aku pun mau jug elaun tu.hihi

    ReplyDelete
  4. waaaa bnyak tu........nak buat apa duit byk???? untuk 7 keturunan ke??

    ReplyDelete
  5. @Fara
    Sila sila.. Isteri PM contoh tauladan terbaik... XD

    ReplyDelete
  6. @nunui Joe
    Haha.. Tu lah hasil cukai negara tu.. Hasil lain, untuk pembangunan. Cukai, untuk 'kos operasi' yang macam ni lah.. Orang miskin dapat harga Barang Naik lah.. Muahua3.. XD

    ReplyDelete
  7. @misya mialen
    Iyup, banyak yang nda mudah untuk untuk difahami ni macam elaun parking tu. Tengok poin #7 tu, tu yang paling aku nda faham. Kalau dituntut balik, duit tu untuk apa? Digunakan semula atau untuk kocek sendiri?

    Pemimpin yang patut dahulu berjimat-cermat. Rakyat marhaen / kebanyakan memang sudah berjimat-cermat sejak dahulu.

    ReplyDelete
  8. @cayob
    Bukan takat 7 keturunan ja ni kalau gaya begini.. Untuk seluruh jurai keturunan ni.. Nepotisme? Muahua3!

    ReplyDelete
  9. patutla pembangkang beriya~iya nak jatuhkan kerajaaan..
    dapat jadi menteri kaya mendadak..
    buat kerja sedikit tapi gaji mak oiii...
    entah gaji PM berapa banyak...

    mahu hapuskan subsidi tapi tidak lihat taraf ekonomi rakyat..
    rakyat Sabah dan Sarawak bakal terjejas teruk kalau subsidi dirasionalisasikan..
    huh!!!patut juak rakyat bandar tidak sokong kerajaaan!!!!!

    ReplyDelete
  10. @saveqmm
    Hahaha.. Aku harap ramai juga ahli politik dari kalangan pembangkang mencontohi beberapa pimpinan utama PAS macam TGNA. Bukan macam menteri UMNO-BN yang gaji menteri puluh ribu ja, tapi harta kekayaan kantoi juta-juta. Mana2 yang korup, kasi bungkus dia!

    ReplyDelete
  11. hm,biasa la ni.. hehehe.. ^_^.v.. Itulah semua orang berebut2 jadi menteri.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  12. @Aki
    Kalau tamak memang lagak berebut2, ehe3..

    ReplyDelete
  13. Itula ba maksud c Aki tu. nda tau berapa orang ja yang betul2 mo memperjuangkan nasib rakyat.. hahaha..

    ReplyDelete
  14. @Aki
    Iya, betul tu Aki.. Hampir2 tenggelam sudah diorang ni [nda terkenal sudah] sebab terlampau ramai sudah yang duit jadi tuhan diorang, uhu. Macam serpihan berlian dalam timbunan serpihan kaca gitu.. Oho..

    ReplyDelete
  15. @samizul.net
    Ayat Mr.Sam juga la mantap.. Hm,masalah dia,permata2 yang kita ada ni pun,jenis penakut semua.. penakut ISA.. haha..

    ReplyDelete
  16. kayanya menteri kat malaysia ni..

    kesian rakyat..

    ReplyDelete
  17. @matkepoh007
    Menteri di Malaysia ni majoriti kaya raya bukan sebab gaji, tapi sebab korupsi n nepotisme.. Boleh kira berapa orang ja yang menjalani kehidupan dengan sederhana..

    Lagi kesian rakyat yang xtahu memilih pemimpin.. Muka2 'sapu habes' tu juga yang naik atas.. Hahaha

    ReplyDelete
  18. @Aki
    Haha, terima kasih x2, ehe.. Nda juga bah permata2 tu takut ISA.. Puak gerombolan n hegemoninya ja yang takutkan ISA tu, oho

    ReplyDelete
  19. Arrrhhgggghhhh...nie yang aku bengang nie...kita punya susah payah bangunkan negara, derang hidup senang lenang bercuti sana sini...wiffff...derma pun tuntut ker, baik kita derma kat diri sendiri....bengang bengang bengang!!!!!

    p/s: dah letak banner kat blog saya...

    ReplyDelete
  20. @noname Memang buat sakit hati bagi yang benar2 peka.. Yang aku bold tu yang paling 'lawak'..

    Terima kasih letak banner! Nanti exchange okay.. d(^^,)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!