Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, June 04, 2011

LIKE BUTTON VERSI BLOGGER / GOOGLE?

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Kelmarin tengah hari sebelum Jumaat [solat] aku baru dapat mengakses internet. Jam sebelumnya nda dapat sebab rupanya bil broadband sudah dua bulan tarak bayar. Padan muka. Hahaha.

Masa cuti bukanlah jaminan kukuh untuk kerap dan rajin berceloteh di blog sendiri. Sejak beberapa hari yang lalu, aku kerap membebel di sabahkini.net kerana portal berita itu baru juga memasang sistem komen di setiap pos beritanya. Sampai jadi Top 1 pengomen tu [masa aku menulis pos ni], muahua3! XD Keterdapatannya sistem komen ini cukup mengujakan aku. Portal berita kini meniru mencontohi blogger yang mengendalikan sebuah blog yang bagaikan media massa - copy-paste / pelapor berita dari mana-mana laman web portal berita. Apa yang dicontohi itu? Selain butang Share / Like, tentunya ruangan komen.

Lihat Cursor okay. #1


Berbalik ke tajuk asal, aku baru membuka weblog kesayangan ini. Bila melawat [aku suka tengok weblog sendiri sambil tersenyum bahagia], aku perasan sesuatu yang tidak aku nampak sebelum ini. Apa dia? Cuba tengok balik gambar di atas, ehe.

Jawapannya, ada satu jenis Button baharu di sebelah kanan barisan butang Kongsi yang tersedia secara lalai [default]. Sebagai makluman, aku menggunakan template sedia ada oleh Blogger dan bukannya daripada 3rd party [bukan dari Blogger.com]. Aku tidak pasti jika perubahan ini juga ada pada template 3rd party.

#2

#3

Aku sudah mencuba butang baharu ini. Apa yang aku faham;

a. Ia perlu menggunakan akaun Google iaitu GMail,
b. Ia bersifat 'Like' di mana menunjukkan reputasi pos berkenaan dari 'pengundi' akaun Google, dan
c. Mungkinkah ia hanya terpamer di Google Buzz?


Mungkin ada fungsi dan maksud lain butang ini. Sekiranya ada input lain dari pembaca, harap dapat kongsikannya ya.

Terbaru : Button tu muncul juga di paparan enjin carian Google. Butang ni bukan setakat Like tapi Recommend. Bila tinggi angka Recommend, ianya akan semakin popular di enjin carian Google. Harap ini dapat membantu blogger yang masih kekal setia menggunakan hosting di Blogger/Google. Yeahh!

9 comments:

  1. Wah, best pula. Ehehehe

    ReplyDelete
  2. butang +1 google ni kan . hehe

    ReplyDelete
  3. Bukan setakat pamer pada google buzz, tapi nanti akan diletakkan pada google searchengine...

    ReplyDelete
  4. @Alfian J.

    Iya, tu lah.. Kalau dapat Share masuk terus ke FB atau tempat lain lagi mantop, hua3

    ReplyDelete
  5. @Amiirah-Cassan

    Iya, itulah tu, ehe.. Jangan lupa kasi + ya... X>

    ReplyDelete
  6. @Ahmad Fikrizaman

    Oo begitu.. Harap bagi pengaruh lah juga nanti di SE tu, ehe..

    ReplyDelete
  7. Ohh yake~~ , x pernah thu plak :P

    ReplyDelete
  8. Assalam..
    Ada juga yg guna blogger.com tak ada paparan di page.dah buat tapi tak muncul2..

    ReplyDelete
  9. @BHAIHAQI COOL
    Blogger yang guna template Blogger mesti jumpa atau nampak ni melainkan telah di disable kan di post setting [layout], ehe

    @iza
    Wsalam Iza..
    Selalu begitu atau sekali sekala? Sekali sekala memang button ni xmuncul di post page juga..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!