Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, June 10, 2011

MENGAWAL SENTIMEN KENEGERIAN: PATI DI SABAH

PATI DI SABAH


Nota : Tulisan ini bersifat umum. Jika ingin memberikan komen atau pandangan, sila cermat, bertanggungjawab dan persembahkannya dengan cara yang terhormat. Terima kasih.


Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Di Sabah, wujud pelbagai bangsa atau kaum termasuklah suku-sukunya. Bangsa atau kaum ini dipanggil sebagai Bumiputera dan bukannya Melayu. Uniknya, di semenanjung ada pelbagai 'suku Melayu' dan juga kelompok yang dipanggil sebagai bangsa Orang Asal [dahulunya disebut 'Orang Asli']. Ada Orang Asal / Asli. Maka secara logik mudah, bangsa atau kaum yang selain Orang Asal / Asli ini ialah bangsa 'Orang Luar' atau tidak berapa asli lagi. Lucu bukan? Hahaha.

Di Sabah, wujudkah golongan orang Asal? Jika tiada, bangsa apakah yang paling asal di wilayah Sabah ini? Wilayah Sabah ini, wujudnya bila? Apakah tamadun yang mula-mula muncul di wilayah Sabah [seperti pada masa sekarang] berdasarkan rekod tertua yang sahih dan lebih absah?

Jujurnya, aku tidak tahu. Mereka yang ada latar belakang akademik sosiologi, antropologi atau sejarah harap dapat berkongsi pengetahuan.


Naik Taraf Status?

Jika suatu bangsa atau kaum itu mendapat anugerah 'pribumi' atau 'bumiputera' kerana bangsa itu telah beratus atau beribu-ribu tahun menghuni sesebuah tempat, maka bagaimana dengan status warganegara kaum Cina dan India di Malaysia ini pada tahun 3030 atau 4040 jika dunia ini masih diizinkanNya bernyawa? Bolehkah status 'pribumi' tadi itu diberikan kepada mereka?

Bagaimana jika aku ajukan bahawa semua bangsa di Malaysia ini tiada yang 'ori' melainkan Orang Asal kerana semuanya pernah berpindah-randah dari tempat yang jauh lalu menjadi pemastautin dan membina sebuah kerajaan / tamadun dalam wilayah yang ada dalam negara yang dipanggil Malaysia ini?

Ini persoalan-persoalan.

Persoalan-persoalan ini aku tujukan khusus kepada mereka yang selalu menganggap bahawa bangsa mereka secara semulajadi adalah termulia berbanding bangsa yang lain, lalu memandang rendah dan hina bangsa lain tadi. Apa yang aku tahu, sikap sebegini adalah sikap bangsa Yahudi yang dahulunya dimuliakan Allah s.w.t

Sumber n Kredit : mutalibmd

Sabah dan PATI

Kita lihat realiti semasa. Sabah masih bergelumang dengan masalah Pendatang Asing Tanpa Izin atau akronimnya PATI / PTI. Tanpa izin bermaksud, kedatangan mereka ke wilayah ini adalah melalui proses dan prosedur yang mengkhianati atau menyalahi undang-undang Malaysia. Ada beza 'mengkhianati' dan 'menyalahi' dalam konteks isu ini.

Sebahagian besar PATI ini datangnya dari wilayah Indonesia, Filipina, Pakistan, India dan lain-lain. Sudahlah Tanpa Izin, PATI-PATI ini pula ada yang kerap membuat onar dan kejahatan. Bukan sedikit, tapi semakin menjadi-jadi. Maka, rakyat di Sabah ini mula memandang dengan pandangan yang tidak adil terhadap bangsa PATI ini.

Kalau diteliti, bangsa PATI ini majoriti besar adalah bangsa yang berasal dari wilayah Filipina yang ada sekarang, khususnya bangsa Suluk dan Bajau. Satu persoalan, bilakah nama Filipina ini digunakan oleh Filipina? Adakah sejurus selepas kematian Jose Rizal? Sabah pula?

Kita fokuskan lagi. PATI yang ramai di sebelah utara Sabah seperti Banggi, Kudat dan Sandakan ialah dari bangsa Bajau dan Suluk. Kalau bahagian selatan [bawah] seperti Tawau, Keningau dan Tenom, PATI yang bangsanya berasal dari Indonesia seperti Banjar, Om dan lain-lain.

Maka, apabila golongan-golongan pelampau ini bersuara mengenai masalah PATI, mereka selalu mengeluarkan kata-kata nista bahawa Bajau, Suluk, Banjar dan lain-lain tadi sebagai bangsa pendatang. Walaupun bangsa-bangsa tadi telah dikategorikan sebagai Bumiputera oleh peruntukan undang-undang Malaysia, mereka tetap bersikap curiga kerana berasa bangsa-bangsa tadi 'tidak ori' seperti mereka. Lebih  malang, PATI-PATI ini dibela oleh orang yang sebangsa dengan mereka, atau orang tertentu yang berkuasa, yang memiliki status warganegara.

Sekali lagi, apakah bangsa yang paling original untuk dianggap sebagai Pribumi / Bumiputera di muka bumi Sabah sejak dahulu hingga kini? Bagaimana kalau aku ajukan bahawa kita semua sebenarnya adalah pendatang?

Aku anti PATI, aku anti Pilak bukan dengan memandang bangsa dan asal-usul mereka tetapi aku anti, aku tentang kerana kesalahan yang mereka telah dan sedang lakukan.


Anti Rasis Yang Menjadi Rasis

Sikap-sikap sebegini mendukacitakan. Ketika gagasan 1Malaysia mula menjadi bualan dan slogan muluk untuk perpaduan, Sabah menjadi contoh terbaik untuk konsep 1Malaysia itu di mana kita yang berbilang bangsa dan suku di Sabah telah lama hidup bersama-sama dengan sebaiknya. Rakyat Sabah bangga. Memang patut dibanggakan. Tapi bila jumpa golongan yang berapi-api dan menebal sentimen kenegeriannya terhadap Sabah dengan begitu taksub sekali, rasa 'bangga' aku terhadap Sabah contoh terbaik simbol perpaduan yang utuh hampir-hampir runtuh.

Kelompok pelampau ini bukan sahaja 'curiga' dengan pribumi Sabah yang lain, tetapi juga menunjukkan sikap 'anti Malaya' yang bermaksud tidak sukakan orang dari semenanjung berada di Sabah apatah lagi bila memegang jawatan tertentu. Dari situ, jangkitan ini mula merebak hingga menjadi anti kepada parti-parti yang berasal dari semenanjung. Pendek kata, asal semenanjung, semuanya tak boleh dipercayai lagi.

Kerana taksub dengan sikap anti rasis, akhirnya mereka sendiri yang menjadi rasis. Individu-individu dengan sikap dan ciri-ciri sebegini akan menjadi liabiliti bukan sahaja kepada Sabah, tetapi rakyat Sabah yang lain yang mahukan pembaharuan melalui penilaian yang lebih realistik dan berkepentingan umum.

Bagi aku, aku lebih suka 'menyerang' imej susuk individu berbanding terus 'menghukum' imej bangsa. Sebagai contoh, jika ada seorang dari semenanjung yang bertanya kepadaku, "Orang Sabah masih tinggal atas pokok ke?" atau soalan "Di Sabah ade jual bantal, baldi dan gayung tak?", aku masih mampu bersabar dan jauh untuk melenting. Aku tidak salahkan polan itu kerana dia dari semenanjung, tapi aku berasa kasihan, naif dengan mentaliti dan pengetahuan mereka sendiri. Sama ada betul-betul tidak tahu, atau sengaja bodoh sombong. Teruk juga kalau betul-betul tidak tahu. Kasihannn, hahaha!

8 comments:

  1. isu ni dah lama. jadi mcm mana pula dengan rakyat yang dilhirkan dripda ibu bpa dr bangsa berlainan? mcm tulip ayh org sabah tu pun bayk kacukan da. mama pula kedah jg byk kacukan temsuk siam. bangsa tu cuma nama dan tunjk asal usul kita. bukanny satu isu yg menyakiti sesama sendiri. tu bgi tulip la

    ReplyDelete
  2. Topik hebat...mcm yg pnah ku info; bgsa ku Illocano (salah satu suku d utara Filipina) + Mandar (Sulawesi) + Melayu Palembang dn dgn bangganya ku katakn ku ada MyKad sbg Warganegara Malaysia yg sah bgitu jg dgn kluarga2 ku sblah mak...jd cemana tu??apakah ku ini d gelar rakyat sabah yg xoriginal? (Ya!mmg pun sb time mau apply pinjaman MARA, bulat2 kena tolak.. T_T)

    Psl persoalan apakah bgsa asal negeri sabah ni...menurut buku Land Below The Wind tulisan Agnes Keith yg mceritakn journalnya selama hidup d sabah sbg isteri kepada Peg. Perhutanan North Borneo British time tu, dia ada tulis bgsa majoriti Sabah pd waktu pendudukan mereka (british) d tanah di bawah bayu ini adalah Bangsa Murut (yg melopori hampir keseluruhan bahagian sabah termasuklah Tawau, Sandakan & Lahad Datu) dan bgsa Pala'o (bgsa Pela'u yg kita slu ckp2 tu..)! Hebat kn!ku pn terkejut dgn statement c Agnes ni...

    Kita tk bleh salahkn mereka (khususnya PATI dr Phil) sb sudah lama dorg mempelopori perairan Sabah ni (omg, bukan niat utk mbela 'bangsa sendiri') sejak berkurun lamanya (kesultanan Sulu).'Habitat' mereka sudah disini. Tp mmg diakui sstengah mereka agak menjengkelkn krna kurangnya didikan mereka (mungkin)...

    Sbg rakyat Sabah, sy mmg jengkel.
    Sbg kacukan Phil, sy mmg simpati.
    Sbg manusia, sy amat kasihan...

    *Tanah ini milik Tuhan...

    ReplyDelete
  3. saya seorang suluk, dan saya okey. Ibu saya seorang suluk. Bapa saya suluk dan brunei sikit-sikit. Dan saya sorang bumiputera.

    Gua panas sebenarnya bila ada manusia-manusia ikut sedap mulut claim suluk ni PATI dan bukan bumiputera. Terutamanya tidak lama dulu ketika seorang yang berjawatan menteri dari suku tertentu kata dalam press macam ni, "kalau dah tahu orang tu suluk, kenapa tidak tangkap?"
    Ini orang yang jenis tiada ilmu tapi mahu menunjuk pandai. Bengap sejarah. Suluk ni macam brunei. Sudah lama bertapak di sini. Beratus-ratus tahun dah sejak zaman kesultanan Brunei dan Sulu pegang sabah. Samalah juga macam kesultanan melayu di semenanjung.

    Suluk di Sabah ni ada dua. Suluk yang mmg pure duduk sini dari zaman nenek moyang ke moyang dulu-dulu dan suluk yang baru datang terutamanya pada waktu kita menerima pelarian perang dari Filipina. Slang cakap pun ada beza. Taraf pendidikan dan budaya kehidupan pun jauh beza.
    Tun datu Mustapha, Mat Salleh, dan latest TyT Sabah ni ingat suku apa? Suku portugis? Peh emosi pulak saya. keh keh keh.

    Itu cerita sedikit pasal suluk. Pasal PATI ni saya syak sampai kiamat pun takkan habis di sabah ni. Dari Indonesia dan filipina yang baru datang dan sentiasa datang, mudah berulang alik ke kampung masing-masing. Dan saya amat anti golongan ini.Pasal jenayah dan onar yang golongan ini buat saya tolak tepi, sebab bagi saya tak semestinya Pendatang itu saja yang pandai buat jenayah. yang membuat saya rasa celaka dalam hati adalah bila golongan ni memegang dua kenegaraan. Ada IC Malaysia dan ada IC tempat asal. Kaut keuntungan di sini bawa balik kampung. Tiada sikit pun semangat patriotik ke Malaysiaan dalam diri. Senang untuk cam macam bila perlawanan bola M'Sia Indon contohnya. Golongan ini menyokong Indonesia, tapi mereka ada KPT. Golongan ini merebut hak yang sepatutnya milik orang kita yang kebanyakannya pemalas untuk berusaha dan tunggu kena suap. Padan lah muka dengan orang kita.

    Itu saja yang menjadi hal pada saya berkenaan PATI atau golongan yang mulanya Pati tapi dah dapat IC negara ini.

    Bagi org-org tertentu yang tebal semangat kepribumiannya tapi buta sejarah dan anggap bangsanya saja yang paling mulia, mereka patutnya buat parti sendiri dan berdiri sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari bangsa atau suku yang lain. Ikut bertanding pilihanraya. Kalau ideologi mereka tu boleh di terima, maka menanglah mereka. Selepas menang, boleh halau bansa dan suku lain dari negeri ini. itu kalau boleh menang.

    *Pensyarah yg ajar gua falsafah islam dalam U dulu pernah cakap isu ni dengan mengaitkan isu agama: Orang-orang luar terutama dari Selatan Filipina dan Indon banyak masuk ke sini pada era Tun Datu Mustapha dulu. Sebab utamanya, Tun cuba meramaikan orang islam dalam negeri ini.

    Dan gua syak ini adalah komen paling panjang dalam sejarah blogging gua. kahkahkah.

    ReplyDelete
  4. Ahahaha aku paling suka ayat ending tu bahh. KElasss!!

    Aku Bajau bah but i'm truely sabahan, both my parents ada certificate (ic and surat branak), my late granpa and grandma from both side ada ic.

    ReplyDelete
  5. Lawan tokey ko ni PK!hahaha..
    "Sbg rakyat Sabah, sy mmg jengkel.
    Sbg kacukan Phil, sy mmg simpati.
    Sbg manusia, sy amat kasihan...

    *Tanah ini milik Tuhan..."

    Sam~bgus kita bincang hal ni dlm blog rasmi WSB biar smua bleh baca... ^_^

    ReplyDelete
  6. @Finie Ramos
    Haha..

    Aku rasa, nda payah bawa masuk lah dalam WSB bincang2. Kompom nda laku punya, keh3. Kalau orang lain, insya Allah laris macam pisang goreng, hua3.. XD

    ReplyDelete
  7. TERIMA KASIH atas perkongsian pandangan semua! Terhibur membaca komen2 yang mantop gitu, ehe. Ni baru bahagian satu. Ada lagi bahagiannya nanti yang lebih masyukkk.. =D

    ReplyDelete
  8. Anonymous6/5/12 16:38

    bosan suda dgar isu pasal PATI d sabah ne.. knp msti libatkan bgsa suluk dlm isu kdtgn PATI ne? saya bkn mahu mmbesar2kan kaum suluk tp saya cuma mahu mmberi ksedaran kpd mnusia2 yg cuba mnafikan kperibumian suluk d sabah ne.. Utk pgetahuan saudara skalian, nama SABAH sndri brasal dr prkataan suluk iaitu pisang sabba'.. jd napa mc mau claime yg suluk ne adalah bgsa pndtg..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!