Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, June 17, 2011

PENUTUP YANG INDAH [03]

Assalamua'alaikum dan Salam Sejahtera.

Agak lama cerita 'Penutup Yang Indah' ini tidak disambung. Bukan apa, aku menunggu detik yang paling sesuai untuk menyambung cerita ini. Nah, akhirnya tarikh dan hari ini telah dipilih sekali gus sebagai suatu kesempatan dariNya kepadaku untuk terus berkongsi cerita. Alhamdulillah.

Sejujurnya, aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan cerita yang ini. Berat hati menyimpan, berat lagi tangan menulis. Sebabnya, terasa cerita ini masih terlalu awal untuk aku sampaikan. Fikir punya fikir, aku memutuskan untuk bercerita mengenainya dengan kadar 40% sahaja. Selebihnya, simpan untuk minggu hadapan. Muahua3!

Pokok cerita ialah, hari ini rasmilah sudah aku berpisah dengan 'dunia sekolah'. Maksud dunia sekolah di situ ialah, tempat aku bertugas. Mungkin ada yang kehairanan, maka izinkan aku untuk meneruskan perenggan yang seterusnya.

Dunia FS

Sejak bergraduan pada Oktober 2009, aku memulakan episod kerjaya [sambungan sejak tamat SPM] dalam dunia pekerjaan pada Januari 2010. Ada rakan-rakan yang lebih bernasib baik - belum grade sudah dapat kerja yang menarik perhatian. Ini sesuatu yang indah. Aku tumpang gembira dengan pengalaman indah mereka itu.

Episod kerjayaku bermula sebagai Fasilitator SchoolNet [FS] di SK. Paguokon, Tenom [SKPT].

Skop kerja selaku FS ini sangat mencabar sebab ia bakal [waktu tu] memberikan tahap pengalaman yang berbeza dengan skop yang aku pelajari sewaktu bergelar mahasiswa program Sains Sekitaran [SS]. Skop tugasan FS berkait rapat dengan hal-ehwal Teknologi Maklumat dan Komunikasi [ICT]. Skop tugasan budak SS pula ialah mengenai Sains Alam Sekitar.

Aku teruja+berdebar-debar untuk bertugas menjadi FS, lebih-lebih lagi bila mendapat tahu bahawa tempat aku bertugas itu adalah tempat yang tidak pernah pun aku dengar, apatah lagi sampai. Walaupun masa induksi di BTPN Sabah tu aku ada ikut sama memohon pertukaran daerah, aku tahu ianya sukar kerana bilangan kami [ambilan kedua bagi tahun 2010] adalah kurang berbanding bilangan yang diperlukan sepatutnya. Kira mohon tukar tu pok-pok dapatlah. Asal Kudat, minta tukar ke Kota Marudu ja bah. Supaya dekat sikit. Muahua3!

Status jawatan kami ialah kontrak untuk perkhidmatan [contract for service]. Kontrak kami tamat secara rasmi pada 31/12/2010.



Kontrak Tamat

Apabila kontrak tamat, ramai geng FS membawa haluan baru masing-masing. Aku memilih haluan untuk terus tinggal di SKPT dan bertugas selaku sukarelawan. Aku rasa masih tidak puas untuk menikmati pengalaman di sini. Jadi, aku memutuskan supaya aku berusaha untuk mengoptimumkan tempoh keberadaan aku di sini. Kiranya, selama mana yang aku boleh lah, ehe.

Berbekalkan gaji [RM2331] untuk bulan Disember yang masuk pada pertengahan Januari, aku meneruskan epsiod baru dalam dunia kerjaya - sebagai seorang sukarelawan. Secara separa sedar, mungkin aku salah seorang dari kalangan FS yang masih bertahan di sekolah lama walaupun kontrak sudah tamat. Satu lagi rekod peribadi dicatat, ehe.

Mungkin sudah rezeki dari Allah s.w.t, aku dapat menambahkan lagi tempoh aku lepak-lepak di sini dengan menjadi seorang Guru Ganti Sementara pada penghujung April, menggantikan seorang cikgu yang sedang cuti bersalin. Alhamdulillah, aku berpeluang untuk masuk ke kelas mengajar subjek-subjek. Dulu selalu duduk di pejabat ja sebab makmal komputer masih belum selamat untuk didiami manusia.

Guru dan Kelas

Pengalaman menjadi guru, walaupun tidak terlatih [masuk IPG dsb] dan hanya sekejap sahaja, cukup berharga. Cerita tentang pengalaman ini, mungkin boleh sambung di tulisan yang akan datang.

Cuma mungkin apa yang boleh aku sebut sekarang ialah; bila menjadi guru dan masuk ke kelas, ia mengingatkan tentang episod kenangan lalu terutamanya semasa di sekolah rendah. Tentang kenakalan, kerja rumah, denda, permainan, jawapan ujian/peperiksaan dan macam-macam lagi. Kadang, aku tersenyum sendiri bila melihat babak ini di depan mata. Senyum selalu dalam hati ja bila depan murid. Guru Matematik kan biasanya garang. Ya, subjek utama yang aku ajar ialah Matematik [Tahun 3 & 4].

Sempat juga psiko murid-murid terutamanya pasal hafal sifir. "Kamu tahu dulu cikgu masa baru Tahun 2 atau 3 ja sudah boleh hafal sifir sampai sifir 24. Macam mana boleh dapat? Kami kena suruh berdiri atas kerusi ramai-ramai dan siapa yang tidak dapat hafal sifir yang ditanya oleh cikgu, dia tidak boleh duduk sampai habis masa. Kamu mahu cikgu buat macam tu? Sekolah kita ada padang yang luas ni.."

Yang aku rasa lucu sendiri ialah bila mengajar Dunia Seni [Tahun 2 & 3] dan Dunia Muzik [Tahun 2]. Hahaha. Aku juga dapat merasa pengalaman menjadi Guru Kelas. Memang umphhh lebih-lebih lagi bila Mei ialah bulan peperiksaan semester. Muahua3!

Inilah serba-serbi pengalaman yang dapat aku nikmati selama lebih kurang setahun setengah berada di SKPT ini.

Aku ada masa lebih kurang seminggu lagi di sini. Baki masa yang ada tu rasanya cukup untuk aku memastikan pokok-pokok buah yang ditanam oleh murid Tahun 6 tahun lalu di sekitar bangunan makmal komputer, kekal subur. Pokok-pokok buah di kawasan ini aku fikir adalah sebagai simbolik; "Kenangan bersama Sigu Samijul" [<--- nama manja XD].

Insya Allah aku akan datang memetik buahnya nanti.

14 comments:

  1. Cool kau Sigu Samijul! Bangga aku sama kau... Keh²

    Kenapa tiada butang "like" sudah ni? Aish!

    Apa pun, aku mau ucapkan tahniah.. Sesungguhnya kau balik dengan kebanggaan... Besar juga gaji kau tu, boleh belanja aku makan tengahari.. keh²

    Ok Samijul, kau sampai rumah nanti kirim salam sama familymu... :)

    ReplyDelete
  2. zul.. mo tanya.. nie karya seni ka karya sastera.. hahah

    aku layan..

    ReplyDelete
  3. wahh Cg samijul!. haha
    aduii xda bakat eh sy jd cikgu.. hehehe. teruskan usaha cigu! :D

    ReplyDelete
  4. @Zurina J.
    Eh cool kah juga, oho3.. Kambang sab aku eh... X>

    Aik, ada bah masih butang Like tu. Siap tambah butang Send lagi disebelahnya. Cuma, aku sudah tukar bahasanya jadi BM. Kalau kau nda jumpa w/pun sudah habis loading, nah kau refresh lah balik. Ada tu, ehe..

    Yeahh, terima kasih x3, ehe. Tu gaji tahun lalu.. Kontrak kan. Mana ada potong apa2, hua2.

    Insya Allah nanti aku sampaikan.. Dengan si AM, nda? Muahua3!

    ReplyDelete
  5. @Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa
    Ni karya sastera bro. Dalam sastera, ada seni. Tapi dalam seni, belum tentu ada sastera.. Pendapat peribadilah, muahua3!

    ReplyDelete
  6. @nunui Joe
    Alamak, bukan cigu sudah ni.. Tamat sudah, hua2. Eh 'bahaya' tu kalau nda ada bakat jadi cikgu.. Nanti [bakal] anak2 belajar banyak dari pengasuh/penjaga pula, bukan ibu bapa sendiri... Hi3 X>

    ReplyDelete
  7. @samizul.net, suda aku "suka".. keh²

    AM? bah, buli juga...:)

    ReplyDelete
  8. Aik former sigu rupanya ko Sam..sigu apa kah tue Samijul?..jejeje..:)

    ReplyDelete
  9. Teringat sekejap kenangan masa kena bediri atas meja sbb x hapal sifir time sekolah rendah..

    Cool experience sigu samijul. At least dpt merasa jadi sigu sikijap kan..(*wink2)

    ReplyDelete
  10. tak de talent jadi cikgu saya ni.. murid murid buli nanti

    ReplyDelete
  11. @Zurina J.
    Yeahh, terima kasih x2, ehe. Eh AM pun sekali juga kau mau ya.. Kau sms ja bah.. Bukannya susah pun, keh3.. X>

    ReplyDelete
  12. @Pink Diva
    Iyup, muahua3. Math, Seni n Muzik.. Ada tu dalam cerita tu, ehe3..

    ReplyDelete
  13. @Haryati Molly @ Tunung
    Iya, tu lah bah tu.. Kenangan paling selalu kena denda ialah masa di sekolah rendah. Macam2 punya denda. Dulu rasa takut. Sekarang bila ingat, rasa bikin ketawa ja, muahua3..

    Iya, tu lah tu.. Pengalaman yang cukup berharga. Dapat juga merasa sikit2. Sukur po, hua3.. XD

    ReplyDelete
  14. @belogkiter
    Aik, nah camna mau praktis jadi ibu bapa ni nanti, muahua3! Bahaya kalau kena buli, nanti nanges eh.. Kuang2.. XD

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!