Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, June 26, 2011

PENUTUP YANG INDAH [04]: SAYONARA! [#1]

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Suatu pertemuan biasanya dimulakan oleh suatu perpisahan. Uniknya, dihujung pertemuan tadi kita akan bertemu semula dengan suatu perpisahan juga.

Begitu juga apabila menyentuh tentang perpisahan; dimulakan oleh pertemuan, dan pengakhirannya akan ada suatu pertemuan.

Babak, Episod dan Kisah

Episod dibentuk oleh himpunan babak. Himpunan episod pula akan melengkapkan sebuah jalan cerita atau kisah.

Pengalaman berada jauh dari tempat asal sudah sebati dalam jiwaku sejak memasuki sekolah menengah [2000]. Kota Belud -- Labuan -- Kota Kinabalu -- Tenom adalah tempat di dalam episod Belajar dan Bekerja yang aku lalui sekarang. Tahun 2001 menyaksikan aku sebenarnya seorang yang tidak homesick. Ini ibarat babak 'Topi memilih kau kelas apa' dalam filem Harry Potter. Maaf, aku tidak tahu apa ayat yang tepat untuk menamakan babak ini.

Jadi, sekiranya aku berjauhan dengan yang tercinta, aku tidak akan down atau lemah semangat akibat penangan rindu dan lain-lain perasaan yang menimpa pengidap homesick.

Tenom menjadi daerah pertama untuk aku mencurahkan segala kemampuan diri setelah selesai Ijazah Pertama pada tahun 2009. Namun, pekerjaan ini bukanlah yang pertama untukku. Aku mula bekerja mengambil upah sejurus selepas tamat SPM.

Kepelbagaian pengalaman bekerja banyak membantu aku berada di tempat kerja yang berlainan 'urusniaganya'. Kepelbagaian itu, jika dimanfaatkan, akan membentuk nilai 'mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran' kerana pengalaman tempat kerja yang berlainan. Pengalaman yang dimanfaatkan akan meningkatkan bukan sahaja tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu tetapi juga kematangan.

Sumber n kredit : Album


SK. Paguokon dan Tenom [i]

Apabila aku menerima panggilan yang aku dipanggil untuk lapor diri di BTPN Penampang kerana terpilih untuk menjadi Fasilitator SchoolNet [FS], perkataan 'Paguokon' itu begitu asing dihalwaku. Aku tulis 'Pagoukon' dan 'Pagokon'. Bila mendengar nama Tenom, aku terbayang andaikata sekolah ini jauh dari pekan, memang backup plan akan dikitar semula di fikiran, haha.

Namun, sangkaanku meleset. Lebih kurang dua bulan selepas mula bertugas, aku menjadi antara FS yang paling bertuah; tinggal di sekolah menumpang rumah Guru Besar sebab Guru Besar jadi 'orang bujang' bila tinggal di rumah khas ini. Jadi, tiada isu pengangkutan, sewa rumah, dan masa kerja, ehe.

Babak seterusnya dalam episod menjadi FS ini menjadi sesuatu yang menarik. Aku teruja!

SK. Paguokon dan Tenom [ii]

Hari diganti minggu, minggu diganti bulan. Sibuk punya sibuk, akhirnya penghujung tahun semakin hampir. Rupanya mahu setahun sudah aku menimba pengalaman dan belajar tentang 'dunia sekolah' dengan lebih intim.

Sejak aku mula tiba di SK. Paguokon, banyak perubahan yang berlaku sama ada dari aspek fizikal mahupun bukan fizikal [dalaman] ke arah suasana yang lebih baik dan kondusif. Aku merasa gembira kerana serba sedikit, aku ada bersama mereka melalui detik-detik penting dan bersejarah. Sebagai contoh, bangunan khas ruang rehat warga sekolah [yang lebih berfungsi sebagai kantin, ehe], kelas kabin, dan tidak dilupakan kelas ICT yang aku kendali bersama jiran FS terdekat, Sharif Asri yang bertugas di SK. Mandalom. Seorang lagi rakan ialah Aizam, FS SJKC Chung Hwa. Kami bertiga kekal di Tenom sehingga kontrak FS tamat.

Terlalu banyak lembaran yang ingin dicoret di sini jika satu-persatu babak aku sampaikan. Aku simpulkan secara mudah, 98% pengalaman yang aku lalui di sini adalah kenangan indah dan terindah, manakala bakinya 2% adalah pengalaman yang ada kureng sket; 1% untuk isu pengangkutan awam Pekan Tenom <---> Lagud Sebrang, dan 1% lagi ialah hal-hal kecil seperti selalu hujan [hilang semangat membasuh sebab pakaian akan berbau tak cukup kering, haha] dan blackout.

Buat Warga SK. Paguokon, Masjid al-Fath dan Lagud Sebrang, Tenom

Aku terhutang budi dan jasa yang tidak terhingga dengan semua warga SK. Paguokon, masjid al-Fath dan Lagud Sebrang, Tenom umumnya. Jutaan, Billion, dan Trillion TERIMA KASIH tidak cukup untuk menggambarkan betapa manisnya episod pengalaman di sini. Infiniti.

Walaupun aku berasal nun jauh dari Utara Sabah, aku tetap dilayan dengan begitu baik selama berada di sini. Sebab itu aku berusaha selama yang boleh, mengoptimumkan tempoh keberadaan aku di sini untuk terus bersama dengan warga SK. Paguokon dan sekitarnya.

Namun, sudah lumrah manusia biasa lagi kerdil ini, aku tidak terlepas dari melakukan salah-silap sama ada kecil atau besar, sengaja atau tidak, dan sedar atau tidak. Aku dapat rasa banyak kelemahan yang berpunca dariku dan kelompangan yang tercetus oleh kenaifanku. Rasa sedih bila ada masalah yang timbul yang berkait dengan diriku, tidak dapat aku bantu untuk menyelesaikannya. Pengetahuanku tentang dunia guru, murid, sekolah dan ICT [skop kerja] agak terhad.

Apapun, aku cuba melaluinya sebaik yang mungkin kerana aku menetapkan [set] diri aku dalam mod 'belajar'. Pengalaman mendewasakan.

Ku pohon kemaafan dari semua atas salah-silap, kelemahan dan kenaifan yang aku lakukan.

Terima kasih kepada semua atas tunjuk-ajar yang diberikan, bantuan yang dihulurkan, kegembiraan yang berpanjangan, teguran yang membina, nasihat yang berguna, pengalaman yang mendewasakan, dan kenangan yang terindah... Tidak terbalas jasa dan bakti kalian olehku.. Apa yang aku mampu ialah memberikan yang terbaik, yang termampu dari diriku di samping terus mendoakan juga yang terbaik untuk kalian dan keluarga. Semoga Allah s.w.t membalas budi dan amalan kalian dengan balasan yang jauh lebih baik.

Ampun dan maaf dipohon sekali lagi.. 0-0 ya! =D

Semoga kita semua berjumpa lagi di ruang dan peluang yang lain. Moga panjang umur, murah rezeki dan kesihatan yang baik..

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

SELAMAT MAJU JAYA SEMUA! ;D


Sumber n Kredit : Album


Nota: Koleksi gambar kenangan sepanjang bertugas di SK. Paguokon, Tenom akan dimuatkan pada siri yang terakhir [#05]. Tu kerja pertama bila sampai di Kudat nanti.. Episod baharu menanti untuk muncul dengan rasminya... ^^,


Koleksi Episod FS:

Selamat Datang ke Tenom!

Fasilitator SchoolNet: Ceritaku [01], [02], [03]

Kelas TMK SKPT: Monolog Skema [01], [02], [03]

Selamat Tinggal FS [01], [02]

Penutup Yang Indah [01], [02], [03], [04], [05]

Lain-lain [01], [02], [03], [04], [05]

2 comments:

  1. bagusnya dah dah terlatih hidup berdikari... bagus2!!

    ReplyDelete
  2. @alif ismail
    Iya, tu lah.. Sebab penangan tinggal di asrama kan dulu, ehe.. ^^,

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!