Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, June 06, 2011

SELAMATKAN WARISAN BERSEJARAH KITA : MENARA JAM ATKINSON

Nota : Surat terbuka ini dikirimkan kepada editor sabahkini.net serta beberapa laman web yang lain. Penulis akan mengemaskini* pautan berkenaan di sini jika ianya telah disiarkan di laman web tadi. Terima kasih.
*Laman web yang telah menyiarkannya; [01], [02]

Sumber n Kredit : sabahwarriors.blogspot.com

Saudara Pengarang,

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera. Kemelut isu sebuah bangunan Komplek Beli-belah 16 Tingkat yang dirancang untuk dibina berdekatan [bahagian belakang] Menara Jam Atkinson yang bersebelahan dengan Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah nampaknya telah sampai ke kemuncak - peringkat mahkamah.

Menurut beberapa sumber yang sampai ke pengetahuan saya, isu ini di bawa ke mahkamah oleh dua orang aktivis sosial bagi membantah dan seterusnya menghalang pelaksanaan projek pembinaan bangunan komplek beli-belah 16 tingkat ini.

Perbicaraan mengenai kes ini ialah pada 07hb Jun 2011 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, yang letaknya bersebelahan dengan bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Secara peribadi, saya membantah pelaksanaan projek ini kerana musykil dengan niat sebenar pemaju dan pihak yang meluluskannya;

1) Mengapa membina komplek beli-belah di kawasan ini? 16 tingkat? Tidak cukupkah komplek beli-belah sedia ada di kawasan pusat bandaraya? Kawasan ini sedikit berbukit. Bagaimana dengan risiko tanah runtuh?

2) Saya tidak menentang kemajuan dan sebarang bentuk pembangunan dengan syarat ianya mempunyai rasional yang tinggi, mempunyai justifikasi yang menambat hati majoriti marhaen serta pematuhan kepada Penilaian Kesan Alam Sekitar [Environmental Impact Assessment] yang adil lagi jujur. Bukankah lebih baik projek baik-pulih dilaksana di kawasan menara ini seperti membina taman khas, menambat bukit supaya tidak runtuh, kawasan letak kereta pelawat yang lebih selesa ataupun pusat-pusat mini kebajikan buat gelandangan kota?

3) Saya juga mendengar idea bahawa menara ini ingin dipindahkan untuk tujuan pemuliharaan yang lebih selesa. Pandangan awal saya, idea tadi nampak 'sedikit bijak' kerana kawasan menara itu bukannya terjejas teruk oleh faktor lain yang merasionalkan pemindahannya. Mari lihat tamsilan ini. Kita mempunyai rusa [payau]. Ada payau liar, ada payau yang diternak, ada payau yang sudah menjadi pemastautin tetap di zoo-zoo.

Jika menara dipindahkan atas alasan 'pemuliharaan / pemeliharaan', maka pengekalan 'habitat' adalah aspek utama. Memindahkan menara ke habitat yang baru samalah seperti memindahkan payau-payau liar kita semuanya masuk ke dalam zoo. Masih wujud tapi hilang nilai originalnya. Nikmat memakan dan melihat ikan yang hidup bebas di sungai berlainan dengan ikan yang diternak. Akhirnya generasi akan datang hanya melihat binatang liar di dalam zoo, ataupun ladang ternakan yang mana suasananya tentu berbeza berbanding habitat asal. Mungkin mereka [generasi akan datang] akan ketawa terbahak-bahak bila diceritakan kepada mereka bahawa binatang liar ini suatu masa dahulu diburu oleh nenek moyang mereka dihutan.

4)  Idea terbaik buat masa ini ialah membuat 'injunksi' terhadap sebarang rancangan pembinaan yang bersifat laba keuntungan melainkan untuk tujuan pemuliharaan / pemeliharaan sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini.

5) Saya menaruh harapan agar mahkamah akan memihak kepada suara marhaen dan cukuplah melayan karenah para kapitalis cukong bersama barua-baruanya.


Justeru, kepada mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu dan menyokong agar Menara Jam Atkinson ini dikekalkan di tempat asalnya serta dipelihara, marilah beramai-ramai datang ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada esok hari bagi menunjukkan sokongan moral sambil mendengar perkembangan perbicaraan kes.

Bacaan lanjut : [01], [02], [03]

Harap pihak tuan/puan dapat menyiarkan berita ini sesegera yang mungkin. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan.


Mohd. Samizul bin Samad
www.samizul.net

6 comments:

  1. Samizul... Saya nda dapat turun... Kau turun ya...:)

    ReplyDelete
  2. Ko turun ka? Aduh, macam last minit pula aku tau ni. Mau aku ikut ni. Haih.

    ReplyDelete
  3. @Zurina J.

    Aku nda dapat turun bah.. Jauh bangat sudah aku ni, hua2..

    ReplyDelete
  4. @Fadzmie Mohamad

    Masalahnya aku pun tau last minit.. Cubalah lusa kan, uhu.. Bila sampai dari berperjalanan jauh tadi, online, nah sana baru nampak sebab kena tag di WSB. Tu terus buat entri ni.. Kau di mana sekarang? Si Dila macam mau pigi tapi dia ada kuliah bilangnya.. 8:30 pagi tu mula..

    ReplyDelete
  5. ala tidak la cantik suda kk kalau mcm tu..that y la kan semua apa yang kena buat ada dia punya kesan sampingan kan

    ReplyDelete
  6. @beaty

    Iya, memang ada kesan sampingan. Manusia ada akal dan kewarasan, sebab tu kena fikir, nilai dan putuskan yang terbaik. Kalau tetap ada mudarat, pilih yang paling minimum atau kurang memudaratkan secara umum... ^^,

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!