Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, June 23, 2011

SELF-HOSTED SERANG BLOGSPOT?

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Blog yang menggunakan perkhidmatan pengehosan percuma dari Google iaitu Blogspot kembali dilanda masalah. Kali ini, imej yang telah dimuat naik tidak dapat diletakkan di ruangan pos tulisan. Maksudnya, 'Add Selected' tu tidak berfungsi dengan normal. Bagi aku, masalah ini masalah minor berbanding masalah beberapa waktu lalu yang membuatkan semua pengguna pengehosan Blogspot 'berpuasa' dari melakukan rutin harian mereka.

Aku masih ingat, ketika blog yang hos di Blogspot tu tidak dapat diakses, maka blog-blog yang bukan hos di blogspot menjadi tumpuan para kaki blogwalking tegar. Aku tidak pasti kalau blog blogger terkenal seMalaysia seperti Abang Ben alias Bro Ben boleh diakses atau tidak. Seingat-ingat aku, kali terakhir aku masuk ke blog Bro Ben ialah penghujung tahun lalu.

Aku pun blogwalking juga. Maka, terjumpalah aku beberapa tulisan atau artikel dari blogger yang menggunakan pakej pengehosan sendiri [berbayar], berbicara tentang 'masa depan' blogger yang menggunakan perkhidmatan Blogspot.

Secara ringkas, isi-isi utama bicara 'masa depan' mereka itu berkisar tentang beberapa 'tema' seperti;

Bayangkan...
1) Entri anda sudah beratus-ratus tapi hilang sebab masalah Blogspot ni. Backup pula, tak sempat.
2) Bayangkan Blogspot 'terbuang' atau 'terpadam' blog kamu yang comel-lote, segak-bergaya dengan ribuan Follower, komen, trafik dan $$$ tu... 
3) Bayangkan, Blogspot caj kamu tapi masih terhad tweak sini-sananya..
4) .....dan lain-lain.

Tiada Kebebasan...
1) Kalau Blogspot, apa pun tak boleh...! [<--- peminat Maharaja Lawak pasti tersenyum..]
2) Bosanlah, nafsu kita untuk coding sana, coding sini hilang bila lama-lama dengan Blogspot ni..
3) Google boleh buat suka hati.. Kalau self-hosted, bagai dunia kita yang punya! [Walhal sewa ja pun, oho]
4) .....dan lain-lain.

Kepuasan Batin dan Zahir...
1) Blogspot sudah tak mampu memuaskan keinginan itu ini.. Balik-balik down.. 
2) Self-hosted baru nampak profesional, bergaya, macho, mesra SEO, tarik trafik organik dan mesra pelawat dengan macam-macam Plugin yang malatop!
3) .....dan lain-lain.

HAHAHA. Aku terketawa bila selesai membaca tulisan mamat-mamat blogger tu. Boleh tahan juga hujahnya. Memang betul. Geng Mamat ni dapat menonjolkan kelebihan self-hosted dan dalam masa yang sama menunjukkan kekurangan free hosting seperti Blogspot dengan baik sekali.

Aku tidak meninggalkan komen ditulisan itu walaupun 'nafsu hitam' tidak putus-putus memberi semangat supaya tinggalkan komen 'menyerang' mamat-mamat itu tadi. Aku tidak mahu memburukkan lagi suasana perang dingin antara blogger Blogspot dan Self-hosted [Wordpress] di Malaysia ini.

Jawapanku, mudah sahaja.

Kebebasan yang ada pada Blogspot dan Self-hosted mempunyai justifikasi yang berlainan bagi perspektif setiap individu. Jadi, setiap orang mempunyai pilihan masing-masing, dengan sebab yang tersendiri. Kenapa perlu mempromosi hingga ke tahap menghasut dan menimbulkan tohmahan yang bukan-bukan? Apalah maknanya kalau blog tampil profesional sebab self-hosted, tetapi pengendalinya...?

Dua, apa sebenarnya tujuan atau niat kita berblog ini? Adakah sekadar untuk tunjuk dan tampil hebat? Atau, membanding-banding kehebatan antara pihak A dengan pihak B dengan niat dan cara yang serong?

Tentunya, masing-masing mempunyai niat dan sebab untuk berblog. Bagi mereka yang hanya untuk tunjuk lagak hebat, kejar duit kertas, suka buat onar dan kejahatan lain, itu terpulang dengan diri masing-masing.

Kita mempunyai had kemampuan masing-masing. Kalau kamu boleh coding sampai tahap langit ke-7, ada rezeki melimpah-limpah, ada keperluan mendesak, silalah pilih pilihan yang bijak dan laksanalah pilihan tadi dengan baik.

Kamu mampu belajar ke luar negara, dan aku hanya setakat di negeri sendiri. Maka marilah kita masing-masing pergi belajar. Terus belajar itu penting, tapi ada lagi yang lebih utama. Apa dia? Yang utama ialah persoalan "Di mana kita selepas sekarang ini?" Adakah berjaya menempa kejayaan dan menjadi orang berguna, atau hanya setakat berjaya tapi tahap 'bergunanya' itu hanya pada skala kecil? Penting dan utama adalah dua benda yang bukan sama 'kelasnya'.

Begitu juga dengan isu self-hosted dan free hosting ini. Bergeraklah atas kapasiti dan ruang yang kita mampu, yang terbaik, berdasarkan keperluan diri. Anda mampu, anda layak, buatlah. Tidak buat, nanti rugi. Jangan membazir. Bagi yang kurang mampu, rasa belum layak, maka bersabarlah. Pasang niat dan berusahalah jika mahu mampu, mahu layak.

Kesimpulannya, berhentilah bergelumang dengan isu remeh-temeh ini. Kita generasi muda masih ada banyak tanggungjawab dan peranan lain yang maha berat bukan sahaja di alam maya, tetapi yang utama ialah di alam nyata.

14 comments:

  1. hihi.. sy beblog hnya untuk suka2 n menghibur hati.. apapon x kisah yg pntg terhibur.. eh WP n BS jgn gadoh2 haha

    ReplyDelete
  2. halamak, small the matter lah. haha ikut keselesaan si blogger lah kan bro nak guna self hosted atau blogspot. haha heran wa . wa rasa diorang ni bangga kot ada self hosted website . hihihi

    ReplyDelete
  3. @MissDza
    Iya, memang ramai yang berblog sebabnya begitu, ehe. Cuma tu lah, diorang cuba psiko dengan hasil penah-lelah kita berblog selama di free hosting tu, ehe..

    ReplyDelete
  4. @Amiirah-Cassan
    Iyup tu lah yang aku maksudkan juga dalam pos atas tu, ehe. Ikut kesesuaian empunya diri.. Memang tu ada yang rasa bangga sebab self-hosted. Rasa diri tu dalam kelompok 'kelas pertama' sudah, keh3..

    Rata2 tahu yang self-hosted tu ada banyak kelebihan. Masalahnya diorang ni, tulis yang dilihat mengapi-apikan.. Tersebar lagi.. Jangan serang Blogspot, serang susuk blogger Blogspot tu. Cukup.

    Kalau nda selesa dengan benda2 percuma ni sebab banyak terikat dengan terma, syarat segala, buatlah semua benda tu sendiri2.. Emel sendiri, Akaun laman sosial sendiri, Messenger sendiri, ahaks! XD

    ReplyDelete
  5. Ah biarlah bah self hosted ka atau blogger ka. yg pnting nya isi tu. klu self hosted pun tp blogging ala kadar, stakat copy paste tulis2 isu yg suda org bincangkan, apa barangg~~ hehe. masing-masing punya mau la bah.

    Anyway, susahnya mau faham istilah-istilah bahasa melayu kan. especially d perenggan 1st tu atas sekali tu terkial-kial aku membacanya

    ReplyDelete
  6. haha. Perenggan last ja sy senang paham. haha. Betul tu banyak benda lain lagi boleh di buat selain surf internet. ^^

    P/s : tp sy ttp tegarr fb dan blogging :D

    ReplyDelete
  7. suka aku entri ni;D

    tp, ketawa2 jg aku bila sentuh tujuan berblog.mmmm...semua org ada tujuannya sendiri, kan? itu aku fhm, yg aku x fhm bila dorg guna shortcut ayat yg bikin pening utk difh,maksud sms punya ayat.aduiii,pening kepala terus.;D

    ReplyDelete
  8. salam...

    alif singgah sini...

    ReplyDelete
  9. baik guna self host kot... :)

    ReplyDelete
  10. @Cinoi Lavigne
    Iyup, bab isi tu aku setuju sangat.. Kalau untuk mencarut n sia2 tanpa tujuan jelas [lebih2 lagi macam copy-paste punya ja semata2 untuk tarik trafik] tu memang hampeh lah.. Tapi xpa, duit diorang juga. Xjuga kata 'rugi/membazir' sebab bila trafik tinggi, fulu$$$ kan ma$yukkk.. Muahua3! XD

    Emm, aku rujuk di Kamus Dewan [online] bah tu. Tu lah terjemahannya..

    ReplyDelete
  11. @nunui Joe
    Alamak, perenggan akhir ja? Adei, bahasa melayu sudah tu.. Hua3.. Terima kasih! =D

    u/p: FB n Blogging tu tetap keutamaan masa guna internet, keh3..

    ReplyDelete
  12. @misya mialen
    Terima kasih! =D

    Iya, tu lah tiap orang ada tujuan masing2. Pandai2 lah buat yang ada faedah n manfaat besar, ehe. Iyup, memang ada tu yang suka begitu. Kalau aku, memang jaranglah guna bahasa sms tu di medium begini. Cukuplah fon ja, uhu.

    Aku ada 'formula' sendiri pasal tulisan ringkas n pantas ni, ehe:

    http://www.samizul.net/2010/06/teknik-tulisan-ringkas-dan-pantas.html

    ReplyDelete
  13. @alif ismail
    Waalaikumussalam Alif.. Terima kasih sudi singgah n Follow sekali... d(^^,)

    ReplyDelete
  14. @Mr Rileks
    Iyup, memang lebih baik bila sudah masuk kategori 'mampu', ehe..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!