Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Tuesday, June 28, 2011

UNGGUN BERSIH - A. SAMAD SAID, 2011

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mencipta senjata dari pena berbentuk puisi sempena Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang awal-awal lagi sudah dilabel haram oleh sebahagian besar pihak dan pihak berkuasa seperti Polis. Kalau dari gerombolan United Malays National Organization tu, aku nda hairanlah. Tapi ada hairan juga sebab tetiba Ketua Pemuda United Malays National Organization - yang semasa BERSIH 1.0 tahun 2007 dulu melabel para demonstran sebagai 'seperti beruk-beruk di jalan raya' - telah menyatakan hasrat untuk turut sama berhimpun pada tarikh, tempat dan waktu yang sama dengan aturcara BERSIH 2.0. Entah apa agenda sebenar beliau. Mungkin 'insaf' sudah. Apapun, jom kita jadi 'beruk-beruk di jalan raya' ya, hahaha! XD

Tajuk puisi ini ialah Unggun Bersih. Penyampaian dan mesejnya jelas; tanpa memerlukan 'pengaktifan khas' otak bahagian kanan anda. Jom hayati bersama... d(^^,)


  Unggun Bersih by A Samad Said



Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Release date: Jun 27, 2011

Sumber dan Kredit [Lagu dan Lirik] : soundcloud


u/p: Cuba teka, kenapa aku ada buat garis-garis di atas? Jeng3... X)

Samizul Dot Net MENYOKONG Agenda BERSIH. Murnikan Demokrasi!

Sebelum ni, ada dilaporkan seorang pemuda dihalau keluar oleh AJK Masjid Bandaraya Kota Kinabalu kerana memakai baju kuning dengan tulisan 'BERSIH'. Pak Samad juga dipanggil polis untuk siasatan [bawah Akta Hasutan] sejurus selepas puisi ini menyinari langit dan tanah Malaysia. Tangkapan kepada orang awam yang berpakaian kuning juga sedang 'rancak'. Mungkinkah giliran blogger yang meletak banner kuning juga akan di-ISA-kan?

Aku bersedia atas segala kemungkinan. Aku pun nak buktikan aku anak jantan juga, ahaks! XD

12 comments:

  1. A samad said mmg genius kan... best dia wat sajak....
    aik... apa lak agenda bersih ni??

    ReplyDelete
  2. @Diary oF Mine
    Iyup, memang tinggi imaginasi n kreativitinya dalam bidang sastera, ehe.. Tapi aku nda tau lah dia dapat gelaran genius atau nda, uhu..

    Agenda BERSIH? Ada bah tu, Google saja... ;D

    ReplyDelete
  3. wah, peminat A Samad Said bah ni ^___^ hehehe

    ReplyDelete
  4. Hm,napa juga drg mo tangkap?? apa la erti demokrasi kalau gitu?? apa la..

    ReplyDelete
  5. tangkap je semuanya.. (T.T) sesakkan jalan je..hehe

    ReplyDelete
  6. @Aki
    Tangkap sebab big boss suruh bah boss.. Camna juga, kalau nda nanti nda naik bonus/elaun oo mengkali.. Muahua3! XD

    ReplyDelete
  7. @Rizwan Ewan
    Tangkap jaa... Okay lagi sesak dengan manusia banding sesak oleh kereta yang bawa laju2.. Muahua3.. XD

    ReplyDelete
  8. Kini tiba ahli falsafah untuk mencipta revolusi. Hidup Pak Samad Said!

    # rabu tanpa kata #5 #

    ReplyDelete
  9. A Samad Said memang pejuang melayu yang sebenar...

    -----------------------
    nak ajak join ohbelog.com, komuniti blogger terbaru Malaysia..
    daftar dan dapatkan traffik free..
    http://ohbelog.com/

    ReplyDelete
  10. @matkepoh007
    Iyup, mudah2an beliau terus istiqamah dan dipanjangkan usia untuk terus berjuang.. ^^,

    Terima kasih atas jemputan! Lepas ni skodeng OhBelog ya! ;D

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!