Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Sumber n Kredit : iluvislam


Alhamdulillah, kita semua masih lagi diberi peluang dan ruang untuk menikmati kehadirannya. Tinggal beberapa jam sahaja lagi umat Islam khususnya di Malaysia akan menyambut ketibaan bulan yang paling istimewa dalam kalendar Hijrah iaitu bulan Ramadhan [sumber]. Apabila masuk waktu maghrib lewat petang nanti, maka bermulalah secara rasmi ketibaan Ramadhan.

Doa Menyambut Ramadhan. Sumber n Kredit : takafulsmartmedic 


Malam ini, akan bermula solat sunat Tarawih bagi malam yang pertama dan sekitar waktu Imsak, aktiviti makan sahur bermula sebelum kita semua berpuasa pada siang harinya. Inilah antara ibadah-ibadah utama yang ada pada bulan Ramadhan.

Sumber n Kredit : iluvislam

Sempena Ramadhan tahun ini, Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat [PBMDK] menganjurkan program GEGAR 3.0 di sekitar kawasan bandar Kudat dengan kerjasama beberapa institusi seperti JHEAINS, JAKIM dan Pusat Latihan Dakwah Kudat. Antara aktiviti yang menarik ialah mengedarkan risalah Cahaya Ramadhan, sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim-piatu dan Ibu tunggal serta Sehari Bersama Anak-anak Yatim-Piatu. Alhamdulillah, aktiviti mengedarkan risalah [di Tamu Kudat @ sekitar Dataran Tomborungus] bagi siri yang pertama mendapat sambutan positif pada 26 Julai yang lalu.

PBMDK juga amat mengalu-alukan sumbangan [kewangan dan barangan keperluan dapur seperti beras dan gula] daripada semua khususnya warga muslim Kudat untuk menjayakan GEGAR 3.0.

Koleksi gambar GEGAR sebelum ini. Sumber n Kredit : Facebook PBMDK

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak 1432H dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan Ibadah-ibadah yang lain sepanjang Bulan Ramadhan ini kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada, kaum keluarga, sahabat handai, rakan taulan dan semua kenalan yang mengenali diri ini. Jika ada salah dan silap sama ada sengaja atau tidak, sedar atau tidak, harap dapat dimaafkan. Aku berlapang dada memaafkan semua jika ada salah silap mereka padaku. Moga kita semua mendapat rahmat, berkat, hidayah dan ampunan dari-Nya.

Semoga Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Sumber n Kredit : gbseridusun

Promo kejap.. Jangan marah Wan, ehe. Jom lawat Wan di Satu Kisah Bermula d(^^,)


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1432 Hiijrah...! ;D

Tambahan : Kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Sabah pada tahun ini ialah RM7.00 seorang. 
Sumber = Banner di pagar Masjid Kg. Ayer Kudat, hua2.. =D

SUMBU #05 OGOS DITERBITKAN!

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Tim Majalah Sumber Terbuka Malaysia - SUMBU - telah menerbitkan edisi Ogos majalah tersebut yang merupakan edisi keluaran kelima. Edisi Ogos telah diumumkan secara rasmi oleh Komuniti Jom Linux di sini

Antara topik utama yang diketengahkan dalam edisi ini ialah:-

Wacana
01. Pengurus Tetingkap Alternatif

Tip n Trik
02. Asas G-Parted -- Tetapan Saiz Partition
03. Bina Blog Dengan Wordpress

Tutorial
04. Tukar Direktori Home
06. C++ Dalam Linux Siri 3

Bebas
08. A Technician In The House Part 2

Permainan
10. Cortex Commander
11. Hedgewars


Sila klik imej di bawah untuk memulakan muat turun. Jom!

Sumber n Kredit Imej = jomlinux@gumuu

SUMBU 05 juga boleh dibaca secara maya. Klik sini untuk membacanya. Di sana juga ada menu [File] untuk memuat turun selepas selesai membaca.

Tim Sumbu dengan kerjasama Jom Linux telah mengumumkan bahawa majalah SUMBU ini telahpun mempunyai laman webnya sendiri di pautan www.sumbu.org Semua siri majalah ini boleh diakses didalamnya. Malah, ruang perbincangan juga disediakan.

Laman web rasmi majalah SUMBU kini sedia untuk dilawati. Jom lawat!

Nota : Dokumen ini telah dikongsi untuk Koleksi Download-Upload [KDU] di sini. SUMBU Edisi Sulung dan yang seterusnya masing-masing sedang dan akan dipaparkan di KDU. Selamat membaca!

Friday, July 29, 2011

SEDUTTT NSM 549 DAN NSA 221-222

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Siri terbaru dah keluar. Kali ni ada edisi 'bonus', ehe.

Kipas-susah-mati sekalian, jom seduttt..! Jangan lupa klik Kongsi dan Suka +1 ya.. ;D





Sumber n Kredit : _Akuma dan xpertz

Wednesday, July 27, 2011

WELCOME TO MY BIODATA INSPIRED BY FINIE RAMOS

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Yeahhh! Akhirnya siap juga 'cabaran' yang diberi oleh Pini -- Krew Grafik WSB atau nama manja popularnya Finie Ramos.

Cabaran itu ialah membuat satu biodata peribadi diri sendiri menggunakan tulisan tangan. Kenapa aku rasa tercabar? Pertama, kena guna tulisan tangan. Kedua, tiada peserta lelaki yang tampil gentleman menyahut cabaran Pini. Aktiviti ini merupakan pertandingan [contest] pertama anjurannya dan sebagai tanda sokongan padu, aku pun tampil mahu menjadi gentleman. Kenapa ya Pini tetiba mahu buat contest ni? Adakah disebabkan pengalaman lalunya yang sukar dilupakan, ingin dikongsi bersama? Hah klik sini kalau mahu tahu kenapa. XD



Aku juga ada pengalaman berkongsi biodata di dalam buku khas masa di alam asrama dahulu. Betul-betul pada minggu terakhir. Aku terpengaruh bila melihat semakin ramai geng masa tu bertukar-tukar buku ala-ala meminjam buku latihan kerja rumah. Aku pun tidak ketinggalan untuk menyibuk sama menconteng mengisi 'coretan terakhir' buat mereka semua [yang bukunya sampai kepadaku] untuk tatapan bila rindu dan ingin bernostalgia nanti. Cumanya, aku ada satu masalah iaitu aku tiada buku untuk ditukarkan. Sebab tu menjelangnya minggu terakhir berada di SMATS, barulah aku dapat membeli sebuah buku dan mengedarkannya kepada geng-geng asrama puteri terutamanya [Oupss, kantoi di situ, muahua3! XD]. Nama buku itu ialah "Yaya" dengan ayat "I found my heart is beautiful". Ada gambar patung beruang ala-ala Domo gitu lagi kan... XD

MAAF kualiti kureng. Guna kamera fon bah ni. i-mobile 530

Okay, cukup mukaddimah, haha. Nahh aku persembahkan karyaku yang lain daripada yang lain ini untuk memeriahkan lagi "Welcome To My Biodata Inspired By Finie Ramos"..! Yeyeahhh! ;D

Right-click untuk paparan yang lebih umph!

Aku, boleh kata, tiada bakat dalam bab seni grafik atau mereka bentuk [design] ni terutamanya melibatkan lukisan tangan mahupun sentuhan mouse/touchpad. Tengok tulisan tangan pun, boleh agak sudah kan, muahua3! Aku edit gambar biodata ni guna Photoscape v3.5. Memandangkan aku nda mampu membeli perisian Adobe Photoshop yang 'halal' punya, ada juga perisian alternatif iaitu GIMP [GNU Image Manipulation Program] di Ubuntu ni. Tapi oleh sebab bakat yang ~0%, maka bila buka ja GIMP tu, kepala aku semacam pening. Siuk lagi tengok kod-kod HTML, muahua3! XD


Keterangan gambar sisipan :
Bawah, kiri = Kelas 5 Sains II Arif [Sains Tulen] SMKA Tun Said, Kota Belud. [2000-2004]
Bawah, kanan = H6T33 [Sains Hayat] Kolej Matrikulasi Labuan. [2005-2006]
Atas, kiri = HS11 Sains Sekitaran, Sekolah Sains & Teknologi, UMS [2006-2009]
Atas, kanan = Kenangan selaku Fasilitator SchoolNet di SK. Paguokon, Tenom [2010-2011]
Solo = Beberapa jam sebelum bertolak ke Tuaran untuk menghadiri Mini Reunion Ex-SMATS [Disember 2010] <--- pok-pok ayat 'orang VVIP', LOL


Nota : Aku ada kirimkan gambar biodata edisi super istimewa sempena pertandingan ni. Siapa yang berminat mahu tengok, boleh klik bawah ni.. XD




Tuesday, July 26, 2011

SEDUTTT BLEACH

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.





Peminat Bleach boleh seduttt anime Bleach dan seterusnya melengkapkan koleksi peribadi masing-masing. Di episod terkini [Bleach 331], Ichigo dan geng Shinigami berhadapan dengan saintis [anak buah Kapten Kurotsuchi] yang 'memberontak' kerana ketaksubannya terhadap Percipce World. Saintis tu bernama Kageroza. Kageroza ni sebenarnya tidaklah hebat dari segi kekuatan fizikal atau power berbanding Shinigami yang lain tetapi keberkesanan percaturannya yang menjadikan dia sukar ditentang. Kata kuncinya ialah Gigai, ehe.

Okay cukup. Peminat dan yang rasa-rasa mahu layan Bleach ni, boleh tonton kejap siri terkini ini.





Mana pautan untuk menyeduttt? Sabar! Klik pautan bawah ni untuk lengkapkan koleksi anime Bleach anda..! XD




Nota : Kredit buat bdkminang, Hammer_head dan _Akuma
Nota II : Kalau ada broken link, boleh mesej kepada uploader tu sendiri atau tinggal mesej sini. Nanti aku upload stok yang aku ada.. d(^^,) Jangan lupa kongsi dan +1 pos ni ya.. X>

Monday, July 25, 2011

PANDUAN PENULISAN ANGGARAN BELANJAWAN

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Umumnya dalam bahagian belanjawan [anggaran] mana-mana kertas kerja program, ada tiga perkara yang perlu dinyatakan sejelas mungkin iaitu Pendapatan, Perbelanjaan, dan Jumlah Keseluruhan.

Pendapatan di sini bermaksud jumlah hasil yang pasti atau bakal diperolehi oleh penganjur program. Semua hasil tersebut hendaklah ditaksir anggaran nilainya. Sebagai contoh, jika ada sumbangan hamper dari pihak luar [pihak ketiga], maka nilai atau harga hamper tersebut hendaklah dinyatakan di dalam kolum yang berkenaan.

Perbelanjaan pula bermaksud, hasil yang dijangka diperolehi dari anggaran pendapatan tadi diguna pakai sejak sebelum bermulanya program berlangsung sehingga selepas tamatnya program tadi. Perbelanjaan ini bergantung dengan keutamaan bahagian-bahagian AJK pelaksana. Sebagai contoh, jika program berbuka puasa beramai-ramai, maka AJK Bahagian Jamuan lah yang paling memerlukan belanja atau bajet yang tinggi.

Semua perbelanjaan, seboleh yang mungkin, tidak melebihi jumlah pendapatan iaitu mengalami defisit. Jika ada baki, maka baki ini terpulang dengan situasi atau keadaan penganjur; simpan dalam tabung atau habiskan dengan mengadakan aktiviti lain.

Baik, mari kita lihat aspek-aspek yang perlu ada dalam bahagian anggaran belanjawan kertas kerja program secara umum.

PANDUAN PENULISAN ANGGARAN BELANJAWAN

01. Pendapatan

a. Yuran Peserta
b. Tajaan / Sumbangan
c. Sumbangan Universiti
d. Lain-lain
e. Jumlah Keseluruhan


02. Perbelanjaan

a. Pentadbiran
-Percetakan [Buku Cenderamata/Sijil/Kad Jemputan/Risalah/dll]
-Urusan Pos
-Telekomunikasi [Topup dsb]
-Pentadbiran Urusetia

b. Logistik
-Penginapan
-Pengangkutan [Sewa bas dan tuntutan perjalanan]
-Sewaan dewan, siaraya, hiasan dll

c. Cenderahati
-Cenderahati Perasmi / Penceramah dll
-Honororium [saguhati] Penceramah dll

d. Publisiti
-Banner
-Poster
-Iklan Media

e. Kontigensi [5% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan. Kontigensi ini biasanya digunakan untuk tujuan kecemasan]

f. Jumlah Keseluruhan


NOTA:
Semua siri panduan mengenai penganjuran program / aktiviti ini berlatar belakangkan IPTA / Universiti. Sila ubah suai mana yang perlu mengikut situasi dan keperluan masing-masing. Harap maklum.

Bonus : Muat turun panduan [+ sampel] ini dalam bentuk format [pdf-nota], [pdf-sampel]


Siri lain : 
- PANDUAN MENULIS KERTAS KERJA
- PANDUAN PENULISAN ANGGARAN BELANJAWAN
- PANDUAN PENULISAN MINIT MESYUARAT
- PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK / AKTIVITI


Sunday, July 24, 2011

MENJAHIT BENDERA - A. SAMAD SAID, 2011

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Dengarkan puisi terbaru dari Sasterawan Negara A. Samad Said yang aku jumpa di SoundCloud. Yang berminat, jom hayati..!


Menjahit Bendera by A Samad Said


Menjahit Bendera

Kelongsong gas dan air asid berkecah di jalanan, 
kita telah disanggah tapi kita tenang berdepan. 
Kita mengharumkan abad supaya wangi dan putih 
dan terus berjuang walaupun dalam perih dan pedih.


Kita ingin sembuhi demokrasi yang kini lara 
agar sejarah akan berbangga di hadapan kita. 
Kita landasi dan warasi keangkuhan kuasa 
kerana tak rela terus dicengkam kuku puaka.


Kita bangkit dan mengejar tofan yang mengacah kita 
sempat wariskan unggun demokrasi segar menyala 
dan kita kibarkan bendera yang satu dan yang sama, 
menjahitnya setiap kali diraguti kuasa.


Disimbahi warna kuning di sisi lirik nan jernih 
serentak kita menyanyi: Bersih, Bersih—kasih, kasih!

23, Julai, 20ll A. SAMAD SAID


Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad


NOTA : Sumber [Salinan + Audio] n Kredit = SoundCloud

Saturday, July 23, 2011

GERAK GEMPUR RAMADHAN [GEGAR] 3.0 - BELIA KUDAT

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.



Sedar nda sedar, GEGAR sudah menginjak kali yang ketiga. GEGAR ialah akronim Gerak Gempur Ramadhan yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat [PBMDK].

Berikut aku sertakan secubit maklumat mengenai GEGAR.

PBMDK akan melaksanakan misi GERAK GEMPUR RAMADHAN 3.0 sesi 2011 atau lebih dikenali sebagai GEGAR. Bagi 3.0 pula merujuk kepada program GEGAR ini telah diadakan selama 3 kali termasuk pada kali ini . PBMDK akan berganding bahu amnya di kalangan BELIA MUSLIM, khasnya bagi menjayakan misi ini.


Antara aktiviti menarik yang dirancang ialah menghulurkan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan juga anak-anak yatim di Daerah Kudat. Selain itu, pengedaran risalah juga dilaksanakan, di mana ianya akan dimuatkan dengan info-info Islam sekaligus dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada orang umum.

Sumber n Kredit : PBMDK

Sumber n Kredit : Facebook PBMDK

Mesyuarat pertama GEGAR telah diadakan minggu lalu, 17 Julai. Mesyuarat kali kedua pula akan diadakan pada esok 24 Julai. [Memo] Semua belia warga Kudat dijemput hadir untuk bersama-sama mengembleng tenaga sempena menghadapi ketibaan Ramadhan. Sumbangan peribadi sama ada berbentuk kewangan, tenaga, sokongan dan lain-lain yang berkenaan amat diperlukan. Sekurang-kurangnya, boleh juga menimba pengalaman dengan menyertai aktiviti sebegini.



Aku tidak dapat ikut mesyuarat yang pertama dan insya Allah mesyuarat yang kedua ni aku akan datang untuk menyumbang tenaga semampu dan sebaik mungkin.

Sedikit kenangan tidak-berapa-lama [ehe], aku merupakan salah seorang Ahli Jawatan Kuasa PBMDK [Lujnah Tarbiah dan Pendidikan, 2009] tetapi tidak sempat untuk bergiat aktif kerana menyahut seruan untuk menimba ilmu dan pengalaman di Tenom. Aku mula bergiat dengan PBMDK sejak 2007. Waktu itu, PBMDK masih diperingkat ditaja [belum terima pengesahan rasmi dari Pendaftar Pertubuhan atau ROS].

Selama aku masih lagi di Kudat ni, inilah peluang untuk aku topup sebanyak mungkin apa yang aku tinggal sebelum ini... d(^^,)


Baca juga:
RISALAH RAMADHAN GEGAR 3.0
- SEPANDUK BARU GEGAR 3.0

Friday, July 22, 2011

TONTON NARUTO SHIPPUDEN 220

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Peminat Naruto boleh tonton episod terbaru Naruto Shippuden 220.





Kalau rasa-rasa mahu seduttt, klik pautan di bawah okay..


Nota : Koleksi Anime-Manga ini akan dipindahkan ke SINI di masa akan datang. 

ANUGERAH IBRAHIM ALI: APA PENDAPAT ANDA?

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Agak ramai kenalan sama ada di alam nyata atau alam maya yang melanjutkan pelajaran mereka di UiTM dalam pelbagai peringkat dan lapangan pengajian. Aku sendiri juga pernah memasang angan untuk memasuki UiTM selepas SPM [2004] untuk persediaan jurusan Undang-undang. Tapi disebabkan BI 'kantoi' [paling kurang kena dapat B3 masa tu], maka angan tu terpaksa dilupakan. Syukur tawaran Matrikulasi menjadi 'pengubat' selepas penemuduga [yang duduk tengah sekali masa tu] untuk kemasukan ke Nilampuri [Asasi UM] berkata "Keputusan kamu layak untuk ke Matrikulasi.. Lebih baik kamu ke sana..". Hasilnya, Nilampuri pun aku 'melepas'.

Itu seputar kisah antara aku dan UiTM. Aku gembira ramai kenalan aku memasuki UiTM dan mencipta kejayaan masing-masing melaluinya. Sungguh UiTM mempunyai keunikan kerana kemasukannya mengkhusus kepada Bumiputera. Siapa yang kata UiTM rasis atas sebab ini, aku fikir ada ke-bangang-an difikirannya..

Tetapi bagi aku, perspektif atau terma rasis atas dasar itu sedikit berbeza bila ianya dikaitkan dengan tokoh sebuah NGO bernama Perkasa iaitu Ibrahim Ali. Peminat isu semasa atau hal-hal yang memfokus isu nasional tentunya kenal dengan susuk ini.

Dalam beberapa hal yang diperjuangkannya, boleh dikatakan aku bersetuju dengannya secara umum. Sekali lagi, secara umum. Sebagai contoh, beliau memperjuangkan [melalui Perkasa tadi] nasib [baca: malang] yang menimpa Melayu atau umumnya Bumiputera dalam banyak aspek kehidupan. Cuma, bagi aku, langkah dan pendekatannya selalu tercemar dek kontroversi yang berpunca dari dirinya sendiri.

Dalam keadaaan tertentu, kita perlu dan boleh menjadi rasis. Sekali lagi, dalam keadaan tertentu iaitu untuk memberi dan melaksanakan keadilan [bukan kesamarataan sahaja]. Tetapi, jangan jadi rasis yang ekstremis. Inilah masalah yang ada pada Ibrahim Ali, Perkasa dan se-aliran dengannya.

Sumber n Kredit : SATU PENGHINAAN TERHADAP MELAYU?

Kembali kepada isu anugerah ini, pada dasarnya, niat Ibrahim Ali adalah baik. Murni atau tidak [yang berlaku selepas itu] ditentukan oleh motif peribadi beliau atau mereka yang melaksanakannya [proses penganugerahan].

Aku bersetuju dengan ulasan Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man yang mana suatu penganugerahan itu perlulah ada justifikasi atau sebab wajar yang tinggi. Anugerah berdasarkan nama atau tokoh ini perlulah penganugerahnya bebas kontroversi [atau minimum] dan benar-benar menyumbang. [Sumber]

Aku sempat mengunjungi laman sesawang IMPAK [Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu] semasa aku mula-mula mendapat berita anugerah ini. Sayangnya, aku nda sempat buat ScreenShot atau muat turun dokumen yang ada. Jelas, surat pekeliling dan arahan untuk tindakan lanjut [mencari calon dan urusan anugerah] telah diedarkan. Apa yang aku hairan, bagaimana arahan ini boleh dikeluarkan jika anugerah ini belum mendapat kelulusan senat [diiktiraf]? Benarkah IMPAK benar-benar terlepas pandang? Atau, 'tarik balik' selepas 'kantoi'? [Sumber] [Sumber]

Aku rasa lelucon ini telah mencapai tahap lawak.

Sama seperti lawaknya gambar di atas.. Muahua3! XD

Thursday, July 21, 2011

SEDUTTT NARUTO 548

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Peminat komik Jepun sama ada yang berbentuk Anime atau Manga, tentu mempunyai ratusan laman sesawang, sebagai sumber, untuk membaca secara online komik-komik kegemaran masing-masing. Aku sendiri menggilai Naruto, Bleach dan Fairy Tail. Sebelum ini ialah Death Note, Arms Army, Alchemist dan beberapa lagi nama yang aku lupa-lupa sudah. Ini semua penangan majalah Kreko lah ni, ehe.

Tapi dalam banyak-banyak laman tu, bukan semua ada menyediakan khidmat muat turun. Laman-laman yang menyediakan khidmat muat turun dan/atau baca secara online ni mungkin agak sedikit. Ada juga yang tidak dikenali ramai atau para pemburunya tidak berapa kreatif untuk menjejak apa yang dihajati, ehe.

Source n Credit : bilinick

Jadi, aku memasang angan secara kecil-kecilan untuk menjadi 'perantara' supaya memudahkan kenalan aku untuk melengkapkan koleksi peribadi mereka. Yang penting, ini untuk simpanan peribadi dan bukan untuk diniagakan.

Cuma, kadang aku serba salah juga mana tahu ada isu dengan muat turun ni atau rehost yang berkaitan dengan lesen atau terma hak cipta. Siapa-siapa ada sumber pasal isu ni, harap dapat membantu ya. Apa yang aku faham, muat turun ni khas untuk peminat [simpanan peribadi] dan bukan untuk dijual melainkan edisi rasmi seperti yang disediakan oleh Amazon.

Okay, untuk permulaan ni seduttt Manga Naruto 548 dulu sebagai pembuka tirai, hua2. Komik/Kategori/Episod yang lain akan disediakan bergantung dengan permintaan dan 'stok'. Kalau sudah tak dapat di sumber utama, aku cuba muat naik balik dan hos sendiri.

Apapun, seduttt..!!! XD



Nota: Koleksi Anime/Manga ni akan dikumpulkan di SINI untuk memudahkan rujukan masa akan datang.

GAMBAR [15SG] - KHINZIR DISEKSA

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Pos kali ni tidak seperti biasa -- berjela-jela ayat aku tulis. Pos kali ni ringkas ja. Aku bimbang kalau aku ulas isu yang belogkiter kongsikan ni, ia akan 'menjadi' sebuah novel. Maklumlah, dulu pernah ambil kuliah kursus Pengantar Etika. Masih ingat tugasan individu adalah berbentuk karangan [penghujahan] dan tajuk yang aku pilih ialah, "Adakah haiwan dan manusia mempunyai hak yang sama? Pertahankan pendirian anda."

Kredit : belogkiter

Klik pautan di atas untuk melihat apa lagi yang dilakukan terhadap haiwan ni. Jangan malu-malu untuk meluah perasaan.. Kalau rasa mahu demo ja, aku SOKONG!


Nota : Kalau ada sumber atau input lain yang berkaitan, harap sudi kongsikannya di sini.

Wednesday, July 20, 2011

PANDUAN MENULIS KERTAS KERJA

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Sudah lama aku tidak berkongsi tip pengalaman melibatkan penganjuran program. Tip-tip ini akan dibahagikan kepada empat siri dan ditulis semula secara ringkas dan berlatar belakangkan IPTA. Insya Allah jika berkesempatan, aku akan memuat naik contoh panduan [softcopy] tersebut dalam format odt* dan pdf. Siri panduan ini juga adalah sebagai 'bonus' kepada para pembaca / pengunjung sebab salah satu pos yang menyumbang trafik tertinggi ke weblog ini ialah pos "Contoh Kertas Kerja Program".

Okay, jom baca panduan untuk siri yang pertama ini..! XD

*Sila muat turun LibreOffice untuk membaca format odt dengan lebih baik. LibreOffice adalah perisian suit pejabat Sumber Terbuka yang tidak memerlukan pengaktifan lesen serta percuma sebagai alternatif kepada Microsoft Office.

PANDUAN RINGKAS MENULIS KERTAS KERJA


01. Tajuk Kertas Kerja
Tajuk hendaklah jelas dan menggambarkan matlamat / objektif program.


02. Tujuan
Nyatakan dengan jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada;
- Kelulusan / Makluman / Perbincangan / Lain-lain.
- Untuk siapa dikemukakan.


03. Objektif
Nyatakan objektif / matlamat yang ingin dicapai.
- Dinyatakan mengikut keutamaan [maksimum 5].


04. Maklumat Projek
- Tarikh / Hari
- Masa
- Tempat
- Kerjasama / Bantuan mnna-mana pihak
- Tema


05. Penyertaan
Nyatakan kumpulan sasar yang akan menyertai program ini sama ada pelajar pengajian tinggi, kakitangan, pelajar sekolah, masyarakat umum atau lain-lain.


06. Jawatan Kuasa Pelaksana / Penganjur
- Carta Organisasi
- Struktur Organisasi [lengkap dengan nama penuh, No. Pelajar dan Jawatan]
- Peranan dan Tugas Ahli Jawatan Kuasa


07. Aturcara Program
Nyatakan tentatif program yang terperinci dari awal hingga akhir program termasuk acara Perasmian dan Penutup dengan memasukkan maklumat terperinci, Perasmi dan Jawatan, Penceramah, Tajuk Syarahan dan lain-lain.


08. Penceramah
Senaraikan cadangan nama penceramah / pembentang / pengerusi beserta maklumat terperinci seperti alamat, pekerjaan, alamat majikan dan lain-lain.


09. Sokongan
Perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada Dekan / Pengetua / Penasihat / YDP MPP - mana yang berkenaan bagi tujuan komen / pandangan dan sokongan.


10. Belanjawan
- Anggaran Pendapatan
- Anggaran Perbelanjaan [Nyatakan dengan terperinci]


11. Penutup
Nyatakan harapan dan terima kasih atas pertimbangan untuk diluluskan / seumpamanya. Tulis nama, jawatan dan tandatangan Pengerusi / Pengarah Program.


Catatan:
Kertas kerja hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Inggeris hanya untuk program yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris sahaja. Kertas kerja hendaklah dijilid kemas, dibuat salinan dan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan dengan surat iringan [untuk memohon kelulusan dan sebagainya yang berkenaan].

NOTA:
Semua siri panduan mengenai penganjuran program / aktiviti ini berlatar belakangkan IPTA / Universiti. Sila ubahsuai mana yang perlu mengikut situasi dan keperluan masing-masing. Harap maklum.

Bonus : Muat turun panduan ini dalam bentuk format [odt], [pdf]

Baca juga : CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM


Siri lain : 
- PANDUAN MENULIS KERTAS KERJA
- PANDUAN PENULISAN ANGGARAN BELANJAWAN
- PANDUAN PENULISAN MINIT MESYUARAT
- PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK / AKTIVITI


NGOMELAN UNTUK CELCOM CENTER SABAH

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. 

Aku sajuk-sajuk juga untuk membebel mengomel pasal isu ni. Nanti jadi isu yang besar, diperbesar-besarkan sampai masuk TV.. Contoh situasi [CONTOH OKAY!]

"Seorang blogger tidak terkenal disaman jutaan ringgit kerana memalukan bla bla bla.. Menurut pihak yang menyaman, tindakan blogger tersebut ibarat 'melondehkan seluar dalam' atau 'menabur pasir ke periuk' mereka. Tujuan blogger terbabit dilihat hanya untuk mendapatkan publisiti dengan harapan Bling Page Rank, Alexia Rank, Like, Share dan +1 serta Followers beliau naik mendadak umpama saham Porex.. Dijangkakan BiEe juga akan masyukkk.. Bla bla bla..."

MUAHUA3!

Okay fokus kepada isu. Pos ni biasa-biasa ja. Maksud aku, tanpa perlu kirim emel 'aduan pelanggan' ke sistem Celcom. Kira nda mendesak sangat jugalah, ehe. Seperti yang aku ceritakan di sini, aku ada datang ke Celcom Center Sabah [CCS] di Wawazan Plaza. Ala, berdepan dengan bangunan MAA warna kuning tu bah. Ada kenangan di bangunan MAA tu, ehe.

Tujuan aku datang ke situ ada dua. Satu, untuk memulihkan kredit telefon dari dimakan jembalang dan satu lagi adalah untuk menanyakan mengenai stok promosi Celcom iaitu promosi pembelian Netbook dengan melanggan Celcom Broadband. Netbook tu sebenarnya kira 'hadiah' untuk adik aku sebab dia dapat jadi Guru KAFA. Yang kredit tu, tu fon aku, uhu.

Sebelum kami ke sana, kami ada menelefon CCS untuk bertanya tentang produk-produk terkini yang biasanya ada promosi. Salah satunya ialah Netbook harga murah [RM888] jika melanggan Celcom Broadband sama ada pakej Advance atau Medium [aku lupa eh nama pakej tu]. Kedua-duanya mestilah pasca-bayar [postpaid].

Apa yang aku sedikit terkilan ialah, hampir semua produk yang dipromosi sehingga kini tiada stok di CCS. Hanya yang terkini sahaja dari produk telefon pintar yang ada selain penukaran sim mikro supaya sesuai dengan iPad atau Tablet lain. Telefon pintar tu pula, bukan semua model ada.

Mungkin hal ni biasa bagi kebanyakan orang. Tapi bagi aku, CCS ni bukan cawangan biasa-biasa atau 'tahap kampung' punya. CCS berperanan sebagai penyelesai utama segala masalah pelanggan Celcom di Sabah tanpa perlu berhubung atau naik tiket tambang murah serendah RM3 Air Asia KK-KL. Itu tujuan dan sebab kenapa perlunya CCS ini.

Sumber n Kredit : panoramio


Jadi sepatutnya, situasi 'tiada produk atau stok' ini patut tiada atau sudah diminimumkan. Sudah berapa kali bila aku ke CCS ni untuk membeli produk promosi, jawapan 'standard' tiada stok itu pasti muncul sebelum dikesan gegendang telinga. Kali terakhir sebelum ni, promosi Router yang slim tu.

Bila aku tanya di kaunter pertanyaan, akak tu suruh tanya sendiri di Celcom Cube. Kaunter Cube ni ada sebelah kiri bila masuk pintu utama. Betul-betul hadapan pintu. Kalau ada ramai pelanggan berurusan di kaunter Cube ni, pasti laluan akan sesak di laluan masuk.

Hairan juga bila urusan produk-promosi ni, pelanggan kena tanya sendiri di Cube. Di situ, boleh tengoklah apa-apa produk yang ada stok sekarang di CCS ni. Biasanya handphone ja lah yang ada..

Dari segi perkhidmatan yang lain, aku berpuas hati sebab urusan di kaunter [yang ambil nombor tu] memang sangat baik. Pantas dan efisien gitu.

Lepas ni, harap dapat ditambah lagilah cawangan mini di setiap daerah. Sekurang-kurangnya perkhidmatan untuk aduan pelanggan macam matikan langganan jembalang makan kredit tu. Aku pernah juga berurusan [buat aduan] melalui telefon [Khidmat Pelanggan], operator syor aku pergi sendiri ke Celcom Center terdekat untuk selesaikan masalah. Jadi ini kira bukti ada juga situasi yang operator tidak dapat selesaikan melainkan face-to-face.

Bayangkan kalau kamu ada di Tawau, ada masalah Celcom, kena pergi ke KK semata-mata urusan-urusan tadi. Di Kudat ni pernah juga ada buka cawangan mininya tapi tutup sudah. Entah kenapa.. Ganti balik dengan kedai ToTo yang sebelum ni di bahagian belakang. Tinggal Telekom Malaysia ja harapan untuk urusan Celcom yang berkaitan dengan bil dan bayaran selain Pejabat Pos dan cara online.

Monday, July 18, 2011

AL-FATIHAH DAN TAKZIAH: DR. LO'LO'

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera.

Makluman terawal yang aku nampak lewat malam semalam..


Innalillahi wa innalillahir raaji'uun..

TAKZIAH diucapkan kepada seluruh keluarga dan kenalan Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd. Ghazali yang telah kembali ke rahmatullah semalam.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

AL-FATIHAH...

Sumber n Kredit : madrasahidaya


Sumber Media: [01], [02], [03], [04]

Friday, July 15, 2011

PELUDAH WARNA - A. SAMAD SAID, 2011

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Ketika anda semua membaca nukilan ini, ketahuilah bahawasanya aku sedang bermusafir ke ibu negeri Sabah. Berperjalanan jauh untuk menjemput adik kandung di SMAKK sempena 'kepulangan dihujung minggu'. Sambil itu juga, aku ingin ke Celcom Center [Wawasan Plaza] untuk 'mengubati' kad sim telefon yang kreditnya masih lagi di 'makan jembalang'. Lepas tu, aku mahu ambil kesempatan untuk membuat aduan tentang perkhidmatan Celcom Center ni terus di sana. Nanti aku akan kupas lanjut apa yang kureng tentang Celcom Center di Sabah ni. Secara ringkas, ianya mengenai hubungkait promosi-produk. Ini ada di sentuh semasa kuliah Asas Pemasaran dan Asas Keusahawanan yang aku ambil semasa di menara gading dulu.

Setelah selesai, aku akan ke Karamunsing untuk menaik taraf RAM laptop kesayangan ni - mss lawliet. Mahu kasi maksimum punya - 4GB [2GBx2] DDR2, Speed 800+ / 1000+ kalau ada. Entahlah kalau ada 1000+ tu. Seingat aku, macam ada macam tiada. Kalau ada, jarang ada sebab jarang orang cari. DDR3 nda support laptop Acer Aspire 4520 keluaran 2007 kan, ehe.

Okay cukup bebelan peribadi. Pos kali ni memang istimewa. Aku kongsikan satu lagi bait puisi dari Sasterawan Negara - A. Samad Said yang mempunyai kaitan tema dengan puisi Unggun Bersih. Setakat ni, aku nda berkesempatan lagi jumpa audionya. Kalau ada, nanti kemas kini okay. Apapun, jom layan dan hayati..! ;D

BARU! Dengar puisi Peludah Warna..


Peludah Warna by A Samad Said


PELUDAH WARNA


KUASA gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.


Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat terang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam kalbu.


Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.


Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.


Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Nukilan: A. Samad Said - Sasterawan Negara [1985]
Sumber: Harakah edisi 10-13 Syaaban 1432 Hijrah @ 11-14 Julai 2011

Siapa yang ada baju bersejarah ini, sila jangan basuh! Beli bingkai gambar n bingkaikan baju ini untuk menjadi bahan sejarah, tatapan generasi akan datang!
Sumber: BERSIH 2.0 SABAH


Baca dan dengarkan juga: Unggun Bersih - A. Samad Said, 2011

Thursday, July 14, 2011

ATURCARA SEMPENA PESTA KELAPA KUDAT 2011

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Replika Kelapa di sebelah pentas Dataran Tomborungus. Sumber n Kredit: matunggongkini


Siang tadi, aku turun sekejap ke bandar Kudat. Tujuan utama hanyalah untuk bergunting rambut, beli akhbar Harakah dan beli makanan. Bila lalu di Maybank tadi, nampak pula Pekan [mini] Tomborungus. Bila nampak, baru teringat hajat untuk menulis aturcara sempena Pesta Kelapa Kudat 2011. Tanpa melengahkan masa, aku ke Pekan Tomborungus. Kelihatan ada beberapa lot pameran yang sedang membuat persiapan. Kelihatan juga kenderaan berlogo 'UMS'. Aku hanya berminat untuk mencari sepanduk atau banting yang memaparkan aturcara program. Ni apa yang aku lihat tadi, ehe:

15 JULAI 2011


01. Pameran Jabatan dan Agensi.
-8 pagi, Dataran Tomborungus.

02. Expo Industri Asas Tani FAMA.
-8 pagi, Dataran Tomborungus.

03. Malam Kesenian.
-7:30 malam, Pentas Dataran Tomborungus.


16 JULAI 2011


01. Pertandingan Aneka Bakat.
-9 pagi, Pentas Dataran Tomborungus.

02. Pertandingan Sepak Kelapa.
-8 pagi, Dataran Tomborungus.

03. Pertandingan Memasak Berasaskan Kelapa.
-8 pagi, Dataran Tomborungus.

04. Pertandingan Kraftangan Berasaskan Kelapa.
-8 pagi, Dataran Tomborungus.

05. Mr. Nutty Strongman [Pertandingan Orang Kuat].
-8 pagi, Padang Bandaran Kudat [sebelah Dewan Tun Mustapha].

06. Pertandingan Tarik Tali.
-10 pagi, Padang Bandaran Kudat.

07. Pertandingan Juara Fesyen Dewasa.
-7:30 malam, Pentas Tomborungus.


17 JULAI 2011


01. Pertandingan Lumba Perahu Naga dan Irama Tradisional.
-7 pagi, Esplanade Sidek [depan Perpustakaan Awam Kudat].


Aku mewakili secara nda rasmi [dan nda langsung] Pegawai Daerah Kudat En. Sebastian Lim, para ahli jawatan kuasa serta masyarakat Kudat umumnya, menjemput dan mengalu-alukan SEMUA untuk datang ke Kudat sempena Pesta Kelapa yang unik ini. Semoga memberi manfaat! ;D

Baca juga: PESTA KELAPA KUDAT 2011

Tuesday, July 12, 2011

PESTA KELAPA KUDAT 2011

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Sudah lama aku tidak menzahirkan kehadiran ke Pesta Kelapa - satu-satunya acara sosio-budaya yang mempopularkan Kudat selain fenomena Gerhana Bulan Penuh [1994/1995], beberapa pusat pelancongan mini [Pusat Gong, Madu Lebah dsb] dan dewasa kini, Esplanade Sidek dan Simpang Mengayau.

Sekilas Imbasan Sejarah

Nama 'Kudat' itu berasal dari 'pelat' atau loghat orang-orang Rungus - selaku kaum 'paling asal' dan majoriti di Kudat. Mereka [orang Rungus] memanggil kawasan ini pada masa dahulu dengan panggilan 'Kutat' yang bermaksud rumput hijau atau padang rumput. Mungkin pada masa itu, ada banyak kawasan berumput yang luas. Geografi Kudat sebenarnya juga banyak berbukit dan di pesisiran pantai.

Kudat pernah menjadi Ibu Negeri Borneo Utara British [waktu itu] yang pertama tetapi diubah kerana pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara [atau Syarikat Borneo Utara British] kerap diserang oleh lanun lalu memaksa pusat pentadbiran dipindahkan ke Elopura [Sandakan]. Sejak itu, nama Kudat tenggelam dan muncul semula pabila Allahyarham Tun Datu Mustapha [Bapa Kemerdekaan Sabah] menjadi ikon Borneo Utara dan seterusnya ditukarkan nama kepada Sabah. Dikatakan nama 'Sabah' diambil [berasal] dari sejenis pokok pisang iaitu pisang Saba'. Entah kenapa pisang ini tidak 'sebaris' dengan G. Kinabalu, Si Bayau dll.

Itulah serba sedikit secara ringkas latar belakang Kudat yang aku ingat masa menulis artikel ni, ehe.


Pesta Kelapa 2011

Tahun ini, ianya akan diadakan pada 16 - 17hb Julai. Aku cuba mencari maklumat terkini berupa butiran lanjut aturcara aktiviti pesta ini di alam maya, tetapi sedikit hampa. Tiada maklumat baharu yang aku jumpa di laman web Pelancongan Sabah melainkan secoret ayat ringkas. Nampaknya, aku kena turun ke bandar dan mencari sepanduk iklan dan catit maklumat. Sempena pesta pada tahun ini, Music Fest juga akan diadakan pada 16 - 17hb di Tip of the Borneo alias SImpang Mengayau. Boleh rujuk di sini.

Apapun, aku jumpa maklumat ini [gambar bawah] di Facebook. Walaupun tentatif ini adalah tahun 2010, serba-sedikit ada juga idea atau gambaran acara yang telah diadakan sempena Pesta Kelapa. Tema yang aku ingat ialah, "Sememangnya Kelapa...".

Sumber n Kredit : 1SABAH


Aku harap, pesta ini akan terus kekal sebagai identiti Kudat. Manalah tahu ada pihak yang mahu mewujudkan atau menggantikan pesta kelapa ini kepada Pesta Kelapa Sawit pula.. Di Kudat ni, kena juga tempias kelapa sawit ni, oho.

Update: ATURCARA SEMPENA PESTA KELAPA KUDAT 2011

Monday, July 11, 2011

AKU DAN BERSIH: MENJELANG HARI PERHIMPUNAN [2/2]

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Kembali ke bahagian terakhir dalam siri ini. Kali ni, perkongsian maklumat tentang penganjuran BERSIH 2.0 di Sabah sebelum perhimpunan berlangsung. Ini antara apa yang aku ketinggalan. Jom layan copy-paste yang panjang ni.. d(^^,)

1/5

2/5
3/5
4/5
5/5

Sumber: [KLIK]


Baca juga AKU DAN BERSIH: MENJELANG HARI PERHIMPUNAN [1/2]

AKU DAN BERSIH: MENJELANG HARI PERHIMPUNAN [1/2]

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Seminggu yang lalu [2 - 8hb] aku tidak dapat mengakses alam maya kerana satu sebab sahaja; Bil Celcom Broadband Advance sudah genap dua bulan tarak bayar. Bukan sebab aku 'dihalang' oleh pihak-pihak tertentu lantaran 'keaktifan' aku memberi sokongan berupa perkongsian cerita seputar kisah BERSIH 2.0, 2011.

Aku memulakan 'comeback' ni dengan sesuatu yang aku ketinggalan sebelum ni. Dalam ramai-ramai yang update tentang isu BERSIH, hanya segelintir kecil yang membuat live dari Sabah. Hampir-hampir tiada kelihatan. Semua berebut-rebut tumpang glamer BERSIH di sekitar Kuala Lumpur. Hampeh lah orang-orang Sabah yang begitu bila berkeupayaan.

Cukup. Aku tak perlu mengupas panjang apa keperluan [baca: kesedaran] tentang penglibatan orang Sabah mengenai agenda BERSIH yang berkait langsung dengan isu PATI dan hubungan [baca: autoriti] negeri - persekutuan.

Banyak 'teori' telah muncul [dan mungkin akan muncul lagi] mengenai BERSIH; Illuminati, Hidden Hand, Tidak Islamik, Tidak Salaf, Tidak ikut Sunnah, Demokrasi = Tong Najis. Ambiga pemurtad, PAS jadi hamPAS, Perkasa jadi pondan dan sebagainya. Benda-benda ini hanya bertambah rumit tanpa medium perbincangan yang lebih baik seperti dialog, forum dan wacana.

Aku menyokong agenda BERSIH bukan kerana aku terlalu taksub untuk memperjuangkan demokrasi yang sememangnya banyak kepincangan. Lebih-lebih lagi bila banyak dipincangkan [kepincangan] oleh UMNO-BN sejak menguasai kerajaan persekutuan. Demokrasi negara kita berlainan sedikit dengan amalan demokrasi barat di mana demokrasi Malaysia [yang sebenar-benarnya] ialah Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan; di mana Raja [baca: YDPA dan Majlis Raja-Raja & YDP Negeri] merupakan 'kepala' dengan dibantu oleh tiga badan utama iaitu Eksekutif [Pemerintah], Legislatif [Perundangan] dan Kehakiman.

Kedaulatan Islam terletak di tangan YDPA [baca juga: Majlis Raja-Raja dan YDP Negeri] dan pelaksanaan tiga badan tadi melalui peruntukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia [nota: Menurut perjanjian 20 Perkara, Borneo tiada agama rasmi]. Maksud di tangan YDPA ialah, Baginda mempunyai kuasa muktamad melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan bukanlah bersifat mutlak kerana kandungannya boleh dimansuh, dipinda dan diolah melalui Dewan Rakyat [ahli Parlimen].

Justeru, jika berhajat dan idamkan Al-Quran & Sunnah dan kaedah perundangan Islam yang lain [baca: Sumber Hukum Islam dan Usul Fiqh] menjelma menjadi nyata dan tertegak di bumi bertuah Malaysia ini bagi menggantikan atau 'mengislamkan' skrip Perlembagaan Persekutuan, maka, apakah cara kita umat Islam di Malaysia untuk menobatkannya? Jika dikatakan melalui proses pilihanraya / demokrasi itu umpama bermain dengan tong najis, apakah cara dan kaedah selain 'main kasar' seperti mengangkat senjata [berperang]? Apa matlamat tidak menghalalkan cara yang kita ada? Suluhkan dan rintiskan laluan itu bersama.

Ringkasnya, kita perlukan kuasa, memegang tampuk kuasa.

'Teori' ada dan ramai yang memperkatakannya tetapi 'praktikalnya'? Tidak cukup dengan 'usrah-usrah' sekitar bilik-bilik atau kediaman tertentu. Praktikal inilah yang ramai tidak memunculkan diri, masuk ke lapangan 'papan catur' ini.

Malaysia bukan sahaja dihuni oleh orang Islam atau Melayu-Islam. Lebih-lebih lagi di Sabah ini. Walaupun Islamfobia itu tidak terlalu jelas seperti di Barat [bakar Quran, haramkan purdah dan sembelihan cara Islam], aku dapat merasakan mereka yang bukan Islam akan 'memberontak' kerana situasi belum benar-benar faham mengenai Islam; Kesejagatan, Keadilan, dan Perundangannya termasuklah dalam kalangan orang Islam sendiri [termasuk aku yang cetek ilmu ini].

Bagaimana Negara Islam Madinah terbentuk? Kisah penerimaan masyarakat Yathrib? Kisah Piagam Madinah? Aku maksudkan negara Islam di sini ialah kerana dasar perundangannya. Ini adalah sirah [sejarah] dan termasuk dalam kategori Sunnah Nabi S.A.W. 

Cukuplah di sini. Aku sedar tingkatan ilmu mengenai selok-belok agama -- belajar secara formal -- hanya setakat Sijil Pelajaran Malaysia. Sekurang-kurangnya, aku mendedahkan identitiku siapa dalam perkongsian ini [untuk suatu 'pertukaran' atau 'barter' walaupun diri sendiri terlalu banyak dosa, kenaifan dan kelemahan] dan tidak berada dibarisan belakang-belakang 'medan tempur' ini.

Tahukah bahawa dalam papan dam Aji dan Catur, ada satu kedudukan yang dipanggil 'mati kutu' atau bahasa kasarnya 'jadi khinzir'?

"Permaisuri Putih dimati kutukan oleh panji-panji Hitam?"


AKU DAN BERSIH: MENJELANG HARI PERHIMPUNAN [2/2]

Friday, July 01, 2011

INI DIA DEMO HALAL? YANG LAIN HARAMMM?!

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Adalah benar bahawa penguasaan atau tahap kemahiran bahasa aku seperti Bahasa Inggeris adalah lemah atau terhad. Bahasa Ibunda lagilah.. Tetapi ini tidak bermakna aku tidak memahami apa dia maksud 'Double-Standard'. Bahasa Melayu pun, SPM dapat A1 ja. Nda mampu eh A++ tu... X)

Sumber n Kredit : [TukarTiub]

KIRA -KIRA 200 ahli badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman bersama kain rentang dan sepanduk di hadapan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu membantah perhimpunan haram anjuran BERSIH 9 Julai ini. (Berita Harian)

Klik pautan di atas untuk penerangan lanjut gambar. Aku tukang promo ja, ahaks!

Ni satu lagi contoh perhimpunan halal. Eh tapi, yang ni bawah umur ni. Wowh!

Sumber n Kredit : Selamatkan Malaysia!


Nota: Kalau BERSIH 2.0 diberi permit khas menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan [Undang-undang Tertinggi di Malaysia], agak-agak kena kah juga batang hidung yang awal-awal lagi memberi label haram tu? Aku berharap YDPA campur tangan dalam hal ni. Peserta BERSIH berhimpun, berarak beramai-ramai secara aman untuk serah memorandum secara aman kepada YDPA. Kuning lambang warna Di Raja!

MAT KUNING-BOROI PUN IKUT BURUNG YANG MARAH?

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Situasi perang psikologi antara 'penyokong kuning' dan 'pembodek..' oupss silap.. 'pejuang anti-kuning' semakin rancak. Siapa-siapa yang tiada Astro macam aku, terpaksalah menahan diri dari termuntah kuning bila tengok berita-berita isu semasa dari RTM. Syukur ada internet dan blog ini. Best giler ikut 'perang psikologi' ni. Apa guna kemahiran Counter-Strike, Warcraft, Angry Birds dan Chess tu kan.. Pergh apa kaitan? Muahua3! XD

Okay, siapa Mat Kuning sedikit boroi tu? Alaaa, bukan Mat Trio tu bah.. Tu 'selamat' sudah.. Yang ni, macam nda kenal, haha. Hah layan gambar, yang aku panggil, sudah kena photo-manipulation ni. Ni seni yang wajib ada pada seseorang yang ada nilai kreatif, inovatif dan yang paling penting ialah berani. Bukan dayus lagi kaki kipas. Kaki bangku macam aku okay lagi asal jangan jadi kaki kipas. Muahua3! XD

Sumber n Kredit : Kesian Patik Tuanku

Nota i: Banyak sudah warna kuning di blogku ini. Palis-palis, masuk Balai [lagi] lah ni, oho3. Tapi nda apa, yang penting jangan otak kuning, mata blue. XD


Nota ii: Siapa yang pakai anu tu, baik-baiklah juga kamu ya.. Semalam dengar2 anu tu nda dapat hantar sms, ehe3..