Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, July 11, 2011

AKU DAN BERSIH: MENJELANG HARI PERHIMPUNAN [1/2]

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Seminggu yang lalu [2 - 8hb] aku tidak dapat mengakses alam maya kerana satu sebab sahaja; Bil Celcom Broadband Advance sudah genap dua bulan tarak bayar. Bukan sebab aku 'dihalang' oleh pihak-pihak tertentu lantaran 'keaktifan' aku memberi sokongan berupa perkongsian cerita seputar kisah BERSIH 2.0, 2011.

Aku memulakan 'comeback' ni dengan sesuatu yang aku ketinggalan sebelum ni. Dalam ramai-ramai yang update tentang isu BERSIH, hanya segelintir kecil yang membuat live dari Sabah. Hampir-hampir tiada kelihatan. Semua berebut-rebut tumpang glamer BERSIH di sekitar Kuala Lumpur. Hampeh lah orang-orang Sabah yang begitu bila berkeupayaan.

Cukup. Aku tak perlu mengupas panjang apa keperluan [baca: kesedaran] tentang penglibatan orang Sabah mengenai agenda BERSIH yang berkait langsung dengan isu PATI dan hubungan [baca: autoriti] negeri - persekutuan.

Banyak 'teori' telah muncul [dan mungkin akan muncul lagi] mengenai BERSIH; Illuminati, Hidden Hand, Tidak Islamik, Tidak Salaf, Tidak ikut Sunnah, Demokrasi = Tong Najis. Ambiga pemurtad, PAS jadi hamPAS, Perkasa jadi pondan dan sebagainya. Benda-benda ini hanya bertambah rumit tanpa medium perbincangan yang lebih baik seperti dialog, forum dan wacana.

Aku menyokong agenda BERSIH bukan kerana aku terlalu taksub untuk memperjuangkan demokrasi yang sememangnya banyak kepincangan. Lebih-lebih lagi bila banyak dipincangkan [kepincangan] oleh UMNO-BN sejak menguasai kerajaan persekutuan. Demokrasi negara kita berlainan sedikit dengan amalan demokrasi barat di mana demokrasi Malaysia [yang sebenar-benarnya] ialah Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan; di mana Raja [baca: YDPA dan Majlis Raja-Raja & YDP Negeri] merupakan 'kepala' dengan dibantu oleh tiga badan utama iaitu Eksekutif [Pemerintah], Legislatif [Perundangan] dan Kehakiman.

Kedaulatan Islam terletak di tangan YDPA [baca juga: Majlis Raja-Raja dan YDP Negeri] dan pelaksanaan tiga badan tadi melalui peruntukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia [nota: Menurut perjanjian 20 Perkara, Borneo tiada agama rasmi]. Maksud di tangan YDPA ialah, Baginda mempunyai kuasa muktamad melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan bukanlah bersifat mutlak kerana kandungannya boleh dimansuh, dipinda dan diolah melalui Dewan Rakyat [ahli Parlimen].

Justeru, jika berhajat dan idamkan Al-Quran & Sunnah dan kaedah perundangan Islam yang lain [baca: Sumber Hukum Islam dan Usul Fiqh] menjelma menjadi nyata dan tertegak di bumi bertuah Malaysia ini bagi menggantikan atau 'mengislamkan' skrip Perlembagaan Persekutuan, maka, apakah cara kita umat Islam di Malaysia untuk menobatkannya? Jika dikatakan melalui proses pilihanraya / demokrasi itu umpama bermain dengan tong najis, apakah cara dan kaedah selain 'main kasar' seperti mengangkat senjata [berperang]? Apa matlamat tidak menghalalkan cara yang kita ada? Suluhkan dan rintiskan laluan itu bersama.

Ringkasnya, kita perlukan kuasa, memegang tampuk kuasa.

'Teori' ada dan ramai yang memperkatakannya tetapi 'praktikalnya'? Tidak cukup dengan 'usrah-usrah' sekitar bilik-bilik atau kediaman tertentu. Praktikal inilah yang ramai tidak memunculkan diri, masuk ke lapangan 'papan catur' ini.

Malaysia bukan sahaja dihuni oleh orang Islam atau Melayu-Islam. Lebih-lebih lagi di Sabah ini. Walaupun Islamfobia itu tidak terlalu jelas seperti di Barat [bakar Quran, haramkan purdah dan sembelihan cara Islam], aku dapat merasakan mereka yang bukan Islam akan 'memberontak' kerana situasi belum benar-benar faham mengenai Islam; Kesejagatan, Keadilan, dan Perundangannya termasuklah dalam kalangan orang Islam sendiri [termasuk aku yang cetek ilmu ini].

Bagaimana Negara Islam Madinah terbentuk? Kisah penerimaan masyarakat Yathrib? Kisah Piagam Madinah? Aku maksudkan negara Islam di sini ialah kerana dasar perundangannya. Ini adalah sirah [sejarah] dan termasuk dalam kategori Sunnah Nabi S.A.W. 

Cukuplah di sini. Aku sedar tingkatan ilmu mengenai selok-belok agama -- belajar secara formal -- hanya setakat Sijil Pelajaran Malaysia. Sekurang-kurangnya, aku mendedahkan identitiku siapa dalam perkongsian ini [untuk suatu 'pertukaran' atau 'barter' walaupun diri sendiri terlalu banyak dosa, kenaifan dan kelemahan] dan tidak berada dibarisan belakang-belakang 'medan tempur' ini.

Tahukah bahawa dalam papan dam Aji dan Catur, ada satu kedudukan yang dipanggil 'mati kutu' atau bahasa kasarnya 'jadi khinzir'?

"Permaisuri Putih dimati kutukan oleh panji-panji Hitam?"


AKU DAN BERSIH: MENJELANG HARI PERHIMPUNAN [2/2]

6 comments:

  1. aku punya komen pasal bersih nie tiada la sampai penuh isi macam nie.. perghh.. hebat la, penuh dengan kajian..

    tapi kita harus memberi dan menerima pendapat kan ging.. setiap orang perlu itu.. yang penting kalu aku aman tetap tejaga di malaysia, lebih-lebih di sabah..

    hehhe..

    ReplyDelete
  2. Ko nda mau buat entri pasal Aunty Bersih ka? Truely inspiring figure dalam Bersih 2.0 oh. Cuba try tengok di FB. :)

    ReplyDelete
  3. @Sang Pencinta
    Xdalah penuh dengan kajian. Semua tu hanya kenyataan dan persoalan yang digarap secara umum ja, ehe.

    Kalau aku, aku ambil sikap 'menghormati' pendapat orang. Maksud menghormati ni, aku nda menghalang apa pendapat yang ingin dikongsikannya dan mendengarnya secara terbuka (lapang dada). Terima (setuju) atau tidak atau 'buat dunno', tu aspek kedua.

    Malaysia / Sabah mungkin aman, tapi tidak 'bahagia'. ^^,

    ReplyDelete
  4. @Fadzmie Mohamad
    Ada juga tu aku dengar pasal dia, ehe. Tapi mungkin pasal BERSIH ni aku nda kasi lanjut lagi.. Mau fokus benda lain dulu. Rasanya heboh juga tu di alam blogger pasal Aunty tu, ehe..

    ReplyDelete
  5. A very quite long explanation..I bet you done a comprehensive research about this matter Sir..

    hmm but am not much into politics..:)

    ReplyDelete
  6. @Pink Diva
    Well actually it's not really long and comprehensive as you thought; It's just the simplest one that I could to make it more general and understandable for various group of people especially the not-much-into-politics type x)

    But never mind.. As long as you read, then you'will get more and realize the 'special chemistry' between politic matters and our life. d(^^,)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!