Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, July 22, 2011

ANUGERAH IBRAHIM ALI: APA PENDAPAT ANDA?

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Agak ramai kenalan sama ada di alam nyata atau alam maya yang melanjutkan pelajaran mereka di UiTM dalam pelbagai peringkat dan lapangan pengajian. Aku sendiri juga pernah memasang angan untuk memasuki UiTM selepas SPM [2004] untuk persediaan jurusan Undang-undang. Tapi disebabkan BI 'kantoi' [paling kurang kena dapat B3 masa tu], maka angan tu terpaksa dilupakan. Syukur tawaran Matrikulasi menjadi 'pengubat' selepas penemuduga [yang duduk tengah sekali masa tu] untuk kemasukan ke Nilampuri [Asasi UM] berkata "Keputusan kamu layak untuk ke Matrikulasi.. Lebih baik kamu ke sana..". Hasilnya, Nilampuri pun aku 'melepas'.

Itu seputar kisah antara aku dan UiTM. Aku gembira ramai kenalan aku memasuki UiTM dan mencipta kejayaan masing-masing melaluinya. Sungguh UiTM mempunyai keunikan kerana kemasukannya mengkhusus kepada Bumiputera. Siapa yang kata UiTM rasis atas sebab ini, aku fikir ada ke-bangang-an difikirannya..

Tetapi bagi aku, perspektif atau terma rasis atas dasar itu sedikit berbeza bila ianya dikaitkan dengan tokoh sebuah NGO bernama Perkasa iaitu Ibrahim Ali. Peminat isu semasa atau hal-hal yang memfokus isu nasional tentunya kenal dengan susuk ini.

Dalam beberapa hal yang diperjuangkannya, boleh dikatakan aku bersetuju dengannya secara umum. Sekali lagi, secara umum. Sebagai contoh, beliau memperjuangkan [melalui Perkasa tadi] nasib [baca: malang] yang menimpa Melayu atau umumnya Bumiputera dalam banyak aspek kehidupan. Cuma, bagi aku, langkah dan pendekatannya selalu tercemar dek kontroversi yang berpunca dari dirinya sendiri.

Dalam keadaaan tertentu, kita perlu dan boleh menjadi rasis. Sekali lagi, dalam keadaan tertentu iaitu untuk memberi dan melaksanakan keadilan [bukan kesamarataan sahaja]. Tetapi, jangan jadi rasis yang ekstremis. Inilah masalah yang ada pada Ibrahim Ali, Perkasa dan se-aliran dengannya.

Sumber n Kredit : SATU PENGHINAAN TERHADAP MELAYU?

Kembali kepada isu anugerah ini, pada dasarnya, niat Ibrahim Ali adalah baik. Murni atau tidak [yang berlaku selepas itu] ditentukan oleh motif peribadi beliau atau mereka yang melaksanakannya [proses penganugerahan].

Aku bersetuju dengan ulasan Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man yang mana suatu penganugerahan itu perlulah ada justifikasi atau sebab wajar yang tinggi. Anugerah berdasarkan nama atau tokoh ini perlulah penganugerahnya bebas kontroversi [atau minimum] dan benar-benar menyumbang. [Sumber]

Aku sempat mengunjungi laman sesawang IMPAK [Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu] semasa aku mula-mula mendapat berita anugerah ini. Sayangnya, aku nda sempat buat ScreenShot atau muat turun dokumen yang ada. Jelas, surat pekeliling dan arahan untuk tindakan lanjut [mencari calon dan urusan anugerah] telah diedarkan. Apa yang aku hairan, bagaimana arahan ini boleh dikeluarkan jika anugerah ini belum mendapat kelulusan senat [diiktiraf]? Benarkah IMPAK benar-benar terlepas pandang? Atau, 'tarik balik' selepas 'kantoi'? [Sumber] [Sumber]

Aku rasa lelucon ini telah mencapai tahap lawak.

Sama seperti lawaknya gambar di atas.. Muahua3! XD

8 comments:

  1. info yang bagus... dengar kata sekarang susah juga nak masuk UiTM..

    ReplyDelete
  2. @alif ismail
    Susah tu, kena tengok peringkat mana rasanya, ehe.. Kalau Sijil atau Diploma, mungkin tidak seketat Ijazah Pertama... ^^,

    ReplyDelete
  3. The problem now is, siapa dia untuk diberi penghormatan sampai ada anugerah khas guna nama dia? This is all bullshit. Apa sumbangan terbesar dia untuk negara ni? Even Perkasa tu sendiri, apa sumbangan terbesar Perkasa di bawah tampuk Ibrahim Ali ni? Mengapi-apikan anasir perkauman ada la.

    ReplyDelete
  4. @Fadzmie Mohamad
    Aku setuju dengan komen mu itu, ehe. Kalaulah aku layak n dianugerahkan 'Anugerah Ibrahim Ali', aku rasa ianya sesuatu yang tidak membuatkan aku kembang kemuncup.. Muahua3! XD

    ReplyDelete
  5. good info. pandai u menulis. ada potensi jadi penulis antarabangsa :)

    ReplyDelete
  6. @belogkiter
    Eh biasa2 ja tu tulisan tu, ehe.. Penulis a/bangsa? Alamak, aku lemah BI ni.. Ciputlah potensi tu.. Muahua3! XD

    Apapun, terima kasih! Moga beroleh input yang bermanfaat..! d(^^,)

    ReplyDelete
  7. nak tergelak juga baca ,siapa punya idea nak buat anugerah ibrahim ali. ramai lagi tokoh yang baik dari ibrahim ali ..... fikir-fikirkan lah .

    ReplyDelete
  8. @abang
    Empunya badan yang sendiri mencadangkan diri, ehe...

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!