Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, July 23, 2011

GERAK GEMPUR RAMADHAN [GEGAR] 3.0 - BELIA KUDAT

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.



Sedar nda sedar, GEGAR sudah menginjak kali yang ketiga. GEGAR ialah akronim Gerak Gempur Ramadhan yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat [PBMDK].

Berikut aku sertakan secubit maklumat mengenai GEGAR.

PBMDK akan melaksanakan misi GERAK GEMPUR RAMADHAN 3.0 sesi 2011 atau lebih dikenali sebagai GEGAR. Bagi 3.0 pula merujuk kepada program GEGAR ini telah diadakan selama 3 kali termasuk pada kali ini . PBMDK akan berganding bahu amnya di kalangan BELIA MUSLIM, khasnya bagi menjayakan misi ini.


Antara aktiviti menarik yang dirancang ialah menghulurkan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan juga anak-anak yatim di Daerah Kudat. Selain itu, pengedaran risalah juga dilaksanakan, di mana ianya akan dimuatkan dengan info-info Islam sekaligus dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada orang umum.

Sumber n Kredit : PBMDK

Sumber n Kredit : Facebook PBMDK

Mesyuarat pertama GEGAR telah diadakan minggu lalu, 17 Julai. Mesyuarat kali kedua pula akan diadakan pada esok 24 Julai. [Memo] Semua belia warga Kudat dijemput hadir untuk bersama-sama mengembleng tenaga sempena menghadapi ketibaan Ramadhan. Sumbangan peribadi sama ada berbentuk kewangan, tenaga, sokongan dan lain-lain yang berkenaan amat diperlukan. Sekurang-kurangnya, boleh juga menimba pengalaman dengan menyertai aktiviti sebegini.



Aku tidak dapat ikut mesyuarat yang pertama dan insya Allah mesyuarat yang kedua ni aku akan datang untuk menyumbang tenaga semampu dan sebaik mungkin.

Sedikit kenangan tidak-berapa-lama [ehe], aku merupakan salah seorang Ahli Jawatan Kuasa PBMDK [Lujnah Tarbiah dan Pendidikan, 2009] tetapi tidak sempat untuk bergiat aktif kerana menyahut seruan untuk menimba ilmu dan pengalaman di Tenom. Aku mula bergiat dengan PBMDK sejak 2007. Waktu itu, PBMDK masih diperingkat ditaja [belum terima pengesahan rasmi dari Pendaftar Pertubuhan atau ROS].

Selama aku masih lagi di Kudat ni, inilah peluang untuk aku topup sebanyak mungkin apa yang aku tinggal sebelum ini... d(^^,)


Baca juga:
RISALAH RAMADHAN GEGAR 3.0
- SEPANDUK BARU GEGAR 3.0

8 comments:

  1. tak sabarnye nak lalui bulan ramadhan..

    syukur sangat2 sebab masih diberi peluang tahun ni..

    ReplyDelete
  2. napa sandakan ndak ada cam ni lak..ke aku jew yang tak tahu kot..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Ada aktiviti buka gerai jualan ka nanti di Bazaar Ramadhan? Hehe.

    ReplyDelete
  4. aktiviti yg baik.... slmt berpuasa...tdk lama lg.

    ReplyDelete
  5. @alif ismail
    Iya Aliff, sama lah.. Semangat ni.. Bulan yang ditunggu2 dalam kalendar setahun.. Mudah2an kita semua diberi peluang menikmati Ramadhan sebaik2nya aminnn.. vv(^^,)

    ReplyDelete
  6. @Pink Diva™
    Emm, ada tu tapi dalam bentuk lain mengkali, ehe3.. Tahun lepas, sini Kudat ahli2 GERAK ni turun di bazaar edar risalah2 khas Ramadhan.. Siap bagi sama abg polis lagi.. Memang cool, ehe.. Kau usyar2 lah bah sana.. Tanya2 Mr. Hubby kah, ehe3.. d(^^,)

    ReplyDelete
  7. @Fadzmie Mohamad
    Bazaar tu, memang akan ada/buka.. Tapi, kalau kau maksudkan kami yang ber-gerai di situ, tu aku nda pasti lah pula.. Tengok camna mesyuarat esok.. Kalau kau lapang, mari lah turun juga.. d(^^,)

    ReplyDelete
  8. @Dorris Angel
    Iya, terima kasih Dorris.. d(^^,)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!