Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, July 01, 2011

INI DIA DEMO HALAL? YANG LAIN HARAMMM?!

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Adalah benar bahawa penguasaan atau tahap kemahiran bahasa aku seperti Bahasa Inggeris adalah lemah atau terhad. Bahasa Ibunda lagilah.. Tetapi ini tidak bermakna aku tidak memahami apa dia maksud 'Double-Standard'. Bahasa Melayu pun, SPM dapat A1 ja. Nda mampu eh A++ tu... X)

Sumber n Kredit : [TukarTiub]

KIRA -KIRA 200 ahli badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman bersama kain rentang dan sepanduk di hadapan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu membantah perhimpunan haram anjuran BERSIH 9 Julai ini. (Berita Harian)

Klik pautan di atas untuk penerangan lanjut gambar. Aku tukang promo ja, ahaks!

Ni satu lagi contoh perhimpunan halal. Eh tapi, yang ni bawah umur ni. Wowh!

Sumber n Kredit : Selamatkan Malaysia!


Nota: Kalau BERSIH 2.0 diberi permit khas menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan [Undang-undang Tertinggi di Malaysia], agak-agak kena kah juga batang hidung yang awal-awal lagi memberi label haram tu? Aku berharap YDPA campur tangan dalam hal ni. Peserta BERSIH berhimpun, berarak beramai-ramai secara aman untuk serah memorandum secara aman kepada YDPA. Kuning lambang warna Di Raja!

14 comments:

  1. xpayah la mo bhimpun2 ni... #bersih jak tp kotor.. hehe....

    ReplyDelete
  2. @Diary oF Mine, hmmmps... macam betul jg kan... iya ka Sam?

    ReplyDelete
  3. hmmm . . habis tu , yg lain2 tu haram ka ? ada lagi yg halal , mcm demonstrasi muhasabah pemimpin . .

    ReplyDelete
  4. hhmm....dr dulu camtu..."dorg" ja btl...apapun sokong budak2 yg kawat tu..kiri,kanan,kiri...:)

    ReplyDelete
  5. eh kelantan kah tu?? napa plak kerajaan kelantan benarkan perhimpunan menentang bersih sedang kan kerajaan pas sokong Bersih?? hurmm pelik..

    ReplyDelete
  6. @Diary oF Mine
    Ada yang rakus mengotorkannya, ehe..

    ReplyDelete
  7. @Zurina J.
    Bergantung kepada situasi; boleh jadi ya, boleh jadi tidak..

    ReplyDelete
  8. @shidah2020
    Demonstrasi ada diperuntukkan dalam Demokrasi. Walaupun demokrasi ini ciptaan manusia, sistem cara Islam (sistem seperti Nabi dan seterusnya Khalifah) masih belum benar-benar sesuai dilaksana/diamal kerana situasi pemimpin n masyarakat sekarang. Demokrasi kita berlainan sedikit dengan amalan barat kerana kita mengamalkan demokrasi berparlimen raja berperlembagaan.

    ReplyDelete
  9. @Dorris Angel
    Itu diakui sendiri oleh PM DS Najib Razak sebelum ini; "Era kerajaan tahu segalanya n sentiasa betul telah berlalu...". Budak2 tu mungkin sudah dicaturkan. Kawad ni asal mana? Muahua3!

    ReplyDelete
  10. @Zulkifly Omar
    Rasanya, itu dibenarkan secara rasmi. Mungkin tiada permit dimohon atau dikeluarkan polis tapi tiada tindakan oleh kerajaan negeri sebab sikap terbuka (adil) n menghormati prinsip demokrasi yang menunjangi negara. Bayangkan BERSIH 2.0 mendapat kerjasama polis tanpa sebarang propaganda hampeh. Tengok sepanduk pakcik2 atas tu, tu kira umphh punya juga tu provokasi. Muahua3!

    ReplyDelete
  11. @samizul.net ntah la kan juga.. sekatan-sekatan terhadap perhimpunan awam pun dinyatakan dalam Perkara 10 perlembagaan.. Perkara sama yang memperuntukkan hak untuk berhimpun, berpersatuan dan bersuara... so, rasanya dengan pertimbangan-pertimbangan wajar.. polis ada hak untuk membenarkan atau tidak sesebuah perhimpunan.

    ReplyDelete
  12. @Zulkifly Omar
    Mungkin betul polis ada hak untuk membenarkan atau tidak suatu perhimpunan tu tapi yang aku faham, pembatalannya adalah atas sebab2 yang munasabah dan jelas buktinya perhimpunan itu mendaruratkan.. Contoh, perhimpunan berbogel kah dll..

    Tapi lihat bagaimana sikap polis [yang menurut perintah/arahan dari super big bos] terhadap rancangan perhimpunan aman BERSIH. Awal2 lagi label haram, xkan keluarkan permit, xberkompromi dsb. Ini sikap apa? Kalau sikap itu datangnya dari pimpinan UMNO-BN, tu rakyat nda hairan. Tapi ni polis yang sepatutnya mendahulukan profesionalisme mereka dalam mendaulatkan peruntukan undang2. Permohonan permit sepatutnya diambil untuk proses permohonan, bukan awal2 kata xkan keluarkan permit. Bila sudah kata xkan keluarkan, polis sendiri sudah menafikan hak n membelakangkan profesionalisme peruntukan undang2.

    Lepas tu, macam2 lah adegan untuk 'menghalalkan' pelabelan BERSIH = Haram ; Bom lah, parang lah yang ditangkap bersama t-shirt kuning bertulisan bersih. Sampai warna kuning kena haramkan sekali. Ini semua untuk mengolah persetujuan mereka yang lemah daya bacanya.. Yang asyik percaya bulat media massa kerajaan..

    Dalam suatu perhimpunan, polis semestinya hadir untuk membantu kelancaran program dan bertindak bila ada yang 'di luar batasan'. Nyata sebelum, semasa n selepas mereka yang berhimpun tu berjalan, tiada yang cedera akibat orang berdemo, tiada kedai yang musnah, tiada bom, tiada parang melayang.. Siap demonstran bersalam2an lagi dengan polis yang tidak keras dengan mereka di sesetengah kawasan.. Yang lain, memang kena buru habes2an lah.. Siap hospital pun kena serang, ehe..

    Bayangkan kalau UMNO-BN-APCO benarkan perhimpunan BERSIH n bantu seadanya untuk melancarkan program, imej UMNO-BN khususnya akan bertambah baik dengan signifikan. Bukan mengharap rating dari bermacam2 agenda transformasi yang hanya sebilangan kecil menikmatinya seperti kroni, kaki bodek, ahli UMNO-BN dsb...

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!