Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, July 24, 2011

MENJAHIT BENDERA - A. SAMAD SAID, 2011

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Dengarkan puisi terbaru dari Sasterawan Negara A. Samad Said yang aku jumpa di SoundCloud. Yang berminat, jom hayati..!


Menjahit Bendera by A Samad Said


Menjahit Bendera

Kelongsong gas dan air asid berkecah di jalanan, 
kita telah disanggah tapi kita tenang berdepan. 
Kita mengharumkan abad supaya wangi dan putih 
dan terus berjuang walaupun dalam perih dan pedih.


Kita ingin sembuhi demokrasi yang kini lara 
agar sejarah akan berbangga di hadapan kita. 
Kita landasi dan warasi keangkuhan kuasa 
kerana tak rela terus dicengkam kuku puaka.


Kita bangkit dan mengejar tofan yang mengacah kita 
sempat wariskan unggun demokrasi segar menyala 
dan kita kibarkan bendera yang satu dan yang sama, 
menjahitnya setiap kali diraguti kuasa.


Disimbahi warna kuning di sisi lirik nan jernih 
serentak kita menyanyi: Bersih, Bersih—kasih, kasih!

23, Julai, 20ll A. SAMAD SAID


Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad


NOTA : Sumber [Salinan + Audio] n Kredit = SoundCloud

6 comments:

  1. mungkin akan datang sajak ini mjd salah satu puisi yang bakal dikaji dalam buku teks komsas (jika masih ada komsas)...hehehe..kerana hidup ini ibarat pusingan roda. ^_^

    ReplyDelete
  2. @Dorris Angel
    Kemungkinan tu mungkin sangat rendah selagi mana pemimpin yang dimaksudkan dalam puisi ni, menguasai kerajaan.

    Puisi ni berkait rapat dengan 'sisi gelap tapi terang' pemimpin tertentu. Jadi, semua saluran yang mereka [pemimpin tadi] kuasai perlu 'cover' seperti kementerian pelajaran dsb.

    ReplyDelete
  3. LIKE!
    Mendalamnya dia ni kan hebat.Angan2 aku boleh tulis puisi sebegini dalam maksudnya.

    ReplyDelete
  4. tak berapa pandai puisi macam ni. sangat mendalam maksudnya dan perkataan yang digunakan.. power

    ReplyDelete
  5. @Cinoi
    Sudah lama kan berkecimpung dalam dunia kesusasteraan.. Memanglah power, ehe.. Kau boleh bah tu Cinoi.. Kau tulis ja ikut kata hati, lepas tu perbaiki pelan2, ehe.. d(^^,)

    ReplyDelete
  6. @belogkiter
    Iyup, memang power.. Kata2 memang mendalam tapi mudah sebenarnya dihadam, ehe..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!