Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, July 20, 2011

NGOMELAN UNTUK CELCOM CENTER SABAH

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. 

Aku sajuk-sajuk juga untuk membebel mengomel pasal isu ni. Nanti jadi isu yang besar, diperbesar-besarkan sampai masuk TV.. Contoh situasi [CONTOH OKAY!]

"Seorang blogger tidak terkenal disaman jutaan ringgit kerana memalukan bla bla bla.. Menurut pihak yang menyaman, tindakan blogger tersebut ibarat 'melondehkan seluar dalam' atau 'menabur pasir ke periuk' mereka. Tujuan blogger terbabit dilihat hanya untuk mendapatkan publisiti dengan harapan Bling Page Rank, Alexia Rank, Like, Share dan +1 serta Followers beliau naik mendadak umpama saham Porex.. Dijangkakan BiEe juga akan masyukkk.. Bla bla bla..."

MUAHUA3!

Okay fokus kepada isu. Pos ni biasa-biasa ja. Maksud aku, tanpa perlu kirim emel 'aduan pelanggan' ke sistem Celcom. Kira nda mendesak sangat jugalah, ehe. Seperti yang aku ceritakan di sini, aku ada datang ke Celcom Center Sabah [CCS] di Wawazan Plaza. Ala, berdepan dengan bangunan MAA warna kuning tu bah. Ada kenangan di bangunan MAA tu, ehe.

Tujuan aku datang ke situ ada dua. Satu, untuk memulihkan kredit telefon dari dimakan jembalang dan satu lagi adalah untuk menanyakan mengenai stok promosi Celcom iaitu promosi pembelian Netbook dengan melanggan Celcom Broadband. Netbook tu sebenarnya kira 'hadiah' untuk adik aku sebab dia dapat jadi Guru KAFA. Yang kredit tu, tu fon aku, uhu.

Sebelum kami ke sana, kami ada menelefon CCS untuk bertanya tentang produk-produk terkini yang biasanya ada promosi. Salah satunya ialah Netbook harga murah [RM888] jika melanggan Celcom Broadband sama ada pakej Advance atau Medium [aku lupa eh nama pakej tu]. Kedua-duanya mestilah pasca-bayar [postpaid].

Apa yang aku sedikit terkilan ialah, hampir semua produk yang dipromosi sehingga kini tiada stok di CCS. Hanya yang terkini sahaja dari produk telefon pintar yang ada selain penukaran sim mikro supaya sesuai dengan iPad atau Tablet lain. Telefon pintar tu pula, bukan semua model ada.

Mungkin hal ni biasa bagi kebanyakan orang. Tapi bagi aku, CCS ni bukan cawangan biasa-biasa atau 'tahap kampung' punya. CCS berperanan sebagai penyelesai utama segala masalah pelanggan Celcom di Sabah tanpa perlu berhubung atau naik tiket tambang murah serendah RM3 Air Asia KK-KL. Itu tujuan dan sebab kenapa perlunya CCS ini.

Sumber n Kredit : panoramio


Jadi sepatutnya, situasi 'tiada produk atau stok' ini patut tiada atau sudah diminimumkan. Sudah berapa kali bila aku ke CCS ni untuk membeli produk promosi, jawapan 'standard' tiada stok itu pasti muncul sebelum dikesan gegendang telinga. Kali terakhir sebelum ni, promosi Router yang slim tu.

Bila aku tanya di kaunter pertanyaan, akak tu suruh tanya sendiri di Celcom Cube. Kaunter Cube ni ada sebelah kiri bila masuk pintu utama. Betul-betul hadapan pintu. Kalau ada ramai pelanggan berurusan di kaunter Cube ni, pasti laluan akan sesak di laluan masuk.

Hairan juga bila urusan produk-promosi ni, pelanggan kena tanya sendiri di Cube. Di situ, boleh tengoklah apa-apa produk yang ada stok sekarang di CCS ni. Biasanya handphone ja lah yang ada..

Dari segi perkhidmatan yang lain, aku berpuas hati sebab urusan di kaunter [yang ambil nombor tu] memang sangat baik. Pantas dan efisien gitu.

Lepas ni, harap dapat ditambah lagilah cawangan mini di setiap daerah. Sekurang-kurangnya perkhidmatan untuk aduan pelanggan macam matikan langganan jembalang makan kredit tu. Aku pernah juga berurusan [buat aduan] melalui telefon [Khidmat Pelanggan], operator syor aku pergi sendiri ke Celcom Center terdekat untuk selesaikan masalah. Jadi ini kira bukti ada juga situasi yang operator tidak dapat selesaikan melainkan face-to-face.

Bayangkan kalau kamu ada di Tawau, ada masalah Celcom, kena pergi ke KK semata-mata urusan-urusan tadi. Di Kudat ni pernah juga ada buka cawangan mininya tapi tutup sudah. Entah kenapa.. Ganti balik dengan kedai ToTo yang sebelum ni di bahagian belakang. Tinggal Telekom Malaysia ja harapan untuk urusan Celcom yang berkaitan dengan bil dan bayaran selain Pejabat Pos dan cara online.

4 comments:

  1. aku ndak penah pegi lagi tu CCS..
    mls mo berurusan..
    hehehe..

    ReplyDelete
  2. aku pernah pigi satu kali..masa masi guna no celcom, skg mls suda coz tlmpau mahal..jd sa beralih suda ke digi..hihihi.. hmm..ya la, kenapa kena tututp suda tu pusat celcom di kudat ar? dulu sa pernah byar bil fon sekali jak..kan bgs kalu masi buka, x perlu susa2 mau pg bank/postoffice byr bil fon/brodband..huhu

    ReplyDelete
  3. @Anne Nurain
    Kalau ada masa, datanglah bah sekali sekala menimba pengalaman.. Ahaks! XD

    ReplyDelete
  4. @Wency Elizabeth Jelson
    Oo.. Memang standard Celcom lebih banyak yang mahal, hua2.. Aku guna UOX jadi nda terkesan sangatlah dengan plan lain..

    Nda laku mengkali perkhidmatan diorang sana.. Kalau kata strategik, cukup strategik sudah tu.. Mungkin ada lah tu perkhidmatan yang kureng.. Hari tu aku masuk pun, kejap ja dan masih banyak yang kurang..

    Yang sedey tu, ganti dengan TOTO tu.. Cubalah kedai lain yang lebih berfaedah macam kedai buku ala Penguin kah, yang macam di CP tu kah [lupa eh namanya, hua2..]

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!