Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, July 15, 2011

PELUDAH WARNA - A. SAMAD SAID, 2011

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Ketika anda semua membaca nukilan ini, ketahuilah bahawasanya aku sedang bermusafir ke ibu negeri Sabah. Berperjalanan jauh untuk menjemput adik kandung di SMAKK sempena 'kepulangan dihujung minggu'. Sambil itu juga, aku ingin ke Celcom Center [Wawasan Plaza] untuk 'mengubati' kad sim telefon yang kreditnya masih lagi di 'makan jembalang'. Lepas tu, aku mahu ambil kesempatan untuk membuat aduan tentang perkhidmatan Celcom Center ni terus di sana. Nanti aku akan kupas lanjut apa yang kureng tentang Celcom Center di Sabah ni. Secara ringkas, ianya mengenai hubungkait promosi-produk. Ini ada di sentuh semasa kuliah Asas Pemasaran dan Asas Keusahawanan yang aku ambil semasa di menara gading dulu.

Setelah selesai, aku akan ke Karamunsing untuk menaik taraf RAM laptop kesayangan ni - mss lawliet. Mahu kasi maksimum punya - 4GB [2GBx2] DDR2, Speed 800+ / 1000+ kalau ada. Entahlah kalau ada 1000+ tu. Seingat aku, macam ada macam tiada. Kalau ada, jarang ada sebab jarang orang cari. DDR3 nda support laptop Acer Aspire 4520 keluaran 2007 kan, ehe.

Okay cukup bebelan peribadi. Pos kali ni memang istimewa. Aku kongsikan satu lagi bait puisi dari Sasterawan Negara - A. Samad Said yang mempunyai kaitan tema dengan puisi Unggun Bersih. Setakat ni, aku nda berkesempatan lagi jumpa audionya. Kalau ada, nanti kemas kini okay. Apapun, jom layan dan hayati..! ;D

BARU! Dengar puisi Peludah Warna..


Peludah Warna by A Samad Said


PELUDAH WARNA


KUASA gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.


Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat terang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam kalbu.


Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.


Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.


Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Nukilan: A. Samad Said - Sasterawan Negara [1985]
Sumber: Harakah edisi 10-13 Syaaban 1432 Hijrah @ 11-14 Julai 2011

Siapa yang ada baju bersejarah ini, sila jangan basuh! Beli bingkai gambar n bingkaikan baju ini untuk menjadi bahan sejarah, tatapan generasi akan datang!
Sumber: BERSIH 2.0 SABAH


Baca dan dengarkan juga: Unggun Bersih - A. Samad Said, 2011

6 comments:

  1. adissss... sandi btl bh jgk baju ni,haha

    ReplyDelete
  2. Sudah aku baca ni ari tu. Ada aku komen, tapi entah kenapa nda keluar rupanya.

    Puisinya indah, tapi aku bukan pendokong bersih. Titik! keh²

    ReplyDelete
  3. @syafeika edora
    'Rock' kan Ika, keh3.. Tu ngam jadi bahan bersejarah.. Kasi bingkai untuk tatapan generasi akan datang, ngeh3..

    ReplyDelete
  4. @Zurina J.
    Aik, nda keluar di mana Jue? Bukan kau komen di FB kan tu?

    Apa boleh buat lah kalau kau bukan pendokong BERSIH.. Aku pun bukan.. Aku cuma mampu tahap penyokong ja.. Pendokong tu, tahap tinggi lagi, keh3..

    ReplyDelete
  5. Tidak semua yang bersih itu bersih...

    ReplyDelete
  6. @Nim Yorza
    Biasalah, dunia ini mana ada yang sempurna.. Yang penting, nak kan bersih lalu berusaha untuk menjadikannya bersih... ^^,

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!