Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Tuesday, July 12, 2011

PESTA KELAPA KUDAT 2011

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Sudah lama aku tidak menzahirkan kehadiran ke Pesta Kelapa - satu-satunya acara sosio-budaya yang mempopularkan Kudat selain fenomena Gerhana Bulan Penuh [1994/1995], beberapa pusat pelancongan mini [Pusat Gong, Madu Lebah dsb] dan dewasa kini, Esplanade Sidek dan Simpang Mengayau.

Sekilas Imbasan Sejarah

Nama 'Kudat' itu berasal dari 'pelat' atau loghat orang-orang Rungus - selaku kaum 'paling asal' dan majoriti di Kudat. Mereka [orang Rungus] memanggil kawasan ini pada masa dahulu dengan panggilan 'Kutat' yang bermaksud rumput hijau atau padang rumput. Mungkin pada masa itu, ada banyak kawasan berumput yang luas. Geografi Kudat sebenarnya juga banyak berbukit dan di pesisiran pantai.

Kudat pernah menjadi Ibu Negeri Borneo Utara British [waktu itu] yang pertama tetapi diubah kerana pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara [atau Syarikat Borneo Utara British] kerap diserang oleh lanun lalu memaksa pusat pentadbiran dipindahkan ke Elopura [Sandakan]. Sejak itu, nama Kudat tenggelam dan muncul semula pabila Allahyarham Tun Datu Mustapha [Bapa Kemerdekaan Sabah] menjadi ikon Borneo Utara dan seterusnya ditukarkan nama kepada Sabah. Dikatakan nama 'Sabah' diambil [berasal] dari sejenis pokok pisang iaitu pisang Saba'. Entah kenapa pisang ini tidak 'sebaris' dengan G. Kinabalu, Si Bayau dll.

Itulah serba sedikit secara ringkas latar belakang Kudat yang aku ingat masa menulis artikel ni, ehe.


Pesta Kelapa 2011

Tahun ini, ianya akan diadakan pada 16 - 17hb Julai. Aku cuba mencari maklumat terkini berupa butiran lanjut aturcara aktiviti pesta ini di alam maya, tetapi sedikit hampa. Tiada maklumat baharu yang aku jumpa di laman web Pelancongan Sabah melainkan secoret ayat ringkas. Nampaknya, aku kena turun ke bandar dan mencari sepanduk iklan dan catit maklumat. Sempena pesta pada tahun ini, Music Fest juga akan diadakan pada 16 - 17hb di Tip of the Borneo alias SImpang Mengayau. Boleh rujuk di sini.

Apapun, aku jumpa maklumat ini [gambar bawah] di Facebook. Walaupun tentatif ini adalah tahun 2010, serba-sedikit ada juga idea atau gambaran acara yang telah diadakan sempena Pesta Kelapa. Tema yang aku ingat ialah, "Sememangnya Kelapa...".

Sumber n Kredit : 1SABAH


Aku harap, pesta ini akan terus kekal sebagai identiti Kudat. Manalah tahu ada pihak yang mahu mewujudkan atau menggantikan pesta kelapa ini kepada Pesta Kelapa Sawit pula.. Di Kudat ni, kena juga tempias kelapa sawit ni, oho.

Update: ATURCARA SEMPENA PESTA KELAPA KUDAT 2011

8 comments:

  1. wah..good info. klau d kudat mana bole beli tiket ke music fest? klau smpt mau pg tgok. sedih...bakal tgglkn kudat..mggu terakhir d kudat...huhuhu.

    ReplyDelete
  2. @Dorris Angel
    Ya, terima kasih Dorris, ehe. Kalau di Kudat, aku nda pasti lagi macam mana. Ada seorang Wasaber hari tu promo ni selalu di Page WSB tapi nda pula aku terbaca. Music Fest ni 16-17hb. Sempat juga sebelum tinggalkan Kudat? XD

    ReplyDelete
  3. Makin lama makin dikasi awal Pesta Kelapa ni. Kalau dulu-dulu, bulan 9 atau 10 dibuat. Ada juga aku tanya tu, kenapa nda tunggu lepas raya baru buat. Kenapa mesti sebelum raya. Haha.

    ReplyDelete
  4. @Fadzmie Mohamad
    Iya, aku perasan tu kalau banding tahun ni dengan tahun lepas punya. Tahun2 yang lain, aku nda pasti.. Pernah juga aku fikir, pesta kelapa ni dwi-tahunan. Kalau tiap2 tahun ada, kadang macam bosan juga.. Rasa 'sesak'.. Cuba ada 'selang-seli', ehe.

    Entah kenapa lepas Raya nda dibuat. Bukanlah mesti dalam Syawal juga. Lepas Syawal pun boleh juga. Hujung tahun masa cuti sekolah kah, muahua3! XD

    ReplyDelete
  5. emm.. menarik.... dan baru tahu... good info

    ReplyDelete
  6. kudat memang best, pernah melawat simpang mengayau,pembikinan gong,sulaman manik,pantai bak (klu x silap)

    ReplyDelete
  7. @Tanakwagu
    Ni mesti sudah pernah datang kan, ehe.. d(^^,)

    Iyup, semua tu ada.. Pantai tu, Pantai Bak-bak.. Tapi kureng dah pantai tu banding dulu.. Tiada penjagaan yang mantop kan. Dulu sana tiap hujung minggu, mesti ramai orang datang sampai jalan sesak luar-dalam..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!