Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, July 21, 2011

SEDUTTT NARUTO 548

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Peminat komik Jepun sama ada yang berbentuk Anime atau Manga, tentu mempunyai ratusan laman sesawang, sebagai sumber, untuk membaca secara online komik-komik kegemaran masing-masing. Aku sendiri menggilai Naruto, Bleach dan Fairy Tail. Sebelum ini ialah Death Note, Arms Army, Alchemist dan beberapa lagi nama yang aku lupa-lupa sudah. Ini semua penangan majalah Kreko lah ni, ehe.

Tapi dalam banyak-banyak laman tu, bukan semua ada menyediakan khidmat muat turun. Laman-laman yang menyediakan khidmat muat turun dan/atau baca secara online ni mungkin agak sedikit. Ada juga yang tidak dikenali ramai atau para pemburunya tidak berapa kreatif untuk menjejak apa yang dihajati, ehe.

Source n Credit : bilinick

Jadi, aku memasang angan secara kecil-kecilan untuk menjadi 'perantara' supaya memudahkan kenalan aku untuk melengkapkan koleksi peribadi mereka. Yang penting, ini untuk simpanan peribadi dan bukan untuk diniagakan.

Cuma, kadang aku serba salah juga mana tahu ada isu dengan muat turun ni atau rehost yang berkaitan dengan lesen atau terma hak cipta. Siapa-siapa ada sumber pasal isu ni, harap dapat membantu ya. Apa yang aku faham, muat turun ni khas untuk peminat [simpanan peribadi] dan bukan untuk dijual melainkan edisi rasmi seperti yang disediakan oleh Amazon.

Okay, untuk permulaan ni seduttt Manga Naruto 548 dulu sebagai pembuka tirai, hua2. Komik/Kategori/Episod yang lain akan disediakan bergantung dengan permintaan dan 'stok'. Kalau sudah tak dapat di sumber utama, aku cuba muat naik balik dan hos sendiri.

Apapun, seduttt..!!! XD



Nota: Koleksi Anime/Manga ni akan dikumpulkan di SINI untuk memudahkan rujukan masa akan datang.

6 comments:

  1. salam..

    dragon ball xde??? huhu..

    ReplyDelete
  2. @alif ismail
    Waalaikumussalam..

    Dragon Ball? Pernah jumpa dulu tapi lupa alamatnya.. Kalau ada, nanti kasitau sini juga ya.. =D

    ReplyDelete
  3. Sailormoon Sir?..ada kah? hehehe

    ReplyDelete
  4. @Pink Diva™
    Ada Sheng tapi anime ja lah.. Mau? Ehe.. XD

    ReplyDelete
  5. Sir,..lau anime dgn sailormoon..of course aku pilih sailormoon vha..hikhikhik..anime tue bosan sudah aku bab tiap hari adik2 tgk..hehehe

    ReplyDelete
  6. @Pink Diva™
    Emm, apa yang aku faham Sheng, Sailormoon tu pun ada yang dijadikan sebagai anime juga, ehe. Komik Jepun yang divideokan = Anime. Yang cetakan [biasanya bawah 25 m/surat bagi setiap Chapter] = Manga. Begitulah.. Muahua3! XD

    Jadi amacam, dah deal sama si Pini? Ehe

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!