Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Sumber n Kredit : iluvislam


Alhamdulillah, kita semua masih lagi diberi peluang dan ruang untuk menikmati kehadirannya. Tinggal beberapa jam sahaja lagi umat Islam khususnya di Malaysia akan menyambut ketibaan bulan yang paling istimewa dalam kalendar Hijrah iaitu bulan Ramadhan [sumber]. Apabila masuk waktu maghrib lewat petang nanti, maka bermulalah secara rasmi ketibaan Ramadhan.

Doa Menyambut Ramadhan. Sumber n Kredit : takafulsmartmedic 


Malam ini, akan bermula solat sunat Tarawih bagi malam yang pertama dan sekitar waktu Imsak, aktiviti makan sahur bermula sebelum kita semua berpuasa pada siang harinya. Inilah antara ibadah-ibadah utama yang ada pada bulan Ramadhan.

Sumber n Kredit : iluvislam

Sempena Ramadhan tahun ini, Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat [PBMDK] menganjurkan program GEGAR 3.0 di sekitar kawasan bandar Kudat dengan kerjasama beberapa institusi seperti JHEAINS, JAKIM dan Pusat Latihan Dakwah Kudat. Antara aktiviti yang menarik ialah mengedarkan risalah Cahaya Ramadhan, sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim-piatu dan Ibu tunggal serta Sehari Bersama Anak-anak Yatim-Piatu. Alhamdulillah, aktiviti mengedarkan risalah [di Tamu Kudat @ sekitar Dataran Tomborungus] bagi siri yang pertama mendapat sambutan positif pada 26 Julai yang lalu.

PBMDK juga amat mengalu-alukan sumbangan [kewangan dan barangan keperluan dapur seperti beras dan gula] daripada semua khususnya warga muslim Kudat untuk menjayakan GEGAR 3.0.

Koleksi gambar GEGAR sebelum ini. Sumber n Kredit : Facebook PBMDK

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak 1432H dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan Ibadah-ibadah yang lain sepanjang Bulan Ramadhan ini kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada, kaum keluarga, sahabat handai, rakan taulan dan semua kenalan yang mengenali diri ini. Jika ada salah dan silap sama ada sengaja atau tidak, sedar atau tidak, harap dapat dimaafkan. Aku berlapang dada memaafkan semua jika ada salah silap mereka padaku. Moga kita semua mendapat rahmat, berkat, hidayah dan ampunan dari-Nya.

Semoga Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Sumber n Kredit : gbseridusun

Promo kejap.. Jangan marah Wan, ehe. Jom lawat Wan di Satu Kisah Bermula d(^^,)


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1432 Hiijrah...! ;D

Tambahan : Kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Sabah pada tahun ini ialah RM7.00 seorang. 
Sumber = Banner di pagar Masjid Kg. Ayer Kudat, hua2.. =D