Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011!

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Sumber n Kredit : iluvislam

Selamat sudah sebulan berpuasa,
Tibanya masa meraikan kemenangan.
Takbir bergema tanda Hari Raya,
Sesama kita saling bermaafan.

Semoga Allah s.w.t menerima amalan kita semua.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H. 

MAAF ZAHIR & BATIN..! ;D

Kepada seluruh Muslimin & Muslimat
Keluarga, Sahabat, Rakan Taulan & sesiapa jua yang mengenali diri ini..

Dengan Ingatan Teristimewa Lagi Tulus Ikhlas, 

~ Mizul & Milla serta keluarga v(^^,) ~


u/p: MAAF ringkas ja. Line ciput, jadi nda dapat buat yang lebih umphh (gambar-gambar dll) punya, ehe. Terima kasih banyak kepada yang mengirimkan ucapan Raya. d(^^,) Semoga bergembira di Hari Raya! =D

Iklan: Inginkan akaun laman sosial Google+ ? Jemput ke sini ya.. XD

Saturday, August 27, 2011

BELUM ADA AKAUN GOOGLE+? NAK CUBA? ;D

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Seperti yang aku war-warkan sebelum ni di Facebook, aku sudah dapat menggunakan Google+ selepas mendapat Jemputan dari bos WSB - Alfian J. Blog beliau boleh di lawat di sini.



Alhamdulillah. Aku rasa berbesar hati dan sangat berterima kasih kerana kesudiannya. Sejak mula hangat diperkatakan tentang awal kemunculan satu lagi konsep laman sosial yang baharu ini, aku mula memasang angan untuk menggunakannya. Pasang harapan dapat guna Google+ sebelum ianya terbuka untuk diguna umum.

Masa awal-awal tu, ada beberapa orang kenalan [yang kenal/jumpa di alam maya ja] yang sudah test power dengan Google+ ni. Ada juga yang menawarkan diri untuk mengirimkan Jemputan tu tapi aku malas untuk memintanya. Biar aku mohon sendiri dengan Google+ dan tunggu kalau kuota dibuka semula untuk percubaan ni.

Okay, jom tengok dua tiga kerat gambar yang sempat aku rakam untuk tatapan bersama





Sempena kemasukan aku ke Google+ ni, aku dapat 150 kuota orang untuk dijemput masuk Google+. Jadi, aku buka kuota 50 - 75 yang terawal KEPADA SEMUA pengunjung blog ini untuk menerima Jemputan Google+.

Sila berikan nama [nama betul digalakkan] dan emel Gmail kamu di ruangan komen bawah ni okay. Jangan lupa Kongsi-kan pos ni sekali kepada rakan-rakan lain supaya diorang pun dapat masuk Google+.

Selepas kuota tu penuh, bakinya aku peruntukan untuk beberapa komuniti yang aku fokus menyertainya seperti WSB [Wasaber], Alumni SMATS, PBMDK dan lain-lain. Tapi mungkin kuota tu sudah sedikit berbanding yang awal ni. Jadi, cepat-cepat lah ya, ehe.

Lepas tu, kalau sudah daftar Google+, jangan lupa Add aku di Circle kamu pula. Boleh tengok Sidebar sebelah kanan ni ataupun masuk ke profil Google+ ku di http://gplus.to/samizul


Semoga bermanfaat! ;D

KEMBALI AKTIF, YEAH!

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Hampir genap dua minggu blog kesayangan ini tidak diceriakan dengan sebarang tulisan ataupun pos terkini. Mungkin kerana pengalaman menggunakan liputan Celcom Broadband dalam beberapa minggu yang lalu dirasakan "paling teruk sejak 2008", tidak hairan jika ia mampu membunuh mood atau angin untuk menulis. Mungkin modem lama ingin bersara.

Paling-paling pun bila line okay, barulah mengemas kini beberapa perkara di blog terutamanya iklan dari Churp2, satu-satunya iklan berbayar yang berjaya membuatkan aku mengekalkan kewujudannya di sini. Nuffnang dan Says telah lama aku tinggalkan kerana aku berpendapat adalah lebih baik dua benda ini digantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan memberikan manfaat.

Kalau ada gambar yang menarik perhatian kamu yang terpampang di sini, jangan lupa klik untuk mengetahui tentangnya okay.. ;-)

Dalam tempoh tu juga, aku sempat mewujudkan laman web [weblog] rasmi bagi Alumni SMATS. Laman ni masih dalam proses pembangunan dan diharap dapat memberikan anjakan paradigma buat agenda Alumni SMATS. Jadi, kebanyakan masa yang mana bila aku dapat online dengan baik, akan digunakan untuk meneruskan proses tambah baik laman tersebut.

Terbaru, aku sudah mendapat jemputan untuk Google+ yang kini masih lagi ditahap Beta atau Percubaan yang terhad. Maksudnya, untuk mendaftar atau menggunakan Google+, seseorang itu perlu menerima jemputan daripada seseorang yang telah sedia berdaftar di Google+. Itupun bergantung dengan bilangan kuota yang ditawarkan pada satu-satu masa.

Aku sudah menambah widget khas untuk menayangkan akaun Google+ ku. Boleh tengok di sebelah kanan. ;-)

Terima kasih buat para pengunjung khususnya pengunjung yang "bila rindu, ku lawat blogmu" dan lebih manis meninggalkan komen dan pautan untuk memudahkan aku membuat kunjungan balas di kemudian hari. Maaf atas kekurangan ini, ehe.

Cukuplah sebagai mukaddimah kali ini. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan Selamat Beramal di fasa paling genting dan kemuncak di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Jumpa lagi!

Monday, August 15, 2011

ALUMNI SMATS - GERAK KERJA FASA III

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Antara [tempoh] Fasa II dan Fasa III ini, alumni SMATS lebih kepada penganjuran beberapa aktiviti santai sesama alumni dan tidak melibatkan pihak sekolah.

Sebagai contoh, majlis berbuka puasa di Novotel Hotel [2010] dan juga Mini-Gathering di Tuaran [2010].

Alhamdulillah, tahun ini aktiviti melangkah setapak lagi dengan kejayaan program Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Ex-SMATS yang diadakan di SMATS.



Fasa I lebih kepada perbincangan idea secara umum di Friendster. Agak malang, pihak Friendster telah menukar 90% ciri laman sosial tersebut lalu menyebabkan Group SMATS di Friendster terpadam.

Namun, aku sempat juga menyimpan butiran-butiran penting yang dikutip dalam episod perbincangan tersebut.

Untuk Fasa II pula, ianya lebih kepada persediaan untuk bayangan organisasi, gerak kerja dan penyediaan kertas kerja. Semua aspek ini perlu disediakan untuk fasa yang seterusnya.

Fasa III adalah kesinambungan kepada Fasa II. Fasa III merupakan tahap di mana segala gerak kerja yang diusahakan sebelum ini perlu dikongsikan khususnya kepada pentadbiran sekolah.

Sebagai permulaan, rancangan asas untuk Fasa III ialah:-

01. Membina laman web rasmi untuk Alumni SMATS,
02. Promosi semula medium perbincangan yang disediakan oleh Ahmad Mauluddin,
03. Lebih ramai warga SMATS khususnya Ex-SMATS [alumni SMATS] dapat melibatkan diri dengan segala aktiviti yang diadakan sama ada di alam maya atau nyata, dan yang paling utama 
04. Lebih banyak perbincangan diadakan sama ada sesama alumni SMATS dan alumni dengan pentadbiran bagi suatu perancangan program atau aktiviti.

Untuk refresh apa yang telah berlaku sebelum ni, mungkin bacaan ini sesuai untuk semua. Klik [SMATSKB]

Nota : Laman rasmi Alumni SMATS telah diwujudkan. Kunjungi Alumni SMATS sekarang! ;D

Sunday, August 14, 2011

MAJLIS SUNGKAI & TARAWIH EX-SMATS: TAHNIAH!

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi SYABAS dan TAHNIAH buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih warga SMATS yang diadakan semalam, khususnya kepada saudara Zulhilmi J. bersama Ex-SMATS yang lain serta pihak pentadbiran SMATS melalui Pengetua, Pn. Seraya yang banyak membantu dalam merealisasikan hasrat murni ini.

Antara Ex-SMATS yang bertuah hadir, sememangnya! ;D
[KOLEKSI GAMBAR]


Apa yang aku tahu, program ini merupakan program pertama yang seumpamanya berjaya dilaksana secara rasmi oleh Ex-SMATS. Lebih manis dan nostalgik, ianya berlangsung di dua buah tempat yang amat intim dengan Ex-SMATS terutamanya kepada dua generasi pertama yang mana surau tersebut merupakan surau induk SMATS bagi tahun 2000-2001.

Sejajar dengan keperluan semasa, beberapa perubahan telah berlaku kepada rupabentuk Surau dan Dewan Makan.

Tentunya 'kepulangan' Ex-SMATS ke tempat ini membungakan kembali kelopak memori yang pernah menguntum selama berada di SMATS, hatta ianya hanya sebulan dua.



Aku berdoa moga kita semua diberikan lagi kekuatan dariNya untuk mengadakan lebih banyak aktiviti seperti ini yang memberi manfaat besar bukan sahaja sesama kita Ex-SMATS, tetapi juga sedikit sebanyak dapat dikongsi oleh mereka yang masih berada di SMATS. Kalau tahun ni dapat buat satu atau dua program bersama, apa salahnya tahun hadapan kita laksana tiga atau empat program pula, ehe.

Justeru, sokongan dan kerjasama padu daripada semua pihak amat diharapkan supaya apa yang dirancang mampu terlaksana dengan jayanya.

Semoga perancangan kita, kalaupun tidak menepati, mudah-mudahan selari jua dengan perancanganNya.

Akhir kata, sekali lagi aku ucapkan TAHNIAH atas kejayaan penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih ini. Setinggi-tinggi TERIMA KASIH atas kerjasama semua pihak terutamanya pihak sekolah serta tidak dilupakan buat Ex-SMATS yang senantiasa tampil memberikan sokongan, dorongan dan juga idea.

Semoga hasil usaha semua dikurnia ganjaran terbaik dariNya, insya Allah amin.


Kalau ada air di tangki,
Bolehlah Aspura menumpang mandi,
Kalau ada ruang berbaki,
Bolehlah kita berprogram lagi.

Friday, August 12, 2011

SEPUTAR KENANGAN: BUNGKUSAN JOM MASUK KAMPUNG

#Entri ke-500. \(^_^)/

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Semalam, beberapa orang ahli PBMDK merangkap AJK program GEGAR 3.0 Kudat 2011 berkumpul di masjid asy-Syakirin untuk menyediakan keperluan yang bakal diagihkan kepada penerima sumbangan sempena aktiviti Jom Masuk Kampung.

Aktiviti Jom Masuk Kampung merupakan sebahagian daripada perancangan program GEGAR. Dalam aktiviti ini, peserta dengan kerjasama wakil penduduk kampung yang terlibat [seperti Ketua Kampung, AJK Masjid dll] akan bersama-sama berkumpul di Masjid untuk sesi pengagihan sumbangan barangan keperluan dapur kepada golongan fakir miskin dan ibu/ayah tunggal. Selanjutnya, sesi Berbuka Puasa bersama-sama diadakan buat menambahkan lagi seri majlis.

Jom Masuk Kampung bergantung sepenuhnya melalui sumbangan pihak ketiga yang dermawan. Ada yang melalui transaksi di Bank, dan ada juga melalui bayaran tunai kepada AJK GEGAR.

Perjumpaan kelmarin bermula sekitar jam 11 pagi dan bersurai sekitar jam 3 petang.

- Mengumpulkan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai.
- Muslimat melipat kain dan mengasingkannya mengikut jumlah penerima sumbangan.
- Muslimin keluar membeli keperluan dapur.
- Pakaian dan keperluan dapur yang telah siap diasingkan, masing-masing dibungkus.
- Setelah selesai, mesyuarat ringkas dijalankan untuk membincangkan agenda Jom Masuk Kampung, Risalah Ramadhan dan aktiviti Sehari Bersama Anak-Anak Yatim/Piatu.


Jom lihat gambar-gambar 'terpilih' [xp]. Gambar mula dirakam semasa melipat pakaian, membungkus dan setelah selesai kedua-duanya. Gambar masa shopping dan meeting, nda sempat, ehe.

Cuba teka apa yang aku tengah buat tu? XD

Melipat pakaian terpakai yang disumbangkan.
Aku pun mau juga melipat tapi nda berpeluang... xp

Menyusun barang sumbangan untuk sesi bergambar, ehe

Bersama Pengerusi GEGAR 3.0 merangkap YDP PBMDK

Saf Muslimat: Yang duduk tu ialah Pengarah GEGAR 3.0.
Kanan berdiri, Ketua Bahagian Risalah & ICT GEGAR 3.0
Kiri berdiri, lupa eh AJK mana.. XD  


Alhamdulillah, dengan kekuatan seramai 5 orang, sesi membungkus barangan untuk sumbangan Jom Masuk Kampung berjalan dengan lancar dan meriah.


PENGUMUMAN!

1. Hari ini ada aktiviti mengedar Risalah Ramadhan edisi 3 di sekitar Pekan Tomborungus, Kudat pada jam 5 petang. Belia Muslim Kudat yang berkelapangan, dijemput hadir untuk sama-sama merasai pengalaman bermakna sempena Ramadhan ini =) [MEMO]

2. Aktiviti Jom Masuk Kampung akan diadakan esok [13 Ogos], bermula jam 5 petang. Kampung yang terpilih ialah Kg. Landung Ayang Laut. [RUJUKAN]


-NOTA-

Buat semua AJK GEGAR dan yang terlibat membantu mengedar Risalah Ramadhan petang ni, minta MAAF sangat-sangat sebab aku nda dapat ikut buat kali yang ketiga berturut-turut. Begitu juga bagi aktiviti Jom Masuk Kampung esok [berdoa ada juga Jom Masuk Kampung II]. Petang ni, akan bertolak pulang ke kampung di Pitas. Sabtu malam baru balik Kudat.

Apapun, semoga aktiviti mengedar dan mengagih sumbangan berjalan lancar dan yang paling penting, timbalah pengalaman sebaiknya. Good Luck! Sirru 'alah barakatillah..!


Thursday, August 11, 2011

CRD: BUNGKUSAN JOM MASUK KAMPUNG

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Catatan Ringkas Diari [CRD]:-

Alhamdulillah, baru tiba di rumah sekembalinya dari sesi beli-belah dan penyediaan bungkusan sumbangan Jom Masuk Kampung sabtu ini [di LA]. Nanti masukkan gambar, ehe.

Esok edar Risalah Ramadhan edisi III GEGAR 3.0 di sekitar Pekan Tomborungus. Kumpul di pentas [5 petang] sebelum bergerak mengikut pecahan.

Petang ni jemputan sesi Berbuka Puasa & Tarawih di PASTI  al-Furqan Kudat.



Jutaan TERIMA KASIH kepada insan atau pihak yang sudi memberikan sumbangan kepada PBMDK untuk menjayakan misi GEGAR 3.0 kali ini. Hanya Allah s.w.t selayaknya memberikan balasan nikmat yang terbaik buat semua yang sudi menginfakkan harta, tenaga dan masa. Mudah-mudahan, insya Allah amin.

JELAJAH KE PAPARAN PENGGUNA [UI] BAHARU BLOGGER

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini [sekitar awal tahun ni kalau tidak silap], Blogger telahpun mengumumkan Paparan Antaramuka Pengguna [User Interface atau UI] Blogger yang baharu.

Kemudian, pembaharuan ini boleh digunakan di Blogger in Draft [BID], tetapi masih belum menyeluruh. Maksudnya, ada pengguna yang dapat lihat pembaharuan itu bila log masuk di BID, ada yang tidak.

Kemudian hari ni, apabila aku mendapat tahu yang Blogger akan membuat Penyelenggaraan Berjadual [Scheduled Maintenance], barulah aku terfikir semula mengenai UI baru di BID tadi.

Selepas pulih semula, aku pun terus log masuk ke BID, dan hasilnya aku tidak kecewa!

Jom tengok jelajah ringkas aku di UI baru Blogger di BID:-











Nota:
- Ni masih dalam Draf. Klik BID untuk ke Blogger in Draft.
- Ada lambat sikit rasa masa loading
- Right-click kalau gambar nda jelas

Bila usha2 ni, terus jatuh sinta eh.. Kasi jadi Default terus BID ni, hua2!

Jangan lupa klik +1 dan Kongsi berita ini kepada kenalan lain okay..! =D

Aku sudah mula menjelajah. Kini, giliran anda pula! ;D

Wednesday, August 10, 2011

EX-SMATS, JOM SOLAT TARAWIH DI SMATS!

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.


Sumber n Kredit : SMATS FB Group [Tidak Rasmi]



Berita baik buat warga SMATS khususnya Ex-SMATS, satu sesi Solat Tarawih bersama-sama di surau SMATS akan diadakan pada 13 Ogos 2011, Sabtu ini. Sila sampai di surau sebelum Isya' okay..

Berikut aku copy-paste sedikit maklumat dari Event FB Solat Tarawih ini;


Mari kita bersama bersolat Terawih di Surau Smats. Pelbagai objektif dan matlamat bagi majlis ini:


1) Semoga kita dapat mendekatkan lagi diri kita dengan Allah SWT. dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada-NYA. 


2) InsyAllah kita mampu untuk mengeratkan kembali ikatan persahabatan antara kita yang telah terpisah buat seketika waktunya utuh kembali dengan berjumpa dengan sahabat2 lama dan senior2 dan junior2.


3) Kedatangan kita ke sekolah tercinta ini akan menjalinkan ikatan kasih sayang antara warga sekolah SMATS dan kita(ex-smats) yang suatu ketika dahulu pernah menjadi warga sekolah ini.


4) Kita boleh menjemput rakan2 ke rumah masing-masing pada hari raya nanti.


5)Dapat mengimbau kembali kenangan bersama kita ketika bergelar pelajar di sekolah ini pada bulan ramadhan, dan kenagan2 sepanjang kita di sekolah ini.


Oleh itu, mari kita bersama beramai-ramai untuk menghadirkan diri pada malam Sabtu ini (13 Ogos 2011) pada pukul 7.30 p.m (sebelum isyak) ke majlis Solat Terawih Ex Smats. Kehadiran amatlah dialu-alukan..


#satu hari jak pun
#x sampai pun 2 jam tuk solat terawih tu..=)
#apa slahnya sekali sahaja kita pi tuk tahun ni berjumpa dengan sahabat2 lama kan.alaa,,jap jak pun..=)


bah apa lagi..,jom kita pergi k!.. Sepa mau pergi tu, tekan butang hadir k.. Jan kasi lama. Mau dapatkan kehadiran tuk gitahu ngan pentadbiran Smats


Setakat ni, baru ada 10 orang yang memastikan kehadiran untuk datang. Klik sini untuk ke Event ini di FB. Bagi mana-mana Ex-SMATS yang nda dapat datang, harap dapat tolong hebahkan kepada kenalan yang lain. Kasi GEGAR surau SMATS tu, yeahh! XD


Ohya, masih ingat gambar apa bawah ni?

2000 - 2008

Ini adalah memori bersama.. ^^,

Tuesday, August 09, 2011

KAMPUNG PUN BOLEH MENGUNDI?

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Tengok gambar ni;

Sumber n Kredit : tukartiub


Kalau nda faham apa mesej tersurat, tersirat atau subliminal message dari gambar ni, sila baca ini.

Kalau banyak sangat masalah teknikal, bayangkan Biometrik nanti macam mana..

Kalau ni di Sabah, apa orang muda Sabah akan buat?
Oupss, ini soalan bonus..
Patung Domo terkenal di sini..
Buat Dono dan Dunno pun 'terkenal' bah juga, hahaha..


Nota : Aku ada membuat semakan sendiri No. KP tu pada jam 5:56 pagi tadi. Hasilnya;

Lihat Cursor


Kalau nda percaya, sila semak sendiri okay.. =D

Nota ii : Harap pihak yang berkenaan dapat buat tindakan susulan selepas mendapat tahu hal ini. Usahlah menunggu 'aduan rasmi'.


Masih ingat bawah ni? Apa kaitan gambar atas, gambar bawah dan 'kedudukan istimewa' PATI di Sabah?

Baca : BERSIH 2.0 Sabah

~ UPDATE! ~ 
9 Ogos 2011, 12:40pm @ msslawliet

Jom tengok gambar bawah, ehe..
Sumber n Kredit : TGNAANM

Monday, August 08, 2011

IKLAN PALING COOL SEUMUR HIDUP

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

MAAF nak, ini bukan fenomena Blogsphere; Wordless Wednesday, Bluesless Monday, Speechless Sunday, Spontaneous Thursday atau -day yang lain.

Ini adalah "A picture paints a thousand words".

Hayati iklan yang aku nobatkan sebagai 'Iklan Paling Cool Seumur Hidup' ini..! \(^_^)/

Sumber n Kredit : tukartiub


Nota i : 'Template' sepanduk ni macam kenal sangat, keh3..
Nota ii : Ni Versi I. Versi II nda sempat copet. Nanti kalau ada, aku pos lagi..
Nota iii : Jangan lupa klik Kongsi dan +1 okay.. X)
Nota iv : Kuliah tamat.

Sunday, August 07, 2011

PANDUAN PENULISAN MINIT MESYUARAT

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Minit Mesyuarat adalah satu bentuk pelaporan mengenai turutan [kronologi] perbincangan rancangan-keputusan gerak kerja sebelum, semasa dan selepas suatu program berlangsung. Kronologi ini amat penting sebagai suatu rujukan semasa Jawatan Kuasa Pelaksana Program.

Segala tindak-tanduk Jawatan Kuasa Pelaksana tadi adalah berpandukan ketetapan [keputusan] yang telah diminitkan [diputuskan/direkod] semasa mesyuarat program dijalankan. Namun, ketetapan tadi juga bergantung dengan faktor luar [makro] seperti nasihat wakil Timb. Naib Canselor [contohnya] dan hal-hal lain di luar kawalan Jawatan Kuasa Pelaksana seperti gangguan cuaca, bencana alam dll.

Minit Mesyuarat bagi mesyuarat yang sebelumnya perlu diedarkan sebelum mesyuarat selanjutnya [jika ada] untuk bacaan dan semakan ahli-ahli mesyuarat yang dijemput. Minit Mesyuarat tadi perlu disahkan sebelum mesyuarat yang seterusnya dimulakan. Ianya disahkan melalui kombinasi Pencadang-Penyokong. Duo [kedua-dua] ini hendaklah [wajib] mereka yang pernah menghadiri mesyuarat yang sebelumnya. Seterusnya, semua catitan hendaklah direkodkan oleh Setiausaha atau timbalannya dan disahkan kemudian oleh Pengarah program.

Minit Mesyuarat adalah antara entiti utama [mustahak] dalam dokumentasi program.



Baik, mari kita lihat aspek-aspek yang perlu ada dalam Minit Mesyuarat program secara umum.


PANDUAN RINGKAS PENULISAN MINIT MESYUARAT

01. Tajuk Minit
(Nyatakan minit mesyuarat beserta bilangan)


02. Maklumat Mesyuarat
a. Tarikh
b. Masa
c. Tempat


03. Kehadiran
a. Ahli-ahli yang hadir
b. Tidak hadir dengan kenyataan


04. Perkara
a. Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis*
b. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
c. Perkara-perkara yang dibincangkan seperti dalam agenda
d. Hal-hal lain (Nyatakan dengan ringkas, padat dan tepat)

*Pengerusi Majlis [MC] biasanya ialah Timb. Setiausaha. Jika tiada, ianya akan diambil alih oleh Pengarah Program.


05. Tindakan / Makluman
(Nyatakan tindakan / makluman bagi setiap perkara untuk rujukan)


06. Penangguhan Mesyuarat
(Nyatakan masa penangguhan mesyuarat)


07. Tandatangan
a. Pencatit (Semakan) -- Setiausaha
b. Pengesah (Pengesahan) -- Pengarah / Pengerusi Program

(Nyatakan nama, jawatan dan tarikh**)

**Ditulis berdekatan dengan tandatangan

NOTA:
Semua siri panduan mengenai penganjuran program / aktiviti ini berlatar belakangkan IPTA / Universiti. Sila ubah suai mana yang perlu mengikut situasi dan keperluan masing-masing. Harap maklum.

Bonus :
-Muat turun panduan penulisan minit mesyuarat ini [klik].
-Muat turun sampel minit mesyuarat [klik].



Siri lain : 
PANDUAN MENULIS KERTAS KERJA
- PANDUAN PENULISAN ANGGARAN BELANJAWAN
- PANDUAN PENULISAN MINIT MESYUARAT
- PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK / AKTIVITI


Friday, August 05, 2011

KUOTA DATA CELCOM BROADBAND BERTAMBAH?

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Sebentar tadi, aku log masuk Celcom Online Customer Service untuk menyemak status jumlah data yang telah diguna untuk bil bulan ini. Lagipun, aku terperasan yang download speed aku semacam ciput tadi. Tu terus cek tu, ehe.

Lihat cursor. Kuota Data bertambah 1GB menjadikan jumlah Kuota Data broadband ku = 6GB


Aku nampak Allocated Volume tu bertambah. Allocated Volume ialah had kuota data dalam satu kitaran bil pengguna broadband. Kuota ini bergantung dengan jenis pakej. Sekiranya jumlah data terkumpul telah melebihi had kuota tersebut, maka kelajuan internet [termasuklah download dan upload] akan dipotong maksimum sehingga separuh daripada kelajuan asal pakej. Sebab tu kalau line kamu rasa semacam ciput ja, cepat-cepatlah semak kuota tu, ehe.

Ohya, kuota ni boleh disemak di menu My Account > Fair Usage Policy.

SURAT BANI GAJAH KEPADA BANI MELAYU

Nota MSS: Tulisan ini disalin-tampal tanpa sebarang edit dari sumber. Kredit buat Tim Tukar Tiub


MALAPETAKA – SURAT KEPADA BANI MELAYU

Dua puluh penduduk di Kampung Seberang Star, dekat Gua Musang kerugian teruk apabila kebun getah dan pisang seluas 2.4 hektar musnah diserang sekumpulan 12 ekor gajah liar sejak dua minggu lepas. 


Malah, mereka juga tinggal dalam ketakutan kerana gajah liar terbabit pernah berkeliaran di kawasan kediaman setiap malam hingga memaksa penduduk berkumpul di luar rumah untuk menghalaunyaBERNAMA


Wahai Bani Melayu,

Adalah aku ini dari Bani Gajah menulis surat ini kepada kamu Bani Melayu dengan niat yang jujur lagi ikhlas. Surat ini tidaklah aku tulis hanya mewakili Bani Gajah sahaja. Adalah diberitahu kepada kamu wahai Bani Melayu bahawa aku menulis ini untuk menyampaikan rasa hati seluruh Bani Hutan.

Kancil dan napoh telah bersuara. Harimau dan rusa telah berkata-kata. Enggang di pucuk nan tinggi dan kubong di batang kepala semuanya ingin menyatakan rasa tidak puasa hati mereka. Hendaklah kamu sedari wahai Bani Melayu, yang hidup dalam hutan belantara bukan hanya orang hutan sahaja. Musang dan buaya, lotong dan kera - kami telah sebulat suara untuk memberi ingatan tentang Malapetaka.

Sebelum senapang itu melepaskan tembakan. Sebelum das besi panas itu singgah ke atas tengkok aku. Sebelum aku mati di racun. Sebelum kaki aku kau rantai dengan jerat. Sebelum Bani Gajah pupus dari bumi ini, biar aku surahkan rasa hati kami.

Sedarlah kamu wahai Bani Melayu bahawa bumi ini bukan hak milik kamu sahaja. Sedarlah kamu wahai Bani Melayu bahawa bumi ini milik semua. Sesiapa yang yang bernafas , sesiapa yang berbunyi dan bersuara adalah tanda pemilik hak yang sama. Dari unggas, mawas, cikah dan kura-kura – semua meminjam bumi ini untuk hidup sementara.

Adalah telah kami perhatikan semenjak Tuan Orang Puteh lari meninggalkan bumi ini pada 31 Ogos 1957 dahulu, kamu Bani Melayu telah membawa Malapetaka yang maha sangat. Kamu telah menjadi penganas. Kamu telah merosakkan bumi ini seolah-olah bumi ini adalah milik kamu sahaja.

Wahai Bani Melayu, apakah kamu tidak sedar atau sengaja tidak mahu sedar bahawa bumi ini untuk kita semua kongsi melintas. Apakah susah sangat untuk kamu menerima hakikat bahawa bumi ini hanya pinjaman. Kemanakah perginya akal dan fikrah kamu sehingga kamu terus membawa Malapetaka ini.

Biar aku surahkan disini bahawa kami yang tinggal di dalam hutan telah lama merasakan Malapetaka ini. Saban hari tanda tanda Malapetka semakin meluas dan semakin jelas. Lalu aku dalam surat ini ingin menyedarkan agar kamu tidak hanyut terkapai-kapai akibat Malapetaka yang akan sampai.

Tidak kah kamu tahu bahawa sebelum kamu berada di bumi ini kamilah Bani yang terawal berkelana di bumi ini. Berbilion tahun sebelum kamu sampai ke sini aku dan Bani Hutan telah berkeliaran bebas di sini. Kami berkelana tanpa ganguan. Kami berkelana tanpa sekatan. Kami berkelana bebas.

Sumber n Kredit : Perpustakaan Desa Titi Teras


Wahai Bani Melayu,

Biar aku catatkan disini satu persatu keganasan yang telah kamu lakukan. Hendaknya apabila telah aku tuliskan ini maka terbukalah hati kamu yang selama ini telah menjadi bagitu kotor dan busuk.

Kamu telah dan sedang menjarah hutan belantara ini tanpa perancangan tanpa peraturan. Tidak kah kamu rujuk apa yang telah ditulis dalam penjanjian kami dengan Orang Puteh dahulu. Perjanjian Hutan Belantara yang tertulis dalam Perlembagaan itu tidak kamu ambil peduli. Tidak pula kamu beri tahu kepada anak cucu cicit kamu tentang adanya tertulis Satu Perjanjian. Telah ditulis: bahawa setiap batang balak yang kamu tebang maka kamu juga diwajibkan menanam anak balak itu kembali. Tidak kamu ajar dan didik cucu cicit kamu tentang perjanjian ini. Kamu pura pura tak tahu dan tidak merujuk kepada apa apa buku.

Kamu bagitu angkuh dengan kuasa dan kudrat kamu. Lalu kamu tolak runtuh bukit dan gunung ganang. Lalu kamu landaikan bumi ini agar kereta yang kamu naiki dapat meluncur laju. Satu demi satu kerabat pokok hilang dari muka bumi. Satu demi satu kerabat ulat dan kerabat unggas hilang untuk selama-lamanya. Satu demi satu Bani Rumput dan Bani Lalang hilang.

Kamu dengan angkuh telah mentafsirkan Bani Hutan sebagai benda untuk buruan. Lalu kami diburu dan dihalau. Lalu kami di jerat dan di tembak. Lalu kami ditangkap dan diracun. Kami dimasukkan ke dalam kurungan. Kami pun dijadikan barang peniagaan. Kamu menjual tiket untuk menayangkan kami kepada anak cucu cicit kamu. Kau menjadikan Bani Hutan barang pemainan untuk menghibur hati hati kamu yang masam kulam.

Tidakkah kamu sedar hutan balak dan bukit bukau yang telah kamu ratakan adalah kampong and halamana aku. Tidak kah kamu memiliki perasaan apabila kamu menjarah dan merampok balak dihutan kamu telah merosakkan alam yang berbilion tahun tersusun rapi dalam satu rantaian kehidupan yang bagitu harmoni.

Tidak kan kamu sedar bahawa alam ini diikat dengan hukum dan hakam. Alam ini sujud kepada hukum Yang Maha Esa. Alam semesta kita ini bergerak diatas syarat dan aturan yang tertulis semanjak kun fiyakun.

Wahai Bani Melayu, biar aku surahkan disini agar dapat kamu memahami tentang rantai kehidupan yang aku katakan ini. Biar aku contohkan disini akan hukum alam yang menjadi bumi ini dengan nyata.

Ketika musim durian sampai maka kami Bani Gajah pun akan berkenduri berkendara. Setiap durian yang kami telan adalah tanda kesyukuran kami kepada hutan. Lalu kami merayau jauh berbatu batu. Di lereng lereng bukit kami berakan biji biji durian yang kemudiannya menetas, membesar dan berbuah kembali. Tanpa Bani Gajah , kamu Bani Melayu tidak akan kenal durian dan tempoyak.

Tidak cukup dengan ini kamu keluarkan berak bergantang gantang. Lalat dan langau hidup membiak diatas berak kami. Lalu berak yang membusut jantan ini membajai seluruh hutan. Maka suburlah hutan dimana sahaja kami berada. Kami merayau, merentas dan berjalan. Danau dan lurah yang kami teroka menjadi denai untuk babi dan rusa.

Wahai Bani Melayu, rantai kehidupan ini bukan ada pada Bani Gajah sahaja. Setiap binatang, setiap unggas , setiap ulat, setiap serangga adalah talian rantai kehidupan di bumi ini. Setiapa pokok, setiap batang, setiap rumput dan setiap lalang adalah rantai kehidupan. Jika satu rantai ini pupus maka akan kendurlah rantai kehidupan ini. Selama tiga puluh tahun kebelakangn ini kamu Bani Melayu telah memutuskan banyak rantai rantai ini. Justeru, Malapetka telah sampai.

Kami Bani Hutan sedang memerhati Malapetaka yang sedang membadai kami. Setiap kali kamu menggondolkan hutan Bani Gajah akan hilang tempat bercumbu dan padang mencari makan. Berbulan bulan aku kurus kelaparan. Tidak lagi aku terberak durian untuk membajai hutan.

Sesudah gunung ganang kau gondoli kini sungai pula kau empangi. Lalu lurah dan paya tenggelam dan hilang. Tidak kah kau tahu berapa ratus jenis kupu kupu dan belalang turut sama mati. Yang selamat kini hidup tunggang langgang?

Sumber n Kredit : Laksamana Bukit Bintang


Wahai Bani Melayu,

Aku saekor Gajah menulis surat ini meminta kamu berhenti sebentar dari menebang hutan dan belukar. Berhenti menarah bukit dan gunung. Berhenti dari menimbus lurah dan gaung. Berhenti dari mengempangi sungai. Tidak kah kamu sedar bawa gunung dan bukit itu ialah paku bumi ini. Tidak kah kamu sedar gaung dan lurah itu ialah nadi penafasan bumi. Sungai dan paya ialah aliran darah bumi. Bumi dan alam ini juga bernafas dan bernyawa. Jangan kamu menjadi anggkuh menganggap bumi dan alam ini hanya milik kamu sahaja.

Minggu ini kamu telah memburu suku sakat aku. Kamu menghalau. Kamu menuduh Bani Gajah membawa Malapetaka. Tetapi, wahai Bani Melayu , tidakkah kamu sedar bahawa hutan yang kamu tarah itu adalah rumah aku. Balak Balak yang kamu tebang itu adalah tiang tempat aku bemain dan menyandarkan badan. Tidak kah kamu sedar bahawa hutan yang kau tebang adalah dapor makanan aku.

Aku lihat kamu semakin anggkuh. Aku perhatikan semenjak Tuan Orang Puteh pergi kamu bagitu rakus mengumpul harta pribadi. Entah berapa ratus spesi rumput rampai yang pupus akibat haloba kamu mengumpul harta. Berapa banyak cikah kera dan lotong menjadi penggangur. Kini mereka berdiri ditepi jalan raya meminta-minta sedekah kerana kampong halaman mereka telah kau robek robek. Dalam setahun berapa ratus ribu Bani Tenggiling dikumpul dan dibunuh untuk memuaskan nafsu ringgit kamu. Berapa banyak pula Bani Musang dan Bani Biawak mati di jalan raya akibat dilanggar kereta kamu.

Inilah Malapetaka yang sedang mengancam kami. Dihutan kami digelodak. Tasek dan danau kami semakin kering. Paya dan lurah semakin terhakis. Kau secara bijak menamakan tempat kami hutan belantara simpanan. Kau gazetkan kawasan simpananini. Tetapi satu demi satu tanah simpanan ini mengecil. Satu demi satu wliayah Bani Hutan semakin sempit. Inilah Malapetaka yang sedang kami hadapi kerana kamu Bani Melayu sedang rakus mengumpul harta.

Ingatlah bumi ini kita lalui bersama-sama. Bumi ini kita duduki hanya untuk sementara. Bumi ini hanya pinjaman sahaja. Sedarlah Gedong dan Istana yang kau diri itu tegak diatas runtuhan kampong kami. Kereta yang kau naiki itu sedang mercun udara bumi.

Wahai Bani Melayu,

Apakah kamu sedar setiap pokok yang kamu tebang sebenarnya kamu sedang mengurang udara bersih di bumi ini. Apakah kamu sedar setiap hutan yang kamu robek adalah tapisan air untuk kita semua. Apakah kamu sedar bahawa otak dan akal yang kamu miliki itu wajib diubah kerana ianya bertangung jawab jawab membawa Malapetaka ke atas bumi ini.(TT)


p/s :
dari gua musang ini
kau hendak hantar Bani Gajah ini ke mana?

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN terbaru
yang sedang dalam poasaran
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingghun ini sila
pukul talipon 03-22-72-40-45


Nota MSS II: Di Kudat, macam aku nda jumpa akhbar Suara Keadilan ni. Nampak gayanya, aku kena cepatkan ni hajat untuk buka kedai buku ni. Oupss..! Muahua5! XD

Thursday, August 04, 2011

RISALAH RAMADHAN GEGAR 3.0

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

GEGAR 3.0 merupakan akronim bagi Gerak Gempur Ramadhan di mana '3.0' menunjukkan program ini telah diadakan untuk kali yang ketiga. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat [PBMDK] dengan kerjasama beberapa institusi awam dan pihak ketiga yang lain. Aktiviti dan skop penglibatan PBMDK tidak hanya terhad kepada daerah Kudat semata-mata tetapi juga sebenarnya meliputi keseluruhan Bahagian Kota Marudu [sebelum ini disebut sebagai "Bahagian Kudat"] iaitu bermula dari Pulau Banggi, Kudat, Matunggong, Kota Marudu dan Pitas.

Pada masa ini, PBMDK memfokuskan sekitar kawasan Bandar Kudat kerana ahli rasmi PBMDK hanya sekitar 200 orang. PBMDK juga sebelum ini pernah mengadakan program kerjasama [kolaborasi] dengan pihak lain di kesemua tempat dalam Bahagian Kota Marudu.

Antara aktiviti GEGAR ialah mengedarkan risalah sempena bulan Ramadhan di kawasan Tamu [Pasar Mingguan] dan Bazaar Ramadhan. Memandangkan bilangan risalah yang dicetak dan diedar adalah terhad, maka PBMDK mengambil inisiatif untuk memuat naik [upload] salinan lembut [softcopy] risalah ini dalam format pdf untuk menambah luaskan lagi tahap capaian risalah yang disediakan.

Ini seterusnya memudahkan risalah dikongsi dan disebarkan ke tempat-tempat yang tidak tercapai oleh duta-duta kecil PBMDK seperti tempat kerja, sekolah, masjid/surau dan kawasan tempat tinggal sekitar anda para pembaca sekalian.

RISALAH RAMADHAN GEGAR 3.0 2011


Semoga risalah ini memberi manfaat besar kepada kita semua. Selamat Beramal!


u/p: PBMDK mengalu-alukan suntikan kewangan untuk menjayakan GEGAR 3.0. Setiap sumbangan akan dihulurkan kepada fakir-fakir miskin, anak-anak yatim, Ibu/Ayah tunggal sekitar Kudat.

Sumber n Kredit : PBMDK

Wednesday, August 03, 2011

PROJEK KP [IC PROJECT] SEMAKIN CANGGIH?

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Isu PATI ni sudah sedia muncul sejak sebelum aku akil baligh lagi, dan sehingga sekarang mau bercucu cicit sudah masih tiada lagi penyelesaian positif-konkrit muncul daripada pihak yang bertanggungjawab. Sekarang, sibuk daftar PATI oleh majikan. Bergumbiralah para majikan yang 'menyeludup manusia' PATI ni [mungkin ala 'borong' lagi] untuk didaftarkan beramai-ramai. Aramai iti! Nanti PRU, pok-pok mengundi!

Mana nama bapa? Bin / Binti / A/L / A/P ?

-MyPR ke MyKad : Betul-betul 'canggih'. [Sumber] [Malaysiakini] [Harakahdaily]

-Pertambahan penduduk Sabah meningkat sehingga 500 peratus? [Sumber]



-Buku IC Palsu oleh Mutalib MD. [Sumber] [Sumber]

-Kerajaan Sabah Mandat Siapa? [Sumber]

-Bilakah Sabah Merdeka?
-Sabah menyertai Persekutuan Malaysia?
-Sabah: Negeri atau Negara?
-Kenapa Dokumen 20 Perkara dikatakan sulit dan sensitif sama seperti cerita hal-hal dalam kain? [Sumber]

Nota : 
-Sila right-click semua pautan untuk memudahkan aktiviti membaca. 
-Kalau ada sumber lain yang ingin dikongsi, sila kongsikan di ruangan komen okay! d(^^,)

Monday, August 01, 2011

KOLEKSI WALLPAPER SEMPENA RAMADHAN YANG MENARIK!

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, malam pertama Tarawih dan hari pertama bersahur, berpuasa dan berbuka selamat dilalui dengan jayanya. Semalam Tarawih di Masjid Kg. Pengaraban. Pertama kali bertarawih di situ. Bagaimana pula kamu semua? Harap okay-okay juga ya.. =D

Artikel kali ni sekadar perkongsian ringkas mengenai Wallpaper sempena Ramadhan yang aku jumpa.

Sumber n Kredit : Persatuan Siswazah Sabah Kunak


Source n Credit : Islamgreatreligion


Source n Credit : Islamgreatreligion


Source n Credit : Islamgreatreligion


Source n Credit : Islamgreatreligion


Muat turun secara pukal Wallpaper di atas : [klik]

Lagi Koleksi Wallpaper: [01], [02]

JANGAN BELI KURMA JORDAN RIVER

Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Dalam satu sisi regim ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.



Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel sepertimajalah Israel-Asia Trade, Israel Review, bukuAdvantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Oleh itu kita tidak hairan, jika Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce menulis pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel seperti berikut :

The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.

Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar, Najib harus menafikan kenyataan Micha Harish ini.

Memerangi Israel wajib ke ke atas semua kerana kezaliman mereka. Lebih lagi kita umat Islam ia ialah perang pembebasan kiblat pertama Umat Islam. Kita tidak mampu untuk memikul senjata memerangi tentera Israel tetapi percaya dan yakinlah sama 'maqamnya' dengan memerangi Israel apabila kita bangkit menjatuhkan Umno Bn kerana dengan jatuhnya Umno Bn kita akan menghentikan hubungan dagang dengan Israel dan seterusnya melumpuhkan sumber ekonomi mereka.

Kepada Mukhriz anak kepada Mahathir, harus tampil menyatakan pendirian sebenar dalam isu ini bukan diam berkubu di MITI yang menjadi pusat pengkhianatan yang menjadikan Malaysia negara munafik.


Nota : Salin-tampal tanpa sebarang edit dari sumber. Sumber : Tukar Tiub