Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, August 04, 2011

RISALAH RAMADHAN GEGAR 3.0

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

GEGAR 3.0 merupakan akronim bagi Gerak Gempur Ramadhan di mana '3.0' menunjukkan program ini telah diadakan untuk kali yang ketiga. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat [PBMDK] dengan kerjasama beberapa institusi awam dan pihak ketiga yang lain. Aktiviti dan skop penglibatan PBMDK tidak hanya terhad kepada daerah Kudat semata-mata tetapi juga sebenarnya meliputi keseluruhan Bahagian Kota Marudu [sebelum ini disebut sebagai "Bahagian Kudat"] iaitu bermula dari Pulau Banggi, Kudat, Matunggong, Kota Marudu dan Pitas.

Pada masa ini, PBMDK memfokuskan sekitar kawasan Bandar Kudat kerana ahli rasmi PBMDK hanya sekitar 200 orang. PBMDK juga sebelum ini pernah mengadakan program kerjasama [kolaborasi] dengan pihak lain di kesemua tempat dalam Bahagian Kota Marudu.

Antara aktiviti GEGAR ialah mengedarkan risalah sempena bulan Ramadhan di kawasan Tamu [Pasar Mingguan] dan Bazaar Ramadhan. Memandangkan bilangan risalah yang dicetak dan diedar adalah terhad, maka PBMDK mengambil inisiatif untuk memuat naik [upload] salinan lembut [softcopy] risalah ini dalam format pdf untuk menambah luaskan lagi tahap capaian risalah yang disediakan.

Ini seterusnya memudahkan risalah dikongsi dan disebarkan ke tempat-tempat yang tidak tercapai oleh duta-duta kecil PBMDK seperti tempat kerja, sekolah, masjid/surau dan kawasan tempat tinggal sekitar anda para pembaca sekalian.

RISALAH RAMADHAN GEGAR 3.0 2011


Semoga risalah ini memberi manfaat besar kepada kita semua. Selamat Beramal!


u/p: PBMDK mengalu-alukan suntikan kewangan untuk menjayakan GEGAR 3.0. Setiap sumbangan akan dihulurkan kepada fakir-fakir miskin, anak-anak yatim, Ibu/Ayah tunggal sekitar Kudat.

Sumber n Kredit : PBMDK