Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, September 28, 2011

DOKUMENTASI BEKAS PELAJAR SMATS

Assalamu'alaikum w.b.t

Makluman kepada semua Ex-SMATS:-

"Kepada semua bekas pelajar SMATS dari tahun 2000 - 2010, sila beri maklumat terkini tuan/puan kepada Cikgu Ruslee Maksud untuk tujuan dokumentasi kerana kita sedang menjejak bekas pelajar. Maklumat ini juga boleh membantu sekolah untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2016. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat saya hargai." - Pengetua SMATS.


Butiran yang perlu diberikan ialah:-

1) NAMA PENUH:
2) TAHUN MASUK:
3) TAHUN KELUAR:
4) PENDIDIKAN TERTINGGI:
5) INSTITUSI TERAKHIR:
6) LOKASI SEKARANG:
7) PEKERJAAN SEKARANG:
* LAIN-LAIN MAKLUMAT SEKIRANYA PERLU.

-Sampel-
1) Mohd. Samizul bin Samad
2) 2000
3) 2004
4) Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Sains Sekitaran)
5) Universiti Malaysia Sabah
6) Kota Kinabalu
7) Tidak Bekerja


Lain-lain maklumat : Belum Berkahwin, muahua3! <---gurauan berkasih, LOL


Kirimkan butiran ini ke : maksudruslee[at]yahoo.com.my

Harap dapat dimaklumkan kepada rakan-rakan Ex-SMATS yang lain. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua! ;D


Rujukan : Alumni SMATS

Saturday, September 24, 2011

HARI PENGGUNA UBUNTU

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Lega rasanya bila trilogi Malaysia Tidak Pernah Dijajah? telah selamat disiapkan. Trilogi ini aku cuba olah seringkas dan sepadat yang mungkin. Aku harap mesej-mesej [pandangan peribadi] yang disampaikan dapat dihadam dengan baik dan mana-mana segmen yang berbangkit daripada seputar isu tersebut mendapat pencerahan yang tidak lagi memeningkan pembaca. Kalau ada kritikan atau cadangan, ruang komen Intense Debate aku sentiasa terbuka luas untuk semua.

Baik, kali ni aku mau hebahkan pasal Ubuntu pula. Aku yakin hal ni bukanlah tersebar luas dan pantas sebagaimana isu Hantu Bonceng [nda pandai habis-habis dengan hantu segala]. Selaku peminat, penyokong dan pengguna Ubuntu, aku merasa ada tanggungjawab untuk aku menghebahkan segala hal yang berkaitan dengan dunia Ubuntu atau Linux.



Bermula dari hari ini 24hb hingga 25hb September, berlangsung satu acara Live dalam alam maya iaitu Hari Pengguna Ubuntu. Menurut JomLinux, aktiviti ini menawarkan kursus-kursus dalam dalam tempoh satu hari untuk mengajar pengguna Ubuntu tentang asas-asas penggunaan Ubuntu.

Kursus dalam talian ini membolehkan kita;

a. mencari program-program yang setara di Ubuntu

b. belajar bagaimana untuk mendapatkan bantuan

c. mempelajari asas-asas bagaimana menggunakan command line di Ubuntu

d. belajar bagaimana untuk melibatkan diri dalam komuniti


Setakat ni ja dulu.. Maklumat lanjut boleh lawat laman JomLinux ya.. Semoga bermanfaat dan harap dapat dikongsikan pada yang lain..! d(^^,)


Nota: Pasang niat untuk masuk kursus ni esok, ehe.. ;)

Thursday, September 22, 2011

MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH? [03]

-Sambungan dari #02

DIJAJAH ATAU DINAUNGI? [01]

Sumber n Kredit : malaysiakini

Tidak berapa lama selepas aku menerbitkan bahagian pertama tulisan ini, muncul di arus perdana satu teori baharu; Malaysia atau Tanah Melayu tidak pernah dijajah, tetapi hanya dinaungi oleh British. Lebih gempaq, kata-kata ini terbit dari lidah seorang ilmuan yang berpangkat superb - Profesor.

Sebenarnya, idea aku untuk menulis atau mengupas sebanyak mungkin tentang isu ini bermula lama sebelum profesor ini muncul di kaca TV, dada akhbar bersama 'penemuan baharunya'.

Aku mula memasang angan tadi selepas melihat seorang kawan - Ex-Fasilitator SchoolNet yang kemudiannya memasuki alam keguruan - menulis di Wall FB tentang kenyataan bahawa Malaysia sebenarnya tidak pernah dijajah kerana Malaysia lahir pada tahun 1963.

Nah, di sini rasa teruja itu bangkit. Sekali imbas, ianya betul. Memang betul Malaysia lahir pada 1963, tetapi tidak bermakna 'Malaysia' itu tidak pernah dijajah langsung oleh bangsa Barat [Eropah]. Dari segi sejarahnya, setiap inci tanah di kawasan yang sekarang ini digelar sebagai Malaysia pernah dijajah.

Dijajah yang bagaimana?

Kita masing-masing pernah dijajah. Tanah Melayu oleh British, Sarawak oleh keluarga Brooke, Sabah oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Masing-masing mempunyai kisah [baca: sejarah] bagaimana dijajah. Ada yang melalui kekerasan seperti serangan Portugis ke atas Melaka, ada yang diserah pemilikan oleh ketua tempatan [Sultan atau Raja atau Penghulu] kepada bangsa asing seperti di Sabah dan Sarawak.

Jadi, dari segi sejarah, negara yang membentuk Persekutuan Malaysia itu masing-masing pernah dijajah, masing-masing mempunyai cerita dan kisah selama penjajahan berlaku.

Kesimpulan untuk persoalan ini, pada pendapatku ialah;

Benar Persekutuan Malaysia tidak pernah dijajah, tetapi negara yang bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia itu masing-masing pernah dijajah dan ada sejarah dijajah yang tersendiri.

Adakah pendapatku ini memeningkan pembaca?


DIJAJAH ATAU DINAUNGI? [02]


Sumber : FAKTA SEJARAH HINGGA KIAMAT
*Isu Gambar Tok Janggut [KLIK]

Sekarang aku ingin berkongsikan pandangan mengenai kenyataan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah; hanya dinaungi sahaja oleh British. Era penjajahan, menurut ilmuan tersebut, hanya berlaku pada tempoh Malayan Union dicanangkan oleh British [Persoalan berbangkit: Pernahkah Malayan Union terlaksana?] dan semasa pendudukan Jepun sehinggalah terbentuknya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

'Teori Baharu' ini mencetuskan gelombang fenomena yang sebelumnya dicetuskan oleh Mat Sabu tentang peristiwa Bukit Kepong. Dalam ucapan Mat Sabu, beliau menyatakan secara umum bahawa mereka yang menentang dan melawan British [aliran kiri] adalah mereka yang berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu.

Apa yang berbeza ialah ideologi golongan aliran kiri ini. Dalam golongan kiri, ada yang berjuang melalui ideologi Komunis yang muncul awal 1900-an, sedangkan golongan kiri ini telah lama muncul sejak hari pertama Melaka dijajah Portugis, yang meranapkan Kesultanan Melayu-Islam Melaka yang ulung 500 tahun yang lalu. Ideologi 'tertua' dalam golongan kiri ini ialah ideologi Islam di mana masyarakat Melayu pada masa itu diikat kuat oleh agama Islam. Perjuangan menentang penjajahan rakus oleh bangsa Barat adalah satu jihad.

British tidak sukakan ideologi Islam dan Komunis. Sebab itu para pendekar Tanah Melayu diberikan hukuman mati dan untuk memandulkan pelapis pendekar tadi, Sultan atau Raja akan digunakan sebaiknya. Menentang British bermakna menentang Sultan. Siapa lawan Sultan, dia derhaka. Dan derhaka kepada Sultan, dalam budaya Melayu, adalah sesuatu yang tabu dan membawa tulah [bala].

Lihat apa yang terjadi kepada Tok Janggut yang mayatnya digantung terbalik selama beberapa hari, dan diarak disekeliling Kota Bharu. Apakah maksud mesej ini?

Begitu juga dengan Komunis di mana Komunis dimomokkan sebagai fahaman tidak bertuhan dan segala harta rakyat akan menjadi milik negara. Ini menjadi propaganda British kerana pengaruh Komunis adalah amat kuat seperti pengaruh Islam lebih-lebih lagi empayar Khalifah Uthmaniyyah di Turki telah dilenyapkan oleh Yahudi melalui kerjasama British.

Sesiapa yang berada di aliran kiri ini akan dicop British sebagai Komunis. Sebab itu banyak parti sebelum tertubuhnya United Malays National Organization diharamkan British, walaupun mendapat sokongan kuat rakyat, kerana parti-parti ini tidak boleh diharap untuk menjaga kepentingan British jika suatu hari nanti British angkat kaki pulang ke Great Britain.


DIJAJAH ATAU DINAUNGI? [03]


Sumber n Kredit : elaksamana

Ketika British mula-mula datang ke Tanah Melayu, British datang dengan alasan perniagaan. Kemudian, perjanjian dibuat yang mana akhirnya perjanjian ini lebih menguntungkan British.

Aku tidak ingin mengulas lanjut bagaimana berat sebelah itu boleh berlaku sebab aku tidak mahu dilabel sebagai menderhakai Raja-Raja Melayu.

Di atas kertas, menurut ilmuan yang aku maksudkan awal tadi, naungan akan diberi oleh British kepada wilayah kekuasaan Raja-Raja tadi sebagai balasan menerima Residen serta tugas-tugasnya.

Ini bermaksud, wilayah tadi mempunyai dua kepala di mana dalam hal agama dan budaya, barulah dirujuk kepada Raja-Raja. Selebihnya, adalah ditangan Residen [di atas kertas dikatakan 'menasihati' Raja-Raja].

Apakah maksud situasi ini?

Bolehkah dikatakan lagi wujudnya kedaulatan Raja-Raja ke atas wilayah tadi? Adakah kepala pemerintah bebas dan tidak terkongkong untuk membuat keputusan selain daripada kalangan mereka sendiri?

Jika tiada daulat, kebebasan dan tidak dikongkong tadi, adakah boleh dikatakan yang wilayah tadi masih merdeka?

Jika tidak merdeka, adakah maksud lain yang paling tepat untuk mengungkap situasi wilayah tadi kalau bukan kalimah DIJAJAH?

Jika tidak merdeka, ini bermaksud kita masih lagi dijajah. Jika ada penjajahan berlaku, ini bermaksud kita tidak sepenuhnya lagi merdeka.

Oleh kerana air muka dan daulah dirobek, kepala pemerintah dibonekakan, penderitaan dan kesengsaraan menggantikan harmoni dan kesejahteran, maka bangkitlah mereka yang berjuang untuk membebaskan dari segala bentuk cengkaman yang menzalimi hidup mereka.

Mereka bangun melawan dan sanggup bergadai harta dan nyawa mewujudkan perlawanan menentang penjajahan yang dipaksakan kepada mereka.

Pernah seorang kawan menceritakan kepada aku, ketika Melaka diserang bertalu-talu oleh Portugis dan petualang empayar Melayu-Islam Melaka, empayar Khalifah Uthmaniyyah mengirimkan ketumbukan tentera laut untuk membantu Melaka. Namun, ketumbukan ini dipintas oleh Portugis dengan bantuan proksinya di kawasan perairan India [kalau tidak silap sebab sebelum itu Portugis telah membina pangkalan di Goa].

Sekarang, fikirkan adakah Tanah Melayu [baca: kita] benar-benar dinaungi oleh British sebagaimana naungan yang diberikan oleh empayar Khalifah Uthmniyyah, atau sebenarnya kita dijajah?

Kalau ingin mengatakan bahawa kita tidak dijajah kerana di atas kertas British tulis 'naungan', aku tergelak ketawa sebagaimana menonton lawak mendidik bodoh Maharaja Lawak.

Penjajahan adalah pengalaman; sesuatu yang dilalui dan dialami. Nenek moyang kita yang berani bangun melawan telah menunjukkan adakah kita benar-benar dinaungi atau dijajah. Persetankan di atas kertas kerana setelah ditikam selepas bersalam, kita tentu memikirkan tikaman tadi dan memberi reaksi keatasnya.

-TAMAT-


BONUS: Isu Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan; 31 Ogos atau 16 September?

Sumber n Kredit : 1 Suara Sabah


Apa yang aku tahu;

Tarikh kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak & Persekutuan Tanah Melayu [PTM] masing-masing adalah berbeza.

PTM = 31 Ogos 1957
Sarawak = 22 Julai 1963 [sumber: wikipedia]
Sabah = 31 Ogos 1963
[SUMBER]


Sebab itu dalam Perjanjian 20 Perkara ketika Sabah & Sarawak [18 Perkara] ingin bersama-sama [menyertai] PTM untuk membentuk sebuah negara persekutuan yang dipanggil "Persekutuan Malaysia", jelas dinyatakan Sabah adalah sebuah Negara. [Point 18]

Kenapa panggil 'Negara'? Sebabnya, Sabah & Sarawak telah Merdeka sebelum bersama-sama PTM membentuk Persekutuan Malaysia.

Kesimpulannya, kalau tanya pendapat aku untuk selesaikan kemelut ni secara asas, ialah;

Gantikan sambutan Hari Merdeka 31 Ogos yang kita amalkan sekarang ni dengan sambutan Hari Malaysia 16 September, dan kemudian buat sambutan Hari Merdeka masing-masing bagi Sabah, Sarawak & Persekutuan Tanah Melayu sebab ulangtahun kemerdekaan kita tidak sama. ^^,

Thursday, September 15, 2011

MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH? [02]

-Sambungan dari #01

Sejarah dan Kemerdekaan [02]

Sumber n Kredit : kissanak

Sejarah - melalui pelbagai sumber-sumber sejarah - telah menunjukkan bahawa kedatangan bangsa Barat [Eropah] yang mula bangkit dari era yang disebut sebagai 'Zaman Kegelapan' mempunyai satu niat utama. Niat ini adalah niat yang paling utama dari yang utama.

Ada banyak pendapat tentang misi atau tujuan bangsa Barat ke Dunia Timur. Ianya diringkaskan dengan beberapa kalimah dan antara yang termasyhur ialah Gospel (God), Glory, Gold.

Bagi aku, seperti yang aku sebutkan mula-mula tadi, aspek Gospel bukanlah tujuan utama para pelayar, pelaut, pengembara dsb dari kalangan bangsa Barat. Tujuan utama mereka pada masa itu ialah aspek Glory. Dengan Glory, Gold akan diperolehi. Untuk menjadikan misi tersebut suci dan mensucikan, Gospel dicanangkan menjadi 'rempah-ratus' untuk membangkitkan semangat jihad dan perjuangan mereka mengembara sejauh mana yang boleh, di mana-mana tempat yang mereka tiba meninggalkan tanah air dan kaum keluarga demi misi tadi. Tambahan pula, dunia Barat baru sahaja melalui era Perang Salib.

Ianya berbeza dengan pengembara, pelaut, dan pelayar dari dunia Islam [baca: Empayar Khalifah Uthmaniyyah] sejak corak politik Islam memasuki sistem Khalifah yang bermula dengan era Khalifah ar-Rasyidin.

Apakah yang berbeza?


Sejarah dan Kemerdekaan [03]

Sumber n Kredit : alrihlah

Pengembara dari dunia Islam pada masa itu mendahulukan dan mengutamakan niat God [Gospel] iaitu berdakwah menyebarkan agama Islam. Tertarik dengan Islam yang menepati fitrah manusia, maka wilayah atau kawasan yang didatangi oleh pengembara Islam ini dengan sukarela memeluk dan mempraktikkan Islam bermula dari kepala pemerintah [Raja, Sultan, Penghulu dsb]. Malah, hubungan yang terjalin antara mereka juga bertambah intim apabila kerajaan atau empayar tempatan tadi dengan penuh semangat bernaung bersama-sama di bawah satu panji iaitu empayar Khalifah Uthmaniyyah yang amat berkuasa pada zaman tersebut.

Apabila bernaung, aku tidak pula tahu kalau-kalau Khalifah Islam pada masa tersebut menghantar seseorang untuk menjadi 'Residen' seperti yang dilakukan British ketika mula menapak di Tanah Melayu [nota: Tanah Melayu adalah antara sisa empayar Tamadun Melayu-Islam Melaka].

Apa yang aku pasti, Khalifah mengirimkan ilmuan dan agamawan untuk membantu meng-gah-kan lagi tamadun tempatan sehingga ke kemuncaknya. Sekadar menyebut dua nama, Aceh dan Kelantan masing-masing digelar 'Serambi Mekah'.

Apabila British menghantar Residen mereka ke Tanah Melayu, apakah yang berlaku dengan tamadun Melayu-Islam pada masa tersebut?

Ada pendapat mengatakan, Tanah Melayu sebenarnya tidak dijajah kerana tugas Residen ialah menaungi Sultan atau Raja dan bukannya bertindak seperti 'Presiden'. [Persoalan lain: Benarkah Residen tidak bertindak seperti 'Presiden'?]

Justeru, apakah perbandingan yang boleh dilihat, dirasa dan dicermati bila mana Tanah Melayu 'bernaung' di bawah empayar British, dan sebelumnya bernaung dengan empayar Khalifah Uthmaniyyah?

Adakah tamadun Melayu-Islam di Tanah Melayu yang bermula dari Tamadun Melayu-Islam Melaka semakin bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang sebagaimana yang dinikmati oleh Melaka sebelum dijajah Portugis?

-bersambung ke #03

Saturday, September 10, 2011

SELUAR DALAM 1MALAYSIA?

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Ini betul-betul mengujakan aku. Apa tidaknya, setelah kejayaan Klinik, Kedai, Menu, Netbook dll yang dinamakan melalui konsep 1Malaysia, kini muncul pula Seluar Dalam 1Malaysia.

Sumber n Kredit: [FB] Sudahkah anda memilikinya satu..?

AMARAN: Aurat lelaki. 

Aku nda pasti sama ada gambar ni hasil kerja orang yang nakal tapi menurut beberapa sumber lisan, produk ini telah muncul di kedai-kedai.

Mungkinkah kelengkapan pakaian luar dan dalam untuk orang perempuan bakal menyusul? Biasalah sekarang, apa yang ada atau berlaku pada orang lelaki, orang perempuan pun tidak mahu ketinggalan dan mengalah.


Nota: Aku pakai Boxer. Jadi, jangan suruh aku beli yang ni.. XD

u/p: Jangan tanya aku sama ada pendukung/penyokong konsep Gagasan 1Malaysia memakai ini untuk menambahkan semangat patriotik dan sokongan kepada konsep tersebut atau tidak. Nanti kita dikatakan menghuru-harakan negara, masuk Ikut Suka Aku alias ISA. MUAHUA3! XD

Thursday, September 08, 2011

GASAK SAMPAI TERBARAI: CUKAI 6% TOPUP & PEK SIM?

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.



SUMBER: [TT], [BERNAMA], [HOTLINK]


MSS: What say you? Main tenet jelah kita berhubung, HAHAHA XD

Nota: Aku aktif di Google+ berbanding Facebook. Harap maklum X>

Update: Cukai ini telah ditunda [deferred] buat sementara waktu.

FAKTA SEJARAH HINGGA HARI KIAMAT

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Sudah bersedia untuk membaca artikel "Fakta Sejarah Hingga Hari Kiamat" nukilan TT? Jika YA, sila hayati gambar di bawah sebelum mengklik gambar tersebut untuk membaca artikel yang dimaksudkan. ^^,


Siapa Askar/Polis di sebelah kiri itu?

Siapa yang menggantung?

Kenapa digantung terbalik?

Di mana digantung?

Berapa lama digantung?




- AL-FATIHAH BUAT PARA PEJUANG KEMERDEKAAN KITA -


Nota: Pos ni adalah selingan sebelum menyambung Penulisan Karya Kritikal -- Malaysia Tidak Pernah Dijajah? (01)

Wednesday, September 07, 2011

MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH? [01]

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Kita masih berada dalam bulan Kemerdekaan, dan, untungnya bersekali dengan bulan Syawal. Jika diteliti dengan lebih mendalam, gabungan "Merdeka Raya" atau "Raya Merdeka" tentu dapat dihayati dengan perasaan takjub kerana "Raya Aidilfitri" dan "Merdeka" masing-masing dalam prinsip kefalsafahan yang sama.

Bagaimana?

Secara umum, Aidilfitri membawa erti "kembali ke fitrah", "pembebasan dari kejahatan/keburukan" dan "kemenangan pada yang berjuang". Ini kata kuncinya.

Justeru, bagaimana pula erti Merdeka dan Kemerdekaan itu?

Aku berpendapat, Merdeka dan Aidilfitri itu berkongsi kata kunci yang sama, seperti yang disebutkan tadi. Kata kunci ini menjadi prinsip falsafah yang jika diteliti dengan lebih mendalam, pasti melahirkan perasaan takjub dan penghayatan yang lebih nikmat.

Ianya lebih nikmat berbanding kuih raya yang pelbagai jenis dari satu rumah ke satu rumah yang lain, dan acara konvoi berskuter dari Perlis hingga ke Sabah sempena Merdeka.


Sejarah dan Kemerdekaan [01]

Sumber n Kredit : abdullatip.blogspot.com

Keruntuhan Tamadun Melayu-Islam Melaka bermula dengan kemenangan Portugis (Portugal). Maka, perjuangan merampas kembali hak dan daulah di Tanah Melayu bermula pada hari Portugis menawan Kota Melaka. Disinilah bermula kelahiran para pejuang kemerdekaan yang tidak terhitung ramainya.

Di sebelah Timur, telah wujud beberapa Tamadun paling berpengaruh yang masing-masing mempunyai daulah dan hubungan intim dengan Tamadun Melaka ketika Kesultanan Melayu Melaka dirobek oleh 'wakil' hegemoni Barat. Tamadun tersebut menapak di sebuah tanah yang di panggil sekarang sebagai Kepulauan Borneo.

Tentunya, tamadun yang aku maksudkan ialah Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu.

Adakah kawasan atau wilayah kedaulatan kedua-dua tamadun tadi mengalami fasa penjajahan sebagaimana yang dilalui oleh Melaka pada masa tersebut?

Jawapannya tidak.

Kawasan atau tanah yang di panggil pada hari ini sebagai "Sabah" dan "Sarawak" pada tahun 1511 belum menerima nasib yang sama seperti Melaka.

"Sabah" dan "Sarawak" melangkah masuk ke episod penjajahan bila mana beberapa kawasan dalam "Sabah" dan "Sarawak" diberikan kepada orang Barat. Ada yang dijual, ada yang diberi percuma (hadiah), dan juga mungkin ada yang dilelong atau sebagai pertukaran suka-sama-suka ("hadiah berhadiah").

Mesej aku di sini ialah; Sabah dan Sarawak yang mewakili Kepulauan Borneo mempunyai pengalaman dijajah yang berbeza dengan Melaka yang mewakili Semenanjung Tanah Melayu.

-Bersambung ke #02

SUMBU #06 SEPTEMBER DITERBITKAN!

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, aku dapat kembali mengaktifkan diri di blog ini. Lebih kurang 2 minggu. Masalahnya ialah modem Huawei tu sudah uzur dan line pula hampeh.

Apapun, aku mulakan pos kali ni pasal majalah Sumbu. Ni kena formal sikit ni, ehe XD

Tim Majalah Sumber Terbuka Malaysia - SUMBU - telah menerbitkan edisi September majalah tersebut yang merupakan edisi keluaran kelima. Edisi September telah diumumkan secara rasmi oleh Komuniti Jom Linux di sini

Antara topik utama yang diketengahkan dalam edisi ini ialah:-

Wacana
01. Perutusan Khas Tim Majalah Sumbu

Tip n Trik
02. Alias - Pemudah Arahan
03. Kenali Sistem Urustadbir Wordpress

Tutorial
04. Asas GParted - Tetapan Seterusnya
05. Cipta Sesi Sendiri
06. C++ Siri 4

Permainan
07. Cogs


Klik imej untuk memulakan muat turun. Jom!

Sumber n Kredit Imej = SUMBU

Tim Sumbu dengan kerjasama Jom Linux telah mengumumkan bahawa majalah SUMBU ini telahpun mempunyai laman webnya sendiri di pautan www.sumbu.org Semua siri majalah ini boleh diakses didalamnya. Ruang perbincangan juga turut disediakan.

Laman web rasmi majalah SUMBU kini sedia untuk dilawati. Jom lawat!


Nota : Sumbu #01 - #05 telah dikongsi di Koleksi Download-Upload [KDU] di sini. Selamat membaca!