Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, September 07, 2011

MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH? [01]

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Kita masih berada dalam bulan Kemerdekaan, dan, untungnya bersekali dengan bulan Syawal. Jika diteliti dengan lebih mendalam, gabungan "Merdeka Raya" atau "Raya Merdeka" tentu dapat dihayati dengan perasaan takjub kerana "Raya Aidilfitri" dan "Merdeka" masing-masing dalam prinsip kefalsafahan yang sama.

Bagaimana?

Secara umum, Aidilfitri membawa erti "kembali ke fitrah", "pembebasan dari kejahatan/keburukan" dan "kemenangan pada yang berjuang". Ini kata kuncinya.

Justeru, bagaimana pula erti Merdeka dan Kemerdekaan itu?

Aku berpendapat, Merdeka dan Aidilfitri itu berkongsi kata kunci yang sama, seperti yang disebutkan tadi. Kata kunci ini menjadi prinsip falsafah yang jika diteliti dengan lebih mendalam, pasti melahirkan perasaan takjub dan penghayatan yang lebih nikmat.

Ianya lebih nikmat berbanding kuih raya yang pelbagai jenis dari satu rumah ke satu rumah yang lain, dan acara konvoi berskuter dari Perlis hingga ke Sabah sempena Merdeka.


Sejarah dan Kemerdekaan [01]

Sumber n Kredit : abdullatip.blogspot.com

Keruntuhan Tamadun Melayu-Islam Melaka bermula dengan kemenangan Portugis (Portugal). Maka, perjuangan merampas kembali hak dan daulah di Tanah Melayu bermula pada hari Portugis menawan Kota Melaka. Disinilah bermula kelahiran para pejuang kemerdekaan yang tidak terhitung ramainya.

Di sebelah Timur, telah wujud beberapa Tamadun paling berpengaruh yang masing-masing mempunyai daulah dan hubungan intim dengan Tamadun Melaka ketika Kesultanan Melayu Melaka dirobek oleh 'wakil' hegemoni Barat. Tamadun tersebut menapak di sebuah tanah yang di panggil sekarang sebagai Kepulauan Borneo.

Tentunya, tamadun yang aku maksudkan ialah Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu.

Adakah kawasan atau wilayah kedaulatan kedua-dua tamadun tadi mengalami fasa penjajahan sebagaimana yang dilalui oleh Melaka pada masa tersebut?

Jawapannya tidak.

Kawasan atau tanah yang di panggil pada hari ini sebagai "Sabah" dan "Sarawak" pada tahun 1511 belum menerima nasib yang sama seperti Melaka.

"Sabah" dan "Sarawak" melangkah masuk ke episod penjajahan bila mana beberapa kawasan dalam "Sabah" dan "Sarawak" diberikan kepada orang Barat. Ada yang dijual, ada yang diberi percuma (hadiah), dan juga mungkin ada yang dilelong atau sebagai pertukaran suka-sama-suka ("hadiah berhadiah").

Mesej aku di sini ialah; Sabah dan Sarawak yang mewakili Kepulauan Borneo mempunyai pengalaman dijajah yang berbeza dengan Melaka yang mewakili Semenanjung Tanah Melayu.

-Bersambung ke #02

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!