Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, September 15, 2011

MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH? [02]

-Sambungan dari #01

Sejarah dan Kemerdekaan [02]

Sumber n Kredit : kissanak

Sejarah - melalui pelbagai sumber-sumber sejarah - telah menunjukkan bahawa kedatangan bangsa Barat [Eropah] yang mula bangkit dari era yang disebut sebagai 'Zaman Kegelapan' mempunyai satu niat utama. Niat ini adalah niat yang paling utama dari yang utama.

Ada banyak pendapat tentang misi atau tujuan bangsa Barat ke Dunia Timur. Ianya diringkaskan dengan beberapa kalimah dan antara yang termasyhur ialah Gospel (God), Glory, Gold.

Bagi aku, seperti yang aku sebutkan mula-mula tadi, aspek Gospel bukanlah tujuan utama para pelayar, pelaut, pengembara dsb dari kalangan bangsa Barat. Tujuan utama mereka pada masa itu ialah aspek Glory. Dengan Glory, Gold akan diperolehi. Untuk menjadikan misi tersebut suci dan mensucikan, Gospel dicanangkan menjadi 'rempah-ratus' untuk membangkitkan semangat jihad dan perjuangan mereka mengembara sejauh mana yang boleh, di mana-mana tempat yang mereka tiba meninggalkan tanah air dan kaum keluarga demi misi tadi. Tambahan pula, dunia Barat baru sahaja melalui era Perang Salib.

Ianya berbeza dengan pengembara, pelaut, dan pelayar dari dunia Islam [baca: Empayar Khalifah Uthmaniyyah] sejak corak politik Islam memasuki sistem Khalifah yang bermula dengan era Khalifah ar-Rasyidin.

Apakah yang berbeza?


Sejarah dan Kemerdekaan [03]

Sumber n Kredit : alrihlah

Pengembara dari dunia Islam pada masa itu mendahulukan dan mengutamakan niat God [Gospel] iaitu berdakwah menyebarkan agama Islam. Tertarik dengan Islam yang menepati fitrah manusia, maka wilayah atau kawasan yang didatangi oleh pengembara Islam ini dengan sukarela memeluk dan mempraktikkan Islam bermula dari kepala pemerintah [Raja, Sultan, Penghulu dsb]. Malah, hubungan yang terjalin antara mereka juga bertambah intim apabila kerajaan atau empayar tempatan tadi dengan penuh semangat bernaung bersama-sama di bawah satu panji iaitu empayar Khalifah Uthmaniyyah yang amat berkuasa pada zaman tersebut.

Apabila bernaung, aku tidak pula tahu kalau-kalau Khalifah Islam pada masa tersebut menghantar seseorang untuk menjadi 'Residen' seperti yang dilakukan British ketika mula menapak di Tanah Melayu [nota: Tanah Melayu adalah antara sisa empayar Tamadun Melayu-Islam Melaka].

Apa yang aku pasti, Khalifah mengirimkan ilmuan dan agamawan untuk membantu meng-gah-kan lagi tamadun tempatan sehingga ke kemuncaknya. Sekadar menyebut dua nama, Aceh dan Kelantan masing-masing digelar 'Serambi Mekah'.

Apabila British menghantar Residen mereka ke Tanah Melayu, apakah yang berlaku dengan tamadun Melayu-Islam pada masa tersebut?

Ada pendapat mengatakan, Tanah Melayu sebenarnya tidak dijajah kerana tugas Residen ialah menaungi Sultan atau Raja dan bukannya bertindak seperti 'Presiden'. [Persoalan lain: Benarkah Residen tidak bertindak seperti 'Presiden'?]

Justeru, apakah perbandingan yang boleh dilihat, dirasa dan dicermati bila mana Tanah Melayu 'bernaung' di bawah empayar British, dan sebelumnya bernaung dengan empayar Khalifah Uthmaniyyah?

Adakah tamadun Melayu-Islam di Tanah Melayu yang bermula dari Tamadun Melayu-Islam Melaka semakin bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang sebagaimana yang dinikmati oleh Melaka sebelum dijajah Portugis?

-bersambung ke #03

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!