Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, October 31, 2011

KEMALANGAN KERETA API & LORI MINYAK DI SABAH






Sumber n Kredit : [01] [02] [03]


Menurut sumber tidak rasmi:-

-Kemalangan berlaku sekitar jam 5:30 petang, 31 Oktober 2011 berhampiran Kota Kinabalu International Airport (KKIA) yang melibatkan kereta api penumpang, sebuah lori tangki minyak dan stesen minyak Shell.

-Lori melanggar kereta api lalu terbakar dan merebak ke stesen minyak tadi. Letupan kuat terjadi sehingga gegarannya dirasai di seluruh kawasan KKIA.

-18 orang dikatakan terkorban.

-Api serba sedikit terkawal kerana hujan turun di kawasan kejadian.

-Dikatakan kejadian pertama seumpamanya yang berlaku di Sabah dan yang terburuk.

Update 10:58pm - 31/10/2011
-Kereta api yang melanggar lori

-Tiada kematian dilaporkan setakat ini. Hanya cedera teruk dan ringan. Pemandu lori telah dibawa ke balai polis untuk siasatan.


Video amatur (YouTube)




Lagi video [aa] [bb]


MSS: Takziah kepada semua yang terlibat... (-_-)

Friday, October 28, 2011

DEWAN PERNIAGAAN INDIA MUSLIM SABAH PENTERNAK PATI?

Dewan Perniagaan India Muslim Sabah 'menternak' PATI?

Pejabat DPIMS di Sinsuran. [Sumber]


KEGIATAN Dewan Perniagaan India Muslim Sabah yang diterajui oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris merekrut pendatang asing India dikutuk pelbagai pihak.

Terbaru, Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Semporna, Azizul Sanarul menggesa agar Jabatan Pendaftar Pertubuhan Sabah, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara bergembleng memeriksa keahlian Dewan Perniagaan berkenaan yang menjadi tempat SUAKA kepada PATI India di Sabah.

Kata Azizul, restoran dan perniagaan runcit yang tumbuh bagaikan cendawan di seluruh Sabah menggunakan tenaga kerja daripada India tanpa permit atau Visa.

“Ketika Mereka ini tidak pandai cakap Melayu tetapi tidak berapa lama kemudian mereka mendapat kad pengenalan. Ramai yang menjadi agen menguruskan visa dan kad pengenalan projek dan bebas berlegar di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran,” kata Azizul lagi yang menggesa Menteri Dalam Negeri menjalankan siasatan rapi berhuung dakwaannya.

Azizul menarik perhatian, seorang PATI India yang menjadi agen permohonan kad pengenalan projek dan passport antarabangsa Malaysia ialah Abdul Jabar Muthalif.

“Saya mempunyai rekod peribadi Abdul Jabbar Muthalif ini. Dia dilahirkan di Karasil Patti, daerah Sivaganga, Tamil Nadu, India. Dia datang ke Sabah pada 1983 sebagai tukang jahit di Kudat tetapi menjadi buruan Imigresen apabila gagal memperbaharui Visa,” kata Azizul yang kesal dengan integriti di Sabah.

Kata Azizul lagi, Jabbar mendapat beberapa kad palsu di zaman Kerajaan Berjaya setelah menjadi buruan Imigresen selama beberapa tahun, namun berjaya membuka beberapa restoran di Kudat dan Kota Marudu.

Jabbar diterima sebagai Ahli Persatuan Dewan Perniagaan India Muslim (DPIM) dan DPIM membantu Jabbar mendapatkan dokumen yang sah melalui jalan belakang iaitu ‘Projek Mahathir’ ketika UMO mengembangkan sayapnya ke Sabah pada 1991.

“Dia dapat IC Projek daripada Abu Ali Ganturon di Bangunan Berjaya dengan mendaftar sebagai ahli Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS),” tegas Azizul yang kesal kerana kerajaan tidak memberkas Jabbar walaupun Abu Ali Ganturon ditahan di bawah ISA.

Kata Azizul lagi, Jabbar mendapat kad pengenalan biru H 0488213 dan isterinya, Aysha Bte Abdul Ghani yang ketika itu berada di India turut mendapat kad pengenalan projek H 0488215.

“Aysha ini lahir di Kampung Ranganathapatti, Tamil Nadu, India. Setelah kedua mereka dapat kad pengenalan, mereka berpindah ke Kota Kinabalu dan dengan bantuan DPIM mereka buka restoran di Kampung Air, Kota Kinabalu selain meneruskan restoran mereka di Telupid dan Kota Marudu,” ujar Azizul lagi.

Kata Azizul lagi, bagi mengenang jasa Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, Datuk Seri Rafidah Aziz yang banyak membantu DPIM, Jabbar menamakan restorannya di Kota Kinabalu Restoran Rafidaah.

“Anak pertama mereka, Azmah lahir di India tetapi sekarang jadi warga Malaysia,” kata Azizul yang menyatakan Jabbar mempunyai tiga orang anak di Sabah iaitu Siti Rafidaah, 17, (sempena nama Rafidah Aziz), Fairuz 16, (sempena nama menantu Rafidah Aziz) dan Siti Zaharah, 13, (sempena nama Dr Siti Zaharah).

Jabbar amat disayangi Presiden DPIM, Baisul Khan sehingga sanggup memperkenalkan Jabbar dengan muridnya ketika Baisul menjadi guru di Tuaran iaitu Mantan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Imigresen, Bahagian Pas dan Visa, Marcus Akob (Mendiang).

“Saya telah membuat laporan kepada Menteri Dalam Negeri, namun Jabbar masih bebas keluar masuk ke Jabatan Imigresen untuk menguruskan pasport Malaysia bagi PATI India yang mendapat kad pengenalan projek,” ujar Azizul yang menyebut Jabbar mengenakan yuran antara RM1,000 hingga RM30,000 bagi seiap pasport yang diuruskannya.

Namun apabila Marcus meninggal dunia, Jabbar meredakan aktivitinya tetapi ini semakin aktif kerana mempunyai rangkaian meluas di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara mengalahkan pegawai kanan dua jabatan berkenaan.

Kata Azizul lagi, kini Jabbar dan Aysha telah mendapat Mykad bernombor masing-masing 590521-12-5873 dan 620817-12-5252 dan sering kelihatan memandu Prado TZ Siver SA9798C.

Tulisan ini disalin semula tanpa edit. 
Klik [sumber]. Lagi berita [Baca]


MSS: Ni gambar semakan di laman SPR (menu Semak Daftar Pemilih) pada 28.10.2011 sekitar jam 11:12 malam waktu Malaysia.



Umphh lagi kah tu aa aura Proud to be Sabahan tu? XD

Thursday, October 27, 2011

KENAPA SAYA MENYOKONG GADDAFI?

"KENAPA SAYA MENYOKONG GADDAFI?"

AL-Fatihah untuk Gaddafi. [Sumber]


"Tuan yang saya muliakan:

Tuan menulis kepada saya dan bertanya kenapa saya memberi penghormatan kepada Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis dan mengutuk Kolonel Gadaffi. Tuan terus bertanya dan menghambat dengan soalan kenapa saya bersimpati dengan seorang ditaktor yang telah merampas kuasa semenjak tahun 1969. Tuan bertanya apakah saya tidak tahu bahawa selama 42 tahun ini Libya tidak pernah melihat kepimpinan selain dari Kolonel Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis tentang kezaliman yang berlaku di Libya.

Tuan yang saya muliakan,

Saya juga disedarkan bahawa Kolonel Gadaffi ini telah memberi pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti di Libya. Saya juga sedar bahawa Gadaffi memberi warga Libya perubatan percuma. Saya juga sedar yang Gadaffi telah menggunakan duit minyak petrol untuk membuat rumah dan memberikan secara percuma kepada warga Libya.

---

Sebagai anggota OPEC kelihatan Libya dibawah pimpinan Kolonel Gadaffi selalu membantah keputusan dan cadangan OPEC yang diajukan oleh Saudi Arabia. Arab Saudi sering mengajukan dasar pengeluaran minyak yang tidak akan menggangu gugat sistem ekonomi kapitalis yang dikepali oleh Amerika Syarikat. Saudi mahu harga minyak petrol terus rendah. Amat jelas - Raja Saudi adalah budak suruhan Amerika yang paling setia. Raja Saudi akan menjaga kepentingan ekonomi kapitalis Amerika lebih baik dari menjaga Makam Nabi. Dasar Saudi yang pro Amerika inilah yang sering ditibai oleh Gadaffi." -(TT)


MSS: Aku hanya memetik beberapa perenggan terawal dari artikel tersebut. Bacaan lanjut, sila [KLIK] dan selamat menghayati!

INTEGRASI PROFIL GOOGLE+ KE BLOGGER

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Google+ kini melangkah lagi ke hadapan dengan mengintegrasikan akaun profil Google+ menggantikan profil blogger di Blogger.

Ini merupakan antara pembaharuan semasa yang dilakukan Google+ setelah menambah baik menu Photo dan aplikasi Hangout yang cukup mengujakan di mana ianya telah digunakan oleh beberapa tokoh utama yang dikenali ramai. Antaranya yang aku dapat tahu ialah perbualan langsung antara Dalai Lama dan Archbishop Desmond Tutu. [Video]

Berita mengenai integrasi akaun profil Google+ ke blog Blogger ini telah dimaklumkan melalui blog Blogger In Draft. [Baca]

Ini pula sedutan beberapa gambar yang aku sempat ambil.







Sesiapa yang belum mempunyai akaun Google+ bolehlah mendaftar di sini dengan menggunakan emel Gmail.

Nota: Google+ merupakan antara projek laman sosial daripada Google selepas Google Buzz dan Orkut.

Wednesday, October 26, 2011

BOTM OKTOBER 2011: NAMA PURA

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Sumber n Kredit : WSB

Blog Of The Month (BOTM) dari Komuniti WSB kini kembali! Fuhh lama aku nda update cerita pasal aktiviti-aktiviti WSB di sini. Tapi, perkembangan yang berlaku tetap juga aku tahu, ehe.

Okay BOTM Oktober 2011 kali ini bertemakan "Nama Pura" atau nama timangan kita yang diberi oleh keluarga atau rakan-rakan sedari kecil, dan nama ini digunakan dalam pergaulan seharian kita dengan mereka. Secara mudah, ianya adalah nama kedua kita yang digunakan dalam suasana 'tidak rasmi' (informal). Jadi, jangan guna nama ini ketika mengisi borang nikah, biasiswa apatah lagi diselit dalam CV atau Resume, haha.

Kriteria lanjut pasal BOTM ini boleh baca di [sini].

Dan ini pula adalah penyertaan aku untuk BOTM ini! Rasanya, macam ni lah kali pertama aku ikut BOTM, kan. Sebelum ni jadi juri ja, ehe3..

Gambar asal di [sini].
Link ke Entri BOTM Oktober WSB

Info gambar: Diambil bersama bapa tercinta pada awal tahun 1990-an di sebelah Dewan Masyarakat Kota Marudu (model lama sebelum terbakar beberapa tahun lalu). Sekarang lebih tinggi sudah dari bapa, hua2.


Nama sebenar atau penuhku boleh cek di menu Biodata (haha) okay bagi siapa-siapa yang nda kenal lagi.  Nama pura ku ada dua versi iaitu masing-masing nama panggilan dari keluarga sebelah bapa dan mama.

Versi Keluarga Sebelah Bapa

Ada satu nama panggilan;

Itong / Etong yang berasal dari perkataan Ah Tong. Sebab nama diberi ialah kerana rupaku masa budak-budak hingusan betul-betul comel+cute macam rupa orang Cina. Pendek kata, memang pure Chinese look lah, muahua3! XD


Versi Keluarga Sebelah Mama

Ada dua nama panggilan;

Oyo'. Ini yang paling kerap digunakan oleh nenek-nenek/datuk-datuk, makcik-makcik, sepupu-sepupu, sumandak-sumandak di kampung dan sebilangan kecil anak-anak buah. Aku nda pasti kenapa nama ni diberi dan apa maksudnya. Mungkin nama pendekar atau starring bangsa Sungai dulu-dulu kan, hi3 ;>

Potitong. Ini agak kurang digunakan dan nama ni adalah ubahsuai (modifikasi) dari nama Itong/Etong tadi, ehe.

Okay, kamu sudah tahu nama puraku. Apa pula nama pura kamu semua? =D


Bonus: Pernah kena cerita, nenek/datuk sebelah bapa pernah cadang namaku masa kecil ialah Mustafa. Bincang punya bincang, akhirnya nama Mohammad Samizul (Mohd. Samizul) dipilih dan akan melekat sampai kiamat. Cuba kamu Google ada berapa ramai yang nama 'Samizul' ni, muahua3! XD

Wednesday, October 19, 2011

ANTARA MENGETAHUI HARGANYA DAN NILAINYA

ANTARA MENGETAHUI "HARGANYA" DAN "NILAINYA"

Gambar tahun 60-an. Sumber n Kredit = tukartiub

"Pembaca yang budiman – saudara saudari pasti telah terbaca atau terdengar kenyataan Pak Menteri Islam dari United Malay National Organisation (UMNO) tentang betapa berharganya tanah Kampong Baru. Dari akhbar dan TV kita semua diberitahu bahawa tanah Kamnpong Baru ini berhampiran dengan bangunan Petronas. Justeru tanah Kampong Baru ini setaraf harganya dengan tanah di Segi Tiga Emas Bukit Bintang.

---

Sayugia diingati, para Menteri-Menteri Melayu Islam ini amat bijak kerana mereka tahu semua harga. Mereka tahu harga tanah, tahu harga rumah, tahu harga sawah atau tahu harga hutan balak. Tanyalah tentang harga – dengan sekelip mata mereka akan menjawab. Menteri-Menteri Melayu Islam cukup arif dengan harga barangan.

Tetapi ada sesuatu yang Menteri Melayu Islam ini bebal dan tidak tahu. Menteri Melayu Islam tahu semua harga barang tetapi mereka tidak tahu nilainya. Mengetahui harga bukan bermakna mengetahui nilainya. Nilai bukan harga. Di sini kita semua akan melihat dengan jelas kebebalan Menteri Melayu Islam ini."


MSS: Aku hanya memetik beberapa perenggan terawal dari artikel tersebut. Bacaan lanjut, sila [KLIK] dan selamat menghayati!

Tuesday, October 18, 2011

WATAK PENGGUNA FACEBOOK

MACAM-MACAM WATAK PENGGUNA FACEBOOK 

1. MODEL : Tukar gambar setiap hari

2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting ! ...

5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'

8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan kegiatan menjengkelkan bersama suami, tunang mahupun boyfren. Mcm die sorang ade suami, tunang/boyfren! Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''

9. MENUNJUK-NUNJUK : Setiap saat nk cerita kebahagiaan hidup die.. Yelah..suami, tunang/boyfren ko la y paling baik dan ensem dlm dunia ni! MOTIFFF? : Takut dirampas org kot

10. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut muncung mcm nk bercium, ingat cantek ke mcm tu?)

11. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu & buat profile picture.. MOTIFFFFFF ? : entah la 2...

HAHAHA ada yang terasa tak ? which category are you ? [:*] sorry yer kalo terasa..kehkehkeh


MSS: Aku copy-paste ja benda ni dari kawan. Kalau nda puas hati boleh komen di bawah, hahaha

Sumber n Kredit : Google+


Ohya jangan lupa baca sekali pos dari WSB: Suka Hati Akulah Apa Aku Mahu Tulis!

PANASSS!!! XD

Monday, October 17, 2011

UBUNTU 11.10 ONEIRIC OCELOT DILEPASKAN!

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Ubuntu telah melepaskan versi terbaru iaitu Ubuntu 11.10 yang diberi kod nama Oneiric Ocelot.

Paparan Desktop. Sumber n Kredit = Ubuntu


Ini pula video yang dimuatnaik oleh nilarimogard@YouTube yang memaparkan aspek-aspek baharu dan prestasi Ubuntu 11.10 atau nama singkatnya Oneiric.



Laman web rasmi Ubuntu juga telah menyediakan satu menu yang cukup interaktif bagi pengguna mencuba sendiri secara dalam talian. Klik Take The Tour Now!. Ini amat membantu mereka yang berminat untuk mencuba Ubuntu sebelum memuat turun atau memasangnya sendiri.



Artikel berkaitan:-

1) Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot Released [Screenshots & Video] oleh webupd8
2) Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot Di Pasaran Sekarang oleh sumbu (sebelum ini dikenali sebagai jomlinux)
3) Panduan Memasang Ubuntu 11.10 Ke PC/Laptop Langkah Demi Langkah oleh melayubuntu
4) 10 Things To Do After Installing Ubuntu 11.10 oleh omgubuntu


Bagi sesiapa yang belum pernah mendengar atau mengetahui apa-apa tentang OS Ubuntu ini, mungkin secubit maklumat di bawah boleh membantu.

Ubuntu adalah salah satu distro Operating System (OS) popular berasaskan kernel (jantung) Linux dan Debian.

Sebagai perbandingan, pembaca tentu biasa mendengar OS Windows. Dalam OS Windows, ada versi Windows XP, Windows Vista dan Windows 7. Dalam setiap versi pula, ada edisi masing-masing contohnya Starter, Home Premium, Professional dan Ultimate.

Windows ||| Ubuntu (Linux)
XP, Vista, 7 ||| Maverick, Natty, Oneiric

Versi terbaru Ubuntu dilepaskan setiap enam bulan. Ini bermaksud, pengguna akan mendapat versi terbaru 2 kali setahun iaitu pada setiap April dan Oktober. Sebab itu versinya ditulis 10.04, 10.10, 11.04 dan 11.10 di mana nombor hadapan menunjukkan tahun ia dilepaskan, dan nombor belakang pula menunjukkan bulan ia dilepaskan.

Seperkara lagi yang menarik tentang penamaan Ubuntu ini ialah pada kod namanya. Ubuntu menamakan setiap versi mengikut turutan abjad dan perkataan khas yang digabung bersama (mengabadikan) nama spesis haiwan yang jarang ditemui, yang diancam kepupusan. Contohnya:-

Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot

11 = Tahun 2011
10 = Bulan Oktober
Oneiric = Nama khas yang membawa maksud "dreamy" [rujukan]
Ocelot = Sejenis kucing

Sumber = Google+ MSS

Baca lanjut mengenai Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot [01] [02] [03]

Thursday, October 06, 2011

UBUNTU 11.10 ONEIRIC OCELOT COUNTDOWN BANNER

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Peminat dan pengguna Ubuntu - salah satu distro Operating System Linux yang terkenal - yang sedang menanti kemunculan versi Ubuntu yang seterusnya boleh menambahkan lagi aura hangat dek menunggu kemunculan Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot dengan memasang atau berkongsikan countdown banner ini di laman maya masing-masing.

Aku sendiri sudah memasangnya lebih kurang dalam dua minggu. Dan countdown pilihan aku adalah seperti yang ada di kolum kanan weblog ini, ehe. Comel bukan? XD

Sumber : Ubuntu Wiki

Ohya, countdown ini bukan yang rasmi (official) punya ya. Ini adalah seruan dari omgubuntu.co.uk kepada karyawan di luar sana untuk membantu mencipta countdown ini.

Bagi yang berminat, bolehlah usyar-usyar countdown pilihan masing-masing di [sini] atau [sini]. Oneiric akan muncul lebih kurang seminggu lagi jika tiada aral yang melintang membujur patah.

u/p: Ubuntu 12.04 yang dijangka akan dilepaskan kepada umum pada April 2012 sudah diberi nama! Apakah namanya? Nantikan! ;D

Tuesday, October 04, 2011

HARI KEPUTERIAN PUTERI MIL CUMIL


Nota: Sesuai untuk yang berkenaan sahaja.



SeLaMaT MeNyAmBuT UlAnG TaHuN HaRi LaHiR...!

Didoakan agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa beramal kebajikan, dan dalam rahmat dan kasih-sayangNya..!

Sumber n Kredit : Chibidle MSS


Jangan lupa ucap syukur pada Allah s.w.t dan terima kasih pada mama dan bapa ya.. ;D

Kredit : Syafeika Edora


Selamat Maju Jaya dan Moga Bahagia Kekal Sampai ke Sana.. ;D


Nota: 04 Oktober merupakan 'CUTI UMUM' bagi Prof. Dr. MSS LaWLiET sempena Hari Keputerian Puteri Mil Cumil.

Sunday, October 02, 2011

60 TAHUN: SELAMAT ULANGTAHUN PAS!

#Tulisan (post) ini adalah yang ke-515. ^^,

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Sumber n Kredit : PAS

Aku ingin mengambil kesempatan, walaupun agak terlewat, untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun Ke-60 Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan TAHNiAH kerana berani gagal untuk berada dan terus ada di persada politik negara Malaysia ini.

Aku bukanlah seorang muslim yang cukup baik tetapi aku tetap terus menyokong perjuangan PAS, yang termampu sebaik mungkin.

Takbir!!!


Nota: Kalau aku keraja kerajaan sekarang ni, siaplahhh.. Oit, ni bukan office hour lahh.. MUAHUA3! XD