Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, October 19, 2011

ANTARA MENGETAHUI HARGANYA DAN NILAINYA

ANTARA MENGETAHUI "HARGANYA" DAN "NILAINYA"

Gambar tahun 60-an. Sumber n Kredit = tukartiub

"Pembaca yang budiman – saudara saudari pasti telah terbaca atau terdengar kenyataan Pak Menteri Islam dari United Malay National Organisation (UMNO) tentang betapa berharganya tanah Kampong Baru. Dari akhbar dan TV kita semua diberitahu bahawa tanah Kamnpong Baru ini berhampiran dengan bangunan Petronas. Justeru tanah Kampong Baru ini setaraf harganya dengan tanah di Segi Tiga Emas Bukit Bintang.

---

Sayugia diingati, para Menteri-Menteri Melayu Islam ini amat bijak kerana mereka tahu semua harga. Mereka tahu harga tanah, tahu harga rumah, tahu harga sawah atau tahu harga hutan balak. Tanyalah tentang harga – dengan sekelip mata mereka akan menjawab. Menteri-Menteri Melayu Islam cukup arif dengan harga barangan.

Tetapi ada sesuatu yang Menteri Melayu Islam ini bebal dan tidak tahu. Menteri Melayu Islam tahu semua harga barang tetapi mereka tidak tahu nilainya. Mengetahui harga bukan bermakna mengetahui nilainya. Nilai bukan harga. Di sini kita semua akan melihat dengan jelas kebebalan Menteri Melayu Islam ini."


MSS: Aku hanya memetik beberapa perenggan terawal dari artikel tersebut. Bacaan lanjut, sila [KLIK] dan selamat menghayati!

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!