Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, October 27, 2011

INTEGRASI PROFIL GOOGLE+ KE BLOGGER

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Google+ kini melangkah lagi ke hadapan dengan mengintegrasikan akaun profil Google+ menggantikan profil blogger di Blogger.

Ini merupakan antara pembaharuan semasa yang dilakukan Google+ setelah menambah baik menu Photo dan aplikasi Hangout yang cukup mengujakan di mana ianya telah digunakan oleh beberapa tokoh utama yang dikenali ramai. Antaranya yang aku dapat tahu ialah perbualan langsung antara Dalai Lama dan Archbishop Desmond Tutu. [Video]

Berita mengenai integrasi akaun profil Google+ ke blog Blogger ini telah dimaklumkan melalui blog Blogger In Draft. [Baca]

Ini pula sedutan beberapa gambar yang aku sempat ambil.







Sesiapa yang belum mempunyai akaun Google+ bolehlah mendaftar di sini dengan menggunakan emel Gmail.

Nota: Google+ merupakan antara projek laman sosial daripada Google selepas Google Buzz dan Orkut.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!