Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, October 17, 2011

UBUNTU 11.10 ONEIRIC OCELOT DILEPASKAN!

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Ubuntu telah melepaskan versi terbaru iaitu Ubuntu 11.10 yang diberi kod nama Oneiric Ocelot.

Paparan Desktop. Sumber n Kredit = Ubuntu


Ini pula video yang dimuatnaik oleh nilarimogard@YouTube yang memaparkan aspek-aspek baharu dan prestasi Ubuntu 11.10 atau nama singkatnya Oneiric.



Laman web rasmi Ubuntu juga telah menyediakan satu menu yang cukup interaktif bagi pengguna mencuba sendiri secara dalam talian. Klik Take The Tour Now!. Ini amat membantu mereka yang berminat untuk mencuba Ubuntu sebelum memuat turun atau memasangnya sendiri.



Artikel berkaitan:-

1) Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot Released [Screenshots & Video] oleh webupd8
2) Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot Di Pasaran Sekarang oleh sumbu (sebelum ini dikenali sebagai jomlinux)
3) Panduan Memasang Ubuntu 11.10 Ke PC/Laptop Langkah Demi Langkah oleh melayubuntu
4) 10 Things To Do After Installing Ubuntu 11.10 oleh omgubuntu


Bagi sesiapa yang belum pernah mendengar atau mengetahui apa-apa tentang OS Ubuntu ini, mungkin secubit maklumat di bawah boleh membantu.

Ubuntu adalah salah satu distro Operating System (OS) popular berasaskan kernel (jantung) Linux dan Debian.

Sebagai perbandingan, pembaca tentu biasa mendengar OS Windows. Dalam OS Windows, ada versi Windows XP, Windows Vista dan Windows 7. Dalam setiap versi pula, ada edisi masing-masing contohnya Starter, Home Premium, Professional dan Ultimate.

Windows ||| Ubuntu (Linux)
XP, Vista, 7 ||| Maverick, Natty, Oneiric

Versi terbaru Ubuntu dilepaskan setiap enam bulan. Ini bermaksud, pengguna akan mendapat versi terbaru 2 kali setahun iaitu pada setiap April dan Oktober. Sebab itu versinya ditulis 10.04, 10.10, 11.04 dan 11.10 di mana nombor hadapan menunjukkan tahun ia dilepaskan, dan nombor belakang pula menunjukkan bulan ia dilepaskan.

Seperkara lagi yang menarik tentang penamaan Ubuntu ini ialah pada kod namanya. Ubuntu menamakan setiap versi mengikut turutan abjad dan perkataan khas yang digabung bersama (mengabadikan) nama spesis haiwan yang jarang ditemui, yang diancam kepupusan. Contohnya:-

Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot

11 = Tahun 2011
10 = Bulan Oktober
Oneiric = Nama khas yang membawa maksud "dreamy" [rujukan]
Ocelot = Sejenis kucing

Sumber = Google+ MSS

Baca lanjut mengenai Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot [01] [02] [03]

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!