Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, November 09, 2011

11 SOALAN SE UNTUK MSS

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Lama sudah eh aku nda main Tag-tag ni. Kali ni, aku ada sebab untuk main lagi permainan yang cukup popular dalam dunia blog-dan-blogger terutamanya di kalangan yang rindukan trafik dan cukup girang bila melihat trafik ini jammed. Hahaha..

Kali ni aku di Tag oleh S.Edora. Inilah sebelas soalan yang SE kepingin sangat mahu tahu dari aku. Naseb eh dia nda tanya soalan-soalan bonus macam "Bila majlis 'nasi minyak', kek 69 tingkat kamu dua ni kunu..?" dan seumpamanya. Fuhh, tarik nafas dalam-dalam, tahan, dan hembus keluar di hidung. Hahaha..

01. Apa pengalaman korang dalam berblogging ni?
Macam gantung ja soalan ni, haha. Setakat ni, nda pernah lagi dibubut* momok mahupun dikerjakan Anonymous yang pengecut.

02. Blog aku berat tak?
Dulu pernah berat, tapi sekarang kurang sudah. Belum timbang berat lagi, ehe.

03. Apa pandangan korang terhadap blog aku ni? best ke? menyampah tahap gaban ke?
Best bila ada pos puji/letak gambar (yang hot) aku, dia atau aku dan dia. Yang lain biasanya automatik jadi nda best. Hahaha...

04. Umur korang sekarang berapa?
Sebaya dengan Lee Chong Wei 5 tahun dari tahun 2011.

05. Aku comel tak?
Dia lagi comel, hahaha...

06. Kalau ada rm100 kat tengah jalan, apa korang buat?
Ambil dan bank-in untuk buat payment sama PTPTN, sewa domain dan pemiutang yang lain. Hahaha..

07. Entry apa yang korang paling suka kat blog aku ni?
Baca soalan 3, hahaha..

08. Bangun pagi, benda pertama yang korang buat?
Buka mata. Tu tanda bangun yang betul-betul punya bangun. Hahaha..

09.  Asal mana r?
Kudat

10. Dari mana korang boleh tahu tentang kehadiran blog ni? * ayat tak boleh bla *
Balik-balik promo di Friendster. Tu nampak. Hahaha..

11. Aku dah tak ada idea lah, sampai sini je boleh kan?
Kalau nda boleh, camna?


Yeah, aku sudah menjawap semua soalan dengan penuh yakinnya -- markah penuh.

Nota: Sebenarnya Tag ni ada Rules tapi aku sengaja nda ikut sebahagian besar peraturan tu. XD

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!