Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, November 20, 2011

MEMOIR KEHIDUPAN DI UNIVERSITY APARTMENT (01)

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

01. University Apartment bukanlah nama sebuah universiti atau institut pengajian tinggi, malah jauh sekali membawa maksud konsep "Universiti Dalam Apartment" mahupun "Apartment Dalam Universiti" (pernah dengar konsep "Universiti Dalam Taman"?).

02. University Apartment atau disebut 'UA' ini merupakan sebuah tempat kediaman (perumahan) jenis apartment/flat, yang letaknya berdekatan dengan beberapa nama (tempat) gergasi seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Alamesra, 1Borneo dan Kingfisher Sulaman. Oh tidak dilupakan, Kg. Rampayan, Kg. Dilema 1Malaysia (dulu Kg. Dilema Melayu, tapi mungkin PATI jadi majoriti dan berautoriti, ia pun jadi '1Malaysia'. Bodek beb, yeah.) dan beberapa kampung yang lain juga terletak berhampiran dengan UA.

03. Memandangkan letaknya UA ini berhampiran dengan tempat yang terkenal tadi, maka bolehlah kita mencongak komposisi penduduknya. Secara kasar, kelompok pelajar merupakan penghuni terbesar tidak kira sama ada menyewa atau mendiami rumah sendiri. Kelompok pekerja pula boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu pekerja perkhidmatan awam dan bekerja sendiri.

04. Pecahan komposisi ini amat berguna bagi menaakul latar belakang UA. Jika kelompok pelajar yang paling ramai mendiami UA, maka boleh dikatakan sewa rumah di UA sudah masuk dalam kategori Popular dan Mampu Sewa/Milik. Perbandingan rambang boleh dibuat dengan membandingkan UA dan perumahan Kingfisher Sulaman yang betul-betul terletak berhadapan antara satu sama lain.

05. Pecahan kategori pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) utama di UA terbahagi kepada Kolej Masterskill, UMS, Uinversiti Teknologi MARA (UiTM) dan Politeknik (Poli). Dari apa yang aku nampak, pelajar Masterskill, Poli dan UMS adalah muka-muka yang paling kerap dilihat, haha. UA (Fasa 1) merupakan asrama.. oupss.. kolej kediaman rasmi bagi awek-awek seksi lagi hot pelajar Masterskill. UMS dan Cosmopoint khabarnya mendominasi UA Fasa II yang mempunyai dua buah kedai runcit mini masing-masing satu di hadapan dan di belakang kawasan kediaman.

06. Bah cukuplah ini sebagai pendahuluan. Pengalaman peribadi akan dimuatkan dalam susupan yang seterusnya. Salam Hujung Minggu! ;D

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!