Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, November 27, 2011

SELAMAT HARI IBU DAN BAPA, PAMA!

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Agak 'malang' kalau aku tidak menulis sesuatu di sini, pada hari ini. Lebih-lebih lagi, pabila melihat tajuk di atas tentunya menjemput rasa hairan dan ingin tahu mengapa ia ditulis begitu.

Individu generasi alam siber mana yang tidak kenal dengan Hari Ibu dan Hari Bapa ini. Semakin ia dipopularkan oleh massa, semakin menunjanglah ia dalam 'diari' atau 'Rancangan Pergerakan/Aktiviti Harian' - ala-ala RPH para guru - kelompok umur bawah 40-an.

Sampai suatu masa, mungkin kita di Malaysia akan menyambut juga Hari Datuk, Hari Nenek dan segala macam lagi hari-hari orang.

Isu ini sudah aku bebelkan sedikit dalam tulisan yang lalu di [sini]. Dalam tulisan tersebut, aku mengambil pendekatan yang agak ganjil tetapi unik dalam usaha untuk mentransformasi mereformasikan justifikasi yang menepati lagi logik, bagi Hari Ibu dan Hari Bapa di mana kebanyakan penyambut normalnya cetek dan malas menyingkap tabir latar belakang sambutan tersebut, seperti aku. Hahaha.

Bagi pembaca yang terlepas membacanya, silakan membacanya selepas ini. [baca].

Hari ini aku ingin mengabadikan rasa syukur dan terima kasih kepada Allah SWT - Tuhan Yang Maha Esa -  kerana telah memberikan aku peluang untuk hidup di dunia fana ini melalui kedua ibu bapaku yang melahirkan aku genap 24 tahun yang lalu.

Aku mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mamaku -  Rosmah dan Selamat Hari Bapa kepada bapaku - Samad kerana 24 tahun yang lalu, di subuh Jumaat 27 November 1987, mereka berdua telah bergelar Ibu dan Bapa kepada bayi comel lagi montel yang diberi nama Mohd. Samizul.

Terima kasih kerana melahirkan, terima kasih kerana menjaga, mengasuh, mendidik dan terus memberikan sokongan, terima kasih atas segalanya untuk dahulu, kini dan selamanya. Walaupun aku (kalaulah XD) ditakdirkan menjadi Presiden Planet Bumi ini nanti, nescaya tidak akan lengkap terbalas jasa dan pengorbanan mereka berdua dengan kemewahan dan kesenangan melainkan aku berbakti dan menjadi anak yang terbaik lalu menjadi kebanggaan sampai bila-bila, insya Allah.

"Ketika kita hadir, kita menangis dan mereka tersenyum. Mudah-mudahan sampai masa untuk kita pergi, kita tersenyum dan mereka tetap jua tersenyum walau sedang dalam kedukaan." -Prof MSS LaWLiET (1987-kini)

Allahummaghfirli dzunubi waliwaalidaiyya warhamhuma kama rabbayani shoghiraah
Maksudnya
:  Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil

Selamat Hari Ibu dan Bapa, PaMa! ;D




Layan karaoke lagu birthday dulu kejap.. XD


Nota I : PaMa = Papa + Mama
Nota II : Kenangan Hari Lahir 2010

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!