Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, November 14, 2011

TAMADUN MINYAK

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Credit : postpeakliving

01. Tamadun yang biasa kita dengar dan pernah pelajari ialah tamadun-tamadun berasaskan negara-bangsa dan kaum-kaum tertentu di suatu tempat yang khas.

02. Tamadun-tamadun lain (kategori) ialah Tamadun Islam dan tamadun dalam kelas (dunia) Sains dan Teknologi.

03. Contoh tamadun dari sudut Sains dan Teknologi ialah Tamadun Batu, Tamadun Logam, Tamadun Arang Batu atau Tamadun Wap dan yang terkini ialah Tamadun Minyak.

04. Mengapa Tamadun Minyak? Kerana, segala aktiviti, sebab-musabab, perkiraan dan percaturan manusia pada masa kini adalah berasaskan bahan bakar petroleum. Ianya bermula dari revolusi perindustrian yang seiring dengan perkembangan pesat ilmu sains dan teknologi di Eropah.

05. Ada pepatah Melayu menyebut, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Maka, ini pula pepatah saya; kerana minyak bertelaga-telaga, habis negara porak-peranda.

06. Oupss, nanti dulu. Bagaimana negara menjadi porak-peranda disebabkan banyaknya khazanah minyak? Porak dan peranda ini berpunca dari dua sebab; Melawan kehendak Kapitalis dan kelemahan sendiri untuk menguruskannya.

Credit : speakingofdemocracy

07. Sistem Ekonomi dunia moden hari ini adalah berasaskan sistem Kapitalis. Kapitalis berasal daripada perkataan Capitalist. Capital pula membawa maksud modal. Maka, sistem kapitalis adalah sistem pemodal yang biasa digelar sebagai 'kaum pemodal'.

08. Rukun Iman kapitalis ialah untung dan untung maksimum. Kurang untung, tidak untung dan rugi adalah perkataan-perkataan yang menjadi taboo kepada kaum pemodal dan para penganut mazhab kapitalis.

09. Sayugia diingatkan, tidak semua golongan kaum pemodal ini adalah penganut warak dan soleh mazhab kapitalis. Ada dalam kalangan mereka yang masih memiliki pertimbangan rasional berlandaskan sifat-sifat lahiriyah kemanusiaan mereka. Mereka membuat untung, tetapi tidak sujud menyembah wang ringgit dan tidak naik ghairah melihat angka-angka Dollar.

Credit : dallasnews

10. Perang diletuskan untuk membantu kaum pemodal yang berselindung di balik tirai lembaga-lembaga (Board of Director misalnya) industri senjata dan industri minyak. Sudah melabur, modal dan untung ditagih.

11. Serbuk peluru mesti ditaburkan, bom canggih wajib diletupkan, kereta kebal dan ketumbukan persenjataan perang yang lain sudah tentu ingin diperagakan dipentas yang sebenar-benarnya nyata. Mana syok kalau asyik demo latihan ja, kan.

11. Negara-negara yang memiliki khazanah dan kekayaan minyak dipaksakan untuk menurut kehendak kapitalis alias kaum pemodal di Wall Street dan di Malaysia, kita ada Bursa Saham Malaysia. (Ada sesetengah orang kata tempat ni adalah tempat businessmen berjudi). Kaum pemodal menggodam kepala-kepala pemerintah negara-negara yang berkuasa dan juga di negara yang memiliki kekayaan tadi supaya mewujudkan segala macam akta dan peruntukkan yang membolehkan perancangan mereka berjaya. Jika ingkar, maka segala macam ragam akan menyusul dengan pelbagai alasan yang biasanya macam sial. Semuanya tipu hidup-hidup dan madah berhelah. Iraq dan Libya adalah contoh terbaik. Perang Arab-Israel pada era 60an dan 70an dahulu juga contoh yang terbaik.

12. Minyak adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui. Apabila emas hitam ini telah habis dan pupus sepenuhnya, kepanikan akan melanda seluruh dunia. Saya yakin fenomena ini jauh lebih dahsyat daripada apa yang digambarkan oleh filem 2012.

13. Bayangkan ketika itu, stesen minyak yang terletak ditepi-tepi jalan menjadi bangunan terbiar. Tangki bawah tanah bakal menjadi barang artifak untuk dimuziumkan. Dan yang paling dahsyat ialah melihat jutaan (mungkin berbillion-billion) kenderaan sama ada di darat, air, udara dan angkasa lepas yang berasaskan bahan api ini tersadai menjadi barang antik atau masuk kilang besi buruk. Wow, industri besi buruk tentu melonjak naik.

Credit : telecoms

14. Kereta adalah kenderaan paling popular digunakan. Kewujudan kereta mewujudkan jalan raya, lebuh raya dan flyover bertingkat-tingkat. Pembinaan jalan raya bermaksud tanah - sama ada rezab atau bukan - digunakan untuk memenuhi keghairahan masyarakat untuk menggunakan kereta. Kalau boleh, jika jumlah rakyat adalah seramai 28 juta orang, maka jumlah kenderaan darat juga perlu 28 juta buah. Para pemain industri permotoran dan kereta (bersama kaum pemodal yang ada disebalik tirai 'pemegang saham') tentu tersenyum lebar sampai ke cuping telinga.

15. Kesesakan jalan raya tidak akan selesai dengan menambah bilangan, lebar, lorong, dan tingkat jalan raya kerana kenderaan akan terus bertambah untuk memenuhinya. Akhirnya, banyak tanah dan kawasan yang berpotensi untuk dijadikan kawasan penanaman sumber makanan seperti padi, sayur, buah, kolam ternakan darat dan hasil ladang yang lain untuk keperluan warga sendiri telah hilang. Para pemaju pula pening memikirkan rekabantuk bangunan perumahan terutama jenis Apartment kerana perlu mengambil kira jumlah anggaran bilangan manusia dan kereta (untuk kawasan parking).

16. Malaysia memiliki khazanah kekayaan dari bawah tanah, darat dan laut. Segala hasil darat dan laut sendiri sepatutnya tidak mengalami kekurangan. Bayangkan tanah-tanah yang berpotensi untuk tanaman hasil makanan warga sendiri tadi, jika dimajukan, sudah tentu kita tidak perlu mengimport beras, daging lembu, susu lembu, ikan, dan pelbagai lagi sumber makanan lain. Malaysia adalah pengeluar kedua utama minyak kelapa sawit (sebelum ini no.1 dunia dan sekarang di belakang Indonesia) tetapi stok minyak makan dipasaran ketika musim perayaan sentiasa missing-in-action. Ini permainan siapa?

17. Begitu juga dengan minyak petroleum Malaysia; khabarnya yang berkualiti tinggi dinikmati oleh warga luar negara, dan bakinya yang kurang kualiti adalah 'hadiah' untuk warga sendiri? Permainan apakah ini?

18. Saya adalah pengikut aliran minyak habis. Oleh itu, segala rangka struktur ekonomi dan gaya hidup berasaskan minyak ini perlu segera diubah dan diganti dengan alternatif yang telah lama disyor oleh cendikiawan. Melalui fahaman ini, kita akan faham kenapa kita tidak perlu memakai tali leher di siang hari di Malaysia tanah khatulistiwa ini, tidak kemaruk memasang penghawa dingin di setiap bangunan dan yang maha mustahak ialah kita tidak lagi bermuka tegang kerana traffic jammed dan kehabisan stok makanan semasa musim perayaan.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!