Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, November 25, 2011

UPIN, IPIN DAN IPHONE 4G ADALAH AGENDA YAHUDI?

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

[Enlarge]

Bila nampak ayat-ayat mesej ni, aku teringat akan 'seruan' ini;

"HAPUSKAN huruf kecil 't' kerana ia hampir menyerupai tanda palang atau salib."

Marilah kita memBOIKOT huruf-huruf rumi ini kerana semuanya membawa perlambangan Yahudi (Y), Israel (I), Amerika (A), Zionis (Z), USA dsb. Sikit-sikit Yahudi. Sikit-sikit Israel. 298 daripada 300 buah makmal komputer sekolah yang sarat dengan masalah (tidak siap, tidak selamat diguna, kualiti hampeh dsb) di Sabah pun mengkali Yahudi jugalah yang buat, kan. Ini semua untuk menyesatkan anak-anak generasi pelapis akan datang supaya nda dapat menandingi 'fenomena' Intel dan Facebook..?

Kalau begitu, nampaknya komando kita di bawah lembayung Datuk Seri Zahid Hamidi - Naib Presiden United Malay National Organization - 'culas' mengesan kehadiran soldadu rejim Zionis semasa mereka (rejim Zionis) membuat onar ke atas projek-projek kerajaan UMNO-BN yang akhirnya terbengkalai menjadi bangkai (projek Gajah Putih) ini. Mungkinkah sudah ada 'wahyu' dari APCO? Mungkinkah skrip dan babak kautim sudah dipentaskan?

Dengar khabar, tahun depan iPhone 5 akan dipasarkan kepada pengguna akhir. Apa pula 'G' kali ini?

'Upin' dan 'Ipin' dalam Bahasa Melayu membawa maksud apa? Adakah orang Sabah perlu membuang atau tidak lagi menyebut perkataan 'pantat' kerana nanti orang Semenanjung Malaysia akan berasa kelucahan yang amat sangat tahap 7 petala langit-dan-bumi?

Dan yang paling aku kelucuan ialah bila baca perenggan akhir tu mulai ayat, "kalu kamu benar2.."

Kalau tidak kirim kepada 100 orang, meninggal dalam masa 100 minit. Dulu 100 jam tapi dengan adanya internet, jadi 100 minit.

KAH KAH KAH! XD

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!