Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, December 20, 2012

SEPUTAR CABARAN CATUR RAPID MENGAYAU KUDAT 2012

Kudat Mengayau Chess Rapid Challenge 2012



Cabaran Catur Rapid Mengayau Kudat 2012 akhirnya melabuhkan tirai pada petang 16 Disember yang lalu. Untuk makluman, kejohanan atau pertandingan ini merupakan kejohanan sulung (pertama kali) diadakan seumpamanya iaitu secara terbuka yang melibatkan penyertaan awam di daerah Kudat khususnya, dan di bahagian utara Sabah amnya. Lebih meriah, ianya dibuka kepada semua peminat dan pemain catur dari seluruh Sabah dan juga luar negeri kerana pertandingan ini merupakan 'National Rated' di mana para peserta akan mendapat markah untuk 'Rating' masing-masing.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Catur Kudat dengan kerjasama Persatuan Catur Sabah, Kudat Resthouse (tempat pertandingan) dan Wawasan Cafe selaku penaja utama. Pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Terbuka, Bawah 18 Tahun (B18) dan Bawah 12 Tahun (B12) dan menggunakan format bentuk individu 7 pusingan Sistem Swiss dengan Kawalan Masa 25 minit bagi setiap pemain (50 minit per pusingan) dan menggunapakai peraturan sedia ada FIDE (Blitz). Seramai 60 peserta telah menyertai iaitu 32 orang bagi kategori Terbuka, 19 orang B18 dan 9 orang B12.

Butiran lanjut pertandingan boleh dirujuk di [sini].

Para Pemenang

A. Kategori Lelaki B12

Tempat Ketiga : Mohd. Sulkhairi, Samad

Naib Johan : Elvener, Anthony

Johan : Dennis Damian, Nicholas

B. Kategori Perempuan B12

Tempat Ketiga : Deelnie, Justin

Naib Johan : Elvyronna, Anthony

Johan : Emmy, Anik

C. Kategori Lelaki B18

Tempat Ketiga : Muhd. Zulhilmi, Zanaim

Naib Johan : Nestor K., Esmady JR

Johan : Clarance, Thomas

D. Kategori Perempuan B18

Tempat Ketiga : Jennica Fay, Jossly

Naib Johan : Emmily Jennievie, Roipin

Johan : Cinderella, Justin

E. Kategori Terbuka

Tempat Ketiga : Abdul Sahim, Wising

Naib Johan : Masrin, Erowan

Johan : Adam, Ulamah
Johan masing-masing membawa pulang wang tunai, medal dan Piala Pusingan [rujuk].

Koleksi Gambar Sempena Kejohanan : [FB1] [FB2] [G+] [SCA]

Syabas dan Tahniah kepada para pemenang!

Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada penganjur kejohanan iaitu Kelab Catur Kudat dan Persatuan Catur Sabah, para penaja (Kudat Resthouse dan Wawasan Cafe) dan juga kepada para peminat (termasuk ibu bapa) dan pemain yang sanggup datang dari jauh seperi Sarawak, Beaufort, Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Papar, Kota Kinabalu, Tuaran dan juga Kota Marudu.

Semoga kita berjumpa lagi di kejohanan yang akan datang!

Hebahan/Keratan Akhbar

Sebelum : Harian Ekspres 05 Disember

Selepas : Harian Ekspres 20 Disember



Nota: Kejohanan catur tempatan yang seterusnya akan diadakan di daerah Kota Kinabalu [KLIK] dan Sandakan [KLIK] masing-masing pada 22-23 Disember dan 29-30 Disember nanti. Semua dijemput hadir!

Saturday, December 15, 2012

PERTEMBUNGAN 'DUA GERGASI' (2)



[Event "Sempena Cabaran Catur Kudat"]
[Site "Tg. Kapor, Kudat"]
[Date "2012.12.14"]
[Round "Round 4"]
[White "Mohd. Sulkhairi, SAMAD" 11 years old]
[Black "Mohd. Samizul, SAMAD" 25 years old]
[Result "???"]
[WhiteELO "0"]
[BlackELO "0"]



Akhirnya Alip dapat menebus kekalahan di Pusingan 4. Sebenarnya Game kami semalam 4 pusingan. Pusingan 1 nda sempat salin notasi pergerakan, dan pusingan 2 pula salah koordinat sebab nda kena pusing tu papan catur, ehe.

Round 1 : Samizul vs Sulkhairi [1-0]
Round 2 : Sulkhairi vs Samizul [0-1]
Round 3 : Samizul vs Sulkhairi [1-0]
Round 4 : Sulkhairi vs Samizul [1-0]

Apapun, perkembangan yang cukup maju. Kalau selalu bawa dia sparring, ada harapan selalu wakil masa menengah dan jadi pemain yang cukup kuat di masa akan datang. d(^^,)

PERTEMBUNGAN 'DUA GERGASI' (1)



Persiapan sempena Kudat Mengayau Chess Challenge 2012.. Latihan kecil-kecilan ja bah, ehe.

[Event "Sempena Cabaran Catur Kudat"]
[Site "Tg. Kapor, Kudat"]
[Date "2012.12.14"]
[Round "3"]
[White "Mohd. Samizul, SAMAD" 25 years old]
[Black "Mohd. Sulkhairi, SAMAD" 11 years old]
[Result "1-0"]
[WhiteELO "0"]
[BlackELO "0"]



Adakah Sulkhairi atau nama manjanya Alip bangkit di pusingan seterusnya? XD

Friday, December 14, 2012

MY GAME OF THE YEAR

Thursday, December 13, 2012

CABARAN CATUR RAPID MENGAYAU KUDAT 2012

KUDAT MENGAYAU CHESS RAPID CHALLENGE (NATIONAL RATED)

Sumber : [klik]







Buat JULUNG kalinya, Kelab Catur Kudat dengan kerjasama Sabah Chess Association akan menganjurkan satu pertandingan catur di daerah Kudat. Pertandingan ini juga merupakan pertandingan bertaraf "National Rated" dan yang pertama kali seumpamanya diadakan di Kudat.

OBJEKTIF: 
1. Mempromosikan sukan catur sebagai satu aktiviti sihat untuk minda di daerah Kudat

2. Mempublisitikan Kelab Catur Kudat (KCK) dan Persatuan Catur Sabah (SCA) sebagai badan yang membantu mengembangkan sukan catur di negeri Sabah.

SYARAT:
1. Terbuka kepada semua individu tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.

2. Terbahagi kepada 3 kategori:
i. Terbuka
ii. Bawah 18 Tahun
iii. Bawah 12 Tahun

3. Yuran Penyertaan
RM12 bagi dewasa @ bekerja
RM7 bagi pelajar(18 tahun ke bawah)/OKU

4. Pertandingan dalam bentuk individu 7 pusingan Sistem Swiss

5. Kawalan masa adalah 25 minit seorang pemain. (Jumlah masa 1 pusingan = 50 minit)

6. Sistem pemutus, mata terakhir, Bucholz, Sonneborn Berger & Kumulatif.

7. Peraturan pertandingan adalah berdasarkan kepada peraturan sedia ada FIDE (Blitz).

8. Penyertaan terhad kepada 100 orang dan pihak penganjur berhak menolak penyertaan tanpa sebarang notis.

TEMPAT PERTANDINGAN
Wawasan Cafe Resthouse Kudat [Get Direction]




HADIAH*

Kategori Terbuka
Pertama = RM300+Medal
Kedua = RM200+Medal
Ketiga = RM100+Medal
Keempat = RM75+Medal
Kelima = RM50+Medal
Keenam = RM20
Ketujuh = RM20
Kelapan = RM20
Kesembilan = RM20
Kesepuluh = RM20

Bawah 18 Tahun (Lelaki dan Perempuan)
Pertama = RM30+Medal
Kedua = RM25+Medal
Ketiga = RM20+Medal

Bawah 12 Tahun (Lelaki dan Perempuan)
Pertama = RM30+Medal
Kedua = RM25+Medal
Ketiga = RM20+Medal

*Hadiah Tambahan = "Magic 7" @ mendapat 7/7 dalam kejohanan = RM100
*Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan di akhir pertandingan


TENTATIF:
8.00am - Pendaftaran/Persiapan Akhir
8.50am - Taklimat ringkas
9.00am - Pusingan 1
10.00am - Pusingan 2
11.00am - Pusingan 3
12.30pm - Pusingan 4
1.30pm - Pusingan 5
2.30pm - Pusingan 6
3.30pm - Pusingan 7
4.45pm - Penyampaian Hadiah
5.00pm - Bersurai ... Jumpa lagi dalam pertandingan akan datang



PENDAFTARAN:
1. Sila SMS Nama Penuh, Kategori Pilihan ke 0109506125 @ 0138656297 sebelum 15 Disember 2012.

2. Bank-in yuran penyertaan ke akaun Maybank 160063283430 (Nicholas Jinidu Chua Siaw Chiang)

Sama-sama kita jayakan pertandingan catur yang julung kalinya dijalankan di daerah Kudat ini ... Gens Una Sumus

Keterangan lanjut atau perkembangan semasa, boleh berhubung dengan Nicholas Jinidu Chua Siaw Chiang (0138656297) atau layari:

a. Event Facebook [klik]
b. Facebook Kelab Catur Kudat [klik]
c. Laman Persatuan Catur Sabah [klik]

Kemasan terkini (13.12.2012):-
1. Jumlah calon peserta yang telah membuat pra-pendaftaran masing-masing bagi setiap kategori; Terbuka seramai 50 orang, Bawah 18 Tahun 28 orang dan Bawah 12 Tahun 11 orang.

2. Kaunter pendaftaran untuk keahlian Kelab Catur Kudat / Persatuan Catur Sabah akan dibuka seawal jam 7:30 pagi kepada semua (umum). Para peserta diharuskan untuk mendaftar keahlian (bagi yang belum berdaftar) sebelum pertandingan bermula.

3. Penggunaan jam = Diutamakan kepada Kategori Terbuka. Hanya meja 1 hingga 5 yang WAJIB menggunakan jam catur sekiranya kekurangan jam catur. Jam catur akan diberikan kepada meja yang bertanding tanpa jam catur dengan baki masa pusingan dibahagikan sama rata antara dua pemain. (Contohnya, baki masa pusingan tinggal 30 minit, maka masa bermain diberikan adalah 15 minit seorang).

4. Sebelum setiap pusingan bermula, pemain perlu menandatangani rekod kehadiran bagi tujuan sijil.

5. Tarikh tutup pra-pendaftaran (pendaftaran melalui Facebook) akan ditutup selepas pada 15 Disember 2012, jam 6 petang dan pairing akan dikeluarkan pada jam 8 malam. Namun, sekiranya terdapat walk-in registration pada hari pertandingan, pairing akan dibatalkan serta merta bagi kategori yang terlibat dengan penambahan pemain.

6. Sekiranya pemain yang membuat pra-pendaftaran tetapi tidak menghadiri pertandingan selepas 1 pusingan akan dibatalkan penyertaannya serta-merta kecuali pihak penganjur diberi makluman awal mengenai kelewatan pemain.

TRUST YOURSELF





Apakah hubungan antara percaya dan yakin/keyakinan? 

Sunday, November 18, 2012

DUNIA LADANG: BATU 75 ELOPURA (2)

Album penuh: [klik]

Stor merangkap 'Office-in-site', haha! XD

Disinilah aku selalu membuang meluangkan masa membuat kerja-kerja 'Pentadbiran, Kewangan dan Pengawasan'.

"You must DO & SUPERVISE everything..!"

Muahua3! XD

Monday, October 29, 2012

DUNIA LADANG: BATU 75 ELOPURA (1)


Album penuh : [klik]

Tempat beradu menjadi tempat 'bergaduh'. Bergaduh dengan minda dan masa, haha.



Tuesday, October 16, 2012

P+D SPRAYING INTERVAL (PROGRAM)

[klik] untuk besarkan paparan.

Ini adalah sampel atau contoh bagi perancangan aktiviti Penyemburan Racun Serangga dan Kawalan Penyakit (Pest and Disease), biasanya disebut sebagai 'P+D', dalam bentuk Selang Pusingan di Tapak Semaian Kelapa Sawit.

Selang Pusingan P+D umumnya;
1) Normal = 10 Hari
2) Kritikal = 7 Hari
3) Sangat Kritikal = 5 Hari

Ini bermaksud, 'adjustment' atau penyelarasan pada jadual program diperlukan sekiranya berlaku serangan kulat, serangga dan lain-lain pada benih dan kawasan sekitar sama ada di tahap Kritikal mahupun Sangat Kritikal. Salah satu cara untuk mencapai 'adjustment' yang baik (target) ialah dengan menambah bilangan pekerja (mandays)

Rekod 'Program vs Actual' diperlukan untuk rujukan pada masa akan datang.

Apa yang mustahak dalam dokumentasi atau perekodan P+D ialah Tempat (Plot mana), Jumlah Pam (Total Pump), Jenis Racun yang digunakan (Chemical Used) dan juga Mandays (Orang per Hari).

Butiran itulah yang sangattttt diperlukan/membantu dalam tugasan COSTING atau Pengekosan (Penentuan Kos).

Saturday, October 13, 2012

PROGRAM MINGGUAN TAPAK SEMAIAN (NURSERI)



Contoh Papan Program Mingguan yang dijalankan di Tapak Semaian sama ada khas untuk Semaian Kecil (Pre-Nursery) ataupun Semaian Besar (Main Nursery).

Culling atau Penakaian masih belum ada kemasan terkini.

Tuesday, October 02, 2012

PUNCTUAL AND CORRECT

[Rekabentuk oleh msslawliet]


Maaf kalau ada "Grammatically error".

Kredit kepada AM YPAE dan Google Chrome OS default wallpaper (gambar latar)

d(^^,)

Nota: Saja-saja belajar 'melukis' ;p

Monday, October 01, 2012

PTPTN UJRAH

Assalamu'alaikum w.b.t.

Pada asalnya (masa Ujrah ni mula dilancarkan) aku tidak layak untuk menerima tawaran Ujrah ini sebab aku telah melanggar terma dan syarat dari PTPTN kepada peminjam. Terma itu ialah "peminjam menerima bantuan kewangan dari institusi pinjaman lain". Masa aku Tahun Dua, aku berjaya mendapat Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS). Masa tu kursus aliran Sains yang masuk dalam pakej tawaran BKNS bertambah. Jadi mahu tidak mahu aku kena berhentikan PTPTN segera.

Januari 2010 (lebih kurang dua bulan selepas konvo), aku mula bekerja (Fasilitator SchoolNet). Nah disitulah PTPTN mula mengirim surat sinta (LOL). Sampai surat peguam lagi datang sebab baki pinjaman PTPTN kena bayar habis alias lump sum.

Baru mula kerja dan bajet-bajet bayar balik PTPTN, sudah kena suruh bayar belas ribu sekali gus. Sandi eh.

Jadi aku pun buat surat rayuan rasmi maklumkan yang aku baru ja bekerja selepas sudah dua bulan bergraduan (jawatan pun kontrak) dan jauh dari mampu untuk membayar baki keseluruhan. Dalam surat tu juga ada tertera bayaran ala-ala 'deposit' dan bulanan untuk bayaran semula. Kira janjilah tu.

Aku pun bayarlah PTPTN tiap kali gaji. Kadang dalam RM500 dan paling sikit dalam RM300.

Lepas aku habis kontrak Fasi dan jadi guru ganti kejap, aku 'rehat-rehat' di rumah (dalam dua bulan lah). Masa tu mulalah ansuran PTPTN terbayar RM50 sebulan ja. Bila masuk INSEP-Plantation Management, lagilah nda terbayar. Situ jumlah baki hutang bertambah balik.

Alhamdulillah, dalam bulan Mei tahun ni aku dapat emel dari PTPTN yang aku ditawarkan Ujrah. Terkejut eh. Nda sangka dapat pula penukaran kos 3% kepada 1% tu. Aku pun isi dan lengkapkan dokumen Ujrah dan hantar sebelum Ogos (tempohnya dalam 3 bulan).

Semalam, tergerak hati untuk semak status Ujrah macam mana sudah. Alhamdulillah syukur sekali lagi, permohonan telah diterima dan lengkap. Namun, masih menanti pelarasan akaun. Apabila telah selaras, maka mungkin ada perubahan pada nilai-nilai di akaun.

[Semak Tawaran Ujrah]

[Semak Status Tawaran Ujrah]


Apapun, aku memang bertekad untuk membayar PTPTN sampai lunas sejak mula menerima PTPTN. Lagi cepat lagi bagus. d(^^,)


Sunday, September 30, 2012

MANSAU-MANSAU DI SANDAKAN

Assalamua'laikum w.b.t.

Lama nda cerita pasal peribadi. Jadi hari ini mula sambung sikit-sikit cerita / pengalaman peribadi yang dilalui.

Hari ni berkesempatan untuk mansau-mansau di Bandar Sandakan. Tumpang bos ja. Kebetulan sudah gaji dan dia pun ada urusan. Jadi kami pun mula bergerak dari Simpang Tanah Mas, Telupid (Batu 75 ikut talian yang Celcom tunjuk di telefon) ke Sandakan. Tempoh perjalanan sekitar dua jam. Secara ringkas, ni tempat-tempat yang sempat kami singgahi:-

1. Menjamu selera di Restoran Ikan Bakar di Pasar Sim-Sim. Aku lupa apa nama restoran tu (haha). Yang pasti, restoran tu menghadap pangsapuri sebelah Pasar Sim-Sim tu. Makan ikan bakar di sana memang masyuk. Selain dijamin sedap, harga pun berbaloi-baloi sebab hanya perlu bayar harga ikan ja (kalau ambil ikan ja lah) bila makan di sana. Bila makan di situ juga, pelanggan akan dapat pakej lauk sayur (tiga jenis), sup ikan, belacan dan nasi. Yang siuknya nasi boleh tambah sampai perut senak. Jangan risau, tandas awam ada di hujung pasar, haha.

2. Merayau-rayau di Harbour Mall. Dengar-dengar ini tempat beli-belah yang baharu sahaja dibuka. Merayau sekejap ja sampai tingkat atas tempat makan-makan. Emm, rasa macam kecil ja. Sekarang ni lah. Di aras paling bawah, ada ala-ala PC Fair dan yang paling meriah tempat Gintel buat promosi. Di PC Fair sempat pau dua pendrive Kingmax 8GB harga RM18 setiap satu. Sudah beli baru jumpa Kingston 8GB RM17. @#$%*. Ni macam penghabisan stok model lama.

3. Merayau-rayau di Genting Mas (beli alat tulis untuk exam.. Oupss.. X>) dan Giant. Dengar-dengar tu ja lah Giant yang ada di Sandakan. Iyakah?


Memandangkan esok mula kerja seawal 5:30 pagi, maka balik Tanah Mas pun kena awal lah juga. Esok mula sudah Oktober. Mungkin seharian di pejabat buat Tutup Buku untuk September (kira gaji pekerja dan Costing).

#Maaf tiada langsung gambar yang diambil semasa mansau-mansau. Biasalah trend terkini kan kalau mahu ke tandas pun posing ambil gambar dan update di internet dulu. Aku kena tunggulah rebat Telefon Pintar baru angkat Galaxy Note satu. Ehh? XD

Friday, September 21, 2012

DUNIA LADANG: SRI KEHUMA NURSERY



Alhamdulillah, genap sudah dua minggu 'take in-charge' Nurseri Sri Kehuma. Kira-kira, dua minggu. Tapi rasa-rasa, macam dua tahun sudah. Muahua3! XD

PQS + Replanting (GPS) + Nursery = !@#$%

Monday, September 03, 2012

DUNIA LADANG: GENG GPS

Kenang-kenangan di puncak B2, bersempadan dengan Hutan Simpan Sapa Payau* (kalau tak silap).
Topi koboi = Mandur Asrol, Azwhan, Sidham (baju hijau), dan Akhbar (Trainee Staff, ambil gambar)


Tugasan:
Mengukur panjang teres (termasuk bibir teres) dan jalan, dan memetakan teres di blok tanam semula (replanting).

Metodologi:
-Teres dan jalan diukur dalam unit rantai dan kaki.
-Pemetaan teres berdasarkan lakaran mudah (simple sketching) dengan mode kontur dan pandangan hadapan.

Alat utama:
-Pita pengukur 100 meter
-Garmin GPS
-Perisian MapSource


Saturday, August 11, 2012

INTERNATIONAL CONFERENCE ON ENVIRONMENT AND BIOSCIENCE 2012

-ICEBS 2012-




"Farmer's Awareness and Knowledge on Good Pesticide-Handling Practices in Kundasang Ranau, Sabah."




[Demo Only]

Info: http://www.icebs.org/index.htm



Alhamdulillah, sungguh nda ku sangka, Projek Tahun Akhir (Tesis) atau Disertasi ku ini dilanjutkan kajiannya dan dipilih untuk dikirimkan ke ICEBS 2012. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Penasihat Akademik, Penyelia Tesis yang juga Pengetua Kolej Kediaman (KKCD) sewaktu di UMS dulu, Cik Kamsia Budin dan rakan-rakan, Prof. Dr. Amran AhmedSuriani Hassan dan Shahida Mohd Sharif atas inisiatif dan usaha yang telah dicurahkan untuk kajian ini..! Terima kasih sekali lagi! d(^^,)


Sunday, August 05, 2012

BULAN 8 DI SANDAKAN


"Sandakan, formerly known as Elopura is the second-largest city in Sabah, East Malaysia, on the north-eastern coast of Borneo. It is located on the east coast of the island" -Wikipedia







Nota: Lagu dan video lagu hanyalah selingan semata... XD


Tenom sudah, Nabawan pun sudah. Seterusnya, Sandakan...! v(^^,)

Saturday, August 04, 2012

PENJAGA GOL NEGARA TEGUR MEDIA

Kredit : [BBC]


Harap isu siapa lebih popular tidak 'digoreng-goreng' lagi.

KUALA LUPAK: Penjaga gawang negara, Apik, tampil mengulas seputar isu tentang sahabat yang juga pakar menangkap bola sepertinya, Paijal, yang dikatakan 'menggugat' kedudukan Apik selaku pilihan utama jurulatih dan penyokong bola sepak tempatan. Isu tersebut menjadi bualan hangat usai perlawanan persahabatan antara Skuad Rimau dan dua skuad daripada benua empat musim tempohari yang menyaksikan prestasi cemerlang Paijal menyelamatkan pintu gol daripada dimasuki bola.

"Hahahahaha..", itulah reaksi pertama Apik ketika ditemui wartawan SDN di Bazar Ramadhan Bang Mijul dekat sini, kelmarin.


"Saya tidak menganggap populariti itu penting dalam dunia bola sepak. Apa yang penting ialah kualiti dan bagaimana anda berusaha meningkatkan prestasi dan kemahiran diri".


"Justeru, soal si polan akan ganti si anu yang menjadi pilihan utama kerana prestasi cemerlang si polan adalah tidak berbangkit sama sekali. Adakah anda tidak gembira dan memandang sesuatu dengan lebih positif apabila bertambahnya bilangan ahli sukan kita yang sebelum ini dilihat 'kurang cemerlang', kini cemerlang?".


"Inilah mentaliti masyarakat kita khususnya sesetengah pihak yang menjadi 'media murahan' yang acapkali meneropong, melapor dan mengulas berjela-jela isu-isu remeh lagi temeh, sedangkan yang patut dibuat 'analisis' dalam hal ini adalah aspek utama sukan bola sepak yang saya sebutkan tadi. Saya pernah melalui pengalaman permainan media sebegini sebelum ini."


"Jika Paijal diletak selaku pilihan utama dan saya hanya sekadar memanaskan bangku simpanan dalam suatu perlawanan terutamanya perlawanan besar, apa ruginya saya? Saya tidak merasa tersisih dan lemah semangat dalam permainan. Menjadi penjaga gol tidak sama seperti posisi lain di padang. Anda terpilih maknanya prestasi dan tahap semasa anda menjadi elemen percaturan jurulatih iaitu 'Benteng Terakhir' ataupun Rook dalam permainan catur."


"Bayangkan pasukan negara kita ada tiga orang penjaga gol yang semuanya sama-sama cukup hebat dan mantap prestasinya dalam perlawanan, bukankah ia menguntungkan pasukan khususnya jurulatih dalam percaturannya? Begitu juga dengan posisi yang lain, kalau ada yang cedera atau tidak dapat beraksi, maka kita mempunyai lebih pilihan dan kita semua tidak perlu risau bila melihat kesebelasan utama dan pertukaran yang dilakukan sewaktu permainan."

"Bayangkan ada tiga orang 'Apik', bukankah kekebalan benteng terakhir pasukan tetap utuh?", ujarnya berseloroh.

Thursday, August 02, 2012

KENAPA SAYA MENYOKONG #SAVEMARYAM

#SAVEISLAM

Kempen #SAVEMARYAM menjadi isu hangat perdebatan setelah gerakan/organisasi tersebut menyatakan,

"Approximately 2 million Muslims leave Islam every year in Indonesia."

Aku fikir, rata-rata pembaca blog ini adalah generasi "Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris", jadi tidak perlulah aku membuat terjemahan ayat tersebut ke Bahasa Melayu.

Maka, usai membaca "ayat fakta" tersebut, ramai yang melopong, bingung dan memberi reaksi mempertikaikan bulat-bulat akan ketepatan dan kesahihan data angka '2 million' itu. Dari mana mereka (Mercy Mission) mendapat data tersebut?

Situasi menjadi kelam dan kusut bilamana tersebarnya di medium maya (maaf, aku tidak menyimpan pautan tersebut) akan kupasan dari seorang yang digelar 'Maulana' mempertikaikan gerakan kempen tersebut, dengan membawa data statistik yang menjadi sumbernya. Dalam tulisan dan komen artikel tersebut, mereka mempersoalkan integriti (kejujuran dan ketelusan) penggerak agenda #SAVEMARYAM.

Ini boleh dilihat melalui ayat-ayat seperti, "Someone make a huge money from this campaign! See that Watch, Share & Donate.." bla bla bla...

Pihak #SAVEMARYAM telahpun tampil memberikan maklum balas tentang isu '2 million' itu di laman sesawang mereka.

Aku tidak mempunyai 'kekuatan' untuk membuat kajian mendalam (comprehensive study) tentang '2 million' itu, mahupun situasi sebenar umat Islam di Indonesia.

Justeru, sebagai perkongsian ilmiah yang bersifat peribadi dan umum, maka beberapa perkara berikut menjadi asas kenapa aku menyokong kempen #SAVEMARYAM dan yang seumpama dengannya:-

1. Aku tabik spring dengan pendekatan karya mereka yang cukup kreatif dan umphh! Selama usia yang hampir menjejak suku abad ini, agak banyak juga video yang menyampaikan mesej - seperti kempen #SAVEMARYAM - tetapi ianya agak biasa-biasa dan 'tradisional'. Kalau kita lihat video-video kempen #SAVEMARYAM, ianya jelas mempergunakan 'bisa' dan 'penangan' teknologi masakini yang amat bertepatan dengan selera generasi IT khususnya pemuda-pemudi yang biar tidak mandi dan makan nasi sehari asal dapat cek Facebook dan pos itu ini;


2. Agenda gerak kerja #SAVEMARYAM telah dinyatakan dengan jelas. Mereka merancang untuk mewujudkan beberapa perkara sebagai pendekatan atau 'counter-attack' seputar isu yang di bawa oleh #SAVEMARYAM (Boleh semak di laman mereka). Hasil derma yang dikumpul, akan disalurkan untuk merealisasikan pendekatan tersebut, dan yang paling utama menjadi fokus aku ialah;


3. Aku lebih pedulikan dan kisahkan 'leave Islam' berbanding '2 million' itu (perasan aku garis dua ayat ni di atas tadi?). Bagi aku, 'leave Islam' tidak membawa maksud tuntas murtad semata tetapi merangkumi juga mereka (baca: kita) yang meninggalkan gaya dan cara hidup selaku Muslim sama ada secara terang-terangan mahupun tapuk-tapuk.

Selayaknya, walaupun jika ada hanya seorang sahaja yang murtad, kita Muslim patut sudah cukup berduka, sedih dan kecewa. Tidak perlu menunggu angka tersebut berubah menjadi 10, 100, ataupun 100,000 barulah rasa cukup kuota untuk berduka, sedih, kecewa dan bertindak.



Bacaan lain:-
a. Laman Save Maryam
b. Facebook Save Maryam
c. Era Muslim (http://www.eramuslim.com/berita-staf-indonesia-di-bbc-london-program-kampanye-savemaryam-adalah-asli-bukan--bohongan.html)


Wednesday, July 18, 2012

SUARA DARI DINDING DEWAN

Suara Dari Dinding Dewan


Empat dekad sudah.

Suara dari dinding dewan sayup,
tapi nyata.
Lalu aku sayu dan aku pilu;
Lalu, aku ragu dan aku malu,
watikah rasmi dari luar
disokong badai jampi liar.

Lidah yang diluhuri maruah
dikelar sendiri, mengapa?
Kerana kita membeli harta
dengan seni dan bahasa?
Atau kita membeli ilmu
yang hanya mencerna harta?

Aku terlalu resah dan tua
untuk menghadami siasah
laju kaki dari roda
lebat saham dari hikmah.
Mungkin ini hanya mimpi.
Kita akan menjadi pengembara
bahasa jati penghalaunya.

Benarkan sesekali aku berduka
nelayan yang terlalu mengasihi
bangsa,
benarkan lukanya didera
samudera.
Dan usah datang mencarinya
sebelum dan sesudah pilihan raya
ia telah tergelongsor jauh ke lurah
jaring kebingungan tenat bahasa.

Empat dekad bahtera bangga
anak cucu wajar menduga
mereka khusyuk atas sejadah
depan al-Quran mereka bertanya;
Buah ranum pada tangkai
bahasa gugur dari hati -
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?


A. Samad Said
Mei 1996

Wednesday, June 13, 2012

PM NAJIB DAN PANDA

Terkini : [HarakahDaily]

Malaysiakini hari ini melaporkan berita tentang tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Malaysia untuk menamakan sepasang Panda yang dipinjamkan kerajaan China kepada Malaysia.

Sumber n Kredit : [Malaysiakini]

01. Aku tidak ambil 'pot' tentang penamaan Panda ini. Apa lagi untuk terlibat dengan aktiviti memberi nama-nama superb macam "Cin Cin & Beg Beg" dan "Altantuya & Scorpene".

02. Apa yang aku mahu lebih tahu ialah hal keberadaan Panda ini di Malaysia.

03. Meminjamkan Panda untuk tatapan kita semua di Malaysia amat dialu-alukan. Aku tidak pasti kalau mana-mana Zoo di pelusuk negara ini mempunyai Panda untuk tatapan umum.

04. Cuma aku terdetik, bagaimana jika Panda ini bukan untuk pinjaman sebaliknya diserahkan terus kepada kerajaan Malaysia?

05. Nah, kita membuka lembaran baru topik. Beberapa tanggapan muncul. Antaranya; Mungkin pada awalnya ia bersifat pinjaman. Namun dalam tempoh tertentu dengan sebab yang tertentu, pinjaman ini akan bertukar kepada 'biasiswa'.. oupss.. serahan.

06. Mungkin juga kerajaan China tidak terlintas untuk menyerahkan Panda ini kepada kerajaan Malaysia. Kenapa dan bagaimana 'sejarahnya' Malaysia dipinjamkan Panda juga masih belum jelas. Mungkin kerana WWF Malaysia adalah antara yang paling unggul dalam rantau Asia Tenggara?

07. Apapun, langkah PM Najib yang meminta cadangan nama untuk Panda ini dari rakyat Malaysia adalah agak remeh. Sebagai cadangan peribadi, lebih baik PM meminta cadangan dari kita semua (pada sesi tersebut) tentang Panda ini selain aspek nama iaitu:-

a. Perlukah Malaysia mempunyai Panda sendiri untuk dijaga? Apa yang anda fikir tentang peminjaman ini?

b. Apakah cadangan untuk memelihara haiwan terancam kita seperti penyu dan harimau selain memeliharanya di dalam Zoo?

c. Bagaimana membanteras kegiatan penyeludupan dan pemburu haiwan terlindung khususnya di kawasan anda?


08. Contoh soalan tadi jelas bersifat akademik dan mungkin skema bagi sesetengah orang. Namun, soalan-soalan tadi mampu melahirkan minda kreatif dan minda peka yang lebih unggul tentang isu-isu seputar haiwan diambang kepupusan ini, berbanding 'pemenang' minda kreatif untuk menamakan Panda ini. Hal nama boleh dikemudiankan.

09. Jika soalan sebegitu yang diajukan, maka tajuk berita akan berubah. Tulisan ini juga akan berubah, berubah menjadi lebih kritikal.


Nota: Panda memang cukup comel. Nak satu boleh?

Thursday, June 07, 2012

BAHAYA KEPADA BLOGGER DAN PENGGUNA INTERNET

PINDAAN AKTA BUKTI: KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENGINJAK DEMOKRASI


NGO-NGO yang menandatangani kenyataan ini, mengutuk sekeras-kerasnya pindaan Akta Bukti 1950 yang telah diluluskan di persidangan terakhir Parlimen dan akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2012. Walaupun pindaan Akta ini membawa implikasi yang amat besar, ianya masih diluluskan tanpa perbincangan yang telus. Orang ramai tidak dibawa untuk berbincang. Tanpa waktu yang panjang untuk berbahas, Parlimen telah meluluskan Akta ini.


Kemasukan Fasal baru Seksyen 114A Akta Bukti mengandungi perkara-perkara berikut:

- Pemilik, tuan rumah, pentadbir, pengarang atau penolong pengarang untuk semua laman-laman atau akaun media sosial akan dianggap bertanggungjawab keatas apa-apa isi yang telah dipapar atau diulang paparan dilaman-laman tersebut. Kandungan paparan ini tidak semestinya oleh mereka sendiri atau pun orang yang menyamar sebagai mereka, atau orang yang menyamar, atau sesiapa sahaja;

- Pelanggan kepada perkhidmatan jaringan yang biasanya mencetak atau mengulang-cetak kandungan-kandungan akan dipertanggungjawabkan keatas penerbitan tersebut;

- Tuan punya atau individu yang menyimpan perkakas elektronik yang telah digunakan untuk mencetak atau mengulang-cetak isi kandungan tersebut , akan dipertanggungjawabkan.


Justeru dengan ini, kami merasa Pindaan ini melanggar hukum undang-undang sejagat dimana individu itu tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya. Pindaan ini telah menterbalikkan undang-undang sejagat ini, dimana individu itu akan didapati bersalah dan dia wajib membuktikan yang dia tidak bersalah.

Seksyen 114A Akta Bukti bersama-sama undang-undang zalim seperti Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Mesin Cetak 1984 dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998 akan terus menerus menafikan hak rakyat Malaysia untuk mendapat kebebasan menyatakan pandangan. Undang-undang ini bukan sahaja akan mengancam warganegara untuk melakukan pengawalan diri (self-censorship), malah ianya juga akan disalahgunakan oleh sesiapa sahaja untuk memerangkap orang lain dengan menggunakan undang-undang zalim ini. Undang-undang ini tidak mewujudkan keadilan malah ianya melahirkan ketidakadilan.

Sumber n Kredit : [TukarTiub]


Dalam konteks pilihanraya umum, besar kemungkinan Seksyen 114A Akta Bukti ini akan disalahgunakan oleh individu untuk mensabitkan parti politik atau bakal-bakal calon dengan jenayah. Sesiapa sahaja boleh dituduh mencetak kenyataan yang dianggap kasar atau menghasut walaupun yang dituduh tidak mencetaknya. Hanya melalui komen-komen yang tidak bertandatangan atau komen tanpa nama yang telah ditinggalkan didalam laman-laman yang ada kaitan dengan ahli-ahli politik yang berkenaan, maka ianya akan mensabitkan ahli politik tersebut sebagai bertanggungjawab memaparkan kandungan tersebut. Pindaan ini terus menggalakkan politk kotor. Politik kotor ini terus berlaku di Malaysia sebelum, ketika dan sesudah pilihanraya umum.

Hak menyatakan pendapat ialah asas untuk demokrasi. Di Malaysia, hak mendapat maklumat melalui media massa dikekang oleh kerajaan yang dibantu oleh undang-undang yang menindas. Warganegara Malaysia pada ketika ini telah menggunakan internet sebagai ruang demokrasi dimana mereka boleh menyatakan perasaan dan pandangan. Mereka juga telah mendapat maklumat daripada internet.


Pindaan keatas Akta Bukti meyakinkan kita bahawa hak kebebasan untuk mengeluarkan pendapat masih lagi satu ilusi yang tercatit dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa bila kerajaan menafikan hak rakyat untuk mengeluarkan pendapat, sebenarnya kerajaan sedang menginjak-injak demokrasi.

Kami yang menandatangani dibawah ini mendesak kerajaan Malaysia untuk menangguhkan pelaksanaan Seksyen 114A Akta Bukti. Atau melupuskan ia serta-merta.

Bersama dengan ini, kami yang menandatangani ini juga mendesak kerajaan Malaysia untuk menarik kembali segala kekangan terhadap hak menyatakan pandangan termasuk pindaan kepada Akta Mesin Cetak 1984 dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998, dan melupuskan fasal-fasal yang mengekang. Kami juga menuntut supaya Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972 dipinda kembali.


Persatuan Kesedaran Komuniti (EMPOWER)


Kredit dan Sumber: Tulisan ini disalin tanpa edit dari [TukarTiub]

Tuesday, June 05, 2012

PRAKTIKAL DI LADANG

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI


Latihan Industri di Ladang Pandewan, Nabawan
Sabah Land Development Board



Nota: Fail peribadi ini dikongsikan kepada umum untuk tujuan pendidikan dan bersifat 'untuk kegunaan sendiri sahaja'. Sebarang komen atau cadangan amatlah dialu-alukan. Terima kasih!

Monday, June 04, 2012

UMMAH DITUNTUT TENTUKAN KEPIMPINAN


UMMAH DITUNTUT TENTUKAN KEPIMPINAN

10/3/04
Oleh Ir.Hjh. Endok Sempo Mohd Tahir

ROKIAH bertanya rakan sejawatnya, Salmah mengenai pilihan raya. Dia bertanya, di manakah Salmah akan mengundi. Namun, jawapan yang diterima begitu mengecewakan.

Aku malas nak mengundi!,” balas Salmah.

Rokiah kehairanan dan bertanya mengapa.

Aku mengundi ke, tidak mengundi ke, nasib aku macam tu juga. Aku tetap menjadi kerani cabuk! Sesiapa pun yang menang dalam pilihan raya ini aku tetap macam tu juga, ibu tunggal yang melarat, wanita yang terbiar,” kata Salmah.

Hujah Salmah lagi:
Kadang-kadang saya juga terfikir, pilihan raya ni menjadikan ramai antara kita menjadi manusia yang kurang siuman. “Kerana di masa inilah berlaku perkara perkara yang dilarang Allah, memutuskan silaturahim, mengata orang, memaki hamun, merendah rendahkan saudara sendiri, pulau memulau, mengadu domba, kempen angkat bakul yang berlebih-lebihan hingga memualkan tekak.

Rokiah membalas: “Kamu tak boleh cakap macam tu, sebab tidak semua orang macam tu, asalkan kita tidak menjadi seperti mereka. Kita mesti menjalankan tanggungjawab sebagai warga negara yang baik. Setiap langkah kita yang soleh akan diberi ganjaran daripada Allah jika niat kita kerana-Nya.

Sumber n Kredit : [FB IKRAM]


Ini hanya satu daripada banyak contoh mentaliti ‘ketidakpedulian’ rakyat yang layak mengundi dalam menentukan kepemimpinan negara. Pilihan raya umum hanya datang lima tahun sekali, namun ramai rakyat tidak menghargai peluang ini.

Mengapakah sikap ini masih berlaku di kalangan umat Islam di negara ini? Mungkin kerana umat Islam berasa selamat dan berbangga dengan bilangan yang ramai. Ketidakpedulian ini perlu dibetulkan dan kefahaman rakyat mengenai ‘poilitik warga’ seharusnya di ketengahkan.

Menurut ulama terkenal, Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara sama dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik.

Pada pandangan beliau, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung atau kerana berharap dapat mengambil manfaat apabila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah dalam surah at-Talaq, ayat dua, bermaksud,

Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah.

Sementara sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) hingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian.

Firman Allah bermaksud, “Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil.” (Surah al-Baqarah, ayat 282)

Dan janganlah kalian (saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya.” (Surah al-Baqarah, ayat 283).

Kita perlu membabitkan diri dalam proses pilihan raya sebagai warga negara Malaysia yang bertanggungjawab sama ada sebagai jentera pilihan raya, pengundi atau pemantau rasmi. Gunakanlah kebijaksanaan kita untuk memilih calon yang tepat dengan mencari sebanyak mungkin maklumat mengenainya.

[PENULIS seorang Jurutera professional dan aktivis Wanita IKRAM]

“UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN”

Kredit dan sumber asal : [FB IKRAM]

Saturday, June 02, 2012

MEMOIR DI SABAH KAAMATAN CHESS OPEN 2012

Sumber n Kredit : [Anizan Mahruf] [Album Logo]

Aku datang lewat seperti biasa ke tempat yang ingin dituju. Mengikut jadual di Event, ianya bermula 8:00 pagi dan aku baru selesai bersiap-siap pada 10:00 pagi. Entah kenapa. Aku cuma berasa yang aku tidak ketinggalan apa-apa atau rugi apa-apa sangat.

Aku tiba di 1Borneo lebih kurang 15 minit dari pintu rumah yang aku tumpangi. Aku berhenti di perhentian bas yang bersebelahan dengan jambatan laluan pejalan kaki yang tidak seusia dengan 1Borneo itu. Langkah dituju ke Grand Borneo Hotel. Biasa mendengar namanya tetapi tidak pernah lagi masuk dan berlegar didalamnya.

Aku perlahan-lahan ke kaunter utama (lobi) dan saja ingin bertegur sapa dengan harapan ada minah cun yang menjawab 'soalan bonusku' - di mana tempat pertandingan. Tetapi sedikit hampa, seorang mamat pula yang cepat-cepat menyambut soalanku.

"Tingkat 3, lif ada di sebelah kiri laluan ini.."

Dia tersenyum, aku tersenyum sambil mengucapkan terima kasih. Aku cepat-cepat beredar kerana tidak ingin diperhati terlalu lama di sana. Cukuplah CCTV yang tiada kerdipan memerhati. Aku hanya berselipar, memakai jaket bundle dan menyikut beg yang jelas kelihatan lusuh tetapi banyak berjasa semasa aku di ladang.

Aku tiba di tingkat 3. Sebaik melangkah keluar, aku lihat ada beberapa remaja dan budak-budak yang berlegar dan duduk berdekatan dengan pintu utama. Pandanganku melepasi pintu utama, aku lihat di sana juga ada tempat duduk santai ala-ala di tepi pantai. "Ehh, ini macam tempat mandi manda ja ni..", getus hatiku. Ahh aku tersilap. Aku tersilap yang aku berfikir aku telah salah masuk. Kerana, di sebelah kanan pintu masuk utama ada  lagi pintu masuk yang kelihatan standard bagi sebuah tempat khas. Ya, inilah dewan Vinusak tempat berlangsungnya Kejohanan Catur Kaamatan Terbuka 2012.

Sumber n Kredit : [Anizan Mahruf]

Aku memberanikan diri masuk ke dalam dewan. Risau juga kalau-kalau ada yang tanya "Encik, ada tiket/pas masuk..?". Aku datang dengan kapasiti sebagai penonton dan pemeriah acara ini. Aku bukan datang menemani kawan bermain catur apatah lagi menjadi peserta untuk pertandingan ini. Aku mungkin 'jika dan hanya jika' bermain bila ada yang menjemput atau menjadi peserta kerana angka jumlah peserta adalah ganjil. Tetapi, kemungkinan ini aku semat jauh-jauh di dalam hati kerana possibility-nya terlalu rendah. Sebelum datang ke acara ini, aku lihat maklum balas di Event adalah memberansangkan. Ada yang sejauh daerah di Sarawak yang datang!

Aku meloloskan diri dari pintu utama Vinusak, terus mendekati meja terdekat yang sedang bermain catur. Dengan muka dunno, aku buat-buat fokus 'menganalisis' permainan mereka sambil difikiran tertanya-tanya adakah line clear atau tidak..

Tiada sapaan. Line clear!

Hahaha. Aku gelak sendirian dalam hati. Seperti pertandingan catur amatur ataupun profesional yang hanya aku pernah tengok di dalam video, suasana di Vinusak ini adalah sama. Orang ramai berkerumun mendekati meja pemain, mengambil gambar dan ada juga yang berborak-borak sambil bermain untuk test power.

Aku menyusur meja-demi-meja yang ada perlawanan. Mataku tertarik dengan beberapa suasana pertembungan. Ada si kecil bertembung dengan si besar, ada si muda melawan si tua, dan yang tidak kurang menariknya ialah si jejaka berhadapan dengan si awek.

Aku mula sedar rupanya sesi pertandingan di penghujung masa bagi Pusingan 1 (P1). AJK sudah mula mencetak Pairing (siapa jumpa siapa) dan keputusan P1. Patutpun suasana agak meriah (tidak sunyi sepi) dan ramai yang berkeliaran keluar masuk. Malah, pertandingan lewat dimulakan kerana ramai peserta yang berbaris mendaftar dan AJK juga menjadi sibuk mencari alatan tambahan untuk kegunaan pertandingan.

Juruacara mula mengumumkan tentang jadual keputusan dan P2. P2 akan diadakan dalam masa beberapa minit dan setiap peserta mula mengerumuni untuk melihat dan menyemak jadual tersebut. Aku pun buat-buat sibuk mencari nama seolah-olah mencari siapa lawan pusingan seterusnya. Walhal, aku ingin melihat nama-nama yang mungkin boleh aku cam/kenal dan otai catur Sabah yang ada namanya di Persatuan Catur Sabah (SCA). Nampaknya, tiada seorang pun yang aku kenal dalam senarai peserta. Hanya nama otai yang aku kenal sahaja seperi Al Kamil dan Abdul Sahim Wising. Charles Lucas tidak bermain. Nama otai ini aku hanya kenal pada nama dan tidak kenal rupa. Dengan bantuan jadual, aku mendapat tahu yang dua otai ini mengisi meja nombor 1 dan 2 pertandingan masing-masing. Ya, itulah tempat aku berdiri termenung nanti!

Sumber n Kredit : [Anizan Mahruf]

P2 dimulakan. Debaran antara peserta boleh dirasa. Aku teringat akan reaksi spontan seorang peserta selepas melihat Pairing-nya - "nombor xx, meja kekalahan!". Haha. Aku lihat semua peserta sudah mula mengambil tempat duduk. Ada kanak-kanak, ada remaja sekolah rendah/menengah, ada dewasa, ada yang sudah berusia, ada yang berkopiah, ada yang berjanggut panjang dan aku lihat ada dua orang 'puteri catur' masing-masing dimeja 4x. Aku mula rasa berdebar selepas juruacara memulakan masa pertandingan kerana hampir semua yang aku lihat berkeliaran keluar masuk awal-awal tadi rupanya peserta! Aku melihat sekeliling. Semuanya duduk kecuali beberapa AJK dan orang awam yang berada di bahagian belakang. Hanya aku seorang yang berada di bahagian hadapan melihat perlawanan di meja 1 dan 2, betul-betul menghadap kaunter AJK!

Fikiran negatif tentang sapaan seperti mula-mula masuk tadi mula menghantui. Aku menjadi rasa tidak selesa. Aku risau berdirinya aku di situ adalah sesuatu yang perlu dielakkan. Tambahan pula, juruacara sedang memaklumkan semula tentang peraturan pertandingan seperti gangguang telefon, berbual-bual dengan penonton dan lain-lain. Setelah selesai, aku menjadi lega. Tiada larangan untuk penonton mendekati meja pertandingan kecuali membawa peserta berbual-bual atau gangguan lain seperti flash kamera. Akhirnya  aku pun merayau dari meja-ke-meja memerhati permainan mereka. Sungguh menarik. Ada peserta yang menang dalam tempoh 10-12 minit (Masa permainan = 23 minit). Ada oldtai yang aku nampak bergegar-gegar tangannya ketika menggerakkan buah mampu menang ke atas si muda. Kebanyakan peserta kalah kerana 'time trouble'.

Sumber n Kredit : [Anizan Mahruf]

Aku tidak dapat berada lebih lama di sini. Aku beredar setelah selesai P2. Persinggahan seketika untuk refresh suasana tournament yang sebenar buat pertama kalinya sungguh berbaloi. Ini mampu membina semangat untuk aku menyertai pertandingan sebenar di masa akan datang.

Syabas dan Tahniah kepada SCA atas usaha gigih menganjurkan Sabah Kaamatan Chess Open 2012 dan aktiviti (pertandingan, latihan dsb) lainnya serta kehadiran para peserta yang sungguh bersemangat dan hebat-hebat belaka. Tidak lupa juga Tahniah kepada Johan pertandingan iaitu En. Mohd Ilyas Ag. Hamid [Berita] dan para peserta lain yang mendapat tempat. Semoga catur terus subur, membudaya dan lebih ramai pencatur handalan lahir di seluruh Sabah, insya Allah.

Sumber n Kredit : [SCA]
Album Gambar
[SCA] [AM-1] [AM-2] [AM-3] [AM-4]


Jumpa lagi!


Nota: Bila balik Kudat nanti, aku mahu daftar jadi ahli Kelab Catur Kudat. Harap ada juga aktiviti umphh di sana, ehe.

Wednesday, May 30, 2012

MANURING OF SULPHATE OF AMMONIA

Pembajaan Sulphate of Ammonia (SOA)

Penyediaan Baja Sulphate of Ammonia (SOA)

1. Baja perlu dipecahkan (jika mengeras) sehingga menjadi serbuk
2. 1 plastik = 1 kg

Penaburan Baja SOA

1. Dalam bentuk bulatan, sepanjang 1 - 1 setengah kaki dari batang pelepah
2. Plastik baja perlu diikat pada pelepah yang mudah dilihat
3. Penaburan hendaklah sekata (even) 



Album Penuh di [SLDB: Manuring of SOA]