Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, January 11, 2012

KUOTA GURU PELATIH SABAH DAN SARAWAK KEKAL

Kredit dan Sumber : [BHARIAN]

"Kelmarin, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan kuota pengambilan guru pelatih masing-masing dari Sabah dan Sarawak kekal 30 peratus, yang antaranya bertujuan mengurangkan jumlah permohonan pertukaran guru."


Aku ada satu perkara pokok yang masih aku tidak jelas selepas membaca laporan berita ini.

Kuota 30% itu, adakah jumlah keseluruhan pengambilan guru pelatih bagi seluruh Malaysia yang kemudiannya akan dihantar bertugas ke negeri di kepulauan Borneo itu?

Jika begitu, secara mudah, dalam 10 orang guru pelatih, hanya ada tiga orang yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang kemudiannya akan dihantar bertugas di tempat sendiri (negeri sendiri).

Jika tidak, maka jumlah guru pelatih dari Sabah dan Sarawak dilihat masih kurang untuk menampung 'permintaan tinggi' dari 'pasaran' yakni kawasan pedalaman di negeri terbabit.


Seterusnya, lihat alasan yang diberikan oleh menteri berkenaan.

Kuota kekal, antaranya bertujuan mengurangkan jumlah permohonan pertukaran guru.

Kurangkan jumlah permohonan pertukaran guru?

Kelompok guru mana yang dimaksudkan? Kategori pertukaran pula, adakah antara negeri atau dalam negeri?


Isu kekurangan guru dan pengambilan terhad calon guru terutamanya di Sabah, selama yang aku perhatikan, memang 'melucukan'.

Sekolah di Sabah, terutamanya di kawasan luar bandar sentiasa mengalami kekurangan guru dan dalam masa yang sama pengambilan calon guru yang asal dalam negeri atau anak jati daerah terbabit adalah terhad.

Sebagai contoh, sekolah di Pulau Banggi. Berapa ramai anak jati Pulau Banggi menjadi guru dan bertugas di sekolah tempat mereka sendiri?

Jika ada ramai anak tempatan yang bertugas di kawasan sendiri, sudah tentu isu atau kejadian guru memohon bertukar berkurangan dengan drastik melainkan guru tersebut adalah perempuan, sudah berkahwin, lalu berpindah mengikut suami.


Isu lain yang masih hangat hingga sekarang ialah isu GSTT di Sabah. Adakah terlalu sukar untuk menyerap masuk mereka atau sekurang-kurangnya menyambung kontrak?

Sebagai cadangan, bukan kuota guru asal Sabah dan Sarawak sahaja yang perlu ditambah, tetapi 'imbangan' atau peratus pengambilan mengikut daerah juga perlu diteliti semula dengan menyasarkan sejumlah pelatih yang berasal dari kawasan tersebut.

Sebagai contoh, jika ada enam buah sekolah di daerah A, maka sekurang-kurangnya ada dua atau tiga orang guru pelatih yang memang berasal di daerah A, akan bertugas masing-masing di setiap sekolah di daerah A.


Jikalau Jabatan Pelajaran Negeri Sabah merasakan cadangan ini sukar dilaksana kerana kekangan kewangan, maka cadanganku yang seterusnya ialah kita perlu meneliti semula pemberian royalti petroliam sebanyak 5% kepada kerajaan negeri Sabah selama ini.

Jumlah tersebut dilihat semakin tidak relevan dengan situasi sekarang disamping misi memperbaiki isu pengurusan pentadbiran negeri iaitu telus, kebertanggungjawapan (accountability) dan bebas rasuah.

Menukar kepimpinan (leadership) sedia ada adalah cara yang paling mustahak, kerana, kita dibelenggu dengan kepimpinan yang senantiasa bermasalah dan membawa masalah. 


Edit: 1:15 pagi, 12 Jan. 2012

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!