Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, February 18, 2012

PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK

PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK / AKTIVITI

Nota: Maaf, ini hanyalah draf. Tulisan penuh akan dilengkapkan kemudian. Harap maklum. Telah dikemas kini pada 26 Jun 2013 ;)

Perkara / Isi Kandungan

a. Nama Projek / Aktiviti
Nyatakan nama projek / program  yang telah dijalankan.


b. Pendahuluan
Pendahuluan menerangkan secara ringkas tentang objektif, matlamat dan latar belakang program yang dirancang. Cara senang, pendahuluan di Laporan Program adalah sama dengan yang di Kertas Kerja (atau Cadangan) Program ;)


c. Tarikh / Hari
Nyatakan tarikh aktiviti bermula dan berakhir. Jika ada perubahan, boleh nyatakan dalam kurungan.


d. Tempat
Tempat utama aktiviti dilaksana. Tempat bagi setiap aktiviti yang dirancang untuk dijalankan adalah tidak perlu melainkan yang utama sahaja. Jika berlaku perpindahan tempat atau tempat utama program lebih dari satu, senaraikan mengikut yang mana dahulu didatangi.


e. Perasmi Pembukaan*
f. Perasmi Penutupan*
*Jika ada / berkaitan

Ceritakan secara ringkas siapa yang datang merasmi, jam berapa dan sedikit intipati ucapan perasmi serta simbolik perasmian.


g. Penyertaan
Nyatakan audien / peserta yang terlibat atau menyertai program dan aktiviti dan jumlah (penyertaan) yang disasarkan. Kemudian, nyatakan jumlah yang telah mengikuti program/aktiviti tersebut mengikut pecahan, yang mana perlu. Contohnya, berapa lelaki berapa perempuan, berapa warga sekolah berapa orang kampung dan sebagainya.


h. Perjalanan Projek / Aktiviti beserta perincian
Bahagian ini merupakan bahagian yang 'kritikal' untuk seorang Setiausaha / Timb. Setiausaha laporkan. Secara mudah, laporan perjalanan program ini meliputi perkara sebelum, semasa (paling penting), dan sebaik sahaja program tamat. Penceritaan kronologi perjalanan program sebaiknya adalah ringkas tetapi padat dan menyentuh aspek-aspek penting (situasi/kejadian) program, contohnya ucapan perasmian, masalah yang berlaku, aktiviti lewat/ditunda dan sebagainya. Untuk lebih lanjut, boleh lihat di Sampel Laporan Projek.


i. Penilaian Projek / Aktiviti
- Sama ada mencapai objektif atau tidak
- Masalah yang dihadapi (sebelum, semasa dan selepas)
- Cadangan memperbaiki

Bahagian ini pula bahagian yang 'kritikal' untuk Ketua AJK atau Bahagian yang diwujudkan dalam organisasi AJK Pelaksana, untuk rekod (laporan) dokumentasi bagi tujuan post-mortem serta rujukan akan datang. Ketua perlulah melaporkannya dengan jujur dan tepat untuk memudahkan perbincangan penambah baikkan pada masa akan datang. Dari sini juga penilaian keseluruhan tentang kejayaan penganjuran sesuatu program itu diukur, diteliti dan ditentukan.


j. Gambar-gambar terpilih
Gambar-gambar tersebut hendaklah signifikan; iaitu mempunyai perkaitan dan makna yang penting yang berlaku dalam program. Ia bermula sebelum, semasa dan di penghujung program serta di susun mengikut tertib tadi.

Bonus:
-Muat turun Panduan Penulisan Laporan Projek ini [klik]
-Muat turun Sampel Laporan Projek [klik]


Baca juga: 

PANDUAN MENULIS KERTAS KERJA
PANDUAN PENULISAN ANGGARAN BELANJAWAN
PANDUAN PENULISAN MINIT MESYUARAT
- PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK / AKTIVITI

2 comments:

  1. assalam~~ nota ngan ulasan bnyk mmbantu~~ tima kasih~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Sama-sama.. :D Maaf belum ada kesempatan lagi sekarang untuk memuatnaik lagi sampel..

      Delete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!